Pages

Monday, July 19, 2010

The Darkside of Bhagavan_part_1

SOTONG
Sori..ni bukan pasal Paul the Octopus k. Tapi pasal title yg diberikan kepada 'orang lembut' cam aku ni. (apa kejadah engkau mengaku ni?!)
Aku xnak menegakkan benang basah ngan mengaku yang aku ni jenis yang gagah.. ada six pack.. betina keliling pinggang a.k.a playboy dan macam2 benda yang dikaitkan dengan lelaki2 'gagah perkasa' ni.
Kekadang benda2 ni boleh menjatuhkan maruah kita. Maksud aku gelaran2 ni.. Tapi aku ni memang jenis suka buat derk jer apa org cakap. Kadang2 tu sengaja jer aku buat2 x paham. Saja xnak panjang kes. 
Kenang2 balik sejarah 'sotong' ngan aku ni... Masa tu aku form 1. Duduk pulak asrama penuh. Kiranya gelaran2 ni diturunkan dari senior2 kepada junior2 cam aku ni la. So, banyak la title2 khas yg ktiorg yang junior ni dapat cam.. kewek, buto, jawi dan jugak 'sotong' yg diwariskan kepada aku ni... (bukan waris jari hantu k!)
Trust me! Masa tu nama 'sotong' tu lagi femes dari nama aku. Dan aku pun dah menjadi kebiasaan kalau kengkawan panggil aku ngan nama 'sutong' atau 'tong' jer. Why? Because at that time, those nicknames is the way you communicate with your friends. Kiranya nicks tu dah jadi lifestyle la.
Tapi tu kalau dengan kawan2. Macamana pulak dengan org yg kita xpernah consider as a friend? Tpi still panggil kita ngan nicks pelik ni. Macam..orang yg kita 'just' kenal sebab dia berkawan dengan kawan kita. Pelik kan?
Benda ni sebenarnya berlaku kat aku baru2 ni. Masa tu..aku keluar shopping ngan kakak aku. Kakak aku ni bawak la sekali one of her friend. Aku pun bukannya kenal sangat minah ni. Just...kekadang ni kita kena la be open sikit kan. Sesekali lepak ngan bukan kawan kita ni.. best jugak kan. Lari dari kebiasaan la kiranya. Lagipun that's not the first time we hangout together. Kiranya mana2 ktorg pergi mesti aku, my sis and her. Tapi for me, just because we always hangout together doesn't mean that she is my friend. To be honest, there's something about her that I'm not comfortable with. Aku nak describe macamana pun.. x boleh gak. Maybe sebab perangai dia yg suka bercerita tu kut. (aku xnak stuck kat ayat ni lama2. rasa cam bebal jer...)
Anyway, balik pada citer asal. 
Aritu ktorg bertiga pergi Tesco sebab my sis berkenan ngan sehelai dress ni. So dia cakap aritu biarlah bergolak bergadai pun, dia still nak rembat dress tu. Ala.. lagipun bukan mahal sangat pun.. Dalam RM50 jer. Drama jer lebih!
Masa kakak aku tgh try dress tu, aku pun melilau la kejap. Nak pergi jauh2 kang, takut kakak aku susah nak cari sebab masa tu aku x bawak phone. So, aku temankan la kawan dia ni pilih2 baju.
Tapi si K ni (letak K jer senang.. nak tulis'pompuan' kang panjang!) memang xder taste. Kampung sangat. Urgh!!! So aku main angin jer la. sekadar mengangguk dan meng'erm..'kan aje apa2 yg dia cakap. Tiba2 pakwe dia call tanya duduk kat mana, tengah buat apa dan bla2 lagilah! Aku x ambik pusing sangat sebab bagi aku tu lumrah org bercinta. Suka buat berita. Tapi ada something yg dia sebut aritu buat aku cukup2 menyampah. Bunyinya lebih kurang cam gini la...
"Erm..K ada ngan Memey kat Tesco ni... Adik pun ada sekali gak. Tengah tengok2 baju ngan K ni." Kemudian dia diam sebentar. Maybe sebab pakwe dia tgh bercakap kut. Masa tu aku perasan yg dia tgh perhati kat aku. Lagipun jarak aku ngan dia bukan jauh pun.. Kera punya kangkang pun lepas! Lepas tu aku dengar dia sambung balik "Erm.. entahlah sotong ni. Orang nak pilih baju dia pun sibuk jugak!" 
