Pages

Sunday, August 29, 2010

Bila 'Drama King' bercerita....

I love U..
I love U too..:)
Saya rindu la kat awak..
Saya pun.. baju yg awak beli kat saya semalam.. Saya dah pakai ni..
Oh really?! Mesti cantik kan. Macam awak..
STOP!!

Dah dah dah.. Geli geleman aku tulis ayat tu! Yuck! Urgh!!! Kekadang tu aku rasa si polan ni dah xder kerja kut nak buat selain daripada komen benda2 cam gini?
Aku tahu la tu korang punya suka.. Korang punya wall. Tapi pikirla pasal orang lain yg meluat dah tgok post korang tu.. Urgh!!!



That's why skrang ni aku jarang update status aku kat FB. Aku lebih suka publish aku punya game progress atau video yg aku share from Youtube. 
Seriously.. if you wanna share your love life with others... pilih2 la ckit.. Ni nak pergi rumah mak sedara pun nak cerita kat FB? Apa kes? Ngko punya partner xder phone ker nak call sdiri bagitahu? Ni yg aku panggil kes bebal x guna otak ni.. Nak kata skolah bawah rumah.. x jugak. Dalam profile tu bukan main lagi update ; 
Current city : Colorado
Wak lu!!! Xkan dok negeri mat salih pun still otak ciput cam nyamuk gak? Pelik2 la.. aku ni kekadang nak jer tulis cam gini..
"Woi! Kalau nak bercinta.. ajak gi tgok movie kat panggung.. Jangan nak buat wayang kat cni.. Semak mata aku ni tau!"
Nasib aku xpernah nak post comment2 melampau aku. Cari nak kena ban kat FB? Xnak.. wa sayang wa punya friends woo.. Kalau kena block.. mampus aku nak wat akaun lain..

Tapi tu baru kes I tulis kat wall U.. U tulis kat wall I. Tak masuk lagi lagu tema.. video klip pilihan.. kuiz2 yg xtahu apekebenda.. Argh!!! fedap! fedap! Sah masa lapang diorang ni dihabiskan kat benda2 cam gitu jer kan! Tapi aku x kutuk semua la. Just 2 3 spesies babun x berbulu ni jer.. (pepandai jer ngko letak term sdiri kan!) Iyalah! Dah terkinja2 cam babun dapat pisang tu apa kes?!

"Ala.. ngko jeles kan sebenarnya? Maklumlah.. orang xder buah hati kan.."
Eh? Hello?!?! Sapa kata aku xder buah hati hah? Pepandai jer korang buat spekulasi!
Aku ni bukan jenis nak menunjuk.. Dah orang jauh beribu batu.. Xperlu la aku tulis kata2 puitis just nak share rindu aku kat dia.. Cam sengal jer kalau aku buat cam tu. 
Bagi aku.. senang just aku send massage jer kat dia. Kalau xpun.. buat video call. Buat apa aku nak heboh2 kat orang pasal dia? Bukan boleh buat duit pun! Ahaks!
Tapi tu la.. Xsemua orang cam aku.. Dan aku pun xla sebaik orang lain.. Just.. kekadang tu.. jangan la melampau sangat nak bercerita. Tup2 ngko gaduh. Macam2 ngko hentam kat dalam FB tu. Jenuh la mamat ngan minah cam aku ni nak baca. Korang x sedar ker masa tu korang dah jadi bahan lawak hah? Pikirla oi!!!!

"Awak selalu buat saya senyum. Walau saya jarang dapat berbual ngan awak.. Tetap saya rasa awak dekat.. sangat dengan saya.." Argh!!! Pengsan!!

Saturday, August 28, 2010

Saraba Kamen Rider W

Argh!!!!!!
Next wek last episode Kamen Rider W. Fucking hate that! 



*cam bebudak minat kartun...*
Eh2 sori k!! Mind ur own business la... Ada aku mintak duit sesen ke semata2 minat aku ni? Pigidah! Chit Poooorahhh!!!
I'm gonna miss scene masa diorang nak henshin tu .. Cyclone. Joooker!!!



