Lagu Tema : Sepai Sepai (lagu siam)
-dipilih kerana perkataan sepai2 itu yang membawa maksud bersepai seperti sinetron ini juga.
Jeng jeng itu membelok ke kanan. Sunyi. Sunyi yang hanya terisi dengan lagu berentak disko siam yang disumbat ke pemain cakera kereta itu. Aku hanya diam membisu. Cuba menghafal bait2 lagu yang tidak ku fahami itu....
Tiba2 my sis mengangkat tangannya. Isyarat tanda hormat kepada kereta dihadapannya.
Aku memandang wajahnya sekilas. Terlihat bait senyuman terukir di bibir. Pandanganku dialih kan pula ke hadapan.
Ah! Honda Civic EK gumamku. Kereta yang cukup diminati my sis rupanya~
Fahamlah aku kini dengan reaksinya awal2 tadi itu.
Tanpa ku sedari, jeng jeng yang dipandu my sis itu sudah membontoti Honda EK dihadapannya itu. Semacam berkonvoi lagaknya.
"Aku nak tengoklah." Ucap my sis yang masih tidak lekang dengan senyuman dibibirnya. Aku tersenyum. Cukup cukup faham.
Dari Pejabat LHDN menuju ke Hotel Ridel, jeng jeng my sis terus membontoti Honda EK itu dari belakang. Masih tiada respons dari pihak dihadapan. Aku di kerusi sebelah pemandu hanya mampu mengangguk apabila my sis mula melontarkan kata2, pelega kepada dirinya sendiri ketika itu.
Memasuki kawasan parking Pelangi Mall, Honda Ek itu memperlahankan keretanya lalu berhenti ditepi.
Huh? Siapa yang megekoriku itu? Orang upahan alongkah?
Hai~ kenapalaaa aku berhutang aritu. Susah susah...~..
My sis mula sasau. Langkah2 seterusnya perlu diatur segera! Takut terlewat dan terlepas peluang gamaknya.
Jeng jeng kini dipandu seperlahan yang mungkin. Ibaratnya jika siput babi mengajak berlumba sekalipun, nescaya binatang itu akan menang bergaya malam itu.
Honda EK dan jeng jeng kini berada di kedudukan sebelah menyebelah. My sis menurunkan cermin tingkap keretanya, berpaling ke arah Honda EK yang dari awal lagi sudah dipandu dengan cermin diturunkan separuh. Jimat minyak dan gas air-cond bentakku.
Persis Puteri Gunung Ledang turun menghadap Sultan Mahmud, my sis memberikan senyuman seayu yang mungkin. Senyuman yang cukup asli. Asli dengan wajah yang tidak dibasuh sebaik bangkit dari tidur, juga tanpa secalit mekap yang sempat ditempek untuk mengabui parut2 jerawatnya. Bak kata keramat si Ita Buah, "Walau kat depan ada polis buat road block sekalipun, kita mesti konfiden. Kalau x~ confirm tak lepas!"
Kini sesudah mata bertentang mata, babak2 dari sinetron jam 2 di tv3 mula menjelma. Bezanya sinetron ini hanya berlaku di waktu malam. Dan membabitkan 2 watak utama, 2 watak sampingan serta 3 buah traffic light sahaja. Jika ditanya mengapa begitu. Cukup sahaja dijawab cuba menjimatkan kos kekdahnya~
Traffic Light pertama.
"Salam~ Dari mana?" Si jejaka memulakan bicara.
"Hah?" Si gadis *gadiskah?* bertanya kembali. Pekakkah? Atau... kurang peka dengan pertanyaan kerana ditenggelami enjin dua buah kenderaan yang berderum kuat ketika itu.
"Dari mana~~" Ya... si jejaka mula bernada dikir barat.
"Oh.. baru bangun! Lapar...~" Jawab si gadis dengan penuh tatasusila Puteri Gunung Ledangnya.
"Kalau lapar~ Kena la pergi makan dahulu..." Si jejaka tersenyum manja. Pedal minyak sengaja ditekan kuat. Teruja.
Traffic Light kedua.
Masih sebelah menyebelah. Si gadis terus melemparkan senyuman. Si jejaka pula menerima penuh gembira.
