Pages

Sunday, June 26, 2011

Me, Bommie & Stitch-iee

Ushar punya ushar kat Flickr semalam, dapat gak aku picture Park Bom sekeping ni. Suka suka!!

Cute kan? Macam muka aku bila surf tenet sorang2 dalam bilik. Hohoho!!!

*I was hoping that one day I can meet her in person..* Cheeewah!!
Terus Cik Zee onlinekan Skype dia. Hahaha!!! Jeleskah? I don't know....

p/s : lepas lebih setahun aku berhenti kerja. smalam xpasal2 kena refresh balik pasal skop kerja aku dulu. tapi demi kawan.. aku akan try tolong sehabis boleh. PEACE!!!

Saturday, June 25, 2011

Cerita Dari Sekeping Gambar

Disebabkan gambar profile Fb aku dah macam haramm sangat. Terpaksalah aku jajah Flickr untuk cari gambar2 yg interesting.
 My Keyword. Of course la 2NE1~ Diorang tengah hot okay... nak2 si Park Bom. Kiut!! I loikee!!!

Tapi.. tengah syok2 senyum sorang2 tuh.. Aku boleh pulak terjumpa ngan gambar nih..
My first reaction was like.. "damn! macamana gambar ni boleh ada kat sini plak?" Series!! Very xseswai ngan keyword tuh.



See see! Macamana picture nih boleh termasuk sekali dalam search keyword tuh. Argh!! Tensen den!


Rupa2nya.. lepas lama termenung depan lappy baru aku perasan.. Keyword yang aku guna tu sebenarnya problem sikit..
Actually aku taip 2NE1 Lonely. Lonely tu pasal aku sebenarnya nak cari screen capture gambar Park Bom yang pakai baju hijau dalam MV diorang. *same goes with my blog quote tuh.. aku search kat Flickr.. Bigbang Love Song. Toing! dia keluar. senang...* Alih2.. menatang ni pulak keluar. Babi sial aaa....

Aku nih.. *huhhh.. tarik nafas panjang~* sebenarnya bukanlah nak marah sangat. It's more like.. TERKEJUT. 
Sebabnya.. gambar tu.. macam tengah menghanjeng2 kan aku. Terasa tau!

Actually.. past few days.. Aku pun xtahu kenapa. Nampak macam aku ni dipinggirkan. 
At first.. I thought, maybe because aku jarang keluar bilik kot.. But somehow.. Boleh kata hari2 aku mengemas rumah then main lappy kat meja makan. So how?
Pastu.. aku pikir lagi.. Ermm.. mungkin sebab aku xbanyak bercakap kot~ Tapi makinla aku heran jugak. Sebabnya aku ni memang banyak cakap per.. Aish.. Confuse!!

So on that perticular night. Aku buat muka tebal keluar. Then bercakap macam biasa.
Of course la aku try pasang telinga topik apa semua org tengah berbual. Apa kes ngko nak terjah masuk orang lain punya conversation kalau sepatah haram ngko tatau detail kan. Hiks!

Apparently... sepatah haram pun aku memang tatau! Pasang telinga nih bukan main tau. Last2 aku cuma jadi tukang sorak abah yang tengah syok main game tanpa LANGSUNG di-include dalam perbualan yang berlaku masa tuh... 
So somehow I think, that picture is totally about me. The blue one, that's me. Than the other two is... sesapalah! Yang pasti, diorang xinclude aku. End of story.

Nilah actual picture yang aku nak. See.. gorgeous gila kan Park Bom
ngan green outfit ituh.. 
Tapi sayang xder yg dari MV. Her hair in this picture looks weird actually.
So terpaksalah aku reject.. Waaa!!!

Anyway.. detail pasal conversation malam tu.. Aku tahu jugak at last. Tapi last minute sesangat. So... aku pun memang series hilang mood. Bukanlah nak merajuk.. *hello?! aku sebatang kara okeyh! so being sulky is not a priority here.* Cuma perasaan diketepikan tu membuak2 dalam dada nih. Malu pun ada. Rasa macam akulah manusia paling bangsat masa tu. 

Dan up until now, aku still lagi buat muka tebal pergi tegur orang sana sini. Kelakar kan? Desperate sangat. Tapi xperlah.. nasib aku. Terima jer.. Hiks!


p/s - still happy sbb minggu ni sajer aku dapat jumpa ngan 2 orang kawan yang paling aku sayang. Amin, kawan yg last sekali aku jumpa 10 thun lepas dan Abe Li, polis yg pernah satu ketika dulu pesaing terhebat aku dlam KFC. Hepi!!! hari2 aku chat lepas rindu tau! ^^

Thursday, June 23, 2011

Never Ending Story.....

