Pages

Showing posts with label T.A.L.E.. Show all posts
Showing posts with label T.A.L.E.. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Jangan Duduk Depan Congkak!

Mengingatkan peristiwa dayang terkena aritu.. Haruslah dayang berat hati nak mengikut tuan puteri kali ni.. Apa motif ko nak jumpa bakal mak mertua kena orang temankan? Kalau xbiasa tu xperla.. Ni orang tu siap nak curah harta segala dah.. Segan lagikah?! 

Oh.. for the record... Ni bakal mak mertua terlatest.. Yang dulu2 tu dah xmain dah.. Calon suami banyak songeh kekdahnya...

Kali ni destinasi gondola kerajaan *walhal gen2 sajos..* adalah Bachok.
Wah!! Tempat tanah tumpah darah dayang tuh!! Harus banyak kenangan.. Hohoho..
So dayang pikir.. "Alaa.. for once.. Why not aku ikut jer. Lagipun kalau aku xsuka, just pretend jerla for one day. Bila dapat benda aku nak. Dinchla xpayah melayan." 
Khen.. maju gila pemikiran dayang. Ahaks!

Maka dengan fesyen berjubah berambut merah tuan puteri.. weoll pun berangkatlaa kesana. Lewat siol. Petang kul 6 baru nak buat acara. Ko pekdah sangat nak beli kasut la.. nak beli kuih la.. 
haih..Macam laa hari lain xleh wat kan?! Nyampah!

Sampai jer sana... tuan puteri terus jadi Puteri Gunung Setinggan lagaknya. Nasiblaa dayang ni jenis langgar dinding. Semua sekali aku sebat buat topik ngan Mek *panggilan untuk bakal mertua tuan puteri* Dari cerita pokok2 tanaman dia.. Pasal kaki dia yang baru lepas operate.. Pasal cerita2 zaman muda dia.. Layankan jer.. 
Tuan puteri? Harus bergosip di dapur dengan bakal kakak ipar beliau.. Haihh... Dayanglaa tukang cover line time2 cenggini tau! Nasib pro yaa amat dah sekarang~

Trivia. Sila cari 'beke' dalam gambar ini. Hohoho!!

Satu topik yang paling best dayang berbual ngan mek adalah dikir barat. Harus okay! Ko jangan mengaku orang Bachok kalau xminat dikir barat. 
Dan dayang ni.. dulu2 memang selalu gak la main kat area rumah mek tu.. Tiap2 minggu dayang wajib sampai untuk tengok latihan dikir barat kat sana. Even once.. muka dayang ni di-feature dalam satu MV dikir barat okeyh.. Ko hada?!! *tapi sampai skang dayang xbrani tengok sebab xnak terima kenyataan dayang gemuk masa tu. Hohoho!!*

Sikit pasal mek.. Dia sebenarnya tinggal sorang kat rumah besar tu.. Tapi lepas operate ni.. salah seorang menantu dia decide untuk pindah duk rumah dia sekali... Baguslaa kan.. At least mek xsunyi dan ada orang untuk tolong tengok2 kan dia tiap hari.. Alhamdulillah..

Dan masa dayang sampai tu.. one of mek punya cucu amatlah suka main2 telepon tuan puteri. So untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, terpaksalaa dayang alihkan perhatian budak tu hah.. Caranya? Mudah saja... CONGKAK! 


Walaupun dayang layan budak aritu.. Tapi disebabkan semangat kesukanan yang tinggi, dayang haruslaa main sungguh2 kan... Keputusannya, dayang menang semua 5 game dengan bergaya. Adik tu? Harus sengih2 ajer... Hiks!

Sebelum balik, *tu pun sebab jam dah kul 10 lebey..* adik tu suh dayang datang lagi esoknya. Nih.. nak ajak main congkak lagi katanya. 
Walaupun dayang tersengih masa tu.. tapi dalam hati.."Ohh.. jom men guli kat luar la dik.. Tangan abang ni xpadan ngan lubang guli tu tau." Uhuk uhuk.... T_T

p/s : Esoknya adik tu tunggu dayang datang lagi. Huk! Dayang xsuka budak tau~ sekali sekala xper aaa.. Kalau hari2.. Mati woo... 

Saturday, January 28, 2012

Muamalat Chicken Rice.

"So kita nak ke mana pulak ni?" Tanya my sis sebaik menutup pintu kereta.
"Entah. Ikut jer." Jawabku pendek.
"Kita gi pesta thai la.. Esok last dah." Ujar Kak KC menambah dari tempat duduk belakang.

Aku dan my sis bersetuju. Kereta itu meninggalkan petak tempat letak kereta Kedai Nasi Ayam Muallaf itu dengan bergaya. Biasala~ Camry... Berdebu xberbasuh pun.. Camry.. Tetappp Camry. Hehehe...

Tiba-tiba
"Adik! Tu! Tu!" My sis menunjukkan sesuatu kepadaku dari bahagian depan cermin kereta.
Aku memerhati. Kelihatan tidak jauh dihadapanku, satu mannequin lengkap memakai dress pendek bercorak Askoke sedang melambai2 penuh mesra ke arah kami. Oh tidak. Khayalanku semata-mata...

"Cantik!" Mulutku menutur ringkas.
"Mana? Mana?" Kak KC yang berada di belakang mula sibuk. Tidak mahu kiranya diri ini tidak diajak turut serta. Sekali lagi my sis menjadi GPS menunjuk ke arah mannequin itu. Kereta pula mula diperlahankan.
"Wah... cantik!" Kak KC memuji. "Eh! Berhenti sini la dulu. Ushar2 dulu~" Kak KC mula excited.
"Okay jap aku parking." My sis memberi signal lalu menghentikan kereta betul2 dihadapan tangga kedai pakaian itu. 

Nasi Ayam dia memang best!

Belum sempat mematikan enjin, telefon blackberrynya yang tidak pernah digunakan BBM itu mula berdering. Lagu pemanggil yang cukup ku kenali mula berkumandang.

"Hello~" Ala2 korperat drama melayu my sis menjawab. Aku dan Kak KC cuma diam. Enggan mengganggu.
"Baru lepas makan dengan adik and KC ni..." Jawab my sis mungkin pada pertanyaan si pemanggil. Aku mula membelek kuku. Bosan mendengarkan soalan yang hampir sama setiap kali pemanggil itu menelefon.