Best woo.. tpi nak wat camner. Same goes ngan Kamen Rider Decade dulu. Ikut bagai nak rak. Last2 habis gak. Dah ditakdirkan sesuatu yg baik (!?) tu selalunya xkan berpanjangan kan. (emosional la plak..)
Tapi aku harap sangat yg next Kamen Rider ni akan best gak walaupun aku tgok dio punya teaser cam bebal jer.. Yang paling nyamaph, bab motor dia leh tukar jadi mesin slot air tin. (betul ke tidak aku ni?) Xder motif langsung!
Still.. aku tetap akan tgok the next series. Xmain la kritik berat2 awal2 ni kan? Kita tengok dulu..pastu kalau xpuas hati, kita pakat2 hentam kat Youtube k!

Saraba Kamen Rider W/Double

Mampus aku nak hafal semua dia punya combination. Argh!!!

Entry banyak gambar. Google jer k!

Thursday, August 26, 2010

Casa Impian (versi xlulus masuk tv..)

Semalam..hari paling busy dalam hidup penganggur cam aku ni. Iyalah.. dah istilah penganggur ni..kerja dia makan, tido n main game jer la kan? Hua3!!!

So, kenapa tetiba aku boleh jadi busy ni? Jemputan kenduri kahwinkah?  Ngoks!! Hanya samdol dan konco2 nya ajer yg sengal nak buat majlis makan2 bulan puasa ni kan!

Erk?! Motif? Ntahla... maybe aku rasa benda ni kiut cam aku kut.. kui3...

Actually.. rumah my sis nak tukar perabot baru sempena hari raya ni. Aku ni yang merangkap  tukang kipas n tukang cuci part time pun terpaksa la terlibat sama dalam acara tersebut.. Malam semalam lagi kitorang dah start jajah kedai perabot untuk cari apa2 yg seswai.. Tema.. kitorang x confirm lagi mula2 tu.. tapi after kitorang discuss dengan mak my sis yg merangkap GM dalam rumah.. kitorang agree konsep tahun ni adalah modern style. Simple. Xmo crowded2 ni.. 

So bermula la kerja2 kitorang.. At first kitorang plan supaya semua furniture tu deliver lepas berbuka sebab org yg nak datang ambik perabot lama janji nak datang kul 8. Tup2, kedai perabot tu call nak hantar sebelum berbuka. Jahanam!!! Mana sempat nak kemas! Aku dah la tgah beli juadah kat pasar Ramadhan Kubang Kerian. Jauh woo.... Memang kurang asam gelugor la kedai perabot tu.. X menyempat!
Senang cerita, we just ask them to put the furniture outside, kat garaj. Dahla petang tu hujan. Cuak gak aku tgok muka GM. Kang mengamok x pepasal. Mampus aku!

Kaedahnya, kitorang berbuka tadi pun dah macam bas. Ekspres terus! *Bas henti2 xmain tau.. Xder aircond seh..* Dah.. GM mencanak suruh simpan siap2 perabot dia. Bertungkus lumus la aku ngan my sis buat kerja. Xkena cam gini.. pusing belah situ. Kalau x berkenan pulak.. pusing pulak. Dua tiga jam jugak la aku terbongkok2 buat kerja semalam.. Nasib pinggang ori lagi.. kalau x.. dah patah cam batang tebu dah kot..

Hasilnya semalam.. memang cun! X sangka colour yg kitorang pilih tu masuk ngan warna cat rumah. Sampaikan my sis cakap "Cukup aku ngan adik jer..xyah nak panggil Eric Leong datang.. cantik kan.." Hehehe.. memang pun.. x dinafikan Che Mas oi!!!

hehehe.. Hasil xseberapa nak dibandingkan ngan peluh aku yg menitik x habis2.

Semangat merdeka.. Putih meja makan, merah sofa, kuning kotak tisu (erk?), biru pic model ituw..

Selain daripada letih terlampau, nak tahu apalagi yang aku dapat malam tu? Colek buah ngan duit RM 25 baki beli perabot! Kahkahkah!!!!

Aku berangan nak ada rumah sendiri.. Japanese style.. ala.. yg ada buluh buat alir air tu.. Tenang, aman, damai.. jer rasa ni... Tapi still angan2 la...