Ni wall feed terbaru yang aku dapat kat Facebook. 
*gegeh berusaha semata2 nak buat entry niehh...~*




Terus aku bermonolog sorang2.. "what?!!?! cerita ni xhabis lagi ker?" 


See.. panjangkan hujah2 beliau. Siap ada orang like lagi.. HEBAT!! Terus aku klik nak tengok siapa yang jadi batu api itu.. Tapi sayang xkenal. Kalau x.. Aku bakor jer terus wall dia tuh.. Hehehe..


Erm.. Kenapa beliau menggunakan perkataan 'korang' pula disitu? Plural tu.. Hurm..


Ooohh!! Baru ingat!! Aku ada sorang lagi Abang yang hidup segar bugar kat atas dunia nih. Patut aaa beliau guna 'korang'...
Yang lawaknya.. aku sorang jer yg ada FB. Maka dah terang lagi bersuluh la beliau membentangkan hujah itu untuk dibaca dan seterusnya dibalas oleh aku kan..? 
Ala.. biasa aaa.. Aku kan bijak pintar dan bangang sekali sekala~ Kerja senang jer nih..


Sebelum memulakan sesi soal balas hari ini. Pertamanya, biar aku bentangkan dulu fakta2 kesnya.


No. 1. Yup.. Nama penuh i.c aku adalah MUHAMMAD ZAKIYUDIN BIN YUSOF. Tapi aku lebih prefer dipanggil just.. ZAKIYUDIN. Tapi kalau dah urusan rasmi tu.. Nak xnak~ Kena la jugak kan...


No. 2. Aku dah setahun xbalik rumah sendiri. Why? Sebab aku DIHALAU. Sekali lagi.. D.I.H.A.L.A.U. Oleh siapa? Pemilik nama akhir aku itu.. 


No. 3. Saya anak derhaka. 
Sejak bila? Dan kenapa? Sejak dari kecil lagi bila seorang bapa meninggalkan anak dan isterinya tanpa sebarang berita dan nafkah untuk menyara hidup anak beranak.


Hehehe...  Faham dengan fakta kes? Now kita masuk pula bab pembelaan. 
Sebelum aku meroyan xtentu hala... Inilah wall post 'khas' dari aku. Terimalah~....




Amacam? Okay tak? Panjang okay~  *matilaa kalau ada ustaz2 tau nih!*


And now.. kita masuk sesi penggulungan pulak.


"Saya. Selaku pihak defendan sebenarnya cukup menyampah untuk mengambil tahu hal2 ini. Untuk apa? Jika sudah tertera di dahi yang saya adalah anak derhaka. Sejujurnya saya terima dengan hati terbuka.
Selama ini saya tidak pernah mengambil peluang ke atas mana2 pihak dengan keadaan saya ini. Lain pula di pihak plaintif. Beliau cukup sukaaaa mencanang cerita. 
Se-innocent2 muka saya ini pun boleh dikatanya drug dealer. Wadehell? Bukan beliau kenal saya sebulan dua untuk berkata begitu. At least 21 tahun okay! (fakta berdasarkan umur sebelum defendan keluar dari rumah.)"


"Seperti saya uar2 kan dalam entri2 sebelum ini. Cukup2lah~ Xbosan ker menjaja cerita sama? Ehh.. Cerita Cinderella dalam slot Identiti kat TV3 dulu pun dia ulang siar 2 kali jer tau! Why? Sebab lama2 sangat nanti confirm orang MENYAMPAH ngan cerita tuh."


"Kalau mengikut hati busuk derhaka ini.. Buka sukar untuk saya menyebarkan cerita buruk tentang plaintif. Lagipun mulut plaintif sendiri sudah 100% mencerminkan personaliti beliau. Confirm petik jari x berbunyi yang orang akan percaya dengan cerita2 dari mulut saya."


"Oleh itu.. janganlah pihak plaintif risau. Cadangan untuk menukar nama itu pula.. Sudah saya pertimbangkan. Tetapi kerana masalah kewangan, saya terpaksa menangguhkan hasrat tersebut. Hehehe..."


