Pages

Monday, February 20, 2012

Ajib Show. 'MIOWW... (^^)'

"Saya xfahamla... kenapa seorang pemuda umur 23 tahun still terlopong tengok kartun cam budak2?"

Dia start dulu ok! Jadi jangan harap aku akan jawab mudah2 cenggitu jer. Mwahaha!!!

"So jawab saya jugak. Apasal seorang gadis yang dulunya anti Hindustan tetiba skang boleh feeling2 layan Dil To Pagal Hai? Tu citer lama tau!"

For the record... Cik Zee dulu memang agak anti Hindustan. Bagi dia.. baiklaa layan nasyid daripada menengok crita yang makan masa 3 jam itu. Xmembantu perkembangan otak hujah beliau lagi. :P

"Oh tolongla~ jangan nak samakan apa yg saya buat sekarang dengan benda yg awak dah bertahun2 buat tau! Xseswaii...."
"Tapi temanya tetap sama kan? Apsal kita boleh melekat camtu. Awak ngan hindustan. Saya ngan kartun. Am I right?!"
"Oh ke situ pulak~ klah! klah! Awak betul. Tapi kali ni jer~ :P"
"Hehehe...... :)"

Aku pun taktau sebenarnya kenapa aku xboleh tinggal kartun2 aku tu.
Bukan xpernah cuba.. tapi series memang susah. Zaman highschool.. kiri kanan org baca komik. Tu xmasuk hujung minggu. Ramai2 layan Cardcaptor Sakura dlm bilik tayangan. Lawak oi!
Then masuk zaman 'gelap'. Time ni memang xder apa2 yang boleh pengaruhi aku. Just me and myself kekdahnya. But still.... aku usahakan tiap2 bulan untuk ke bandar dapatkan semua komik2 fevret aku. Terbangla seratus dua time nih...
Bila start kerja plak, kedai komik terpacak depan store tempat kerja. Pastu pandai beli laptop sendiri plak~ apalagi... harus layan komik online la....
Jadi dripada situ... niat yang nak 'kurangkan' komik/kartun semua nih terus jadi makin berat. Even rasanya skang ni niat tu dah xder kut. Hahaha!!!!


Show paling best kat Ntv7  masa tu. Hohoho!!!

So jawapan aku kat Cik Zee aritu...


"Awak~ saya seorang yg dilahirkan kreatif dan mempunyai daya imaginasi yg tinggi. So melalui2 kartun2 ni.. dapatlah saya mengekspreskan segala yang bermain di dalam kotak pemikiran saya ni seterusnya diterjemahkan sebagai apa yg digelar... angan2. Well~ org xleh hidup kalau xberangan kan?! Hiks!"

Pastu teruslaa panjang Cik Zee bagi ceramah. Nasib aku dah standby. Cabut headphone bagi kat Pisey. Kesian kucing tu kena bahan. Ahaha....

Tapi aku rasa benda2 ni semua bergantung terhadap minat kita. Lagi tinggi kita minat sesuatu.. lagi kuat kita melekat ngan benda tu. Betul tak? *ko giler ganas guna ayat hipotesis darjah 6. Aha!*
Dan aku sebenarnya dah menyampah bila orang keliling tengok aku sebelah mata pasal minat aku nih. Oh come on.. at least aku jujur ngan diri sendiri.. Ni tak. Dah terang2 ko melayan porn, tapi depan org semua tetap nak berlagak alim. How?!

p/s : Bila Pise mengiau.. terus Cik Zee menjerit mengamuk. So untuk cubaan kedua, beliau berjaya membuat aku menadah telinga mendengar ceramahnya. Nasiblaa badan.....

Aku bukanlah jenis manusia yang akan memburukkan orang yang aku pernah sayang. Nikan pulak untuk bercerita buruk pasal si dia di depan ahli keluarganya sendiri.

Aku bukanlah jenis orang yang akan jilat ludah sendiri. Pedaskan ayat tu? Tapi baiklah begitu daripada memalukan diri.

Aku ada pendapat aku sendiri. Aku xminta orang lain akur jauh sekali menunduk setuju. Cuma aku harapkan RESPECT. Dan benda tu cuma akan datang bila kita saling mendengar dan memahami.

