Tengah syok2 aku mengelamun sengsorang sambil layan lagu kat lappy semalam, tetiba jer aku rasa skrin aku jadi blank. Hitam.
Dek kerana tuannya yg tengah gila bengap malas... Aku pun buat dunno jerlah kan. Cari balik gambar yg aku guna untuk wallpaper tu.. then setkan ajer balik. So problem selesai. *katanyaa...*
TETAPI. Again it happen.
2 kali dalam tempoh xsampai 2 jam.. Mau xmengamuk!
Aku pun rikilah apa yg sebab musabab berlakunya kejadian ngeri ini. Kut2 kena virus ker hapa kan~ Tengah2 sengkek ni.. problem oo.. problem.
Cari punya cari... barulah aku perasan~ *ko memang lama aku ambik masa nak perasan tau!* yg kat notification belah bawah kanan tu ada satu mesej yg berbunyi ala2 cenggini..
"Your copy of windows is not genuine"
Hah? Not genuine? Adakah keadian itu akan berulang kembali? Oh tidak!!!!!!
fakta #1 : Pernah terjadi sekali dulu. Terus hantar kedai dengan muka bengis gila. Laptop baru pakai sebulan okeyh! Apehal skrin blank. Urgh...
Muka time ni xyah cakaplah. Pucat lesi. Risau nih risau. Nak mintak tolong kawan2 yg expert pasal komputer... jam baru kul 4.30 pagi. Ko gila nak kena sergah kejut org pepagi camtu?
Mata yg tadi mengantuk, terus segar. Perut yg tadinya melantak nasi goreng, tetiba terasa lapar balik. Adeii... *part ni memang selalu. asal stress, lapar.*
Nak xnak... aku kena tahan lapar tu dulu and riki apa2 yg boleh bantu aku untuk selesaikan problem tu. So google time!!!!
fakta #2 : Disebabkan xtahu dan xfaham dengan permasalah itu. Semua kata kunci yg terlintas dalam benak ditaip. Nasibla....
Mula2 tu aku dapatlah sedikit harapan kat satu blog ni. Alhamdulillah syukur.... Tapi bila check date post ngan komen segala, terus hatiku hancur luluh. Date post tahun 2010 tau! Ni boleh pakai ke tak solution dia ni? Dahla tutorial dia banyak guna istilah2 komputer. Susah gila nak baca. Terus harapanku kabur kembali....
Cari lagi.
Jumpala satu blog dari seberang ni.. Erm... date pun baru bulan May tahun ni. So kira boleh try la kan. *masa ni hati berbunga riang.*
Step 1. Buat itu ini.. selesai. "Heh~ senang jer... Kejap lagi ko xder dah message oii... (merujuk kepada mesej kat atas)" Bentak hati aku. Riak nih riak..
Masuk step ke 2 pulak... Terus senyum kat bibir ni hilang. Apakah? Satu haram pun aku xfaham. Sekali lagi guna istilah2 yg aku tatau apakebenda maksudnya. Nasiblaa bukan aku sorang jer xfaham. Kat komen tu beratus org tanya. *saya bukan paling bengap di dunia. Peace y'all!*
Tapi disebabkan aku rasa writer blog tu pun kurg faham dengan teknik2 org yg bertanya.. Terus jawapan yg dia bagi xmenepati piawaian. Even makin ramai org bertanya adalah. Hahaha!!!
So dari jam 6 pagi... aku stuck kat step 2 tu sampai kul 8.25 am. Ko kira berapa lama? Ni perut still lapar nih...
Bila dah hampir aku ditahap nak berputus asa, masa nilah baru aku boleh terperasan satu trick yg terdapat dalam satu link kat entry tu....
fakta #3 : Sebelum memulakan proses di step ke 2. Diharuskan untuk ada/download satu perisian yg dicipta khas untuk menyelesaikan masalah ini.
Tu yg aku ter-miss tu.. Aihh...
Dan bila dah tahu ni... Senang la kerja aku~ Terus benda yg memakan masa berjam2 tadi selesai dalam tempoh xsampai 5 minit. Even command prompt pun aku adjust sambil tutup mata sebelah tau! Hohoho!!!!
Dan Alhamdulillah... AKHIRNYA laptop aku kembali berfungsi seperti biasa. No more blank screen. No more stupid notification. Hooray!
Oh! Yang paling best sekali~ aku dah boleh guna wallpapaer fevret aku. Hooyeahhh!!!! *sambil buat post doublemint gum.*
Skrin lappy aku lepas kejadian berjaya diselesaikan. Hepi~ :)
Untuk blogger yg buat entry tu. Trima kasih bebanyak. Lo udah nyelesain problem gue. Trimas bro! Hehehe....
p/s : Lepas Jumaat, balik makan pastu sambung berdengkur. Letih siol! Sepagi cari cara nak solve problem tu semua. Huff...
No comments:
Post a Comment