Pages

Thursday, March 29, 2012

Tips untuk Pengampu. Dari Pengampu kepada Pengampu.

#1. Perlulah mempunyai komitmen yang tinggi. 

#2. Jangan terlampau over. Bertindak mengikut keperluan.
Xpayah feeling nak tolong bukak pintu macam drama swasta kat tibi itu. Xmalukah?!

#3. Mempunyai basic knowledge dalam segala jenis penipuan abad ini. *matilaa semua kena blajar.* 
Ingat. Musang xselamanya duk kat atas pokok. Sesekali bila turun tuh.. perlulah standby apa yg patut kan~ hehehe...

#4. Jika anda seorang pengampu wannabe, untuk permulaan, sila cari mangsa yg 'jahil' sahaja.
Pengalaman itu penting. Jadi carilah mangsa2 yg mudah untuk dimakan dahulu. 

#5. Jangan mengampu si pengampu.
Tidak faham?! Begini...
Periksa latar belakang org yg ingin diampu itu. Jika track recordnya tertera maklumat yg bahawasanya beliau PERNAH menjadi pengampu  sebelum ini, sila jauhkan diri anda.
Maklumla... hanya pengampu yg mengenal pengampu~

#6. Jangan segan untuk melabur jika perlu. Tetapi ingat. Sebarang keuntungan haruslah difikirkan untuk jangka masa panjang.
Jika si mangsa memerlukan bantuan. Tolong sahaja dengan ikhlas. Jangan difikirkan sangat tentang keperluannya untuk membalas budi. Why? Sebab biasanya perkara itu akan menjadi faedah untuk kita sampai bila2..

#7. Jangan juga mengampu orang yg di sisinya sudah sedia ada seorang pengampu.
Xpayah nak berebut... Mangsa2 kat atas muka bumi ni ramai~ Lagipun biasanya bila 2 org pengampu ni bersama.. Confim perang dunia akan berlaku. Last2.. dua2 jugak yg rugi kan...

#8. Jangan terlampau agresif.
Bak kata melayu nak jadi mat saleh.. "slow and steady..." Kadang2 jika kita terlampauu mendesak.. Orang akan mudah naik menyampah. Jadi jika org dah start xangkat fon segala tuh.. Faham2lah yg bahawasanya anda sudahpun melampaui batasan...

#9. Jika anda xboleh ikut tips2 diatas. Sila blah.
Cakap panjang2 pun xguna. Mengampu ni adalah satu bakat. Dan jika anda xberbakat... usaha la macamana pun xkan dapat nyer...

Sumber : Internet. 
               : Pemerhatian terhadap keadaan sekeliling
               : Forum yg semakin ramai pengampu daripada pencetus idea. Urghh...

p/s : My sis pantang nampak aku keluar bilik. Confirm ada cerita baru. Hahaha!!!!

Wednesday, March 28, 2012

Aku Download Citer, My Sis Main Bejeweled dengan Tangan Di Rambut. Apakah?!

Before you assume, learn the facts.
Before you judge, understand why. 
Before you hurt someone, feel. 
Before you speak, think. 


Quotes yg senang gila nak faham. So xperlu citer panjang2 okeyh!

Here's the thing. Skang ni tengah meluap2 nak marah sbb dari pukul 10 malam tadi aku try download Running Man xdapat2. Dua kali.. I repeat, DUA KALI download aku tetiba jeng separuh jalan. Apakes? Nak kata server down~ Rasanya problem tu dah selesai hari Ahad lagi. Nak kata berebut ngan org lain... Aku bukan kaki torrent pun. Selama ni download cam biasa xder masalah pown...

Jadi pilihan ke-2 untuk cubaan ketiga adalah dengan mendownload split file. U know.. file yg di split2 pastu kena joint balik ittuw. Yaa... u know what I'm sayin' rite~.. *feel mat saleh jap.*

Okay..cubaan ketiga bermula. 
First part jalan.. second part jalan.. third part jalan.. So did the 4th 5th and 6th part..
Lega kejap. Before pukul 3 boleh tengok dah kot.... Hehehe..

Tapi sayang~ impianku musnah di pertengahan jalan lagi...
Xder angin xder ribut.. tetiba first part tu stop sendiri. Warkhh!!! Aura nak melempar barang tetiba meruap balik.
#actually memang dah melempar pon.. tapi sbb my sis ada depan pintu bilik ni.. harus cover jap. hehee..