Aku xsuka menyekat kebebasan seseorang walaupun aku diminta berbuat begitu oleh tuan punya badan. Lagipun dengan menyekat xbermakna aku boleh mencegah. Makin dilabel busy body ngan xmemahami adalaa...

Aku seorang yg keras kepala. So bila aku kata (X) maknanya (X) lah tu. Jangan dicuba untuk buat aku faham kerana tindakan itu cuma akan lebih mengeruhkan keadaan.

Saturday, February 18, 2012


One word.

MAMPUS!

- orang kata kejutan boleh mengajar kita sesuatu.
tapi kalau kejutan tu membawa padah. HOW?
argh!!! kena bukak skype skang. bye!

Wednesday, February 15, 2012

Jangan Duduk Depan Congkak!

Mengingatkan peristiwa dayang terkena aritu.. Haruslah dayang berat hati nak mengikut tuan puteri kali ni.. Apa motif ko nak jumpa bakal mak mertua kena orang temankan? Kalau xbiasa tu xperla.. Ni orang tu siap nak curah harta segala dah.. Segan lagikah?! 

Oh.. for the record... Ni bakal mak mertua terlatest.. Yang dulu2 tu dah xmain dah.. Calon suami banyak songeh kekdahnya...

Kali ni destinasi gondola kerajaan *walhal gen2 sajos..* adalah Bachok.
Wah!! Tempat tanah tumpah darah dayang tuh!! Harus banyak kenangan.. Hohoho..
So dayang pikir.. "Alaa.. for once.. Why not aku ikut jer. Lagipun kalau aku xsuka, just pretend jerla for one day. Bila dapat benda aku nak. Dinchla xpayah melayan." 
Khen.. maju gila pemikiran dayang. Ahaks!

Maka dengan fesyen berjubah berambut merah tuan puteri.. weoll pun berangkatlaa kesana. Lewat siol. Petang kul 6 baru nak buat acara. Ko pekdah sangat nak beli kasut la.. nak beli kuih la.. 
haih..Macam laa hari lain xleh wat kan?! Nyampah!

Sampai jer sana... tuan puteri terus jadi Puteri Gunung Setinggan lagaknya. Nasiblaa dayang ni jenis langgar dinding. Semua sekali aku sebat buat topik ngan Mek *panggilan untuk bakal mertua tuan puteri* Dari cerita pokok2 tanaman dia.. Pasal kaki dia yang baru lepas operate.. Pasal cerita2 zaman muda dia.. Layankan jer.. 
Tuan puteri? Harus bergosip di dapur dengan bakal kakak ipar beliau.. Haihh... Dayanglaa tukang cover line time2 cenggini tau! Nasib pro yaa amat dah sekarang~

Trivia. Sila cari 'beke' dalam gambar ini. Hohoho!!

Satu topik yang paling best dayang berbual ngan mek adalah dikir barat. Harus okay! Ko jangan mengaku orang Bachok kalau xminat dikir barat. 
Dan dayang ni.. dulu2 memang selalu gak la main kat area rumah mek tu.. Tiap2 minggu dayang wajib sampai untuk tengok latihan dikir barat kat sana. Even once.. muka dayang ni di-feature dalam satu MV dikir barat okeyh.. Ko hada?!! *tapi sampai skang dayang xbrani tengok sebab xnak terima kenyataan dayang gemuk masa tu. Hohoho!!*

Sikit pasal mek.. Dia sebenarnya tinggal sorang kat rumah besar tu.. Tapi lepas operate ni.. salah seorang menantu dia decide untuk pindah duk rumah dia sekali... Baguslaa kan.. At least mek xsunyi dan ada orang untuk tolong tengok2 kan dia tiap hari.. Alhamdulillah..

Dan masa dayang sampai tu.. one of mek punya cucu amatlah suka main2 telepon tuan puteri. So untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, terpaksalaa dayang alihkan perhatian budak tu hah.. Caranya? Mudah saja... CONGKAK! 