"Makan kat mana?" My sis mengulang pertanyaan si pemanggil.
"Erm.. ni haa.. Kat Tesco.."

Mungkin kurang berpuas hati dengan jawapan diberikan my sis itu. Si pemanggil bertanya sekali lagi. Mungkin kali ini dia mahukan jawapan yang lebih jelas fikirku.

"Ala... tempat yang kita tengok tapi xsempat try aritu....~" My sis mula menaikkan tone suaranya.. 
"Kedai tula..." My sis kelihatan tersekat-sekat pula kali ini. Mungkin juga cuba menduga IQ sang pemanggil fikirku menambah. 

Selepas hampir 1 minit 27 saat bermain tarik tali.. My sis akhirnya mengalah untuk memberikan jawapan. Lalu dengan konfidennya dia menjawab....

"Ala... Kedai Nasi Ayam Muamalat tula....."

Serentak itu aku dan Kak KC meledak dengan tawa. My sis yang terkejut mula kehairanan. Pelik dengan gelagat spontan yang ditunjukkan kami berdua saat itu.

"Apa? Apa?" My sis menggoncang-goncang bahuku minta penjelasan. Sebaik mengesat airmata yang sedikit terkeluar kerana terlalu kuat ketawa, aku terus menerangkan kepada my sis...

"Cik Kak~ Tu kedai nasi ayam muallaf.. Bukan muamalat.. Muamalat tu nama bank la~"

"Hah? Yeker? My sis terkejut mendengarkan peneranganku itu.
Aku dan Kak KC mengangguk mengiyakan lalu menyambung lagi tawa. My sis mula tersipu2 malu memikirkan kekonfidennya tadi yang akhirnya memakan diri.

Enggan terus dibahankan, my sis lalu segera keluar dari kereta meninggalkan aku dan Kak KC yang akhirnya terkejar2 mencarinya yang hilang di balik baju2 di dalam kedai itu. Peristiwa Nasi Ayam Muamalat itu pula terus menajadi duri dalam daging buat dirinya sehingga entry ini ditulis..

Sekian.

p/s : Xsabar nak kerja. Yippiee!!!!

Thursday, January 12, 2012

Bilamana Dayang Ber-'CerPan'

Semalam dayang rasa pelik sangat2... Kenapalaa tuan puteri ni rajin sangat menggosok baju. Dahla kemeja warna merah. Garang seyh.. apa cerita pun dayang xtau...
Bila siap2 mandi bersiap semua, barulaa tuan puteri bukak suara...

"Tidak mahukah gerangannya dayang mengikut tuan puteri
keluar bersiar2?"

Kan... motif bersiar2 la sangat~ Rupa2nya tuan puteri ni ada agenda nak melawat bakal mak mertua rupanya.. Aih.. 
Problemnya skang ni.. dayang xberapa nak ikut pun sebenarnya. Mengenangkan first time ke sana aritu.. Dinchla dayang berani okay!

Tapi tuan puteri bagi jaminan.. "Ala.. ni kan dah petang.. So kejap jerla.. Before maghrib kita balik.."
Dayang nak wat camnerkan? Bila dah terpaksa menghadapi situasi cenggini.. angguk jerlah. Bak kata orang melayu lama yang dimodenkan sikit... Ditelan sakit tekak, diluah malu muka. So terpaksalaa telan jugak kan.. *kelazz ko ayat!!!*

Maka berangkatlaa dayang dan tuan puteri kesana... Kali ni kitorang xdrive sendiri, tapi Si Jejaka datang ambik. Dahla sepanjang perjalanan tu asyik duk sebok bercerita pasal bini dia. Ko apakes? Asal jumpa jer cerita sama keluar. Boring tau! Pasal ko ngan bini ko.. simpan dalam poketla. Meluat dayang duk blakang kena tadah telinga. Cam xder cerita lain yang lebih interesting nak buat topik. Urgh.. 
Kemuncaknya~ dayang warning kat tuan puteri sebelum kitorang turun kereta depan rumah bakal mak mertua dia tu..

"Tobat dah dayang xmo mengikut lepas ni tuan puteri. Boring tau!
Menyakitkan saraf tunjang jer dayang dengar dia bercerita pasal rumahtangga dia. Eh hello?! Tu bini dia ke bini kita?!"

Wah.. dayang mengamuk! Tapi betul apa~ Setakat nak berkongsi suka duka xperla.. Ni semua benda kutip cerita. Tolak yang atas katil jer xdisebut lagi.. *tett!!*

Now balik cerita sesampainya kitorang ke sana. Tuan puteri jejak jer kaki kat sana~ terus feeling2 hepi. Meliuk lentok ala2 anak remaja baru lepas PLKN lagaknya. Dayang kat belakang muka dah xkeruan nih. Tapi mengenangkan janji my sis sebelum turun tadi.. dayang gagahkan jugak otot2 muka untuk buat ekspresi gembira. Bak kata boboiboy.. 'Terbaik..." :P

Dari setengah jam.. sejam.. Lepas sejam... sejam... Last2 masuk maghrib. Tuan puteri still dengan lakonan dia. High school drama tuh! Tanda2 awal nak berangkat balik langsung xkelihatan.
Tuan rumah siap mengajak solat berjemaah bagai dah. Dayang memang mood gila2 nak langgar dinding dah ni. Boleh tuan puteri buat isyarat suh dayang turut serta. Dia boleh pulak bagi alasan masalah wanita. Ni memang dayang kurengg...

Dayang dahla kena tipu dari awal2 lagi.. Ni nak solat berjemaah.. Xselesa tau! Seluar dayang pakai ni dahla xselesa nak duduk. Kang dibuatnya terkoyak time sujud.. mampus aku!
Bakal mak mertua dayang ada la jugak tawarkan kain pelikat.. tapi dalam keadaan acuh xacuh.. Dahla bilik sembahyang tu sempit. Celah mana dayang nak salin seluar pun tatau... So nak xnak.. dayang gasak jer.. Alhamdulilah... xder apa2 yang berlaku... Syukur...

