Pages

About Him

Nama penuhnya Muhammad Zakiyudin Bin Yusof. Tu pun ikut kad pengenalan la~ Biasa kat luar orang panggil dia Zaki, Din atau yang lagi mesra, Adik
Umurnya pun muda lagi. 22 tahun. Kalau xcaya. Boleh kira sendiri. Tahun semasa tolak setahun sebelum 1990. Tadaa!! Keluar jawapan. 
Apa? Masih xpercaya? Lantaklah...

Orangnya agak berisi. Kredit untuk pemakanan sihat tetapi tidak seimbang yang hari2 dia buat. Kalau time mambang merasuk diri.. barulah sibuk dia nak berdiet. Xnak makanla.. xnak nasi la.. xnak exercise la.. Semua dia buat. Tapi bila sikit2 lagi nak succes. Mulalah dia buat tebiat lama dia balik. Makan xingat dunia... Aihhh

Bercakap pasal perangai.. Dia ni pelik sikit.
Time mood dia baik... Okayla. Hepi jer memanjang. Tapi bila perangai kampung dia datang~ orang sebelah bercerita bagai nak rak pun dia boleh buat derkk jer tau. Dahsyat! Even pernah sekali tu dia sanggup mendongak tengok daun kat atas pokok semata2 xnak pandang muka mamat gila glemer yang tengah syok bercerita kat sebelah dia. Hebat kan? Hahaha!!!

Dan kalau nak di-relate sesuatu perkataan dengan dia ni.. Perkataan 'less' memang perfect.
Tapi bukan less is better atau One Less Lonely Girl Justin Bieber tu~ Ni 'less' yang dalam pengakhiran sesuatu ayat tu haa...

Homeless.. Jobless.. Penniless.. Shirtless.. dan segala jenis lagi yang 'less' itu. Tolak satu jer yang 'more' iaitu lemak. Tang tu memang xleh nak adjust dah. Hiks!

So to everyone who happen to read this, mula2 aku ucapkan THANK YOU bagi pihak dia. Benda xseberapa.. bila orang ambik masa untuk appreciate dan baca.. kita patut hargai kan?
Dan pasal blog ni pulak.. *matilaa baru nak cakap!* Ia sebuah cerita pasal 'dia'. Semuanya dari sudut pandangan 'dia' sendiri tentang kehidupan, tentang benda yang 'dia' minat, tentang cinta dan xlupa cita-cita yang dia sendiri pun tak tahu ada ke tak sebenarnya.

Dan jika ada penulisannya yang menyinggung perasaan sesiapa, maaf. Mungkin dia xsengaja masa tu. Kalau sengaja sekalipun.. dia bukan jenis yang direct tau.. sipi2 dia berkias. Tu pun dia buat sebab dia pikir lagi perasaan orang. So untuk itu.. sila fahamlah yer~

So Tata!! Titi!! Tituu!! I Love You~
>.<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...