Walaupun dayang layan budak aritu.. Tapi disebabkan semangat kesukanan yang tinggi, dayang haruslaa main sungguh2 kan... Keputusannya, dayang menang semua 5 game dengan bergaya. Adik tu? Harus sengih2 ajer... Hiks!

Sebelum balik, *tu pun sebab jam dah kul 10 lebey..* adik tu suh dayang datang lagi esoknya. Nih.. nak ajak main congkak lagi katanya. 
Walaupun dayang tersengih masa tu.. tapi dalam hati.."Ohh.. jom men guli kat luar la dik.. Tangan abang ni xpadan ngan lubang guli tu tau." Uhuk uhuk.... T_T

p/s : Esoknya adik tu tunggu dayang datang lagi. Huk! Dayang xsuka budak tau~ sekali sekala xper aaa.. Kalau hari2.. Mati woo... 

Saturday, February 11, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang

Ke tepi! Ke tepi! Ni kipas-susah-mati Yuna nak lalu nih!! Hahaha!!!
Btw~ walaupun aku begitu... first song Yuna yang aku betul2 dengar hanyalah Cinta Sempurna. Selengkap secukup sifat lagunya~ *tapi bodo juri AJL tahun tu.. warkh!!*

Oh dan arini jugak aku temankan my sis shopping kain untuk hari istimewa dia. Best!
3 tingkat weoll buat acara trek terkejar sana sini cari mana sesuai. Mwahaha!!! Kata orang... tolong la sekadar termampu.
So for her.. aku doakan yang terbaik dunia akhirat. Adik xmintak apa2... just kamera dan galaxy note jer jika ada. Hiks!


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


p/s : She's great. Like my Zee~...... *motip bodek... hehehe...

Thursday, February 9, 2012

Jill Scot - He Loves Me

My sis cakap... "Dik~ kalau 10 tahun lagi kau nak kahwin.. Xder hal la..."
Erk?! Apakah maksudnya itu? Pakcik blur tau! :P

Anyway. One of my all time favourite. Even Cik Zee pernah cover lagu ni live depan aku. Dahla dia nyanyi sumbang time ad lib.. pastu sekali ngan paperwork2 aku semua dia kasik sepahkan lepas aku xleh tahan nak gelak. Hahaha!!! 

So to lite up all those memories back... Jom layan! But please jangan bragging suara awak sedap tau. Saya confirm kucing pun pitam. Ahaks!


You love me especially different every time
You keep me on my feet happily excited
By your cologne, your hands, your smile, your intelligence
You woo me, you court me, 
You tease me, you please me
You school me, give me some things to think about
Ignite me, you invite me, you co-write me, you love me, you like me
You incite me to chorus............


You love me especially different every time
You keep me on my feet happily excited
By your cologne, your hands, your smile, your intelligence
You woo me, you court me, 
You tease me, you please me
You school me, give me things to think about
Invite me, you ignite me, co-write me, you love me, you like me
Incite me to chorus

You're different and special
You're different and special in every way imaginable
You love me from my hair follicles to my toenails
You got me feeling like the breeze, easy and free and lovely and new
Oh when you touch me I just can't control it
When you touch me, I just can't hold it
The emotion inside of me, I can feel it


p/s : My wishlist bila dah kerja.... New laptop, another camera and of course... to erase those tattoo. :)

Wednesday, February 8, 2012

Ajib Show. 'Ayam Punya Pasal.....'

Sebelum pakcik mengarut kat sini. Jom pakat2 kita tengok video pendek nih... *gegeh pakcik search kat utube. nak embed kat fb xpandai dowh~*


Ni pulak description tentang insiden itu.. Pakcik xtambah. Copy paste terus ajer.

"the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI.." ...."

To be honest... pakcik memang gelak cam nak gila nengok video ni. Lawak uols! Ko motip nak bergaduh sebab ayam kan? Hahaha!!!!
Teringat zaman2 kegemilangan pakcik dulu.. bukan setakat bertumbuk. Even pakcik sendiri pernah bawak besi stand semata2 nak backupkan kawan2 yang kena provoke ngan customer. Customer tu pulak siap warning cakap nak langgar kitorang time weoll pose2 ayu nak melintas dari hostel ke store tempat kerja. *hostel pakcik seberang jalan jer ngan restoran* Mwahaha!!! Cam bangang jer bila ingat balik weh!