Sunday, August 22, 2010

21.07.2007-20.03.2010
Aku xkan lupa kenangan2 ini...

Team Hostel Lelaki + Perempuan
- Bujai, Abe Din, Sazili, Sham, Pijie, Azan, Jeffry, Alif, Niniey & Jepun
Kena sembur sebab hostel berselerak, kena kerah angkat stok, bersahur ramai2 kat hostel pompuan, melepak kat tingkap belakang, acara baling bantal antara bilik, lepak kat kaki lima hostel, aksi kejar pencuri, berebut bilik air & projek conteng dinding.. Tu semua dah macam rutin kita kan! Biarlah tiap2 kali meeting kena sembur pun. Semua buat muka bebal! Hahaha..

Team Ibu2 Bapak2
- Kak Bi, Kak Wanie, Abe Man, Abe Faiz, Abe Ju, Abe Zasfa Nurul, Abe Dan, Rohaya, Kak Nor, Kak Maria, Kak Ju & Kak Zura
Thanx sebab sudi jadi abang dan kakak untuk adik 'besar' ni ek!

Team Anak Didikku...
- Firdaus, Asrul, Safarin, Zul, Syikin, Rohana, Sarah....
Walaupun aku ni selalu berleter. Tu semua untuk kebaikan korang. Aku xnak orang cakap yg korang x boleh nak buat kerja because I know you guys can do it. Harapan aku dengan korang tetap tinggi walaupun aku skang hanya boleh tgok jauh2 ajer. Hope.. one of you can surpass me someday. InsyaAllah..

Hall Of Fame
- Sazili, Kak Aida, Mek Cek, Miss Siti, Tikaf, Sir Pijo, Fuad, Abe Zikri, Alia, Mirol... Zakiyudin
Setiap kali lepak ngan korang dulu.. Korang selalu cakap yg rindu ngan suasana masakerja dulu2 kan? Kalau la kita boleh work together again kat Kubang Kerian.. Sure havoc Kfc!

To 'you'
- Thanx sebab sudi kira stok ngan aku, temankan aku makan malam, belikan nasi kalau aku x sempat, belikan ubat masa aku sakit, pujuk aku masa aku naik hantu, habiskan duit aku..*he...* temankan aku main bowling and all the good memories.. aku akan simpan sampai bila2.. :)

Entry yg lama aku simpan. I think.. masa ni paling sesuai untuk aku publish kat sini. Abang Junib, thanx k! Kalau x..  berkulat entry ni dalam laptop aku!

Kalau masa dok hostel... Hari2 korg layan lagu Tobat Maksiat. Tapi dalam 10 org yg duk hostel tu.. sorang jer yg semayang cukup 5 waktu. Yang lain? Hampeh! Kalau ada pun.. sembahyang Subuh. Tu pun kekadang 3 hari sekali! Sengal tol!

Saturday, August 21, 2010

Bed..(BAD)..time Story



TIDUR
Isu terbaru dalam hidup aku. Cam sial jer kalau nak cakap pasal benda ni. Tapi kalau hari2 org persoalkan pasal tidur aku, lama2 naik lemak gak!
Aku ni boleh la dikategorikan dalam spesies nokturnal (jap check wiki.. ha.. betulla!) So bab2 kerja malam ni memang aku suka la. Dah jadi adat manusia kan. Tido mesti cukup 8 jam. Jadi belah pagi tu.. Standard  la.. membuta tu memang full time job la...

Sespesies ngan aku.. I mean.. bab2 aktif waktu malam la...