Aku tersentap dengar ayat tu. Terus aku pandang kat arah dia berdiri. Kiranya nak mensahihkan apa yg kau dengar la... Tapi masa tu dia dah memalingkan tubuh dia arah lain. Kira macam xnak bagi aku dengar perbualan dia gamaknya. Ayat2 sterusnya tu aku xbrapa ingat sebab memang otak aku cuma aim pada satu perkataan tu jer. SOTONG. 
But seriously?! Kau ingat aku x dengar ker? Sah2 dah ayat tu kau tuju kat aku! Masa tu aku terpaksa ketap bibir menahan marah. Memang rasa terhina terus! Biasanya aku ni jenis yg akan buat2 x kesah and trus berlakon sampai habis. Tapi hari tu.. aku terus blah! Aku terus keluar dari shopping complex tu dan cari kerusi yg disediakan kat kaunter pembayaran. Ala.. kerusi yg biasa org buat tempat menunggu tu.
Aku memang x boleh pikir apa2 lgsung masa tu. Ayat K tu memang melekat terus kat benak aku. Memang nampak cam aku ni over reacted. Tapi pikirlah... ngkau xder kena mengena ngan aku, tpi still nak mengutuk aku dengan boyfriend kau?! Dahla org yg kau kutuk tu dengar. Apa jenis org la.. xpandai nak berkawan langsung!
Lepas jer aku settle down kat kerusi tu. Aku fikir balik pasal kata2 dia tadi. I mean... memang senangkan nak menyakitkkan hati org lain? Bukannya aku nak berlagak baik. Tipu la kalau cakap yg aku x pernah mengata orang. Aku ni bukannya jenis baik sgat pun sebenarnya...
Tapi pikirla... mudah2 jer ngko panggil aku sotong kan? Hebat sangat ker kau sampai boleh bagi title tu kat aku? Please la... Aku ni xnak la merendah2kan martabat org tpi kalau org start dulu... Aku xkan teragak2 nak balas balik ok!
Betul perwatakan aku ni lembut. Tapi bukan la taraf pondan okay! Nak kata aku xpernah kerja berat? Aku rasa masa aku kerja KFC dulu... semua benda aku buat. Setakat nak angkat dan susun stok2 ayam tu. Aku pernah buat sdiri la...
Walaupun kelulusan aku x tinggi.. tpi aku pernah jadi manager tau. Dan dalam batch yg naik pangkat sekali dengan aku, memang diakui yg aku ni terbaik. Aku pass semua test yg Training Officer aku bagi tanpa perlu repeat and help from others. Bukan nak bangga, tapi memang dah tertulis dalam rekod camtu. Manager2 yg pangkat lagi atas dari aku pun selalu rujuk benda dengan aku. Sebab diorang tahu aku ni boleh diharap. Bukan spesies buat kerja sikit, bodek lebih ni..
Kau yg mengata aku tu. Apa kau pernah buat? Nothing! Hidup cuma ngan membodek org jer. Tu pun x senang2!
 So, my advice kepada sesapa yg suka melabelkan org tu... Fikir la dulu sebelum berkata2 tu. Kalau x tahan jugak nak mengata, pi duk mengumpat jauh2. Jangan bagi org dengar! Ingatlah yg kata2 ni kadang2 berbisa. Ada adik beradik yg berdendam sampai mati sebab kata2 ni.. Tu belum lagi masuk yg siap bertembak sebab sakit hati!
For K! Aku cuma ada satu benda jer nak cakap. Jangan sampai aku dengar lagi ayat tu keluar. Masa tu aku xkan teragak2 lagi nak balas balik. Kelembutan aku pun ada batas jugak... Jangan sampai aku terpaksa buat sesuatu yg aku pernah buat 13 tahun yg lepas suda... ^.^
 
p/s : Memang seronok kan boleh luah perasaan kadang2. Rasa cam lepas satu beban kat dalam otak ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...