Pages

Wednesday, December 18, 2013

Something Change

New work, NEW FRIEND, NEW LIFE

Semua new. Dan pastinya xmenyempat apa2 aku dan naik pangkat!!!!
Hohoho...
Best! Best!

Tunggu cerita dalam next entry k!

Monday, August 26, 2013

What The?!?!!

What the....?!?!

Ok ok.... jangan nak emo sangat. Mwahaha!!!

Alkisahnya masa aku tengah browse wall post yg berlambak2 kat fb tu... Aku tertengokla pic kawan aku sorang ni. Pic biasa~ camwhoring kat kedai baju..
Standard la kan.... Aku pun kalau ada smartphone confirm buat gak.. Tapi bab upload kena inspect dlu.. kang terupload gambar 'perut-in-the-making' kang.. Mau gegar 1 Malaysia dengan isu panas tersebut. Ahaha!!!

Neway sambung cerita.
Pasal gambar tu, aku tengok lalu scroll cam biasa la then tetiba ada satu komen masuk.

Haa... Part ni la.. Otomatik aku keluar ayat "What the?!?!"

I mean apa yg otak ko biru sangat sampai perlu komen cenggitu?! Walaupun xtermasuk dalam kategori 'kurang ajar' tapi tetap bagi aku boleh masuk list 'kurang ajaran dan didikan'. *2 kategori berbeza naa... ko jangan nak carik gaduh ngan aku. hehehe*

Pic n komen tuh?
Nah aku tampal kat sini.


Perhatikan komen yg first tu.
Pengomen dia aku rasa budak U sbb aku tgok dkat dia punya DP tu ada tulis nama satu U. Betul ke x aku tatau la..
Yang second komen tu tuan punya pic ni. Sori ek kawan! Aku pow pic ko xmintak. Hahaha!!

Yang buat aku ter... PELIK tu.. Celah mana yg gay nya? 
Sebab yg tukang ambik pic tu guna phone pink kah? Atau sbb tukang ambik pic tu singsing lengan baju ala2 model body tuff? Oh wadehek.....

Tapi tu kalau yg tukang ambik pic. Masalahnya.. kawan aku yg tukang upload ni yg duk belakang silang tangan tu haaa....
So apa masalahnya wahai adik pengkomen? Xkan la ko tuju komen tu kat tukang ambik pic kot~ Confirm2 la friend ko si yg dok silang tangan belakang tu jer... Yg depan tu aku sendiri pun xbrapa kenal walaupun pernah dok setaman zaman bebudak dlu. Eheii... :P

Jadi ginilah.. bagi aku, yg tukang komen tu mungkin dia rasa pelik tgok kawan aku ni makin hari makin handsome. Yerlaa.. dulu kat kampung, hingusan ajer.. Ni skang kerja kat bandar kena ikut trend kan... Tapi trend pun jangan la ko label gay. Kesian woo.. 

Dan kalau dah rasa musykil tahap gaban lipan segala dah... Cuit2 la kat chat.. Ni bila dah komen kat wall.. Terang2 la org lain nampak dan baca. Basicnya disitu... satu fitnah dah bermula tau! Mengaji tinggi xkan xleh nak pikir kot~ Kan? Kan? Kan?

Oh dan kenapa aku sensitip sangat ni? Ihihihi..
Actually xderla.. just nak share something yg aku rasa lucu, pelik dan kadang2 cam dungu aku rasa. Yerlaa.. otak cerdik tpi xpandai nak guna, apa guna? Rite?!

p/s : Xsempat nak bergambar pun raya aritu. Rambut aku kena air karat balik k. Hahahah!!!


Saturday, July 20, 2013

BoA - Between Heaven And Hell

Sapa layan citer Korea skang ni? Kalau ada.. confirm selalu dengar soundtrack yg aku nak share ni. 

