Aku cukup menyampah bila orang start nak menyalahkan aku bila KOKO mati.
Apsal x kurung Koko masa nak tidur? Kenapa x pegang Koko masa maa nak undur kereta?
Engkau ingat aku x terasa ker?
Ingat la sikit... Aku jaga Koko dari kecik lagi. Berak kencing aku basuh. Orang lain pandai menjerit aje.
"Adik!! Koko berak dalam bilik stor!" "Adik!! Jangan guna bekas cantik2 kalau nak letak makanan Koko." "Adik! Orang sebelah rumah komplen.. Bau taik Koko. Pindah dia letak belakang rumah la plak.." "Adik! Pasir kucing tu dah berbau. Boleh tukar dah.."
Pernah aku komplen? Pernah aku suruh orang lain buat? Pernah aku cakap malas? Hei... Langsung X la...
Bagi aku Koko tu dah macam family. Hari2 celik mata first benda aku cari apa? Koko dulu.. Kalau setakat orang lain panggil... Mampus dia x balik! Lebih baik dia keluar main kat luar!
Pintu bilik pun aku x pernah tutup rapat sebab aku tahu Koko akan masuk cari aku. Kadang2 time aku tidur.. Dia panjat naik gigit hidung aku semata2 nak ajak aku main.
Sebetulnya.. Aku memang terkejut tengok reaksi manusia2 keliling aku bila Koko mati.. Tolak my sis yg memang sayang sesangat ngan Koko. Orang lain? Perlu ke sampai nak terjah aku? Korang pernah nilai ke benda2 yang aku pernah buat selama ni?
Buat apa aku nak tunjuk kat orang yang aku sedih... Kepala otak aku ni.. Banyak lagi benda lain aku nak pikir. Lagipun ni kucing ketiga mati masa aku jaga. Dalam tempoh x sampai 2 bulan pulak tu! Maru dulu.. Xlalu nak makan.. Aku suap! Kucing tu mati dalam riba aku tau! Ada orang ambik kisah? Xder....
Maru
Sekarang ni.. Bunyi gelang kaki kakak aku pun.. Aku teringat bunyi rantai Koko. Lagu Korea yang aku letak dalam blog ni pun.. Lagu2 yang Koko selalu temankan aku dengar... Bantal yang selalu dia buat main tu pun aku letak tepi bantal aku tido.
Tapi orang tetap x faham... Soalan sama jer keluar..
Aku ni dah kira dalam kategori penyabar. Aku simpan semua benda dalam hati... bagi aku benda dah nak jadi. Kalau aku tahu awal2.. Biarlah aku kurung Koko dalam bilik, tidur skali ngan aku. Kalau setakat dia berak ker.. kencing ker.. Xpa! Asal aku tahu aku dah elak benda tu jadi!
Skang ni.. Ramai orang dok sibuk nak bagi kucing kat my sis. Siap cari warna serupa lagi! Tapi terus terang aku cakap.. Xkan ada yang sama ngan Koko. Gatal, suka gigit hidung aku, nakal, gila ngan lipas, selalu tekan laptop aku sampai keluar macam2 simbol dan yang paling aku x boleh lupa... Suka duduk atas bahu aku.
Untuk manusia tu.. If you happen to read my blog, berhenti bercakap pasal Koko. FULL STOP! Aku xnak jadi manusia paling kurang ajar nanti... Cukup lah aku jadi anak derhaka. Title yang aku akan bawa sampai mati dah tu! Dosa aku ngan Tuhan dah berlambak.. jangan nak suruh aku tambah dosa dengan makhluk Tuhan yang lain pulak.
P/S : Zee.. Ibam mintak maaf. Ibam x boleh ikut nasihat Zee kali ni. Ibam xnak Zee fikir buruk2 pasal Ibam.. Sebab tu Ibam post entry dalam blog ni, bukan dalam cyworld. Cukup la orang2 terdekat jer tahu perasaan Ibam sekarang ni k... :)