Kan... motif dayang hilangkan bosan..
4 cawan teh okay! Mwahaha!!!

Selesai satu hal... Keluar bilik, Tuan Puteri pulak feeling2 jadi calon menantu pilihan~ Haihh... susah la ngan minah sorang nih!
Orang.. kalau nak rajin~ berpada2 la.. Ni siap dapur rumah orang tu sekali ngan barang dalam almari dia kutip simpan kemas tau! Apahal la Cik Melah ni sorang heyy! Nak mengemas.. dalam bilik tuan puteri kat rumah nu haa.. RUmah orang xpyah buatla... Hadoi...

Masa ni dayang xkira dah. Janji tetap janji. Dah berjam2 ni dayang tahan sabar. Harus mau meletup okeyh! Sesi buat muka letih mengantuk semua bermula.
Nasib tuan puteri paham.. tapi stillla kena menunggu dia siapkan 'kerja rumah' dia tu dulu. Sumpah dayang dah tahap menyampah crazy pig dah masa ni. Argh!!!!

Lebih kurang lepas Isya' barula kitorang berangkat balik. Nasib xkena tunggu berjemaah lagi. Kang semput dayang kat situ.
Tapi berangkat pun berangkat gak la~ Tetap kul 11 lebih2 baru sampai rumah~ Ikutkan sangat Si Jejaka tu.. Nak makan la.. nak jumpa kawan la.. Itu la.. Ini la... Nyampah memang xleh nak cerita dah dayang ni! 

Dayang bukan apa... Cukuplah dayang berhipokrit pasal hidup dayang sendiri.. Xmo dah melibatkan orang lain.. So dalam situasi2 cenggini.. Dayang memang xleh terima tau! Dahla melibatkan orang lebih tua.. Memang xsyok! Dayang respek diorang... 
Buat Si Jejaka... please la~ xnak dah dengar cerita seram rumahtangga awak tu.. Dan tuan puteri pulak.. maaf~ yang ni memang dayang dah xleh nak ikutkan sangat lepas ni.. Buat hilang mood jer tau.... :(

p/s : Ada satu cerita yang cukup menyentuh hati dayang dengar semalam. Tengoklah kalau ada masa dayang karang kat sini. Hehehe.........

Saturday, January 7, 2012

This Is Bromance. *versi ke laut..*

Xtahu macamana tetiba enjin kereta my sis boleh mati semalam. Harus padam terus cita2 nak mengadap mcD. Huk huk huk.. I ngangis okay... Dahla setakat ni aku xpernah jamah lagi prosperity tu.. Tetiba boleh jadi camni plak. Sedih tau... T_T

Kan~ bersemangat gila sampai ada orang jeles ya amat kat diriku yang hina ini... Huk!

So arini... nak xnak, terpaksalaa we all pinjam kereta Maa untuk kesana. Modal pusingannya, kitorang cakap untuk keluar beli buku log untuk Cik Demi.. Biasala~ nyonya mengalah sikit kalau guna nama cucu dia tu.. Hihihi..

Macam biasa, sampai sana wajib I jadi pengorder. 2 set prosperity untuk my sis dan Cik Demi.. McChicken untuk aku dan Bubur Ayam untuk Maa. Maka rajinla aku beratur menunggu giliran untuk diambik order..
Tetiba masa tu aku dengar macam ada orang panggil nama aku. Tapi disebabkan ramai sangat~ Nan hado aku melayan. Terus buat2 kekwat pandang menu board. *sila tiru jika anda rasa anda vogue.*
Masa ni sipi2 aku terdengar kat telinga...

"Kekwat aa~ Tau la pakai spek kuning skang...."

Hah?! Cam biasa dengar jer ayat tu? Terusla aku mencari... *mata disepetkan.. takut2 orang perasan..*
Lohh... ingatkan malaun mana~ Mr. N rupanya... tersengih kat area belakang tu dengan tangan berglove bagai~ Ish ish ish... sebijik cam aku dulu! Hohei!

Lepas buat acara berisyarat bagai~ my turn mengorder pun sampaila... terus aku berdrama kat situ..
"Saya nak 2 set prosperity~ 1 McChicken ala carte' dan satu bubur ayam. prosperity tu dua2 saya xmo bawang." 
Kan... saja nak menambahkan kerja Mr. N kat belakang.. Hehehe.. 

Mr. N menjeling bila dengar order aku tu.."Pelik2 slalu kalau yang dia order.." sambil membetulkan glove yang dipakai..
Aku apalagi~ harus buat acara menjelir lidah. I cute okey! *burung2 terbang berlalu..* Mr. N pun terusla buat kerja dia. Aku plak, duk tepi feeling2 membelek kuku. Padah tertinggal fon kat umah xbawak. Ahaks!

Gambar sekadar iklan yang di'pow' dari flickr.
*lama gila dah aku xwat kerja ni kan?!*

Selesai buat order aku, Mr. N ambik peluang berchit chat kejap. Nasib manager~ kalau x wajib kena sembur sbb mengular. Hahaha..
Aku of coz la.. mengendeng mintak eskrim free satu. Syukur hajatku itu dipenuhi. Mr. N pun takut ngan mulut aku okay~ Cam laser beam dia kata. :)

Oh.. untuk yang sudi membaca.. entry ni bukannya aku tulis sebab nak berbangga aku boleh makan McD ke hapa.. Just nak share.. happy time aku.
Aku xramai kawan okay. So bila ada orang macam Mr. N yang sudi buat baik ngan aku ni.. Aku betul2 rasa gembira. Yerlah.. aku kenal dia pun sebab selalu ke sana~ then kenal makwe dia.. then dia slalu blanja eskrim.. tu jer.

So kalau terasa nak berdengki pun.. pilih2 la.. Benda2 cenggini xpayah nak dipanjangkan okay~ Buat letih serebrum berspekulasi sajos... *wah!! tetiba melalut ke laut!*

In the end.. pengakhirannya.. Aku dapat sebijik penampar manja oleh Mr. N sebab nyaris2 terbocor rasia depan budak2 dia. Haha! Sori bro! Janji xulang tayang dah lepas ni.
Dan lepas tu aku berjalan keluar penuh riang walaupun masih lagi xberkesempatan merasa Prosperity hari ini.. Hiks!

p/s : Aku nak tshirt Uniqlo One Piece tuh! Harap2 la~ Mr. Tiger sudi sponsor.. huhuhu...