Dan lepas berjam2 berfikir.. tepat kul 2.56 am satni. Aku pun dapatlaa idea..
Well~ download link tu bukannya ada satu jer kan~ So why not aku cari download page lain yg ada size yg sama ngan that first part tuh... download then try joint. At least kalau bertindih sekalipun.. aku xder la terlepas yg aku nak kan? Hua3!! Bijak tak?!

So for now.. masalah dahpun dapat diatasi. Hip hip hooray!!!

p/s : Enty selingan yg aku pun tatau kenapa perlu susahkan tangan menaip.

Tuesday, March 27, 2012

Generasiku Dulu-Dulu

Aku sebenarnya bukanlah jenis yg minat sangat nak melayan video2 yg kawan aku post kat fb tu. Yerlah.. sikit-sikit politik. Xder benda lain dah ker kat atas dunia ni hah? Hishh...

Yaa~ mungkin aku ni bukan 'jenis' orang yg prihatin kut.. Tapi pada pemikiran aku la.. Setakat nak berkongsi sesuatu yg kononnya 'menyedarkan' tapi hanya berpandukan satu video bukanlah satu tindakan yg bagus kut~ Yerla.. dah sah2 pembuat video tu pro sebelah pihak kan? 
So why bother to watch? Lagilaa bagus post lagu kan. Ahaks!

Anyway. Ni aku nak share satu video yg cukup2 kreatif dan bermakna bagi aku. I mean... this is my generasi. Zaman sekarang xder dah buat macam ni semua hah..
So apalagi.. Letsss!!!!


p/s : Aku dulu pun ada 'facebook' tu tau! Matilaa budak pompuan ajer boleh isi. 
Budak laki? Hell no! Sekor2 tulisan cam cakar ayam! Rosak buku sajosss.... :P

Sunday, March 25, 2012

Memoria. Light Off

Jeng!!!
Nak download runningman... server tengah down. 
Nak download sentai series... yg aku nak xder plak! *flashman forever bebeh!*
Nak download power rangers... aih~ mau kau slow gila tenet. 
Warkh!!! Stress ok stress!! Tetiba terus rasa cam nak update blog. *Ahaks! Terus jauh menyimpang!*


Perfect rite? 
Wow! Fantastic Baby!

Cerita kali ni berlaku masa aku Form 2 tahun 2003. Percaya atau tidak, lelaki ini *ehemm..2* sebenarnya adalah seorang prefect ketika itu. Hohoho!!!

Dan macam prefect2 lain... aku pun terpaksalaa stay kat dorm yg telah disediakan hanya untuk 'set2 baju biru' nih... Perasaan masa tu xyah cakaplah. Takut ada.. bangga ada.. campur-campur. Nak2 pulak bila tengok muka prefect senior yg sekor2 cam singa. 

Dan entah kenapa.. masa aku check in kat dorm tuh.. Aku cuma dapat almari ajer. Yup. Almari. Katil aku? Entah tatau dok mana.......... 
Kekdahnya dorm aku masa tu sebenarnya terlebih prefect disebabkan beberapa org prefect fom 5 yg still xleh kunci untuk bilik diorang.. Maka nak xnak, selaku junior yg baik.. humble dan of coz penyabar.. Terpaksalaa aku berpuas hati dengan keadaan aku masa tu. Well~ at least brg aku xbersepah kat tepi katil sesapa kan?

Tapi bila dipikirkan balik.. Siyes situasi masa tu cam haramm.. 
Ko bayang. Seramai2 student yg dok kat hostel tu, cuma aku sorang jer yg xder katil. Dahla hampir 2 minggu keadaan aku camtu. Haihh.. Nasiblaa ada kawan2 yg sudi *walaupun kekadang aku peras ugut* bagi aku tumpang tidur katil diorang. Kalau x~ naya ooo....

Dan sorang yg cukup2 aku ingat bila mengenangkan situasi tu adalah Bala. Satu2nya budak India yg sebatch ngan aku.

Dengan dialah aku selalu berkepit lepas light off. Kalau kitorang xtidur awal, biasanya adalah dorm sesapa yg jadi mangsa kitorang melepak berbual sampai kul 2 3 pagi. 
Dan kalau dah mengantuk sangat, dorm dia akan jadi destinasi terakhir kami berdua untuk tidur. Nasiblaa dorm tu ramai senior yg selalu tidor kat study room. Haruslaa dapat katil free kejap. Ahaks!
Oh dan Bala jugaklaa yg selalu kejutkan aku pepagi untuk mandi solat Subuh semua. Kalau x~ confirm I tinggal woo.... 
Dan dia biasanya sambung berdengkur sampai kul 7 plak lepas tu. Haishhh....

