Pages

Saturday, June 30, 2012

Bila Mimpi DiRealitikan

"Abah mimpi kau pukul Si Pise sampai kucing tu nyawa2 ikan."

Ayat yg berjaya menyakinkan aku untuk balik dan peluk kucing tu erat2 sampai kucing tu last sekali rimas ngan tuannya yg sorang nih. Hiks!


Entahla.. aku sebenarnya malas nak fikir pasal apa yg abah mimpikan tu.. Bagi aku, jika tertulis benda tu sebagai petanda untuk aku... aku terima. Mungkin ada salah silap yg perlu aku tanggung(?) Cuma pesan abah tadi.. Beringatlah sehari dua ni. Mungkin ada sesuatu yg kurang baik/enak akan berlaku. Katanya at least baik bersedia. 
Haip! Misi diterima bah! :)

p/s : Actually aku memang selalu pukul kucing sekor nih.. Tapi sampai ke tahap nyawa2 ikan... xpernahlah...
Even bila dengar abah cakap macam tu pun dah buat mata aku berair tau. I just love all my cat. Xkira la kau kampung ke bandar sekalipun~ ;)

Saturday, June 9, 2012

Is It REALLY Me?


"Duk dalam bilik. Kalau xlayan porn.. Mesti download cerita. Pastu habis semua org xleh pakai line."

Tu antara ayat yg AKU TAHU orang selalu tuju kat aku. And frankly speaking, aku xpelik dan tak terkejut pun.

Sebagai seorang manusia yg gemar online dalam gelap... Aku memang expect org akan kata aku macam2... Lagipun bila dah gelap ni... macam2 hal akan terlintas di benak org yg serba pandai nih. Sempurna kan kekdahnya~ :P

Tapi bila masuk pasal line yg buat hal sbb aku download cerita tu.. sebetulnya aku sedikit tersentap. Yup. Part tu memang aku terasa.

Kalau sebelum laptop aku rosak aritu.. Aku memang xkan kata apa2..
Aku mengaku.. masa tu aku memang gila download cerita. RunningMan.. Dream Team.. Invincible Youth.. Night After Night.. semua cerita aku nak tengok aku download.
Bagi aku kenapa nak susah2 tunggu loading kat utube kalau kau boleh download dan tgok bila2 masa kau nak kan? I mean... logiknya bagi aku ada di situ.

Tapi sekarang ni lain. 
Kenapa lain?

1. Skang ni banyak file sharing website kena tutup. Bagi yg belum pulak... rules dia lebih ketat. Hanya uploader yg boleh akses file sendiri. Org lain xleh.
2. Banyak show2 best dah tamat. Yg baru pulak xramai subber yg nak buat. *terutama sekali citer Korea.*
3. Xnak dah beratkan lappy aku cam dulu. *Running Man ajer satu file dekat 400mb ++. Kalau 80 episode? Aku ni pulak  jenis yg suka menyimpan~*
4. Kipas lapik lappy aku rosak. Malas nak ambik risiko overheat.
5. Skang ni aku lebih suka membaca. Xkiralah gosip ataupun fakta. Janji menarik.

Jadi skang ni kalau bercerita bab download... Hanya 2 show jer yg aku still buat. Gobuster dan Kamen Rider. Tu pun cuma sekali seminggu. Hari Selasa malam. *subber biasanya dah release video time ni.*
Dan untuk rekod... Dua2 show tu aku pakai torrent. Dan bagi yg xreti dan xtau... torrent ni memang pakai line tenet yg kuat. Tapi disebabkan tu jugak~ Kepantasan untuk mendownload file tu lebih cepat.

Jadi kalau nak dihitung... dua2 show tu hanya ambik masa dalam 2 jam untuk didownload. Dan tu pun hanya seminggu sekali! Bukan HARI-HARI! Kena faham la!