Tuesday, December 27, 2011

A Situation. A Conversation

Dik.. kalaulah one day kau ajak someone keluar pastu dia buat senyap.
Call xberangkat, mesej xberjawab.
Nak diparahkan lagi... kau pun keluar la~ Dan masa kau keluar tu.. Kau 
terserempak pulak ngan dia.. keluar dengan orang lain.
Masa tu dia pun tegur la kau..
Agak2 la kalau benda tu jadi.. apa ko buat ek?!?

Itu antara kata2 my sis pada aku satu pagi ni.
Nak tahu apa jawapan aku? Dan apa pula pandangan my sis tentang situasi ni?
Hurm... tunggu...

Tunggu bila aku rajin sikit nak update. Hehehe.....

p/s : Saya xsuka perokok. NOKTAH!

Friday, December 23, 2011

And It Goes Like This.

"Awak!"
"Ya saya. Apadia?"
"Hehehe.... :)"

Wah~ motif nak ketawa pepagi buta. Ni mesti ada apa2 ni...

"Apa yang suka2 ni?"
"Hehehe...."
"Aik? Ketawa lagi? Nak cerita ke x? Kalau x saya off.." 
*Chewah mengugut! Walhal biasa ko yang kena dinch dulu.*

"Berani ker? Try aa~ :P"
"Hahaha!! Awak pehal ni sebenarnya. Citer la. =)"
"Nak tahu ek~ Erm...."

Start dah acara dia mengelamun. Ni mesti nak wat lawak bodo ni. Hisyy..

"Dah! Dah! Xpayah nak ber-ermm sangat. Kalau stakat nak wat lawak bodo, tunggu mood saya okay dulu. But not now ok. :("
"Ishh awak ni~ Kalau saya melawak sekalipun.. benda nak wat awak hepi.. 
Ker selama ni awak xhepi saya melawak?"
"NOPE"
"Okay fine! So you gonna start a war with me right here right now bro?!"

Ahaha.. cenggini la biasanya perang saudara itu bermula.. Tapi untuk kali ni xderla..

"Ala makcik.. Peluru saya xsempat order la.. Tunda lain kali boley? :)"
"Fine. U better get ready eeyy.."
"Ok. Tapi awak xjawab lagi. Apa yang suka ketawa senang hati ni?"

Senyap jap. Aku ambik peluang pasang lagu feeling2 jiwang. Pilihan? Of coz Killing Me Softly. Xkanla nak guna lagu Sesegar Hijau Dauna InTeam kut.. Come on meng... Tu zaman gila2 remaja boleh aaa...

"Saya balik Mesia next week."
"What? Bila? How? Cuti ker?"
"What? Saya dah jawab.. balik Mesia. Bila? Pun saya dah jawab. How? Of coz ngan flight cik abang~ Xkan saya nak gali terowong kut sampai sana~ Cuti ker? Xlaa.. saya balik sebab ada hal. Dengan Auntie Iza skali.. Sekian penjelasan."
"Ooo... ni sempat balik TM la?"
Yang tu xsure. Sampai KL saya kena fly ke Sabah dulu. Rumah ****. Then kalau sempat lepas tu baru balik."
"Mama?" *of coz kena tanya mak sekali kan... hehehe..
"Yup. Dia pun join skali. Skang ni pun dia kat KL dah. Sepatutnya dia datang sini. Tapi sebab saya jadi balik, dia kira tunggu sana jer.."
"Ooookayyy..."

Suara kawan dia kedengaran kat belakang. Masuk mintak megi la tuw. :P

"So?"
"So apa?"
"Awak xnak apa2 ker untuk saya wat balik?"
"Xyah la.. Menyusahkan jer. Lagipun awak bukan balik TM terus pun.."
"K.. so detail nanti saya bagitau awak kemudian ek."
"Roger!"

Senyum suka. Walaupun tahu yg chance untuk face to face xsampai 1% pun.. tapi tetap nak suka. Boley?!?!

"Eh.. one more thing."
"Yup?!"
"Saya xwat balik lappy. Nak hantar repair. So pe pe hal.. masa kat Mesia nanti.. just use your phone to reach me k."
"What?!?! Habisla kredit saya kalau camni!"
"Hah! Xyah nak berkira sangat. Lagipun bukan saya xtau awak skang sronok main mesej ngan Mr. Tiger tu. Ngan saya nak berkira pulak~"
"Baikla makcik.. saya xkan berkira... =_="
"Good... pandai kucing saya ni jaga hati tuan dia.. Hehehe.."
"Wek!! ngengada. Ok bai!"
"Hahaha!! Bai! ^^"

Dan seminggu tu.. 2 hari sekali aku topup 10 hinggit. Dahla kena sound ngan my sis sebab senyum sorang2 baca mesej. Pastu kalau kat umah plak.. henfon tu ke dalam bilik air aku bawak takut kena marah sebab dia call lambat angkat. Makcik tu banyak songeh tau! Hahaha!!!

p/s : Jangan marah saya tau! Entry ni sengaja saya simpan. Ni pun sebab nak tengok Scent Of A Woman jer saya publish. Kalau x~ hehehe....

Thursday, December 15, 2011

Me Doing This? Neverrrrr


Dayang xterkata dan dayang xnak kata apa2..........

Satunya sebab dayang xpernah nak buat kerja2 amatur cenggini tau. Xder klass!
Pastu plak, lepas sarapan ngan tuan puteri tadi.. mood dayang tengah baik sangat.

Even siap tolong maa buat report sesambil menyumpah ala2 melayu tulen kat promoter dia. *take note.. maa chinese okay~ ko mampu cakap pelat pekat tulis stret malay?*

Oh dan tengahari ni pulak dayang ada appointment kat kedai nasi ayam fevret. *walhal ko pernah jejak kaki skali jer kedai tu kan!* Walaupun kat luar rumah hujan ya amat lebat sekali~ dayang xhirau dah! Asal jejak jer sana, ABC special makcik tu tetap dayang nak balun!  Hoyeah!!