Tapi skang ni kan bulan Ramadhan.. Spesies nokturnal cam aku ni kena la ubah skit rutin harian tu.. Aku xnak la orang cakap.."Baik xyah puasa kalau kerja tido jer hari2!" Seriously! Terasa sampai lubang pusat la kalau ada orang smash aku ngan ayat tu!
So aku dah plan untuk buat changes skit sebulan puasa ni.. Bab tidur.. aku plan dalam kul 10 malam camtu. Aku bajet sahur kul 4. So, aku ada dalam 5 jam lebih la untuk rest. Baki dalam 3 jam lagi tu.. korban jer la.. Kalau sempat, aku celah lepas subuh plak. Hehehe.. Aku ni memang terer bab planning ni.. Biasalah.. muka event coordinator kan..
Tpi asal aku nak tido jer..
"Awal lagi.. baru kul 10.. Nanti la dulu.. Kita tgok movie ni lu.. Best ni.."
Jahanam plan kul 10 aku.... Melepak la aku depan tv.. Movie tu best ker x, belakang cerita. Sampai kekadang tu aku rasa nak sumpah jer tv. Asal aku nak lari jer, mesti ayat ni keluar.. 
"Rilek dulu..."
Rilek lu!!! Wa letih dah ni oi!!! So aku terpaksa la postpone plan aku lepas Subuh plak.. Tpi rupa2nya the story continue...

Satu lagi spesies haiwan nokturnal. Persamaan kami? GEMOK! Hahaha..... 

"Dik, jom!"
Terbantut lagi!! Kali ni program hantar budak sekolah pulak. Kalau aku x ikut.. Sampai malam diorang buat lawak cakap aku ni kaki tido. Terpaksa..lah tahan...
Skang ni.. Sebaik2 waktu aku tidur adalh kul 8 pagi. Tu pun kekadang sejam jugak la aku ambik masa sebelum terlelap tu. Kiranya dah segala jenis teknik aku guna. Kira kambing, berangan jadi kaya, dengar lagu Korea.. and my fav, berangan jadi Kurosaki Ichigo dlam Bleach. Hohoho..
Tapi tido siang ni x sama ngan tido malam.. Automatic korang akan ada rasa letih. Saintis pun ada cakap yg tido siang ni banyak undang penyakit. Bab detail..aku xnak story. Pepandai la cari kat tenet k!
So.. kalau dok tgok tv tu.. Kekadang memang aku akan terlelap. Tapi dalam keadaan separuh sedar la.. Kiranya kalau ada orang mengumpat sebelah aku.. Still aku boleh pasang telinga k. Just kekadang tu aku rasa cam realiti tu actually mimpi jer..(cam lirik lagu plak... lantaklah!)
Dalam aku x sedar, persoalan cam kenapa aku selalu tidur tu dah jadi isu panas plak. Kemuncaknya, aku terkedu bila orang tanya aku ngan ayat ni.
"Ngko ni xpernah puasa ker dulu? Letih jer hari2"
Ya Ampun!!! Kurang asam keping + belacan sungguh mulut itu. Apa ngko ingat aku jahil sangat ker? Memang rasa terhina la.. Tapi aku tetap jawab ngan selembut mungkin.. "Xla..dah tabiat sebenarnya suka tido ni.." Jawapan xnak panjang kes..
Aku xnak jadi kurang ajar semata2 nak suruh orang faham ngan keadaan aku.. Tapi sekali sekala tu.. Rasa cam nak hempuk ngan kerusi tu.. ada la jugak.. 
Skang ni.. aku just buat cam biasa. Selagi aku boleh tahan ngan kata2 orang.. Aku go on cam biasa. Ala.. lagipun bulan puasa ni jer.. Lepas ni aku nak tido 3 hari 3 malam atau tido x bangun2 pun, sure xder orang kisahnyer.. :)

Aku ada baca dalam satu blog yang solat terawih kat Malaysia ni dah jadi cam acara berdoa kat gereja yg selalu diorang buat hari Ahad tu.. Blogger tu mention pasal amalan selawat yg kadang2 tu over sesangat sampai cam nak menyanyi plak. Tapi tu personal opinion rite? Bagi aku.. as long as benda tu x lari dari ajaran agama..X salah kan?

Wednesday, August 18, 2010

Read My LIPS!

Lama rasa aku x buat entry pasal lagu2 favourite aku. Iyalah.. Busy sesangat seminggu 2 ni. Al maklumlah.. banyak jemputan Pasar Ramadahan uols!! So, entry kali ni.. 'lagu2 yg mengingatkan aku kepada orang itu'. Siapakah? Erm.. biarlah aku sorang jer yg tahu k! Jom layan.. Zass!!