Huuu....... Aku sebetulnya xmarah kalau org yg pandai ni mempunyai SIFAT dan CARA KERJA yg betul.. Ni x... main tuduh jer pandai.

Ada sekali my sis mesej aku. Tanya aku ada download cerita tak sebb line tenet slow. Series aku gelak time tu. 
Oh~ jadinya bila aku bukak lappy.. kerja mendownload jerla? Ahahaha!!!!

Aku xsalahkan dia.. Aku tahu.. pemahaman dia tentang benda2 ni agak kurang. Jadi apa yg org bagitahu.. itu yg dia pakai...

So bagi yg TAHU tu... adakah diorang tahu yg sekiranya aku menDOWNLOAD sesuatu.. Maka aku sendiri pun akan terkena effectnya? 
Ingat org yg download file besar2 ni boleh buat kerja lain ker? Come on... nak loading fb pun makan hari tau! Jenis macam aku ni.. agak2 penyabar ke dengan tu semua?

Sebab tu kebanyakan org yg mendownload cerita ni dia suka tinggalkan komputer diorang on tanpa buat apa2... Ni aku? Still mengadap ni apakes? Tengok butang loading tu berpusing2 xhabis? Xder kerja tu namanya~

Terus terang aku cakap kat sini la... Skang ni kalau bercerita pasal show2 yg selalu aku tgok.. Aku lebih suka layan online la... 
Kalau video tu banyak part.. Ni cara aku selalu buat.

Bukak satu tab.. Pause. Biar video tu loading sampai separuh. *aku xsuka tgok cerita sekat2..* Lepas tu layan... sambil2 tu perhati loading bar. Bila dah penuh. Bukak part kedua dalam tab lain. Tekan pause. Biar video tu load sendiri. Sementara tu layan la perabih video yg 1st tu. 
Senangkan?

So forthose yg suka menyalahkan org sebab line tenet yg buat hal.. Fikir dulu. Tah yer ke tidak salah dia tu. Kang kena internet provider yg punca problem sebenarnya.. xpepasal kau dosa mengata orang. Huhuhu...

p/s : Lepas mesej my sis tu.. Aku terus call internet provider. Terang2 dia cakap kerja naik taraf sedang dibuat. Mwahaha!!!!

King of Pirates.


Ini gambar lepas raya tahun lepas masa aku temankan Cheya balik KL. Shopping~
Dan tentulah baju tu yg aku grab. Tapi pembayaran dibuat sendiri menggunakan duit raya aku yaa~ Xder sponsor2.. Musim rebah menyungkur bumi belaka. *lepas raya = ciput*

Sebenarnya masa aku dok gila bergambar ngan baju kat atas tu.. Aku actually terberkenan ngan selai baju lain ni.. Dan atas sebab2 yg xdapat aku nak ingat.. Aku terr-bagitau Cheya camni..
"Org kalau xdapat benda lain pun xper. Asal dapat yg tu selai pun ok." Lebih kurangla.. Choy mau nak mengingat kejadian setahun lepas!

Then semuanya terhenti disitu. Aku balik Kelantan, Cheya terus kerja. Pasal baju tu pulak, hilang lesap entah kemana. Huhuhu...

Then around two weeks ago, masa Abah, Maa and Cik Demi balik dari Kl, satu peristiwa yg ntah hapa2 dan xpernah aku jangka pun terjadi....


Aku masa tu tengah syok2 duk pasang Astro maa and tetiba Cik Demi masuk. 
"Nah. Cheya cakap hadiah besday awak. Lewat sikit." Dia menghulur sehelai baju yg terlipat kat aku. "Yg ni Cheya pilih tapi popo bayar."

Aku pun tersengihla sambil ucap terima kasih kat maa. Suka tau! Nak2 bila kita tak expect org nak bagi sesuatu/hadiah selewat ni. Hiks! *besday bulan 3. Hadiah dapat bulan 5.*

Mula2 aku tilikla.. Kuning. Lawa siol kaler baju ni.
Tapi bila bukak jer...... PANG!! Terus mata aku terbeliak!