Dari drama The Legend of Orpheus : Dont Look Back.
Panjang okay nama drama. Tpi kalau google2... dia letak titile The Shark ajos. Hoho

Oh.. dan aku tak sangka BoA nyanyi ballad best. Selalu dengar dia nyanyi lagu dance ajer. Tu pasal mati2 aku ingat Taeyeon nyanyi lagi ni first. Hahaha... nampak sangat bukan hard fan kan?
So layankan jerla sementara menunggu berbuka nih ok! 
:)




I should actually hate you
The more I embrace you, it hurts
Although when morning comes,
I will look for you again

I should actually push it back
This love that can’t be used anymore
Because time will blur us again somehow

I’m sorry that I still think of you, that I still love you
That I won’t be able to completely let you go in the end

Let me love you just for one more day – this is the lie I say again
But when I see you, I forget about it as I give you a smile
And I fall in love with you again

Let me forget you just for one day – these are words I can’t keep
If I don’t see you, I’ll hurt again, I’ll cry
But I still promise myself
I’m between heaven and hell because of you

I hate myself for becoming more desperate when things go more awry
When was it? When you looked at me and smiled?

I’ll smile so you won’t figure out my heart completely
Because I won’t be able to give you this heart in the end

Let me love you just for one more day – this is the lie I say again
But when I see you, I forget about it as I give you a smile
And I fall in love with you again

Let me forget you just for one day – these are words I can’t keep
If I don’t see you, I’ll hurt again, I’ll cry
But I still promise myself
I’m between heaven and hell because of you

Bestkan?! Aku selalu repeat lagu ni kalau nak tidur. Xpaham pun buat2 layan pun xperla~

p/s : Bila mood berblogging melanda~

Saturday, June 8, 2013

Post Sesambil Menunggu Ezra Habis Mandi

Lama xmencarut nieyh~ Tetiba rasa nak start balik boley?!

Mwahaha!! 

Xnaklah! Kat cni ramai kaki repot. Report plak lebih kuah dari pinggan. Almaklumlah~ ditulisnya sedikit... tapi garam gula penyedap rasa tu kau~ bukan main banyak tabur. Manusia kan.... hohoho...

Anyway, bila dah berbulan2 merantau ni... rasa nak balik KB memang makin xder agaknya dalam diri aku ni.
Bukannya xder peluang~ even Chesu pun selalu gak la tanya kalau aku nak balik ke hapa ke..

Tapi jawapan aku mudah, NOPE. XDER

Bagi aku skang ni kat Kelantan just ada family Abah n kawan2...
Setakat abah... 2 3 bulan skali dia datang KL. So xperlu la aku susah2 balik kut. Kawan plak, biasala... semua pun merantau. Time2 raya la kalau nak tengok sorang2 kat kampung...

Pasal family... erm.. susah nak cakap.
Saudara kat kampung... Aku rasa aku xkenal rapat sangat kut. Yerlaa... dah perangai aku dari kecik xsuka berjalan.. Kalau balik raya pun, confirm2 aku duk atas umah sepupu aku jer. Kalau mengikut berjalan sama.. aku lebih banyak tersengih. Tu pun pantang lama skit, confirm aku buat muka sebab boring. Hohoho!! Perangai x senonoh ok! Even ke tua ni pun aku bawak sekali perangai tu. Hiks!

Tapi.. ni kira niat la... Kalau berpeluang.. Aku nak naik JB. 
Bukan la nak berjalan bagai~ Tapi sebab kubur Arwah mek kat sana. Rindu woo... Lama xjenguk kubur arwah. Sesekali teringat gelagat nengada aku dengan arwah... Series memang menitik airmata. Maklumlah... mak aku dunia akhirat yg tu jer.. :)

Klah. Melalut pepanjang di petang hari ni bukannya best sangat. Niat sebenar pun sebenarnya nak mencarut skit pasal org2 di sekekliling. Tapi tersalah jalan pulak. Hahaha!!
So tengoklah, kalau terasa rajin... malam ni aku log in lagi sambung cerita sensasi.

HOHOHOHOHO!!!

Adios! Ciao!

Wednesday, April 3, 2013

My Bestfren :)


Cute x muka bestfren saya?! 
Mwahaha!!!

Well.... that's Ezra. Putera merangkap tuan muda aku. *Chewah!!*

Ni actually gambar aku ambik masa dia mengamuk nak berebut main candy crush ngan aku. Sumpah cutekan budak ni?
Kadang2 aku macam xcaya tau... Dah hampir 4 bulan aku menjaga budak ni. 

