Sebelum ni, aku memang xambik kisah pun pasal PTPTN ni semua. Bagi aku PTPTN ni xlebih dari sekadar pinjaman yg dibuat kerajaan untuk student2 yg nak further study kat U. Dan adatlah bila meminjam, suka atau tak kita wajib la bayar kan?
Tapi bila isu ni tetiba panas skang. Aku terus terpikir untuk selidik sikit pasal benda ni. Yerla.. kadang2 kita kena gak ambik port isu2 besar camni.. Dibuatnya tetiba kalau tengah makan kat kedai mamak ada reporter datang bawak kamera tanya pendapat macamana? Oh xmampu den terbayang kebangangan diri saat itu...
Anyway, dari pemahaman aku... PTPTN ni bukan setakat pinjaman untuk pendidikan ajer. Dalam tu disertakan sekali pulak dengan kos sara hidup. *bukan kos spedo bot okay~* Jadi bagi aku la.. benda tu sebenarnya dah lebih dari mencukupi untuk membantu kehidupan budak2 kat U.
Tapi kenapa still ada student yg tolak benda ni? Pasal pembayaran balik bagi yg meminjam ker?
Aik?! Xkanla diorang xbaca kut agreement masa nak sign mula2 dulu? Aku dulu zaman skola ingat lagi kena paksa baca agreement untuk dapatkan biasiswa zaman tu. Even pasal proses pembayaran balik pun kena ambik tahu walhal umur baru 13. Ni yg umur 19++, xkan kena ajar satu2 kot?
Dan lagi rasanya pinjaman tu bersifat pilihan. Kalau nak, ambik. Kalau x, blah jerla. Tolak dengan baik. Lagipun bukan kewajipan semua pelajar kena dapatkan PTPTN untuk masuk U kan?
Ni pulak aku nak share sikit post yg aku sempat baca kat fb.
Dan ni satu lagi.
Sebetulnya aku xtahu yg jika betul itu solusi pemansuhan PTPTN atau tidak. Tapi jika betul itu pilihan kerajaan, aku memang xsetuju.
Aku rasa sistem yg PTPTN pakai sekarang pun dah baik. Walaupun xsempurna.. *yg aku sendiri xtahu cacatnya kat mana..* tapi ia dah lebih dari okay sebenarnya.
Bagi yg xbersetuju dengan syarat2 yg ditawarkan PTPTN tu pulak, bukan ker zaman skang ni berlambak bank2 yg buat pinjaman untuk further study? Kenapa xtry check yg kat sana plak? Tengok mana yg terbaik, try apply. InsyaAllah kalau mematuhi syarat + niat tu tak terpesong, confirm akan dapatnyer...
Bak kata abah.. benda ni semua mainan politik time nak pilihanraya jer.. Makin dekat pilihanraya, makin kuat dia tiup.
Konklusinya, bagi yg terlibat terutama sekali student, aku rasa benda ni sepatutnya diorang dah cukup faham untuk handle sendiri. Lagipun xguna kalau mengaji tinggi2 tapi otak still tak terbukak jugak kan?! Ahaks!