And after many years later, *skip part yg aku pindah skool masa form 3* Aku jumpalaa dia kat FB. So apalagi.. aku pun tegurlaa kat chat... Ajak dia hang out bila dia free semua kan~ But guess what? Dia xjawab. Siyes aku sentap gila! Hahaha!!!

Tapi one day... lepas 2 tahun peristiwa aku tegur dia tu berlalu. Tetiba dia pm aku. "Ni Zakiyudin ea?"
Aku yg agak2 malas nak menjawab ni pun cuma balas "Yup." sajos.. Ko pehal kan wat2 bertanya nama cenggitu? Bukan bar kenal dua hari ni bro...

So malam tu, panjang jugak la we oll ber-chatting. Dan dari dia, barulaa aku tahu situasi sebenar kawan2 aku masa tu.
Erm.. aku nak cerita banyak2 pasal tu pun xelok.. Lagipun benda dah bertahun2 berlalu kan.. Xguna nak dikorek benda yg xbaik. Cumanya yg aku boleh cakap, rupa2nya ramai jugak yg senasib ngan aku nih.. Ahahaha....

And Bala is always gonna be Bala sebenarnya. Lawak, happy go lucky and of course seorang kawan yg cukup2 baik. So for him, aku ucapkan semoga berjaya dalam setiap yg dia lakukan dan cukup2laa buat2 xingat kat aku nih.. Sedih wooo... Huks....


p/s : Ayat yg sama ngan Mr. Tiger. "Aku ni orang KL dah skrang.. Life aku, kawan2 aku semua kat sini. Xnakla balik Kelantan."
Well~ Mr. Tiger dah surrender skali bila aku paksa. Ni mamat nih... kena guna taktik samakah?! :P

Thursday, March 22, 2012

Situasi. Klinik

Hari selasa ritu aku temankan my sis punya mertua buat regular checkup kat klinik orthopedik hospital besar. Macam biasa, masa menunggu yg lama dan pelbagai situasi yg hampir membuatkan aku hilang sabar berlaku. So lets......

Situasi 1.
Aku ni dah kira cukup baik sbb rela bagi org yg lebih memerlukan untuk duduk. So spot aku sementara menunggu nama mek dipanggil adalah kat bawah blower muka pintu. Yg sentapnya.... syok2 aku duk tepi xmenghalang laluan org tu, adalaa sorang pakcik ni tetiba meh dok sbelah.
Mula2 xder apa2... tapi lama2 jarak dia ngan aku makin dekat. Last2 dia himpit aku terus smpai ketepi. Oh memang hangin satu badan masa ni. Tapi memikirkan yg ni spital dan pakcik tu mungkin xsengaja... Aku just diam then terus berjalan melilau kat kaki lima hospital tu. Panas woo..... Haihhh...

Situasi 2.
Aku pun xsure kenapa hari ni ramai sangat orang. Mungkin ramai muka2 baru dapat penyakit kut~ Ko bayang..... nombor giliran mek adalah 8073 dan nombor kat skrin pulak dah setengah jam melekat ngan nombor 8037. Apehal?! Ni makan tahun menunggu ni dik oi!!!

Siuasi 3. 
Hampir rebah sbb xleh tahan mata nak tidur. Tetiba terlihat sorg gadis kecil berkerusi roda masuk ke dalam klinik.
Dengan berbaju kurung kuning cair.. berambut pendek ala2 Posh.. Dia memang lawa. Nak2 pulak tuan tu senyum jer memanjang walaupun dalam kesakitan camtu. Aih.... tetiba rasa cam nak gi tegur. Hehehe....

Situasi 4.
Klinik semakin lengang menuju jam 1. Ambik peluang untuk duduk. Terperasan ada 3 beranak ni sedang memerhati dari tempat mereka duduk. Si ibu terdengar berbisik kepada anak gadisnya. "Smart. Xnak?" Si gadis hanya menjuihkan bibir.
Aku yg hot dari tadi terus menggumam dalam hati.... 
"Makcik bagi free pun saya xnak la anak makcik tu~ Apehal tengah2 org ramai ni anak makcik tu boleh duduk terkangkang luas cenggitu? Xreti bersopankah? Xpadan ngan bertudung. Baju kemeja lengan pendek tetap...." 