Dan bagi yang nak tahu sambungan kisah ini.. Tunggulah k! 
Pagi karang lepas dayang tonton citer Scent Of A Woman dayang story. Dayang promise citer ni lawak tau! Mwahaha!!! Ok bai! =P

p/s : Apsal la promoter maa yang sorang ni bengong ha?! 4 kali call cakap paham. Tapi asal hantar report wajib salah. Aishh....

Monday, October 17, 2011

Memoria. Cik Yam & Kak Dah

Semalam kitorang pusing2 atas mall tempat fevret orang bunuh diri tu. Motifnya nak cari present besday kat Cik Umar. Ko bayang la kan~ habis level kitorang search tau! Haruslaa susah nak cari present untuk orang dah berumur ni. Hiks!


So disebabkan kalori dah banyak terbakar, my sis pun suggest la kitorang singgah KFC. Tapi untuk beli bungkus la.. Ko harus nak melantak kat situ? Ramai orang okay~ Nak2 pulak bila orang femes cam kitorang *kekwat~* ni... Harusla ramai orang tegur sini sana. Kalau xder pun~ kitorang feeling2 orang xberani tegur sebab femes sangat. Boley?!


Hahaha!! No lah.. actually plan nak sambut besday Cik Umar tu kan.. So bila buat kat umah.. Siap2 makan bolehla mengadap laptop terus.. Suka.. Efisien kekdahnya.


Tapi macam biasala.. bila masuk KFC ni.. Tugas mengorder of coz jatuh ke tangan aku. Maka beraturlah aku dalam line panjang tu. Nyampah bila ramai sangat orang nak beli ayam. X nyenyempat! Xreti ker KFC ni bukak hari2? Datang hari lain boleh x? Urghh.. merungut sengsorang sambil mata ligat intai sapa manager...:P


Tetiba ada sorang staf ni datang dekat que sebelah ambik order chit. Staf baru kut sebab tergagap2 nak tanya customer pasal order. Tetiba terfikir~ Zaman aku dulu pakai PDA. Canggih. Apsal skang guna kertas? Xkan cut budget kut? Padahal KFC kat shopping complex ni sales bulan2 steady. Cuma skali aritu jer.. masa kes kereta jatuh tu.. sales RM300 dalam satu hari. Tapi end of month tetap lepas budget. Musykil musykil...


Ralit melihat budak tu buat kerja, datang pulak sorang lagi. 
Aik? Ooo.. manager.. baju nak sama ngan staff. Patutla mata xperasan.
Tengok muka macam cam. Siapakah? Ni harus tegur ni.. Cukup syarat boleh makan free. Hahaha!!


"Awak... nak order.." Feeling2 manja + gedik sikit2..
"Boleh..." Pandang muka aku. "La Zakiyudin... Ingat sapa tadi.." Terkejut dah aku masa ni. Harus kau nama penuh! Nama Cik Puan yang comel ni pun aku xingat. Aiyoh.. sambung lagi..
"Hahaha!! Kerja sini skang? Ni dah naik shift ker?" Terus soklan nak makan free. Bajet kan~ All Star xder SA, so kalau nak yang free.. harus tahu pangkat. Shift manager punya SA RM150. Banyak tau boleh ketuk!


"Baru 4 hari..  Orang naik All Star pun baru 6 bulan. Xkan la cepat sangat naik Shift~" Gituh.. terus aku bengong on the spot. Minah ni bukan batch aku ker? Setahu aku batch last yang aku kenal pun kurang2 dah setahun lebih dalam management. So siapakah di depan ku ini? Macam mana dia boleh tahu nama penuh aku?


Menjeling name tag.. Mariam.. "Ooo.. Yam baru lagi ker? Dulu All Star store mana?" 
"La.. dulu kan orang store Pasir Puteh.." Dush!! Cam baru kena penumbuk atas muka.. Baru la aku ingat..


Rupa2nya dia ni Mariam.. Staf Pasir Puteh merangkap assistant aku kat sana dulu. Maklumla~ dulu I slalu kena release store orang~ Haruslaa ramai staf kenal.
Che Yam ni pulak masa tu Star 3 jer.. so dia batch lepas aku la.. Erm.. teringat kenangan masa tu.. drive dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh. Lewat punya pasal, 15 minit jer aku sampai. Hahaha!! Dahla aku potong kereta boss masa tu. Nasib dia xcam. =)


Maka disebabkan pangkat dia xmengizinkan.. aku pun xleh nak buat apa la kan~ Kena bayar jugak la.. So sementara menunggu que aku, sempat la aku interview serba sedikit pasal produk baru *recycle* KFC tu~ Apa? Tom Yam crunch? Haa.. Sebagai pengguna prihatin, kena la buat busybody kan~ Lagipun ko tanyalah sesapa yang pernah kerja KFC.. bila berenti.. ko otomatik akan jadi penyebok bila ada produk baru. Bukan apa.. benda2 procedure ni.. orang2 cam aku nilah yang arif. Xmo lah jadi cam kes makan ayam kena ludah ngan staff tu~


But in the end.. Cik Yam usahakan jugak la untuk discount.. Rupa2nya RM dia Kak Dah. Aritu pun dia sponsor masa besday Herry. So kira dia rapat gak la kan ngan aku..
Cuma yang xbestnya.. ayat dia ni~ "Ko ni Zaki.. berapa kali setahun ko sambut besday ha? Ada2 jerlah budak sorang ni..." Gituh.. terus aku pose adik manja kat situ..  Hahaha!!! Thanx miss!. Esok saya pergi lagi~ :P


p/s : Jawapan terlatest aku bila orang tanya skang buat apa.. 
"I baru balik Korea ni uols.. Biasala.. susah cari kerja ngan orang Mesia yang suka tikam menikam ni.." Kan... tetapp nak feeling2 pernah gi oversea. Walhal ko Golok jer pernah sampai. Hahaha!!!!

Tuesday, August 2, 2011

The Curse of The Plaster Ceilling. Part 4

Si Gadis begitu lena diulit mimpi. Dengkurannya kedengaran indah mengisi kesunyian bilik itu.

Brrr... brrr...brrr....