So bila dah berpengalaman macam ni.. Of coz banyakla pakcik nak kata. Tapi sebab nak jimat masa. *pasni nk tengok running man plak~* pakcik listkan jerla ek!

1. Customer kena tunggu satu jam. Pastu ayam xder?
- Pasal tunggu lama tu.. standard la.. Kalau ayam sekali masak 36 pieces dalam tempoh 20 minit.. Then customer plak order barrel 21 pieces 3 set.. Ko agak berapa minit dia kena menunggu? Nak2 plak ada 5 counter then lima2 order sama. Xker pitam staf nak menyiapkan? 
- Pasal ayam xder plak.. pakcik rumuskan yang customer ni gi kfc time peak hours, musim cuti perayaan maupun lewat malam time orang nak bungkus kedai dah. Biasanya time2 cenggini jer kalau ayam xder... Almaklumlah.. stok terhad. *Ko hengat kfc kat Mesia ni ada sebijik kat I-Citykah? Stok kena bagi2 okay~* Dan kalau tengah malam pulak... kes staf nak balik cepat taknak overtime xberbayar jadi puncanya. *pakcik selalu buat dulu...*

2. Customer suh management mintak maaf? Manager mana?!
- Biasanya cashier yang berpeluh2 kena menjawab ngan customer. Terangkan semua benda.. *ada kes siap kena buat demo camner kfc handle stok lagi!* Bagi customer yang faham.. xperla. Bagi yang xfaham... jenuh la kena menadah telinga ngan maki hamun okay~ *pakcik dulu pasrah jer..*
- Time ni.. manager yang jenis 'bangang' biasanya akan suh jer staf yg pro bab2 bercakap *cam pakcik* handle. Dia plak lari menyorok dalam opis. Pastu pasang spy tunggu customer blah baru kluar. Siol kan? Nak best lagi... bila staf yg menghandle tu merepot bagai.. ayat pujian "padan muka!" plak dia bagi kat kita. Kuang ajaran sungguh! Deng!!
Tapi tu pun xsemua la.. maybe manager dalam kes ni tengah sebok handle ayam kat dapur kut.... Hehehe...

3. Kenapa staf tu menyumpah? Siap keluar bertumbuk bagai?
- Pakcik agak yang staf ni dari department cook. *yang dept masak2 ayam itu~* Biasanya mereka2 ni semua memang stress bila ayam jammed. *Ohh.. teringat fizi~* Then ada plak tukang cocok jarum masuk dapur bercerita... "Weh! kat luar ada customer mengamuk marah2 sebab ayam xder. siap carut kut English woo..." Kan... tapi yang ni pakcik rekala...
But pointnya... memang akan meletoplah benda ni. Xder yang boleh sabarnya ehh...

4. Kesan dan akibat tindakan staf itu?
- Pakcik confirm budak tu akan dapat DA. Pastu terus kena buang. Kalau xkena buang pun.. wajib lepas video ni out, budak tu kena! Mwahaha!!! Manager dia plak.. turut sama kena warning letter sbb lambat bertindak. Ko hada customer tu siap kena tumbuk baru nampak nak bukak pintu? Apakes?!
- Orang akan ingat cerita ni sampai bila2... "Ha.. nilah Kfc yang staf dia tumbuk customer tu kan..." Oh.. tobat malu pakcik nak kerja sana dik... Mencemar kaki ajer..
- Customer tu akan dapat permohonan maaf terus dari HQ. Nak best lagi... management restoran tu kena menghadap mintak maaf sendiri plak. Kalau bos pakcik dulu.. sah2 dah pakcik kena tukar store.. Mwahaha!!
- Paling best.... Dapat baucer atau apa2 dari Kfc. and of coz FREE! Yuhuuu!!!! I like! I like! 

Tapi satu yang xbestnya pasal kes ni bagi pakcik... Bila ada orang cuba selitkan isu perkauman. 
Hadoi.. standard per perkataan 'babi' tuh... Aku ngan kengkawan melayu pun guna seyh... 