Dari xpandai apa2 sampaila skarang dengan demand dia yg macam2 tpi tetap aku ikut. Ehek.. sayang ok~


Jaga budak ni memang letih sebenarnya~ Xcaya cuba try seminggu. Wajib malam pengsan! Hohoho!!
Aku daripada xbiasa sampaila skang ni dah jadi kebiasaan.. tetap still xleh ikut kadang2 karenah budak cute ni. Nak2 time dia mengamuk xnak main sorg2..  Haa... jawabnya letih la oii kena dukung jer memanjang.. Nasib aku ngan dia jer kat rumah hari2.. Kadang2 tu aku biar jugakla dia mengamuk, at least dia tahu.. Ngada2 sangat pun tetap xkan dilayan~ Kikiki...

Anyway.. skang ni dah ada kawan kat gym. So memang xboring dahla. Cuma masalahnya~ Aku 7pm ke atas baru bleh trun. Dia plak memang jenis gi awal.. So weekend jerla kitorng dapat chance mengumpat. *wahh.. penggunana ayat~ zass gituww!* 

So papai for now. Nanti aku upload lgi pic budah cute ni ok. Ahaks! Chow!

Thursday, March 14, 2013

Lee Hi - It's Over

MV yg cukup cute aku rasa. Biarlah kau xlayan Korea sekalipun.. 
Tapi aku jamin lepas tgok video ni confirm korg akan terasa cute berdouble triple. 

Oh I want that bear costume!!!!




p/s : Skip sehari gi gym sebab terasa cam nak demam. Tapi damn memang lenguh tangan sebab gatal nak try weight lifting. Arghh!!

Wednesday, March 13, 2013

Sport Shoes. Kurus / Ketul-ketul?

Mula2 nak datang KL aritu... cam org nak berhijrah jugak la aku packing brg.. Maklumlaa... menumpang.. bukan 2 minggu sekali boleh balik Kelantan... Kena pulak yg jenis malas nak travel jauh2 cam aku ni... Jawabnya memang xarr kalau setakat nak follow trip 2 hari 3 malam katanya~ Hohoho

Dan dalam banyak2 brg aku packing tu.. Satu yg aku memang xlupa adalah sport shoes aku. Yezzaa.... Sport shoes okeyhh.. Mampu guna BI skang ni?!?  :P

Kata abah... "Nanti kau kat rumah Chesu tu dik.. Pagi2 kau keluar la jogging. Setakat 2 3 round keliling kawasan rumah tu pun dah cukup." Katanya memberikan semangat kat aku yg bru jer turun 10 kg atas dasar usaha jogging pagi2 kat Taman Tengku Anis tuh.
Aku yg tersangat senang makan pujuk ni pun jadik confident laa.. Xpepasal aku tinggal kasut pebret purple aku semata2 nak bawak sport shoes.. *Masa ni beg gila sendat penuh ngan segala pakaian dah. So brg lain terpaksa disaring. Ngehh~*

Tapi tu tahap confident time tak sampai lagi kat sini. Kiranya berkobar2 la... Yakin yg setakat nak menjaga Cikenit Ezra tu.. xpayah aku ubah schedule bagai..
Then bila dah start kerja... habis semua impianku bersama sport shoes tu musnah. Musnah semusnah musnahnya... Huhuhu....


Ingatkan... jaga baby ni senang tau.. Mandi.. bagi susu.. pastu tidur.. 
KATANYA!
Tapi jauh beb.. memang jauh panggang dari api tu... Mau time si kecik tu menangis melalak2 dia... Memang naik letih tau nak melayan.

So apa yg terjadi dengan sport shoes aku tu?!
For the first 2 weeks.. *kau mampu ayat?!* sport shoes tu hanya berada dalam kotak kasut ditepi pintu didalam bilik je... Then dia advance sikit.. Kat luar... dengan kasut2 lain atas rak..

Haa.. kiranya nak masuk sebulan jugak la aku nak adjust ngan schedule aku untuk 'paksakan' diri untuk turun jogging tuh... Oh.. dan salah satu sebabnya aku 'paksakan' diri adalah berat yg dah confirm2 bertambah 4 kg.