My sis berpaling ke arahku. "Boleh naik EK la lepas ni!!! Suka suka!"
Aku ketawa mengekek. Tidak mahu ternampak melampau. Tetapi jauh di sudut hatiku berdoa. "Janganlah diajak singgah mana2 kedai makan! Aku ngan seluar pendek jer ni~ Kang xpasal2 jatuh imej. Xsuka ah!"
Kereta terus dipandu.....
Traffic Light ketiga.
"Awak bagi nombor." Pinta si jejaka.
Si gadis mencapai blackberrynya. Berfikir sejenak.
"Erm... Awak bagi nombor awaklah!" Laungnya kuat. Nyaris2 terbongkar lakonan hebatnya ketika itu.
Si jejaka mengangguk. "0!! 1!! 2!!..." Terang dan jelas sekali sebutannya. Bimbang si gadis gagal mendengar dengan betul.
Hijau traffic light memaksa si gadis terus mengerakkan jeng jengnya. Bimbang jika menjadi penganggu lalu lintas.
"Depan2!" Si gadis terkinja2 memberi isyarat. Honda EK itu kini membontoti jeng jeng pula.
Destinasi? Stesen minyak di hadapan. Mudah untuk terus berurusan di sana.
"Erm.. Aku kena berhenti sebelah kiri kan? Baru dia boleh datang sebelah kanan. Betul x?" My sis berkira2 sendirian. Aku hanya mengangguk. Langkah standard yang biasa aku lakukan.
Kini 2 buah kereta itu berhenti. Sebelah menyebelah kembali. Si jejaka terus menuturkan nombor telefonnya. Si gadis pula menekan2 punat blackberrynya. Nombor telefon itu diulang sekali lagi si gadis untuk kepastian. Bimbang jika tersalah taip.
"Nama?" Si gadis bertanya.
"Adamaya." Ringkas dari si jejaka. Si gadis berpaling. Bimbang jika si jejaka bergurau.
"Betul nama saya Adam.." Faham dengan pandangan si gadis. Daya intuisi yang begitu tinggi dari si jejaka.
"Awak pulak?"
"Marina.." Malu2 jawapan si gadis.
Si jejaka berpaling ke arah kawannya. "Marina! Marina! Macam kat Golok tuh!" Gembira si jejaka bersenda gurau.
"Misscall kat fon saya selalu tuh." Si jejaka menyuruh.
"Xper.. Nanti saya call okay?" Si gadis menenteramkan si jejaka. Faham dengan ketidak sabarannya untuk berbual.
Aku di sebelah semakin menggelongsor ke bawah. Rambut yang tadi diraup kemas ke belakang kini beralih arah. Sengaja digayakan ala2 Bieber. Membuang masa? Ya..
"Sebelah tu adik beradik ker?"
"Ya.. klah! Kami balik dulu ya.. Nanti saya call. Bye!" Si gadis melambai lemah. Selesai mengucapkan selamat jalan. Si gadis kembali menutup cermin keretanya.
"Start pulak dah dik..." My sis tergelak kecil.
"Ya... ni baru betul. Maka lepas ini semua teknik2 memikat jantan yang lama2 tu akan diguna pakai balik lah ek?" Aku bertanya berminat.
"Nampak gayanyalah....~" My sis menjawab dengan senyuman puas terukir di bibir.
Jeng2 itu meluncur laju menyusuri jalan raya itu menuju kembali ke Taman Uda. Kini.. aku hanya perlu menunggu dan menanti. Bagaiman kesudahan sinetron 300 episod ini? Berakhir dengan penamat yang indah atau.. terpaksa dibatalkan setengah jalan kerana keenggenan pelakon2 nya meneruskan sesi penggmbaran? Entah.. Aku kembali mengelamun..
Sepai sepai~......
*********
p/s : Cerita ini dikarang berdasarkan kisah benar dan dari sudut pandangan penulis sahaja. Orang lain? Cukup sekadar pandang2 jeling2 jeles sahaja. Penulis tidak berniat menghina jauh sekali mengata sesiapa.
Bertemankan kucing yang nyenyak tidur, penulis mengarang di subuh hari. Maka fahamlah para pembaca sekalian yang penulis mengantuk sebaik sahaja selesai menamatkan cerita ini yer. Sekian. Hadoi~