Perhatian : Ini bukan indie band dari Ipoh, Perak. :)

Mula2 aku dengar lagu ni masa ngah gila layan Lipstick Jungle dulu. Seriously.. Manusia bernama Kiran Shahani ni memang talented. Vokal Shana Halligan ni pun memang best! Masa umur 7 tahun dia dah start menyanyi untuk commercial ads. Aku dulu.. main lompat tali adala.. Hehehe.. Memori pasal lagu ni... 16 March 2009.. Birthday aku.. Malam aku kena simbah ngan air coleslaw + cheese + minyak. Dajal punya anak buah! Habis rosak baju aku!

Anastacia feat. Ben Moody - Everything Burn

Xsangka Ben Moody menyanyi best gak. Aku ingat mamat ni kelas2 Slipknot jer.. Tpi for Anastacia.. Maybe ni salah satu lagu best dia kot.. Iyalah.. dia punya official song untuk World Cup 2002 pun ala kadar jer kan.
Erm.. memori aku pasal lagu ni.. Bila aku kena relief kat Kfc Kuala  Krai. First day kat situ, sorang pun aku xkenal. Habis kerja.. aku dok diam sorg2 dalam bilik study. Sedih woo... Lagu ni jerla pengubat sepi di hati masa tu.. Huhuhu...

Shinee - Lucifer

Satu2 nya lirik yg aku paham dalam lagu ni  adalah 'her whisper is the lucifer'. Part yg lain, jahanam aku nak hafal! Hahaha!! Lagu ni actually baru release dalam bulan lepas. Tapi aku include skali dalam ni sebab.. actually.. ada orang yg suruh aku dengar. Hehehe.. Dah dia beria2 suruh aku dengar, xkan aku nak kata x pulak. Bukannya lepas dengar lagu ni boleh mati kut... Habis2 aku sumpah je la kan! 

Apsal aku rasa cam nak menyanyi lagu raya pulak ni? Argh tidak!! Wa xmo sedih2 loo.. Wa nak hepi jer tahun ni oi!!

Tuesday, August 17, 2010

Darkside of Bhagavan_part_2


Aku bukanlah nak merungut. Lebih2 lagi nak complaint apa2.. Iyalah.. My life is consider just fine rite now. Cuma.. Aku xtahan ngan tanggapan sesetengah orang.
"Ngkau kena makan banyak..kalau x susah nak puasa.."
Hah?! X paham betul aku. Dalil kitab mana la diorang ni guna.. Hadoi!! Susah nak hidup la kalau cam ni..
Aku mengaku yg aku ni gemuk. Tapi bukan sebab aku makan banyak. Dah memang tubuh aku cam gini. Bukan aku usaha pun nak meng'gemuk'kan tubuh aku ni! 
Aku ni jenis yg x boleh nak menolak pemberian orang. Kena lagi tang2 makan ni. Kalau bab nasi.. kalau banyak tu org cedok dalam pinggan aku, banyak tu jer la aku makan. Xder istilah tambah2 ni.. Arwah mak aku selalu pesan.. makanan dalam pinggan kena habis. Xbaik membazir. Dan yg tu la aku pegang sampai sekarang ni..
Satu lagi aku ni jenis yg x reti nak makan slow2. Tapi bukanlah taraf gelojoh. Just.. aku x suka bercakap masa makan. Ni nasi ada kat depan mata, tangan dok asyik main mesej lagi. Mulut pulak x berhenti2 mengumpat. Apa ngko ingat ni rancangan memasak bersama Chef Wan kah?! Aku pernah baling staff aku punya handset sebab dok asyik 3G ngan boyfriend dia masa makan. Hehehe... sampai skang budak tu x berani nak makan semeja ngan aku. Kelas x?
Tapi tu lah.. Skang ni.. sahur dengan berbuka.. wajib kena makan nasi. Dahla banyak! Seriously..aku ni bukan kaki sukan. Jadi bab2 nak melupuskan benda2 yg aku ambik tu.. makan masa la.  Dulu ada gak usaha nak bersukan. Beli kasut beratus2. Last2 aku kasi kat abang angkat aku masa dia nak join polis dulu.. Dah xkan aku nak simpan bawah katil kot? Habuk tebal 4 inci la jawabnya..