Situasi 5.
Mek masuk untuk cuci luka. Ramai student arini. Patutla klinik lambat cam cisss!
Nak bukak bandage pun ambik masa 10 minit. Tu xmasuk yg tukang jaga pintu yg dok menyanyi panggil nama patient lagi. Be professional la skit adik~...
Yg menambahkan sakit hati~ Boleh pulak seramai2 7 student dalam tu.. sorg2 xnak volunteer buat kerja. Hangin sbb dari jam 10 lagi menunggu.. my sis terus bagi direct question.
"Ni sapa yg nak cuci nih? Awak jangan sampai saya pilih sendiri sapa yg kena buat dahla." Dengan nada yg menunjukkan dia memang marah....
Aku kat luar.. depan si penjaga pintu yg menyanyi tu.. feeling2 org luar jap.
"Patutla klinik arini slow... biasa nurse tu sorg pun dah boleh handle semua. Ni tujuh. Haih... xtaula bila dah kerja sek sok..."
Nampak dia macam tak puas hati. Ko menjawab la kalau teringin nak kena hambur yg lagi kesat ngan aku.

Aku kalau muka superb cam Kim xkesah sangat sebenarnya..
Ni dah hodoh.. gemuk plak tuh! Hishhh!!!!

Situasi 6. 
Menunggu doc tulis surat untuk wound team plak. Sempat jadi polis trafik dalam tu. 
"Makcik bilik ni.." "Pakcik bilik tu.." "Nak cuci luka slip kena letak situ..."
Ko pehal student tujuh org tu xleh nak tolong langsung nih? Xnampak ker kebanyakan yg datang ni org2 tua? Hishhh.....

Situasi 7.
Selesai doktor bagi explanation segala. Bergegas ke farmasi untuk ambik ubat.
Terserempak ngan budak KPTM yg sesama kat ortho tadi. Disebabkan nombor giliran yg agak lama, aku just berbual kosong ngan dia.
Bila sampai no giliran, terus ke kaunter. Pharmacist tu pelik sbb slip ubat mek yg sampai 3 keping. So terpaksa explain pasal ubat yg hutang dalam 2 appointment sebelum ni.
Sentap jap bila pharmacist tu bagitau.. " Yg dua ni kita xbagi dah..."
Aku dengan tersenyum terus jawab...
"Saya tahu.. lagipun ubat tu kalau ambik memang xguna dah pun~ Niat saya bagi tu cuma risau kalau awak kena tanda dekat buku ubat ker hapa... Mana tau kalau2 ubat pun ada audit kan~ Nanti xpepasal ada yg kena tuduh seleweng ubat pulak nanti..." Konfiden gila aku bagi penerangan lalu bergegas larikkk takut kena bambu. Mwahaha!!!

Lalu berakhirlah hazab sehari kat klinik aritu. Lepas bedal nasi lauk ikan tongkol masak pedas ngan kerabu pucuk paku ditambah sambal pauh, terus aku lena tertido kat umah mek. Hohoho!!!
Next stop, esok kat wound dept plak. Mintak2 la xkena lama menunggu dah..... Huhuhu..

p/s : Jumpa bos masa makan. Boleh dia feeling2 xperasan. Ahaks!

Monday, March 19, 2012

Ajib Show. 'L.D.R.'


Terjumpa benda ni dalam fb. Dan oleh kerana aku setuju sangat ngan statement dia ni, aku terus panjangkan kat Cik Zee. Hihihi........

Bagi aku... sekarang ni.. Long Distance Relationship tu bukanlah terhad kepada org bercinta jer. I mean... kawan pun okay gak.. Ingat senang ker nak kekalkan satu hubungan yg baik antara 2 manusia yg jauh beribu batu nih? Haih... jiran sebelah rumah lagikan bergaduh dek non~ 
So bila kita dapat kekalkan sesuatu hubungan yg jauh tu... BerSyukurlah.. At least kita tak tambahkan satu masalah kat atas dunia ni kan...... *Ahaks! Tetiba menyimpang jauh.*

But like wise people always said... Lain padang lain belalang.. Lain orang, lain pulak pemikirannya. Jadi xpayah gaduh2.. Just respek, relaks and respon okay! *padah tgok pisau cukur teringat 3R. Hahaha!!!*

Sunday, March 18, 2012

Love, Care & Respect. Dari kami untuk kamu.

