Pages

Wednesday, February 8, 2012

Ajib Show. 'Ayam Punya Pasal.....'

Sebelum pakcik mengarut kat sini. Jom pakat2 kita tengok video pendek nih... *gegeh pakcik search kat utube. nak embed kat fb xpandai dowh~*


Ni pulak description tentang insiden itu.. Pakcik xtambah. Copy paste terus ajer.

"the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI.." ...."

To be honest... pakcik memang gelak cam nak gila nengok video ni. Lawak uols! Ko motip nak bergaduh sebab ayam kan? Hahaha!!!!
Teringat zaman2 kegemilangan pakcik dulu.. bukan setakat bertumbuk. Even pakcik sendiri pernah bawak besi stand semata2 nak backupkan kawan2 yang kena provoke ngan customer. Customer tu pulak siap warning cakap nak langgar kitorang time weoll pose2 ayu nak melintas dari hostel ke store tempat kerja. *hostel pakcik seberang jalan jer ngan restoran* Mwahaha!!! Cam bangang jer bila ingat balik weh!

So bila dah berpengalaman macam ni.. Of coz banyakla pakcik nak kata. Tapi sebab nak jimat masa. *pasni nk tengok running man plak~* pakcik listkan jerla ek!

1. Customer kena tunggu satu jam. Pastu ayam xder?
- Pasal tunggu lama tu.. standard la.. Kalau ayam sekali masak 36 pieces dalam tempoh 20 minit.. Then customer plak order barrel 21 pieces 3 set.. Ko agak berapa minit dia kena menunggu? Nak2 plak ada 5 counter then lima2 order sama. Xker pitam staf nak menyiapkan? 
- Pasal ayam xder plak.. pakcik rumuskan yang customer ni gi kfc time peak hours, musim cuti perayaan maupun lewat malam time orang nak bungkus kedai dah. Biasanya time2 cenggini jer kalau ayam xder... Almaklumlah.. stok terhad. *Ko hengat kfc kat Mesia ni ada sebijik kat I-Citykah? Stok kena bagi2 okay~* Dan kalau tengah malam pulak... kes staf nak balik cepat taknak overtime xberbayar jadi puncanya. *pakcik selalu buat dulu...*

2. Customer suh management mintak maaf? Manager mana?!
- Biasanya cashier yang berpeluh2 kena menjawab ngan customer. Terangkan semua benda.. *ada kes siap kena buat demo camner kfc handle stok lagi!* Bagi customer yang faham.. xperla. Bagi yang xfaham... jenuh la kena menadah telinga ngan maki hamun okay~ *pakcik dulu pasrah jer..*
- Time ni.. manager yang jenis 'bangang' biasanya akan suh jer staf yg pro bab2 bercakap *cam pakcik* handle. Dia plak lari menyorok dalam opis. Pastu pasang spy tunggu customer blah baru kluar. Siol kan? Nak best lagi... bila staf yg menghandle tu merepot bagai.. ayat pujian "padan muka!" plak dia bagi kat kita. Kuang ajaran sungguh! Deng!!
Tapi tu pun xsemua la.. maybe manager dalam kes ni tengah sebok handle ayam kat dapur kut.... Hehehe...

3. Kenapa staf tu menyumpah? Siap keluar bertumbuk bagai?
- Pakcik agak yang staf ni dari department cook. *yang dept masak2 ayam itu~* Biasanya mereka2 ni semua memang stress bila ayam jammed. *Ohh.. teringat fizi~* Then ada plak tukang cocok jarum masuk dapur bercerita... "Weh! kat luar ada customer mengamuk marah2 sebab ayam xder. siap carut kut English woo..." Kan... tapi yang ni pakcik rekala...
But pointnya... memang akan meletoplah benda ni. Xder yang boleh sabarnya ehh...

4. Kesan dan akibat tindakan staf itu?
- Pakcik confirm budak tu akan dapat DA. Pastu terus kena buang. Kalau xkena buang pun.. wajib lepas video ni out, budak tu kena! Mwahaha!!! Manager dia plak.. turut sama kena warning letter sbb lambat bertindak. Ko hada customer tu siap kena tumbuk baru nampak nak bukak pintu? Apakes?!
- Orang akan ingat cerita ni sampai bila2... "Ha.. nilah Kfc yang staf dia tumbuk customer tu kan..." Oh.. tobat malu pakcik nak kerja sana dik... Mencemar kaki ajer..
- Customer tu akan dapat permohonan maaf terus dari HQ. Nak best lagi... management restoran tu kena menghadap mintak maaf sendiri plak. Kalau bos pakcik dulu.. sah2 dah pakcik kena tukar store.. Mwahaha!!
- Paling best.... Dapat baucer atau apa2 dari Kfc. and of coz FREE! Yuhuuu!!!! I like! I like! 

Tapi satu yang xbestnya pasal kes ni bagi pakcik... Bila ada orang cuba selitkan isu perkauman. 
Hadoi.. standard per perkataan 'babi' tuh... Aku ngan kengkawan melayu pun guna seyh... 

Dan sebetulnya bagi pakcik.. benda2 cam ni biasa dah terjadi... Cuma mungkin sebab sekarang dunia dah canggih bagai.. Tetiba benda ni jadi hot issue kan~ Alah... setakat nak share... 1 minit pun dah siap uolss... *lainla lau line tenet ko haram cam aku ni ha..*
But in any ways... pakcik menulis sekadar berkongsi apa yang pakcik rasa, pakcik tengok dan pakcik lalui dulu. So nak menghukum sebelah pihak tu... pakcik xkan buatlaa... Kita biar jer pihak2 yang terlibat settlekan. Lagipun setakat nak berspeku bagai... Kita xder kat tempat diorang masa tu kan.. Jadi nak menjatuh hukum tu.. Xperlu la kot....

p/s : Pakcik sampai skang still pegang title 'adik'  lau gi KFC. Makanan free? Haruslaa.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...