Air keladi.. fevret aku tahun ni untuk puasa. Best gak kalau hari2 dapat minum kan!

So semalam sebab aku xleh tahan sangat. I just spoke my mind out. Bukan apa pun.. Aku cuma rasa nak muntah.. Tu jer.. Bukan la taraf nak mogok x makan nasi pun.
Jawapan balas yg aku terima? "Ngko xnak makan nasi? Tengok orang kat Darfur tu.. Diorang tu nak makan pun susah. Kita ni sepatutnya kena bersyukur sebab boleh makan nasi.."
Argh!! Xpaham! X paham!
Apa ke halnya Darfur dengan aku xnak makan nasi sebab nak muntah? Ish!! Nyesal pulak aku bukak mulut! Honestly I think at that time.. why I have to quit my job before? I think it's better for me to live all alone because it's hard to make people understand about you.. Frust sungguh nih!!!
So, terpaksalah jugak aku makan... Dan terpaksalah aku menahan kerongkong aku dari 'meluahkan' ketidakbolehan aku menelan makanan2 itu. Nasib la sampai entry ni aku tulis.. Xder pun rasa2 benda tu akan keluar balik. Kalu x.. batal cam gitu jer la puasa aku..
Argh!!! Seksa oi!!!

Rasanya.. aku kena bagi org tengok aku muntah dulu baru orang percaya kan? Susah la jadi org cam aku ni..

Saturday, August 14, 2010

Al-Fatihah...

"Dik, hujung Ramadhan ni.. cukup setahun arwah faris tinggalkan kita kan.."
Dan aku xkan lupa sampai bila2..

Al-Fatihah



Thursday, August 12, 2010

Ramadhan 1.0 Menuku ini menuku...

Menu bersahur zaman kecik2 :
Sahur ker? Minggu first jer kut.. The rest.. aku lebih suka makan sebelum tido.. Budak kecik.. Aku nak puasa tu pun kira ok what...
Menu berbuka zaman kecik2 :
Lantak jer.. Tpi pling aku ingat arwah mak selalu suruh aku pergi beli agar2 hitam (beleda) sebab ktorg bebukak ngan air cincau.. Best wooo!!
Menu bersahur zaman sekolah rendah : 
Nasi. Biasanya lauk ikan singgang atau masak kicap. Tapi still sempat lagi tidur kat meja makan.. Memang berasap la telinga pepagi kena ceramah..
Menu berbuka zaman sekolah rendah :
Ikan percik. Tu pun sebab aku jer yg kena buat. Terbongkok sorang2 belakang rumah sebab nak hidupkan api. Habis bau asap aku punya baju! Nasib baik la berbaloi..
Menu bersahur zaman dok asrama penuh :
Paling aku menyampah! Dining bukak pukul 2. Kalau lewat, makanan habis. Dahla kena bagi chance kat senior dulu. Sebab tu aku prefer roti gardenia jer.. Tu pun still ada nak menumpang. Hoi! Beli sendirilah!!!
Menu berbuka zaman dok asrama penuh :
McD. Hehehe.. tpi still aku akan makan kat dining. Share dengan prefect2 yg lain. Masuk meeting jer.. mesti kena sindir ngan cikgu.."Orang lain pukul 5 dok bersukan.. Ada orang tu.. Pukul 5 dok tercegat kat main gate tunggu delivery dia sampai..." Ek eleh.. Nak tumpang sekali cakap.. Ni main sindir2 plak...
Menu bersahur zaman kerja :
Xtentu. Kalau ada yg volunteer nak masak. Aku tolong. Kalau x, aku beli bungkus atau makan nasi lemak kat Kfc. Paling koman kalau aku letih sangat pun.. Aku akan standby air masak tepi katil. Lepas minum sambung berdengkur balik.. boley?
Menu berbuka zaman kerja :
Air cendol 2 ringgit, kuih akok seringgit. Enough! Memang kenyang sampai sahur. Kalau nampak aku bimbit lauk banyak2 tu.. adalah org kirim atau aku berbuka ramai2 kat surau. Kalau x.. 5 minit jer aku pergi pasar Ramadhan tau.. dah asal aje akak yg jual air cendol tu nampak aku, sure dia dah siap pack untuk aku. So, aku just pergi ambik and bayar jer...
                                                                                                                          
                                                                                                                                    

But this year... Tempat baru.. dengan pengalaman baru.
Aku sendiri x dapat nak expect apa lagi menu wajib aku tahun ni..
Alah.. puasa sebulan. Acara jajah pasar ramdhan pun x start lagi.. So wait, see and taste dulu jer lah!