Getar telefon mengejutkannya dari mimpi indah bermain dengan Ipad 2 sebentar tadi. Air liur dipipi diseka lemah. Telefon yang masih kuat dengan getaran itu dicapai. Matanya segera mengamati gerangan nama penganggu mimpi indahnya yang tertera di skrin Blackberry itu.

Si Botak? Apahal dia cari aku pagi2 nih? Xder kerja berfaedah lainkah? Jogging ker.. kurang2 boleh jugak buat modal hilang berat badan tuh..
Si Gadis mengomel seorang diri. Telefon itu masih bergetar pinta diangkat.

"Hello?"
"Hello. U buat apa tu?"
"Tido." 
"Tido? Ni dah pukul 11 tau! Orang tak tido la masa ni.." Si Botak mula dengan perangainya. Si Gadis mula menyampah.
"Eh! Kalau awak telefon just setakat nak bersyarah. Xpayah!" bentak Si Gadis keras. 

"Sori.. sori..." Si Botak cuba memujuk. Risau jika tujuan asalnya menelefon tidak kesampaian.
"You..." Si Botak bernada manja. Geli!
"Haha! Apa?!" Si Gadis masih dengan nada Queen Controlnya.
"I nak mintak tolong ni. Boleh x?" Si Botak meluahkan tujuan asalnya menelefon itu.

Mintak tolong? Pelik~ Bisik Si Gadis.
"Mintak tolong? Tengokla macam mana. Kalau saya boleh tolong.. saya tolong. Kalau x maaf. Kalau berkaitan ngan duit. Biar saya cakap awal2.. Saya memang xder." Si Gadis tetap dengan peraturan panjang lebarnya.
"Alah! Xkan I pun xboleh?!" Si Botak tidak puas hati.
"Saya cakap dah kan.. kalau boleh.. saya tolong~ Tapi bab2 duit.. Saya sendiri pun xada. Xkerja. Xfaham ker?!?!" Huh! Ko sapa nak aku tolong senang2? Hello... sedar diri tu sikit okay...
"Okay.. okay.." si Botak cuba menenangkan sengketa yang dimulakannya itu. "Saya sebenarnya nak mintak awak siasat cerita pasal cerita siling kapur yang sekarang dah melarat sampai ke KL sana.."

Si Gadis terkejut. Bagaimana cerita itu boleh sampai ke telinga Si Botak? Siapa yang teringin menjadi wartawan tidak berbyar itu? KL? Kenapa dengan KL? Kedai Lalatkah? Tidak mungkin fikir Si Gadis.

Si Gadis berkira2 untuk menggunakan langkah selamat yakni berupa penafian semata2.
"Cerita siling kapur? Ish.. xfahamlah saya..." Si Gadis mereka jawapannya sendiri.
"Aih? Xkan awak tak tahu kot~" Si Botak kembali dengan sindirannya.
"Alah.. cerita apa ni..? Tah tahulah saya..." otak Si Gadis terus ligat berfikir. Kepada siapa lagi cerita itu pernah diceritakannya? Mungkin anak Mat Saleh Pintu Geng kah yang menjadi penyamapai berita terkini hiburan sensasi ini? 

"Betul ker awak tak tahu?"
"Betul.. tak tahulah saya.. cerita apa nih?!" Si Gadis masih dengan lakunya.

"Tanya zakiyudin. Si Perahsia dah bagitahu saya semua." yakin sekali jawapannya.
Si Gadis tersentak. Adik? Dia ceritakan hal ni kepada Si Perahsia? Hancur....

"Tak tahulah saya.. Dia xder pernah bagitahu saya  apa2 pun.." masih dengan dalihnya.
"Huh.. berani diorang semua bercerita macam tu pasal saya.. Apa ingat saya xmampu ker?!" sedikit marah nada Si botak.

Si Gadis di hujung talian tersengih sinis.
Dah kalau kau mampu.. kenapa xbuat? Ni cakap pandai.. Habuk pun xder.. apakes?!

"Kalau awak rasa xpuas hati sangat.. Apakata awak datang sini dan tanya dia sendiri." Si Gadis memberikan cadangan.
"Okay xper. nanti saya datang." Si Botak kini dengan nada mengugut pula.

Si Gadis terus meletak telefonnya. Malas untuk memanjangkan perbualan dengan Si Botak. Otaknya seperti biasa terus ligat berfikir. Bagaimana untuk menyelamatkan keadaan? Yang penting.. bagaimana untuk menutup cerita ini?

Kalau dia datang.. mesti adik akan beritahu semua. Tentang Si Jejaka. Tentang aku. Dan tentang semua ini. Argh!! Ipad ku! Jika cerita ini pecah tentu hadiah itu akan ditarik balik. Tidak!!


Ipad terbaru limited edition.
Dariku...khas untukmu~ kan....

Si Gadis mundar mandir di dalam biliknya. Jarinya ditumbuk2 ke mulut. Dia perlu segera merangka pelan untuk menyelamatkan keadaan.
Langkahnya diatur ke luar bilik menuju ke ruang tamu. Langkah awalnya perlu melibatkan lelaki ini, Abah. 

Seperti biasa, dengan lagak seorang pemidato hebat dia mula bercerita. Setiap butir ayatnya diucap terang. Ceritanya diolah sehabis indah. Sebarang kaitan dengannya ditutup kemas. Motifnya? Biar nampak salah orang jangan dibocor salah sendiri.
Abah hanya mampu mengangguk. Mendengar penuh khusyuk.....

Bersambung........

The Curse of The Plaster Ceilling. Part 3

Aku bersimpuh manja menghadap laptop yang diletakkan di atas tilam itu. Lagu dendangan hebat kumpulan 2NE1 sengaja ku pasang kuat memecah ruang2 gegendang telinga. Kipas di sebelah ku hidupkan. Perlahan namun sudah cukup membuatkan rambutku kelihatan xubah seperti Hafiz Si Awan Nanonanonanonano nano.. itu.

Plup. Bunyi amaran sembang Facebook mengganggu konsentrasiku menghafal bait2 lagu Korea tika itu.

"Woooooo" Si Perahsia menaip panjang.
"Yooo" Ku menjawab standard. Malas bermain  kata2.

