Pages

Tuesday, July 27, 2010

Memories Of Nobody part 2

Okay... Aku bukan nak berlagak pandai macam motivator or what so everrr...
Just, aku nak share benda yg aku belajar sepanjang pengalaman aku berkerja ngan one of the best fast food restaurant in Malaysia.
So, cam aku cakap sebelum ni.. macamana kita nak jadi seorang pengurus yg baik?
Tips2 ni pun sebenarnya banyak aku kutip ngan my previous manger. Dan aku ni kira lucky dapat praktik benda2 ni sendiri dan tgok sendiri hasilnya.
Xnak mengarut pepanjang dah... Kita terus jer masuk tips dia jer k!

1. Tahu batas kemampuan sendiri
 Macam Bos Pin aku selalu cakap, "Ingat.. kita ni bukan robot... Manusia ni ada limit dia. Jadi buat sekadar kita mampu jer.. Kalau perlu minta tolong, mintak. Jangan sebab kita ni bos. semua benda nak buat sendiri.." Ha.. ayat ni sesuai untuk mamat2 dan minah yg baru merasa title 'manager' ni. Kalau bos suruh jer. OKAY! Xreti dah nak bantah2 ni. Takut!! Tpi sebenarnya kalau x mampu, just tell them the truth. Nanti x pasal2 hasil dia x macam yg kita expect kan?

2. Blend in with ur staff
Jangan sesekali pikir yg sebb kita ni bos, anak2 buah xleh CAMPUR. Sebenarnya bergaul ni x salah.. Tapi kita kena tahu batas dia. Tapi jangan sebab nak bercampur ngan staff, semua rahsia syarikat ngko kutip cerita. Apa ngko ingat ni Melodi ko hapo?!

3. Think before you talk
Ni satu hal. Kalau bos bgi arahan suruh cakap kat anak2 buah. Menono jer ngko cakap. Lepas tu kalau anak buah tanya balik, mula la xleh jawab! Lepas tu bagi plak jawapan bodo.. "Bos cakap macam tu, saya ni sampaikan ajer." Ha! Nampak sangat nak lepas tangan! Tanya dulu... biar kita faham dengan setiap arahan. Malu kita ngan bos xper.. malu ngan anak2 buah ni... HUIH!! Xsanggup aku!!!

4. Jangan jadi HAJI BAKHIL!
"Kedekot nak mampos!" Pantang aku kalau anak2 buah cakap cam ni. Bukan apa.. Xsalah kalau kita sekali sekala belanja bebudak ni.. Ala.. aku dulu pun sekali lepas gaji jer.. Setakat jamu pizza tu.. Apa la sangat kan. Baru berapa ringgit abis! Benda ni xnampak besar tpi still impak dia kita boleh tgok dalam jangka masa panjang nanti..

5. 'Malu bertanya sesat jalan'
Motif?!?! Kalau dah x tahu nak buat kerja tu.. Tanya la org lain.. Jangan ngko pepandai jer ek. Sama jugak masa nak suruh bebudak buat kerja. Ni dah la suruh org buat kerja, kalau budak tu xpandai, siap herdik lagi! Bukan nak ajar pun!

6. SENYUM
Kalau boleh tambah ngan lawak jenaka. Tpi jangan la buat lawak bodo plak!? Bukan apa... Senyum ni memudahkan kita didekati. Org tgok pun sejok... ati. Ni dah la kerja berlambak. muka plak masam memanjang. Kalau aku jadi staff.. uhuhu.. sah2 aku sumpah!

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita and share.. Tapi tangan ni pulak malas nak menulis. >.< Jadi aku akan stop kat sini. Kang aku melalut ntah apa plak kan.. sapa susah?! 
Anyway.. tips2 ni sebenarnya sebagai panduan jer.. Nak jadi pengurus yg baik ni depend kepada bnyak benda.. Mudah cakap, "lain org, lain cara...". Yang penting nawaitu kita betul. Semua benda akan jadi senang lepas tu kan!

p/s : skang ni aku suka set masa untuk post sebab kalau nak harap kan aku..seminggu sekali pun x jamin aku update blog ni!

2 comments:

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

zayik said...

Terbaek!! Boleh guna nih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...