"Bagi menutup hejah pembelaan berunsur kecaman dan sindiran ini.. Ingin saya memetik kata2 indah yang pernah ditutrkan penulis semasa beliau ditangkap berkhalwat tempoh hari.
Jangan cerita ni kat ayah. Kalau pegawai agama tu tanya.. cakap jer ayah dah mati.
Hurm.. begitu indah Nur Kasih yang terpancar dari hati budi beliau. Terharu sungguh bila saya mengenangkan saat2 itu. Jadi.. teruskan usaha pihak plaintif selaku seorang anak yang taat, rajin membuat kerja amal serta bakal ahli syurga itu. Sekian."


p/s : bosan~ tu pasal tulis sambil main2 jer.. menghilangkan mood aku nak tengok Running Man sajos.... hufff

Thursday, June 16, 2011

Beyond The Distant Star

Semalam Ron 97 turun 10 sen. Alasannya? Sebab harga minyak global turun. 
Hurmm... tapi aritu naik 20 sen kan? So ada perubahan ker?

Kemudian pulak website kerajaan kena rogol. *oopps! godam. hehehe....* Alasannya? Kerajaan sekat beberapa laman web perkongsian fail. Penerbit filem semua setuju. Nanti nak xnak, semua orang kena pegi panggung lah kalau nak tengok movie kan? 
Tapi tu bagi negeri yang ada panggung la~ Kelantan? Xkan nak tunggu orang pasang skrin besar tengah2 padang bola kut baru boleh tengok movie? Tu pun nasib lah kalau x ditayangnya cerita perang zaman 70an. Sadis ooo~ *wonder kat estet2 skang still ada lagi x tayangan filem bulanan tuh..*

Lastly dan yang paling best, semalam ada gerhana bulan. Dan dengan happynya aku cakap~ KITA BOLEH TENGOK LIVE!!!!

Yang aku kecewa sikit.. Aku ada la search pasal gerhana bulan kat google. Latest news gitu. Sekali kau keluar portal Indon pulak! Sah2 orang Malaysia xambik berat kan!

Pastu ada pulak kawan aku sorang nih.. Sungguh2 suh aku keluar rumah tenung bulan. Mula2 tu sumpah aku xnak buat.
Tapi sebab xnak hampakan kawan.. Aku buat la jugak.  Gegeh kau keluar masuk rumah macam penyamun.
First, keluar. Okay nampak dah gerhana nak terbentuk. Confirm. Masuk balik dalam bilik chat. Then keluar pulak. Kali ni bawak kamera. Snap2 picca as an evidence gitu.. *Ko mampoo?!*

Mula2 tu toksah cakap aaa.. memang seriau gila! Walaupun depan rumah sendiri, ngan nyamuk and the big old tree tuu..  Tipula kalau cakap yang otak aku tak terpikir benda2 mengarut~ 
Nasib la kawan yang sungguh2 suh aku keluar tenung bulan tu datang umah. Hilang jap part yang seriau tu. Hehehe...

See see!! That's gerhana. Dan aku tengok live!!!

Bukti yang aku xcedok picca ni kat mana2. Ambik ngko! 
Tangan aku dah macam nenek kebayan rupanya~ Hahaha!!!

Bulan yang dah nak hampir 100% gerhana.

Forget about those lunar, umbra, penumbra or other kind of bla bla bla... *bagi kat ahli kaji bintang jer pikir. kita wat2 dunno sudah~*
Yang penting last nite was awesome!!
Dan untuk sesiapa yang terlepas semalam. Salahkan diri anda sendiri yang tidak mengikut peredaran bulan. Eh silap.. perkembangan semasa. Hohoho!!!

But later this year.. Dalam bulan 12 akan ada satu lagi gerhana bulan. So pe2 hal.. Tunggu yang tu jer la yop! Hua3!!! *gelak desperate....*



Tuesday, June 14, 2011

Rindu Arwah

tiba2 rasa nak mengalir air mata

dulu.. akulah paling manja.
akulah paling degil
akulah yang selalu bawak masalah

dan bila arwah pergi...

aku xsempat pun tatap wajah arwah untuk kali akhir

menyesal?

yup! TERAMAT

menyesal sebab aku degil
menyesal sebab aku xsempat jaga arwah 
menyesal sebab aku pernah bergaduh ngan arwah
menyesal sebab aku bukan seorang ANAK yang cukup baik untuk IBUnya sendiri

Ya ALLAH
Aku mohon. 
Tempatkan arwah disisi insan yang Engkau cintai

hanya itu doa yang mampu aku mohon buat arwah. 
AMIN.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...