Pages

Thursday, March 22, 2012

Situasi. Klinik

Hari selasa ritu aku temankan my sis punya mertua buat regular checkup kat klinik orthopedik hospital besar. Macam biasa, masa menunggu yg lama dan pelbagai situasi yg hampir membuatkan aku hilang sabar berlaku. So lets......

Situasi 1.
Aku ni dah kira cukup baik sbb rela bagi org yg lebih memerlukan untuk duduk. So spot aku sementara menunggu nama mek dipanggil adalah kat bawah blower muka pintu. Yg sentapnya.... syok2 aku duk tepi xmenghalang laluan org tu, adalaa sorang pakcik ni tetiba meh dok sbelah.
Mula2 xder apa2... tapi lama2 jarak dia ngan aku makin dekat. Last2 dia himpit aku terus smpai ketepi. Oh memang hangin satu badan masa ni. Tapi memikirkan yg ni spital dan pakcik tu mungkin xsengaja... Aku just diam then terus berjalan melilau kat kaki lima hospital tu. Panas woo..... Haihhh...

Situasi 2.
Aku pun xsure kenapa hari ni ramai sangat orang. Mungkin ramai muka2 baru dapat penyakit kut~ Ko bayang..... nombor giliran mek adalah 8073 dan nombor kat skrin pulak dah setengah jam melekat ngan nombor 8037. Apehal?! Ni makan tahun menunggu ni dik oi!!!

Siuasi 3. 
Hampir rebah sbb xleh tahan mata nak tidur. Tetiba terlihat sorg gadis kecil berkerusi roda masuk ke dalam klinik.
Dengan berbaju kurung kuning cair.. berambut pendek ala2 Posh.. Dia memang lawa. Nak2 pulak tuan tu senyum jer memanjang walaupun dalam kesakitan camtu. Aih.... tetiba rasa cam nak gi tegur. Hehehe....

Situasi 4.
Klinik semakin lengang menuju jam 1. Ambik peluang untuk duduk. Terperasan ada 3 beranak ni sedang memerhati dari tempat mereka duduk. Si ibu terdengar berbisik kepada anak gadisnya. "Smart. Xnak?" Si gadis hanya menjuihkan bibir.
Aku yg hot dari tadi terus menggumam dalam hati.... 
"Makcik bagi free pun saya xnak la anak makcik tu~ Apehal tengah2 org ramai ni anak makcik tu boleh duduk terkangkang luas cenggitu? Xreti bersopankah? Xpadan ngan bertudung. Baju kemeja lengan pendek tetap...." 

Situasi 5.
Mek masuk untuk cuci luka. Ramai student arini. Patutla klinik lambat cam cisss!
Nak bukak bandage pun ambik masa 10 minit. Tu xmasuk yg tukang jaga pintu yg dok menyanyi panggil nama patient lagi. Be professional la skit adik~...
Yg menambahkan sakit hati~ Boleh pulak seramai2 7 student dalam tu.. sorg2 xnak volunteer buat kerja. Hangin sbb dari jam 10 lagi menunggu.. my sis terus bagi direct question.
"Ni sapa yg nak cuci nih? Awak jangan sampai saya pilih sendiri sapa yg kena buat dahla." Dengan nada yg menunjukkan dia memang marah....
Aku kat luar.. depan si penjaga pintu yg menyanyi tu.. feeling2 org luar jap.
"Patutla klinik arini slow... biasa nurse tu sorg pun dah boleh handle semua. Ni tujuh. Haih... xtaula bila dah kerja sek sok..."
Nampak dia macam tak puas hati. Ko menjawab la kalau teringin nak kena hambur yg lagi kesat ngan aku.

Aku kalau muka superb cam Kim xkesah sangat sebenarnya..
Ni dah hodoh.. gemuk plak tuh! Hishhh!!!!

Situasi 6. 
Menunggu doc tulis surat untuk wound team plak. Sempat jadi polis trafik dalam tu. 
"Makcik bilik ni.." "Pakcik bilik tu.." "Nak cuci luka slip kena letak situ..."
Ko pehal student tujuh org tu xleh nak tolong langsung nih? Xnampak ker kebanyakan yg datang ni org2 tua? Hishhh.....

Situasi 7.
Selesai doktor bagi explanation segala. Bergegas ke farmasi untuk ambik ubat.
Terserempak ngan budak KPTM yg sesama kat ortho tadi. Disebabkan nombor giliran yg agak lama, aku just berbual kosong ngan dia.
Bila sampai no giliran, terus ke kaunter. Pharmacist tu pelik sbb slip ubat mek yg sampai 3 keping. So terpaksa explain pasal ubat yg hutang dalam 2 appointment sebelum ni.
Sentap jap bila pharmacist tu bagitau.. " Yg dua ni kita xbagi dah..."
Aku dengan tersenyum terus jawab...
"Saya tahu.. lagipun ubat tu kalau ambik memang xguna dah pun~ Niat saya bagi tu cuma risau kalau awak kena tanda dekat buku ubat ker hapa... Mana tau kalau2 ubat pun ada audit kan~ Nanti xpepasal ada yg kena tuduh seleweng ubat pulak nanti..." Konfiden gila aku bagi penerangan lalu bergegas larikkk takut kena bambu. Mwahaha!!!

Lalu berakhirlah hazab sehari kat klinik aritu. Lepas bedal nasi lauk ikan tongkol masak pedas ngan kerabu pucuk paku ditambah sambal pauh, terus aku lena tertido kat umah mek. Hohoho!!!
Next stop, esok kat wound dept plak. Mintak2 la xkena lama menunggu dah..... Huhuhu..

p/s : Jumpa bos masa makan. Boleh dia feeling2 xperasan. Ahaks!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...