Lebih selamat kalau aku xcakap banyak. Biar gambar saja yg menyusun teka teki itu okeyh!

Pagi 16 Mac *my besday~* kitorang habiskan dengan menyiapkan semua benda yg diperlukan.
Walaupun gila ya amat punya letih. Terpaksalaa tahan kan.. Lagipun bukan benda selalu buat.
Dan pasal gambar ni pulak... Si Pise as usual, xleh tengok org sebok kat meja makan. Confirm dia nak menyelit gak. Dahla pow burger aku. Jeng punya kucing!

That bear yg berjaya membuatkan aku hangin di pagi Jumaat. Haihh!!!
Tapi sweet gak kan letak menatang tu dalam kereta? Ahaks! :P

Kadang2.. ada benda yg kita tak xtahu bila dan masa mana akan merasa.
So bila dapat peluang naik kereta yg harga RM 1.1 juta.. Haruslaa feeling2 jadi VIP kan..
Xyah cakap abah.. aku yg ambik gambar ni pun 2 kali 5 jah.... Hahaha!!!!

Series aku ngan abah kecut perut bila tengok tukang kemudi sampan ni. Ko budak umur 7 tahun okay! Nasib dia dah biasa walaupun landing cam haramm jer gi langgar tebing batu. Hahaha!!
Btw~ sungai ni memang luas tau. Aku pulak berselirat dengan beg segala. So bila abah buat tarian wakiki atas tu.. Harus I kena panic attack kejap. Hadoi.......

Masa aku tgah snappy2 area ni... Adalaa satu bot laju Marine Department of Thailand lalu..
Mula2 tu teringin gak nak snap wat kenangan.. Tapi bila dipikirkan balik~
dibuatnya diorang stop then soal aku macam2... xker naya?
In the end... aku main lambai2 jer.... Huhuhu....

Saksi segala2 yg berlaku sepanjang petang itu.
Teringat arwah mek dan abang2 aku bila tengok kerusi ni....

Alhamdulillah.... semua rancangan selesai sudah.. Now masa untuk balik!!!
Oh kali ni jurumudi pompuan pulak.. Sekali lagi la bot xsempat brek langgar tebing gituh.. Huhuhu...

Rest of the story... Kitorang gi makan area Bunohan.. Then balik dan terus melawak sepanjang perjalanan tu.. 
Tangan aku pulak still xberhenti menaip dari turun jer sampan sampailaa balik. Ko gila semua orang nak kena sampaikan berita ni... Ahei!!!

So lastly... dipanjangkan dari Cik Zee jugak.. Kami doakan yg terbaik untuk selamanya. Xmo gaduh2.. masam muka semua.. Perangai pun kena jaga.. Tapi sesekali bertelingkah menambah rasa tu xperla ek... Hehehe...
Papai for now. Kalau ada benda nak story lagi, nanti aku citer k! Booyaa!!!

p/s : Papa cakap dia ada hutang ngan aku. Tapi sebb aku tido masa dia datang tadi, papa cakap nanti dia bank in kan untuk aku dlm sehari dua lagi.
Oooo.... uuu... apakah ituw? :P

Friday, March 9, 2012

BIGBANG - Blue

I'm a K-Pop lover! *entah berapa juta kali laa aku duk ulang ayat tu kan?*
Dan bagi aku bahasa bukanlah halangan nak meminati K-Pop ni haa... *ko jangan nak mengata aku kalau zaman kecik2 ko feeling2 paham nyanyi lagu hindustan okeyh!* Selagi xberbelit lidah, I follow... Kalau berbelit gak, aku usaha sampai feeling2 natural talent gituh... Hoho!

So untuk label S.O.N.G kali ni, aku nak share lagu ni pulak. Bigbang - Blue.
Siyes best wa cakap lu!!!! Feeling2 menyanyi pasal blues jiwang giuh.. Makcik suka tuh!
Maka apa lagi... Jom layan!

I'm singing my blues......~ ^^

p/s : Takut tak paham 'jalan cerita'.... Ni aku usahakan cari lirik yg dah di-translate ke BI. Senang kerja nak paham~ Hehehe....


(Chorus)
...
The winter had passed
And the spring has come
We have withered
And our hearts are bruised from longing

(i’m singing my blues)
Used to the blue tears, blue sorrow
(i’m singing my blues)
The love that i have sent away with the floating clouds, oh oh
....