So turunlah aku jogging.. Dan disebabkan aku dah familiar sikit ngan area rumah Chesu ni.. Aku budget yg pukul 5 pagi adalah waktu pling sesuai untuk jogging. Xbanyak kereta dan xbanyak manusia. Senang jer hati nak bersenam.

Tapi sayang... disebabkan waktu tidur yg kadg2 kul 12 tgh malam still xthu kemana... And pukul 7 dah kena standby... Aku hanya sempat jogging untuk 3 hari jer... 
Dasat woo... Dahla tiap2 malam aku makan berat sbb Chesu tkut aku lapar. Walhal aku mmg sengaja xnak mkn sbb tkut berat naik lagi. Hayoii... tersepit oo... 

Nak try naik gak!!!!

So time lepak2 reramai.. Aku terkeluarla soal ni.. Reza pun bagi solution kat aku. 
"Adik gi jer gym."
Aku pun terpikir gak pasal benda tu sebenarnya.. Tapi sbb ada satu notice pasal gym yg bla2 xperlu aku nak cerita kat sini, terus aku pendamkan hasrat tu. Tapi kata Reza lagi...
"Xpayah.. adik gi jer... Tulis nama trus blih guna. Ramai org buat macam tu.."
So aku pun okaykan jerla.

Tapi tu cerita lebih kurang sebulan yg lepas.... Lama gak la... Aku sendiri pun dah masuk 3 bulan lebih kat sini.. Berat xyah ceritala.. Samada maintain ataupun bertambah jer.
Pasal gym tu pulak.. memang terkubur kat situ.

So bila dah tertengok sport shoes aku tu sepi kesunyian xberguna kat rak tu... Barulah terdetik hati aku untuk try ushar2 balik gym. Take note okay.. Bagi aku.. gym adalah untuk org2 yg nak ada 6 pax. BUKAN KURUS cam matlamat aku. So ke-confuse-san aku tu buatkan aku agak ragu2 la bila nak buat keputusan samada nak pergi ke tak kat gym ni.

Entah kenapa... Ahad lepas.. aku rasa teringin sangat nak tgok gym tu.. Walaupun hanya kat tgkat 1 bangunan sebelah.. Memang aku xpernah ada hati tau nak melihat. Setakat lalu kat kaki 5 untuk gi cafe tu memang selalu la aku buat. *cafe tu jual coke fevret aku!*

Masa aku naik tu... Aku tengok cuma ada 2 org jer kat situ.. 
Hurmm.. Xramai... Xderla hips sangat cam aku tgok macam gym dalam tibi tuh. *kau tgok corak pemikiran aku. Bebudak kan?!* Equipment pun okay... Kiranya untuk buat aku berpeluh tu memang lepas la...

Menatang yg nyaris2 membuatkan aku terkena kipas siling sebab
 ketinggianku yg confirm2 xsesuai kalau nak mengayuh beliau. Huh!

So start petang tu.. Aku decide.. I should at least spend one hour here. Masa tu xkisah la.. Kalau hujung minggu aku free.. Time xder org.. Aku lepak jer kat situ.. Time hari2 biasa plak, petang lepas Chesu and Reza balik, aku akan pergi.

Kiranya fleksibel la.. Sesuai dengan kehendak dan kemampuan aku.. Setakat sejam xkan xleh spend kut.. Aku pun bukannya cita2 nak buat six pax bagai~ Cukuplaa kalau dapat turun sampai 50 kg katanya~ *Hohoho!!*

Kau mampu kayuh benda ni ibarat buat berlumba ngan org sebelah?!
Kita tengok berapa jauh aku boleh kayuh dengan masa yg sama ngan koo..
Huh! Hah! Huh! *semangat nak cri gaduh terus berkobar..*

Skang ni.. sport shoes dah xperlu kesunyian lagi.. Tuannya dah dapat aktiviti menarik untuk dicuba kan.. Hihihi... Walaupun setakat mengayuh basikal kat gym tuh... Habis segala jenis butang difficulty aku tekan okeyh.. Mencobaa katanya~ Ngehh.. :P

p/s : Time sorg2 dlama gym tu.. Ada gakla try equip yg pelik2 tuh... Org cakap.. ada guna.. Xder.. jangan nak mengada~ Kikiki....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...