Tuesday, August 10, 2010

Entry Sebelum Tidur...


SAYA MENANG BOWLING!!!!



Life. Chapter 6






Aku tak tahu kenapa aku boleh tersenyum mengingatkan kejadian semalam. Biasanya aku ni jenis yg senyap kalau org nak bagi nasihat. Terutama kalau orang tua.
Prinsip aku 'Dengar dulu. Lepas tu suka hati engkau la nak pakai ke tak...'.
Tapi semalam.. sampai sakit tangan aku tekan2 meja!

"Oooo... kalau anak yg kena halau dan x balik tu.. kira derhaka. Tapi kalau anak yg kena tangkap basah dan buat kenyataan yg ayah dia dah meninggal tu.. x derhaka pulak?"

Hahaha!!! Lawak! Lawak!
Memang aku xleh terima langsung! Prinsip tuhan lembu mana la dia guna! Kau ingat ni drama melayu ker?! Ingat aku ni ada masa ke nak buat drama korporat? Baik aku baca Naruto. Boleh gak buat teman berangan sebelum tido. 

Hello... Engkau cakap sekadar nak nasihatkan aku, bukan niat nak masuk campur pun kan? Habis tu yg engkau sibuk nak pergi interview bapak aku plak apsal?! Motif? Nak suruh bapak aku kena heart attack?
Se'derhaka' aku pun.. X pernah aku nak bukak cerita buruk kakak aku sendiri depan dia. Kau yg xder kaitan tiba2 plak nak interframe tu apa kes?
Dah cukup bagus aku dengar nasihat engkau.. Kalau x..sah2 semalam jadi acara bahas.
ANAK DERHAKA vs TUA BANGKA
Hua hua hua!!! X pepasal org cakap aku ni bodo sebab layan orang tua. Sumpah aku xnak!

Lagipun aku dah lali ngan mulut2 katak ni. Selagi ngko rasa nak panggil hujan, panggil jer.. Dah mulut ngko kan. Tapi kalau hujan dah turun tu.. Jangan la sibuk nak cari tempurung buat berlindung pulak...;)


*nak layan lagu Korea ke... lagu Hurt? Erm.. xkesah la... janji boleh tido dah...

Monday, August 9, 2010

Aku Penghibur..

2 malam berturut2 aku keluar makan, main bowling, (actually x sangat pun... maybe aku kena consider 'lepak' jer kut..) and after that melalak kat tempat karaoke samapi pagi.
Aku ni bukannya apa... just kenal ngan kawan baru kan. Kena la bawak berjalan2.. Dia stay kat Ipoh skang sebab study so alang2 dia balik cuti ni.. As a friend.. kenalah layan.. Lagipun esok lusa dah nak puasa.. So..we should appreciate every minute we have rite now kan... (cam nak mati plak bunyinyer...)
Tapi malas la aku nak cerita detail sangat lagi... Ngantuk la.. Dripada semalam keluar. Ni dah masuk Subuh dah.. Pe2 hal aku nak tido lu.. Nanti ada masa aku akan buat entry lain plak..
PEACE U OLLSSS!!!

jari nakal menari : malam tadi aku di'paksa' menyanyi and aku ikut jer... serious yg aku memang jarang sangat nak karaoke ni. bukan x minat .. cuma aku rasa yg aku cepat lelah asal menyanyi guna mic. penyakit sjak skolah agi... tpi semalam aku balun 5 6 lagu gak..:)