Under the same sky, at different places
Because you and i are dangerous
I am leaving you
One letter difference from ‘nim’^
It’s cowardly but i’m hiding because i’m not good enough
Cruel breakup is like the end of the road of love
No words can comfort me
Perhaps my lifetime’s last melodrama
Now its final curtain is coming down

I was born and i met you
And i have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even with my eyes closed, i can’t feel you


I feel like my heart has stopped beating
You and i, frozen there, after a war
Trauma, that has been carved in my head
Once these tears dry up, i will moistly remember my love
I’m neither painful nor lonely
Happiness is all self-talk
I can’t stand something more complicated
It’s no big deal, i don’t care
Inevitable wandering, people come and go

I was born and i met you
And i have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even if you have left, i’m still here

Again tonight, underneath that blue moonlight
I will probably fall asleep alone
Even in my dreams, i look for you
And wander around while singing this song


p/s - Makcik terus pitam dengar aku nyanyi lagi ni...... Apakah?!

Thursday, March 8, 2012

At Last!

Selepas berjaya memperabihkan duit yang teramat lah banyak ke arah jalan yg aku sendiri tak tahu patut ke tak.... barula ada masa free nak menjengok blog kekdahnya... 
Huhuhu....

Alah... benda suka2... lagipun duit atas dunia jer boleh pakai dek oii... Xder gila nak bawak masuk kubur skali.. Even orang cina pun xpakai duit betul masa upacara bakar2 masa kematian kan... Harus nak bagi nenek moyang kaya raya di alam sana? Oh xrela~..... 

MOTIF?!?!?!

Balik pasal blog.... Cik Zee cakap next week is my besday.. Katanya... "Umur dah meningkat... blog xnak tukar barukah?"
Wah... sedap molott!!! Ingat kita skang macam dia 24jam mengadap lappy? Oh please~ my besday okay... sepatutnya saya yg kena tanya awak... "Xnak ker tolong bagi imej baru kat blog I nih...?!" kan... 
Tapi maaflah Cik Zee yer... Jangan nak mengharap sangat bab tu... Xkuasa nak tengok blog I tetiba jadi cam pelangi di tangan awak tau! :P Mwahaha!!!

So xnak peningkan kepala... Ni beberapa perkara yg berlaku sepanjang aku xtulis blog ni.

- Beli barang yg teramatlah mahal... But thanx to my middlemen yg sanggup usahakan semua walaupun aku rasa bayaran untuk dia xsetimpal sangat...
- Cheya balik!!!! Ko harus 2 malam kitorg gosip macam2 hal. Even cerita Misha Omar nak kahwin tu turut sama jadi topik. Cam pelik jer kan? Hurm.....
- Ulang alik rumah mek. Blajar a few thing about kuih muih lama Kelantan. And paling best.. baru aku tahu yg rupanya budu tu sebenarnya menggunakan pewarna. Fuyyooo.....
- Nyaris2 pengsan disebabkan lelah yg xtau kenapa tetiba boleh datang. Demm!!!
- Gi Kfc K.Kerian. Brg free cam biasa~ But the best thing is... bila semua bekas anak buah datang salam dan tetap xlupa dengan 'adik' dia ni. Huhuhu... :)
- First time mancing! Blame that guy with his cute car! *katanyalah....* Ko hada tipu cakap nak gi skate sekali sampai sungai. Apehal?! Dahla tangkapannya cukup2 'lumayan'! Derh.. seriously I need to write a special entry bout this! Wait aaa....
- Check in check out.... yg terlentangnya aku.. Yang kayanya? Nuuu haaa yg dok jauh beribu batu nuu... Aih~
- Dapat 6 lagi anak kucing yg cute2 cam ibunya. Yuhuu!!!! Habislaa duit poket aku buat beli makanan kucing pasni....

Tu jer setakat ni yg aku ingat. Dan mungkin aku akan buat beberapa entry lagi pasal benda2 yg aku tulis kat sini. *bab mancing dan beli barang memang wajib! ko tunggulaa~* Dasar spesies xleh tulis banyak story satu entry katakan~

So papai for now. Need to watch my Gobusters first. Tadi tengahari melayan dengan audio hilang melayang ntah kemana kekdahnya. So harus balun cukup2 malam ni okeyh! Hip! Hip! Hoi!!!! ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...