Dan sebetulnya bagi pakcik.. benda2 cam ni biasa dah terjadi... Cuma mungkin sebab sekarang dunia dah canggih bagai.. Tetiba benda ni jadi hot issue kan~ Alah... setakat nak share... 1 minit pun dah siap uolss... *lainla lau line tenet ko haram cam aku ni ha..*
But in any ways... pakcik menulis sekadar berkongsi apa yang pakcik rasa, pakcik tengok dan pakcik lalui dulu. So nak menghukum sebelah pihak tu... pakcik xkan buatlaa... Kita biar jer pihak2 yang terlibat settlekan. Lagipun setakat nak berspeku bagai... Kita xder kat tempat diorang masa tu kan.. Jadi nak menjatuh hukum tu.. Xperlu la kot....

p/s : Pakcik sampai skang still pegang title 'adik'  lau gi KFC. Makanan free? Haruslaa.....

Saturday, February 4, 2012

Story Telling Session

Aku gila punya lapang sehari dua ini okay~ Xder acara mengukur jalan maupun bermain cutt-cutt angin sesapa. Rilekkk jer. Bolehla kiranya nak berlagak suri rumah bila perlu dan samseng bila kepala pening. Hohoho!!!
Eh melalut mukadimah ke laut. Mwahaha!!

Sebenarnya tengah syok2 aku layan 2 Days & 1 Night tadi... Cheya call. 
Aku mula2 tu pelik gak. Why? Why? Jam dah pukul 11 lebih.. ni apakes baru nak start bergosip ni.. I don't like tau! Satunya sebab dah lewat dan satu lagi sebab citer fevret aku tengah tayang kat tibi. Menganggu okeyh!

Tapi bila aku say hello tu~ terus telinga yang baru lepas korek ni berdesing....

"Apsal abah boleh terlepas ni?"

Oh matilaa aku kena buat repot 8 mukasurat nih... Uwaaa!!!!

Habis yang tu, terus sambung gosip dunia hiburan pulak. Entah kenapa tetiba boleh Cheya gi tanya aku pasal Misha Omar. Oh hellooo~ I sejak zaman bunga2 cinta lagi xpernah minat artis itu okey... Kau mampu feeling2 nyanyi sesambil hentak2 kaki cam sembelit nak tunggu bilik air gitu?! Oh.. xrela aku jadi kipas susah mati dia tau!

Then ceritanya beralih pulak tentang status2 terkini lelaki pujaan beliau. Siapakah?!
Xlain xbukan si tua kaki lipat itu laa~ 
Haa... yang ni memang panjang aku story. Nak2 bila aritu masa tengah mengushar ayam free kat kfc, skali kau terserempak ngan waris beliau uolls!!! Matilaa semua cerita dalam selimut keluar. Maklumla~ selama ni ingatkan kitorang jer melabel dia kaki lipat... Xsangka orang lain pun sama gak.. Tu la kan.. Sapa suh lipat/pow ps2 sedara sendiri. Aku jamin tujuh keturunan orang akan sentiasa pot pet pot pet bercerita. Hohoho!!!

Kalau nak listkan lagi topik2 we oll... mau esok xhabis aku tulis nih. Dibuatnya ada orang menyampah carut aku kat fb ngan forum... huh! Tobat aku tutup blog ni masa tu. Malu sial! Hahaha!!!

Tapi tula... aku dengan cheya skang ni pun dah jarang sangat dapat berbula mesra cam semalam. Nak2 bila aku pakai prepaid nih. Susah... Kesian gak kat Cheya. Asyik dia jer meneleponkan~ Aku? Haram ko jah.. Sayang kredit. Ahaks!

Anyway, aku sebenarnya nak publishkan entry lain.. Tapi ter-rajin nak buat satu yang lain pulak. Biasala... sesambil tunggu cerita aku habis download kan... Mengisi masa lapang katanya Cikgu BM dedulu. So chow everyone. And wait for my entry pasal tenuk dan perangai xsenonohnya k! Siap aku karang bunga2 yang tu! :P

p/s : Rumah Cik Zee bukan kat Rusia. Rusia tu sebab aku bet ngan Cik Zee. Dan kalau setakat rumah dia kat TM.... tiap2 tahun sampai... Huhuhu...

