Adatlah bila nak raya semua orang nak rumah cantik segala kan.. Aku pun termasuk gak. So acara kemas mengemas rumah ni memang wajib la kiranya.
Cuma tahun ni... Disebalik keseronokan mengemas rumah tu... Aku memang terasa sikit ngan maa. Terasa yg hampir2 membuatkan aku meletup malam raya aritu. Hui3.....
Alkisahnya.. 2 minggu nak raya tu maa dah bising2 ajak aku kemas rumah. Katanya kalau dia xstart.. xde orang nak buat.
Aku... macam yg lain2 dalam rumah jugak.. mengangguk ajer x membantah.
Tapi kalau nak bercakap pasal hakikat sebenar... kerja mengemas rumah ni boleh dikatakan aku yg buat.
Bukan niat nak kata orang lain xbuat... Cuma memang tu kenyataannya. Even boleh dikatakan aku xpernah nampaklah org lain pegang penyapu. So how?!
So di fast forward kan ke depan sikit... Hari Jumaat. Aritu dia xkerja. Dan xder angin xder ribut tetiba dia bangun pagi terus nak mengemas rumah. Terkejut gak aku. 2 minggu nak raya tu oi. Awalnya!!!!!
Bayangkan satu pagi aritu dia mengemas ruang tamu. Macam2 bunyi keluar. Kung kang kung kang. Sampai aku yg niat nak keluar bilik pun terus cancel. My sis xyah cakapla.. siap kunci terus bilik dia. Hahaha!!
Tapi kitorang ingatkan 'morningmare' kitorang tu akan berakhir. Rupa2nya x! Even makin teruk!
Mungkin sbb xpuas hati dengan reaksi kitorang yg lain dalam rumah.. dia start nak ajak org luar pulak tolong dia kemas rumah lepas tu. Katanya banyak lagi nak kena buat. Konon2 nak bagi nampak rumah bersinar2 la kiranya....
Aku.... jujur la aku cakap. Dengan kata2 yg keluar dari mulut maa.. cara dia berinteraksi dengan kitorang... memang aku xleh tahan langsung. Jadi inilah hasilnya.....
Yup. Aku siap post ok. Dasat x? Hehehe....
Anyway, sambung cerita balik.
Aku ni sebenarnya dah setkan apa yg perlu dibuat dan hari apa yg aku nak buat untuk kerja2 mengemas rumah ni semua. Bulan puasa kan~ xkan kau nak rembat buat semua dalam satu hari....agak2la... Bukannya robot ni.
Bagi yg memang kenal ngan perangai aku... aku ni jenis yg suka mengemas rumah sorang2... Aman.. Xperlu nak bagi2 tugas segala. Just buat semua... tertib.. xpayah nak rushing segala. So macam abah ngan my sis.. diorang fahamla.
Jadi bila time aku mengemas... Biasanya aku akan buat pagi. Lepas maa pergi kerja dan org lain still dalam bilik buat hal masing2. Senang. Ni x.. time nak menyapu.. yg tu nak tgok tibi. Rimaslah! Baik aku buat time xder org. Xserabut sikit.
Move! Move! Nak wat kerja nih!!
Dalam 5 hari sebelum puasa... aku dah bereskan kerja2 aku. Kalau nak listkan satu persatu yg aku buat.. memang panjangla. Tapi senang cerita... Apa yg maa buat aritu... aku terpaksa buat balik sbb timing dia yg terlalu awal. Senang pikirla... ko mampu ker nak buat rumah xberhabuk dalam tempoh 2 minggu?! Ohoo........ kerja bangang tu namanya dik~
Tapi tulah... still dia xnampak. Cerita yg dia mengemas 2 minggu lepas tu la yg dia sebok dok bercerita. Balik kerja, terus mengadap komputer sampai malam. Bukan nak tanya pun kenapa cermin rumah yg dia bising2 berhabuk tu tetiba dah licin berkilat. Abah ngan my sis laa pulak yg tolong promote kerja aku.
Aku on the other hand, still buat macam biasa. Kerja kemas rumah jer kan... ala... Aku dari kecik lagi dah biasa buat la.. So no hal nyer.
But maa is always gonna be maa. Tutup buku pasal ni, dia bukak buku pasal lain pulak. Kali ni dia heret anak menantu dia sekali jugak. Dan aku, macam biasa tersepit dengan segala2 nya.
Nak tahu apa ceritanya?
Tunggu sambungannya nanti k! Malam ni rasanya setakat ni jer yg aku mampu tulis. Penat sial! Esok dahla planning nak jogging. So harus tido awal. Huhuhu.......
p/s : My sis bukak cerita pasal usaha. Bukan usaha dia. Tapi usaha aku untuk dapatkan laptop aku ni. Hurm~ rasanya sesuai kut nak tulis kat blog ni pasni... Hiks!
No comments:
Post a Comment