"Argh!!! Cheya pilih baju yg saya nak!!!" Tetiba aku menjerit. 
Maa yg masa tu ada kat belakang aku pun cakapla.. "A'ah. Cheya cakap awak nak baju tu lama dah. Tu dia pilih."

Aku pun apalagi~ Terus buat sesi menayang. Kat hati memang bertaman bunga la kekdahnya. Ko kira nak dekat setahun tau. Tapi Cheya xpernah lupa. Hihihi...
Oh dan ini bajunya.


I'm gonna be King of the Pirates!!!!

Hepi? Of coz~ berapa kali mau cerita haa..

Impian untuk memiliki sehelai baju T-shirt One Piece akhirnya terlaksana jugak. Hohoho!!
And for this.. aku kena terima kasih kat banyak orang terutama sekali Cheya. Tq! Tq! Ur truly a sister to me. :)

Tag paling penting nih!!!!

Skang ni dalam kepala otak cuma pikir bila nak melaram jer. Maklumla jarang keluar skrang nih. Sekali aku dapat~ Jaga lah!!!!! Hua3!!!

p/s : Ko jeles? Belajar untuk mengosongkan fikiran ya. Hiks!

Loader? Apakah?! Argh!!!!

Tengah syok2 aku mengelamun sengsorang sambil layan lagu kat lappy semalam, tetiba jer aku rasa skrin aku jadi blank. Hitam.
Dek kerana tuannya yg tengah gila bengap malas... Aku pun buat dunno jerlah kan. Cari balik gambar yg aku guna untuk wallpaper tu.. then setkan ajer balik. So problem selesai. *katanyaa...*

TETAPI. Again it happen.
2 kali dalam tempoh xsampai 2 jam.. Mau xmengamuk!
Aku pun rikilah apa yg sebab musabab berlakunya kejadian ngeri ini. Kut2 kena virus ker hapa kan~ Tengah2 sengkek ni.. problem oo.. problem.

Cari punya cari... barulah aku perasan~ *ko memang lama aku ambik masa nak perasan tau!* yg kat notification belah bawah kanan tu ada satu mesej yg berbunyi ala2 cenggini..

"Your copy of windows is not genuine"

Hah? Not genuine? Adakah keadian itu akan berulang kembali? Oh tidak!!!!!!

fakta #1 : Pernah terjadi sekali dulu. Terus hantar kedai dengan muka bengis gila. Laptop baru pakai sebulan okeyh! Apehal skrin blank. Urgh...

Muka time ni xyah cakaplah. Pucat lesi. Risau nih risau. Nak mintak tolong kawan2 yg expert pasal komputer... jam baru kul 4.30 pagi. Ko gila nak kena sergah kejut org pepagi camtu?
Mata yg tadi mengantuk, terus segar. Perut yg tadinya melantak nasi goreng, tetiba terasa lapar balik. Adeii... *part ni memang selalu. asal stress, lapar.

Nak xnak... aku kena tahan lapar tu dulu and riki apa2 yg boleh bantu aku untuk selesaikan problem tu. So google time!!!!

fakta #2 : Disebabkan xtahu dan xfaham dengan permasalah itu. Semua kata kunci yg terlintas dalam benak ditaip. Nasibla....

Mula2 tu aku dapatlah sedikit harapan kat satu blog ni. Alhamdulillah syukur.... Tapi bila check date post ngan komen segala, terus hatiku hancur luluh. Date post tahun 2010 tau! Ni boleh pakai ke tak solution dia ni? Dahla tutorial dia banyak guna istilah2 komputer. Susah gila nak baca. Terus harapanku kabur kembali....