"Buat apa tu?" 
"Xder apa.. tengah menghafal lagu Korea ni hah..." Terus terang ku taip.
"K-Pop?" Si Perahsia bertanya lagi..
"Yup." Ringkas.
"Ooohh.. Saya pun minat K-Pop.. Especially yang betis2 gebu halus tuh.." Si perahsia mula menunjukkan kebangangannya.

Tanganku terhenti seketika. Cuba menyusun kembali ayat sesuai untuk ditaip.
"Ohh.. samalah! Hahaha..."  Hanya itu mampu ku fikir. Malas memanjangkan kes.

Diam seketika. Aku terus berkaraoke seorang diri sambil cuba membetulkan baris ayat setiap sebutan. Nega jeil jal naga! Beat!

Plup plup! Amaran sembang itu berbunyi lagi.

"Awak x ada dengar cerita pasal kawan saya ker?" Si Perahsia terus dengan soalannya.
"Sapa?" aku pula pura2 tidak kenal.
"Si Botaklah.. sapa lagi~" 
"Ohh.. xder pun. Lagipun lama dah saya xjumpa dengan dia.." bohong sunat bentakku.

"Ooo.. saya ingat nak tanya la.. Kenapa dia xbawak balik kereta dia beli tu.." taipnya.
"Ha?!" tidak faham.
"Ni.. dia ada beli satu kereta baru~ tapi tersadai kat bengkel di KL ni.. Kenapa xbawak balik jer..." terangnya panjang.
"Ala.. dia kan suka simpan keter dia kat Sepang. Biasala tu.." aku teringat kembali kata2 Si Botak satu ketika dulu. I kan kaki race.. So of cos la kena simpan kereta kat Sepang. Baru high class gituhh... Aku tersenyum mengejek.

"Tapi ni road car la kawan.. Bukan race type.." Si Perahsia membangkang hujahku.
"Oh yeker? Tak tahu la pulak.. Lagipun saya xambik port hal kereta ni semua~" aku cuba untuk merendah2 kan diri sehabis mungkin walaupun hanya sekadar lakonan dalam taipan.

"Erm.. tapi ni pelikla.. Dahla dia tukar ekzos saja dah habis 70k. Tu tak masuk benda lain lagi. Kenapa xnak buat balik KB pulak ek?" Si Perahsia terus dengan persoalan di benaknya.
"Entahla.. tu kena tanya dia sendiri la.." Otakku tiba2 teringat kepada kancil merah Si Botak. "Mungkin dia lagi selesa bawak kancil buruk dia lagi kut~" sinis ayat2ku.


exhaust~ted.....

"Oh kancil tuh! Patutlah dia tanya pasal barang2 kancil dengan saya!" 
"Hurm? Barang kancil? Apa dia?" aku pula mengambil giliran bertanya. Ingin tahu.
"Heat proof. Katanya nak beralun L5. Dia mintak saya tolong carikan.." Si Perahsia berterus terang.

"Hah?" Aku terkejut. "Kalau macam tu xpayah susah2 la.. Kawan2 dia ada yang nak tolong.. Tapi dia tu yang eksen.."
"Why?" Si Perahsia pelik.
"Dia tu.. berkira! Semua benda nak murah.. Awak pun tahu kan benda tu mahal rite~" aku menarik huung ayatku..
"Yaa.. memang benda tu mahal sikit. So?"
"So kawan dia cakap.. kalau berkira macam tu.. Letak SILING KAPUR jerla.. Sah2 benda tu murah kan..."

"Betul kawan dia cakap macam tu?" Si Perahsia inginkan kepastian.
"Betulla..Hahaha.." aku ketawa mengingatkan kembali peristiwa itu.

Si Perahsia diam sebentar sebelum kembali menaip. 
"Hurm.. kenapa kawan dia cakap sampai macam tu?"
Aku mendengus kehairanan. "Ala.. bergurau. Biasa la.. Lagipun dia pun kena la fikir kenapa sampai orang boleh cakap macam tu kan~" Aku menaip pendapatku.
"Betul jugak..." Si Perahsia akur.

"Klah! Saya nak out dulu. Ada kerja sikit nak selesaikan." aku memotong pendek cerita. Malas melayan.
"Beres. Bye kawan!"
"Bye!" Facebook terus ku offline kan. 

Aku menggelengkan kepala kehairanan. Pelik. Sungguh pelik! Ada lagi manusia paleolitik seperti Si Botak wujud di zaman ini? Hurmmm... Aku berfikir sejenak. Mungkin.. masih banyak yang perlu aku pelajari di dunia ini agaknya...

Bersambung...

Monday, August 1, 2011

The Curse of The Plaster Ceilling. Part 2

"Bos!" Si Mekanik memulakan bicara. Merencanakan agenda tersembunyinya.
"Apa?" Si Botak mengerling cermin pandang belakang kancil merahnya itu.
"Kereta Bos ni kan. Okay dah. Enjin bunyi best.. Sound System pun okay.. Tip top dah!"

Si Botak tersenyum senang dipuji begitu.
Huh! Baru kau tahu~... Dia bermonolog sendirian.

"Tapi kenapa rasa panas nih? Xpasang air-cond ker?" Si Mekanik meraba2 tangannya di antara kerusi dua dihadapan, cuba merasa jika pendingin hawa berfungsi atau tidak.

Si Botak membetulkan pendingin hawa keretanya. Tetingkapnya dihalakan ketengah supaya anginnya terasa hingga ke belakang. Peluhnya juga mula terbit. Licin dari atas kepala mengalir ke tepi. Dia meraup bersahaja.

"Air-cond xder problem bro.. Ni hah.." Menunjuk ke langit keretanya. "Bumbung ni.. gua xrepair lagi.."

Si Mekanik mendongak ke atas. Kosong. Tiada langsung heat and sound proof pada bumbung itu. Yang tinggal cuma bumbung yang sudah ternampak kesan karatnya. 
Si Mekanik menyentuh bumbung itu menggunakan tangannya. Panas.

"Ooo.. pastu.. Bos xnak ganti baru ke ni? Takkan kereta tip top macam ni nak biar bumbung telanjang cenggini jer kot.." Si Mekanik bermain wayang. Tangannya masih sempat menyiku Si Jejaka yang hanya diam membisu di sebelah.
"Tu la bro.. Gua sebenarnya skrang ni tengah cari ganti la.." Si Botak yang masih tidak menyedari propaganda dua orang penumpangnya itu menjawab biasa.