Friday, February 3, 2012

Alhamdulillah......

Setelah hampir 2 tahun aku melapangkan diri xbuat apa2.... at last sinar untuk sesuatu yang baru dahpun nampak di hujung sana.

Thanx everyone. 
My sis yang sentiasa di sisi sejak arwah mek xder. 
Papa yang bukak peluang untuk kami berdua.
Abah sebab sudi jadi teman bicara.
Maa yang sentiasa hadapkan aku dengan kerja dia. *aku suka membantu okay!*
Cheya, Chesu, Reza & Abe Mi dan Mimi yang sanggup berkongsi segala suka duka bersama...

Dan buat kawan2...

Pok Oak. Setiap nasihat kau memang aku ambik pakai selama ni.
Mr. Tiger. Thanx! Setiap sen yang pernah kau habiskan untuk aku, tetap akan aku ingat.
Abg Naz. Adik tetap adik. Don't worry about that k!
Dan semua yang mewarnakan setiap inci hidup aku selama 23 tahun ni. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

Untuk Cik Zee pulak~ pegang kata2 saya. Kalau saya xdapat ke Rusia seperti yang di-plan. One day saya akan jejakkan jugak kaki depan rumah awak kat sana k! Promise!

Oh.. bercerita panjang2 pun xguna sebenarnya kan~ Benda xtahu sampai mana lagi kan...
Tapi jika dah ditakdirkan ini peluang untuk aku. Trust me! Aku xkan belakangkan orang yang pernah berada di sisi aku selama ni.

So Tok Bali! I'm counting on you bebeh! 
Rusia pulak, remember me! Yea yeah!! *warkh!! matilaa perasan cam esok dah nak pergi. Ahaks!*

p/s : Membebel panjang xguna! Bila paperwork depan mata~ Ko siap la~ kang xpepasal lepas 5 hari pancit! Hahaha!!!!

Wednesday, February 1, 2012

One Direction - One Thing

Minggu yang cukup sibuk kerana terpaksa menguruskan my sis yang akan ke KL esok. Damn! Apsal orang pompuan xleh pakai cam budak laki jer? Just jeans dengan tshirt maksud aku.
But once a year untuk besday girl... I rela jer kan~ Lagipun Zakiyudin xbuat kerja free sebenarnya. Hulur angpau bawah meja tetapp okay.. Hehehe... :)

So this song. Lagu tema aku ngan Cik Zee untuk for the past two weeks. Kekdahnya sebab budak2 ni muda dan cute cam aku. Or nak best lagi, spesies anak ikan balang kaca katanya my sis. *warkh!!!* 
Actually no la~ I'm an xfactor fan. So setiap act yang pernah bersaing dalam Xfactor memang aku follow aa~ My fevret? Olly Murs of course... *sila google. lama kan xguna ayat tu!*

Lagipun lagu ni best apa~ Aku suka MV dia sebab ringkas. Ko naik bas pusing2 bandar sambil busking ngan peminat semua... Kan ker bagus tu untuk promotion. Xgitu? Ahaks!
So girls... and if you don't mind~ guys... ENJOY!!!

I tried playing it cool
Girl when I'm looking at you
I can't ever be brave
Cause you make my heart race

Shot me out of the sky
You're my kryptonite
You keep making me weak
Yeah, frozen and can't breathe

Some things gotta give now
Cause I'm dying just to make you see
That I need you here with me now
Cause you've got that one thing


So get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing

Now I'm climbing the walls
But you don't notice at all
That I'm going out of my mind
All day and all night

Some things gotta give now
Cause I'm dying just to know your name
And I need you here with me now
Cause you've got that one thing


p/s : Cik Zee cakap Zayn cute. Memang la dia cute. Tapi bila dengan saya dia kena jatuh no.2. Kalau xjatuh gak~ confirm aku tolak dia jatuh bukit. I'm forever no.1 okeyh~ Ahaks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...