Cari lagi.
Jumpala satu blog dari seberang ni.. Erm... date pun baru bulan May tahun ni. So kira boleh try la kan. *masa ni hati berbunga riang.*

Step 1. Buat itu ini.. selesai. "Heh~ senang jer... Kejap lagi ko xder dah message oii... (merujuk kepada mesej kat atas)" Bentak hati aku. Riak nih riak..

Masuk step ke 2 pulak... Terus senyum kat bibir ni hilang. Apakah? Satu haram pun aku xfaham. Sekali lagi guna istilah2 yg aku tatau apakebenda maksudnya. Nasiblaa bukan aku sorang jer xfaham. Kat komen tu beratus org tanya. *saya bukan paling bengap di dunia. Peace y'all!*
Tapi disebabkan aku rasa writer blog tu pun kurg faham dengan teknik2 org yg bertanya.. Terus jawapan yg dia bagi xmenepati piawaian. Even makin ramai org bertanya adalah. Hahaha!!!

So dari jam 6 pagi... aku stuck kat step 2 tu sampai kul 8.25 am. Ko kira berapa lama? Ni perut still lapar nih...

Bila dah hampir aku ditahap nak berputus asa, masa nilah baru aku boleh terperasan satu trick yg terdapat dalam satu link kat entry tu....

fakta #3 : Sebelum memulakan proses di step ke 2. Diharuskan untuk ada/download satu perisian yg dicipta khas untuk menyelesaikan masalah ini.

Tu yg aku ter-miss tu.. Aihh...
Dan bila dah tahu ni... Senang la kerja aku~ Terus benda yg memakan masa berjam2 tadi selesai dalam tempoh xsampai 5 minit. Even command prompt pun aku adjust sambil tutup mata sebelah tau! Hohoho!!!! 

Dan Alhamdulillah... AKHIRNYA laptop aku kembali berfungsi seperti biasa. No more blank screen. No more stupid notification. Hooray!
Oh! Yang paling best sekali~ aku dah boleh guna wallpapaer fevret aku. Hooyeahhh!!!! *sambil buat post doublemint gum.*

Skrin lappy aku lepas kejadian berjaya diselesaikan. Hepi~ :)

Untuk blogger yg buat entry tu. Trima kasih bebanyak. Lo udah nyelesain problem gue. Trimas bro! Hehehe....

p/s : Lepas Jumaat, balik makan pastu sambung berdengkur. Letih siol! Sepagi cari cara nak solve problem tu semua. Huff...

Monday, June 4, 2012

One World. Survivor.

Hah?! Survivor dah habis? Biar betik?
Baru jer feeling2 nak check latest episode, sekali tgok kat wiki dah ada pemenang pulak~ Aiyohh... spoil pakcik pelupa. Mwahaha!!!


The cast.

Twist yg diorang buat untuk season ni adalah untuk pecahkan contestant kepada tribe pompuan dan laki. But at the same time, diorang diletakkan kat camp yg sebenarnya sebelah menyebelah ajer. 
Kiranya program tikam menikam tu stil jalan.. but hidup rukun berjiran tetap kena jaga. Ahaks!

Dan yg menangnya~


Kimberly Spradlin!!!!

Well~ aku memang expect pompuan akan menang season ni. Diorang punya strategi memang A aaa... Even Christina yg nyaris2 out pun boleh lepas final 4. Ko gila hebat diorang punya plan kan? 

And for the next season... erm... pakcik tatau. Lagipun aku bukannya follow ngat benda ni. 24 season dah wei.. Basi tau basi. Hahahah!!!!

p/s : Kalau aku masuk survivor... konfem aku akan jadi peserta paling dibenci. Wh? Because pakcik Diva yg BERLAGAK okay~ Hua3!!!

Sunday, June 3, 2012

ANTM Britsh Invasion.

Aku sebenarnya malas nak buat weekly review cycle kali ni. Sebabnya...