"Kalau Bos nak.. saya ada kawan boleh tolong." 
"Betul?"
"Betul.. Bos nak yang macam mana?" 
"Gua kalau boleh.. nak yang beralun L5." Tangannya memicit2 bumbung di atas kepalanya. Si Mekanik melihat kehairanan. Tidak terasa panaskah mamat ni? Aku sendiri terasa hampir melecur sebentar tadi.

"Oh..L5.. Yang tu susah la sikit nak cari.." Si Mekanik berkira2. "Confirm la mahal bos. Bukan senang nak cari tu."
"Mahal ker?" Si Botak mengerutkan dahinya yang sudah sedia terlipat itu. 

Perbualan mereka terganggu seketika apabila kancil itu menghampiri satu lagi selekoh. Sekali lagi Si Botak menunjukkan skil pemanduan hebatnya. Sekali lagi jugalah kedua2 penumpangnya terperosok ke tepi.
Si Mekanik mula hilang sabar. Semakin melampau tindakan tunjuk lagak aksi hebat Si Botak ini fikirnya.

"Mahal.. biasa la bos..  Barang susah kan.." Si Mekanik membetulkan duduknya. Tangannya menepis tangan Si Jejaka yang masih berpura2 sibuk ketika itu. 
"Tapi kalau bos nak yang murah ada!" 
"Betul? Apa dia?" Si Botak kelihatan berminat.

"SILING KAPUR!" selamba Si Mekanik menjawab.

........................

Aku dah my sis ketawa geli hati. Lucu! Walaupun ini kali kedua aku mendengar cerita ini, lucunya masih sama. Membayangkan wajah Si mekanik yang selamba menjawab, muka Si Botak yang teruk terkena serta keadaan Si Jejaka yang terpaksa menahan tawa ketika itu cukup membuatkan aku geli hati. 

"Kan.. peliklah mamat tu? Kenapa dia xbaiki bumbung dia tu?" Aku bertanya hairan. "Lagipun aku rasa benda dah lama kan?" 
"Adik pernah tengok ker kereta tu?" Si Jejaka bertanya.
"Dulu.. sekali. Rasanya dah lebih setahun la kot.." Aku memandang my sis cuba mendapatkan kepastian.
"Oohh.. kau ingat?" My sis berpura2 tidak tahu. 

Sial! Terpaksa aku mengolah sebuah lagi cerita untuk dihidangkan.
"Dulu.. sebelum nikah Che Su.. Kan dia pernah ajak kita teman dia pilih hadiah. Pastu masa naik kereta tu kita rasa panas pelik kan~ Masa tu la aku perasan kereta dia bumbung tu kosong..." Walaupun kejadian sebenar 180 darjah berbeza, aku terpaksa menceritakannya dengan penuh yakin. Bimbang jika tersasul akan menerbitkan keraguan di hati Si Jejaka di sebelah my sis itu.

"Eh jomlah. Dah nak dekat pukul 2 ni. Nak ambik baby lagi." Aku memerhati jam di pergelangan tangan my sis. Nasib masa menyebelahi aku saat itu. 
"Erm.. kereta pun dah siap tu. Okaylah abang. Nanti kita jumpa pulak k!" My Sis seperti biasa. Manja.
"Erm.. Eh, tadi kata nak pergi salon? Jadi tak?" Si jejaka teringat kata2 my sis awal tadi. Ingin ke salon untuk merapikan kening yang xubah seperti kening kera tidak terurus itu.

"Yerla.. tapi duit xder.." My Sis memuncungkan bibirnya."Abang.. marila duit tu.. Nak pergi buat kening ni..."
Si Jejaka tersenyum melihat telatah my sis. Aku yang sudah biasa berlagak seolah2 tiada apa2. 
"Ok ok.." 

Confirm laris carwash yang guna taktik perniagaan macam ni.
tapi sayang.. mat bangla jugak yang jadi pilihan kan~

Si Jejaka berjalan ke arah keretanya dituruti my sis. Aku pula mencapai kunci jeng jeng yang tergantung di tiang pusat cucian kereta itu laju menghidupkan enjinnya. Penghawa dingin ku pasang perlahan. Kelibat my sis yang masih berdrama ku perhatikan dari cermin sisi. Aku mengelamun sendirian.

Bunyi pintu kereta dibuka membuatkan aku kembali sedar. Aku membetulkan duduk di kerusi. My Sis tersenyum memasuki kereta. Begnya diletakkan ke tepi. Aku hanya berdiam diri membiarkan my sis mengundur jeng jengnya keluar dari kawasan pusat cucian kereta itu.

"Hishh.. terukkan Si Botak tu!" My Sis tiba2 bersuara.
Aku hanya tertawa. Sesungguhnya sikap Si Botak itu memang pelik. Aku masih ingat dia menegur warna rambutku yang merah menyala bak Rihanna 2 hari sebelum pernikahan Che Su. Juga sindirannya ketika melihat jam tangan jenama Baby G yang hanya berharga ratusan ringgit milik my sis. Seakan tidak kena di matanya.

Sedangkan dia.. Kemana2 berbangga dengan pakaian berjenama yang dipakainya. Wangian ribuan ringgit yang disembur ke tubuh serta jam tangan yang semestinya dibeli secara online melalui Facebook hanya berkereta kancil apabila keluar. Bukankah itu yang sepatutnya dkatakan tidak kena? Metroseksual tetapi masih penuh dengan adat2 ketimuran yang merendah diri? Entah.. Aku sendiri buntu memikirkannya.

Pertanyaan my sis itu kubiar tanpa jawapan. Lagipun dia sudah mula dengan dunia dramanya kembali. Kali ini melalui telefon pula. 
Jeng jeng memecut laju seperti biasa di tengah2 bandar Kota Bharu Bandaraya Islam itu. Aku kembali mengelamun ditemani lagu2 Metallica yang kuat berdentum meggerakkan seluruh organ dalamanku. 

Ahh.. mengantuk.. Cepatlah sampai rumah ni.. Diam hatiku berbisik......

Bersambung......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...