1. Aku ter-miss first episode. Pastu bila dah tengok, ter-off pulak video time judging.  Ko terus malas nak sambung...
2. 7 Brits yg compete tu... Sekor pun aku xkenal. Mwahaha!!! I'm more to Australian Next Top Model okeyh!
3. Dan disebabkan 7 Brits tu jugak~ xpepasal aku rasa yg semua judges tu bias. Oh ini pendapat aku saja..
4. I dun like Kelly Cutrone. Yup! Bagi aku dia tak peramah langsung.
And lastly....
5. Masih sakit hati sebb Lisa yg menang Cycle All Star. I want Allison!!!!! 
Hehehe..


Boleh pakai xalasan? Ahaks! 
So xnak melalut panjang.Ni aku try google photo2 fevret aku dari season ni. Frankly speaking... xder satu sesi potoshut pun yg aku betul2 layan. Semua biasa2 jer.....
:)
*Oh dan macam biasa. Komen bodo aku akan menyusul jugak. Hiks!*


The contestonnn!!!!!!!

Seriously! Kenapa kena singkirkan dia sbb satu hal kecik? *bagi aku la~*
Bagi aku dia satu2nya contestant yg deliver every week dalam cycle ni. Go Azmarie!


Satu lagi gambar dia yg aku sempat guna wat wallpaper laptop aku.
Oh my god! Love her pose. Very der high fashion. *sambil tepis tangan kucing kat sebelah.*


My favret pick from this cycle.
Walaupun aku pilih satu jer.. actually pic Laura ngan Annaliese pun lawa gak.
But I'm totally amazed by this one. *mata nampak bintang2..*


And lastly pic Sophie untuk Covergirl ads.
Seriau cun! Mwahaha...


Oh! Satu yg paling aku suka tentang cycle ni adalah pasal Runway Challenge. Kalau dalam previous cycle diorang cuma terlibat time finale, but not in this cycle.
Xsilap aku termasuk ngan final, ada 3 semua runway challenge yg diorang kena participate. And without a doubt, Sophie nailed every one of it. Huhuhu...

Maka lepas berhempas pulas menonton berminggu2.. Akhirnya down to final two.
Between Laura and Sophie. And of coz la pemenangnya Sophie kan~ Eh hello?! I bagi hint banyak dah tu okay! :P

And the next cycle... Katanya Tyra College Edition plak. Dan detailnya... nanti aku story dalam entry lain. So papai!

Go Sophie Go!

p/s : Please Tyra~ xnak dah motion editorial a.k.a MV yg ntah hapa2 tu.... Buat penat jer bersengkang mata tengok hasil yang tah hapa2.... :(

Saturday, June 2, 2012

επίθεση της Haters

So amacam? Ada berani?

SILA BUAT LAGI.

Oh.. dan benda ni aku dah tahu lama. 2 3 minggu dah. Cuma malas nak panjang2. *follow nasihat kakak2.*

Lagipun niat bukak blog ni bukan nak menunjuk2.. Jauh sekali nak mendabik dada bercerita. Blogger dah buat evaluation. So aku memang xsalah SIKIT pun.

Ingat. Bertindak atas niat YANG BETUL.... xsalah. Tapi bila dipengaruhi orang atas sbb2 peribadi, oh sungguh KEBUDAK2AN.
Jangan nak menegakkan sesuatu atas dasar berkawan kalau asas setiap tindakan tu xlebih dari perbuatan budak tadika.

Xfaham? Tengok cermin. Baik sangat ke rupa tu? 
Huhuhu...


Penat + demam nak menulis pepanjang. Jadi ni warning last aku.
Untuk sesiapa sahaja yg berkenaan. STAY AWAY FROM MY BLOG. But if you happen to come across and still want a little portion of what I'm thinking, feel free to read. I'm no one to start with. No hacking so no aggressive comment from me. Just act like nothing ever happened ok!

p/s : 5 minit jer untuk aku buang semua HTML code tu. Bayangkan pulak berapa lama korang habiskan untuk buat satu page tu. Berbaloikah?!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...