Saturday, August 7, 2010

 ^
 ^
 ^
 ^
STAND UP FOR CANCER

Ramadhan Al-Mubarak

Warkh!!!! Puasa datang lagi!!
Aku pun xtau kenapa ramai org cbok sangat asal jer puasa datang. X boleh ke buat rilek... Ni dah la puasa x ke mana. Time raya berlebih...plak!
Aku sebenarnya bukan nak tunjuk anti. It just.. naik meluat bila tengok ada org beria2 kalau tgh berbual kat kedai kopi tu. Ayat2 cam.. "Hah?! Dah nak puasa dah?" atau.. "Ish.. puasa dah dekat ni.. preparation xsiap lagi.."
Kepala hotak hang!! Puasa bila pun korg xtahu, preparation apekebenda yg korg nak buat tu? Kalau nak penuhkan ilmu di dada ngan ilmu2 sepanjang bulan puasa tu.. xper la jugak. Ni tak. Dok planning nak buat acara menjajah pasar ramadhan ader la...
Ada pulak tu yg jenis suka menjunjung cerita yg kononnya x pernah miss terawih sebulan la... Mengaji tiap2 malam la.. Argh!!! Kadang2 naik mengelegak kepala otak aku dok tadah telinga dengar tau! Beramal menatang apa kalau sibuk bercerita kat orang?! Tu namanya buat kerja SIA-SIA...
Biarlah. Tinggal cerita tu kat orang lain sambung. Aku ni sebenarnya nak cerita pengalaman aku berpuasa dulu.
BERPUASA SAMBIL BEKERJA
Macam biasa 24hrs restoran ni.. aku xtahu la sebelah luar, tapi kalau kat Kelantan ni hanya boleh dibuka dari jam 3 petang hingga 6 pagi shj. So syif kerja pun biasanya akan masuk pling awal pun jam 12tghri la.. Working hours pun pling lama 6 jam jer. so, time ni la ramai nak apply cuti. Terutamanya yg ada family atau budak2 baru yg kononnya nak berbuka ngan pakwe2 mereka ituw.. 
Aku pulak disebabkan dalam kes old timer dan jugak penghuni tetap hostel, seminggu biasanya aku akan kerja 5 hari dan masuk syif kul 6petang atau 12 malam. Kiranya peak hours la... Orang ramai kan.. mau mengamuk org nak berbukak kalau bagi kat budak baru yg xtahu nak wat kerja?!
Memang rutin harian aku akan berubah la dalam sebulan tu. Aku nak try buat dalam jadual la.. Senang ckit kan :)

4am (sahur) : Biasanya aku akan teman budak2 pompuan bersahur kat hostel diorang atau kat KFC. Kalau aku xkerja la.. Kalau x aku akan spend dalam 30minit untuk makan nasi. Kalau bungkus.. biasa ktorg makan nasi kukus ayam goreng atau aku akan tolong budak2 pompuan masak kat hostel.
6am - 9am : Masa ni aku xjadi manager lagi... Tpi tiap2 hari aku temankan manager aku kat store. Lepas budak last skali punch out, aku akan kunci pintu dan tolong apa2 yg patut cam potong sayur, prepare coleslaw sementara menunggu manager syif pagi masuk. Tpi 'tolong' aku pun bertempat jugak. Kalau geng2 aku tu.. memang semua aku prepare siap la.. kalau x.. HUH! Ngko usaha la sdiri! Aku LETIH PUASA ni tau!
9am - 12noon : Beli paper. Kejut budak bilik sebelah. Simpan Bilik. Basuh baju. Bersembang kosong kat tingkap belakang bangunan. Ha.. tu la kerja budak2 bujang cam aku. Senang jer hidup ni..
12noon - 6pm : Biasanya aku akan tidur. Masa ni jerla chance aku. Kalau x.. lembik la kalau kerja syif petang oi... Nak angkat kaki pun susah. Tpi kalau aku kerja syif midnight. Biasanya aku akan keluar shopping atau merendek kat KB Mall. Tpi bulan puasa kan.. Terhad la ckit...
6pm - 7.30pm : Kalau aku kerja kul 6.. aku akan turun setengah jam awal untuk singgah kat pasar ramadhan belakang hostel aku ni. Menu aku mudah jer. Air cendol ngan kuih akok. ENOUGH. Kekadang kawan2 aku ingat aku ikat perut..xder duit ker.. tpi sebenarnya benda tu memang dah cukup pun.. Nanti kalau kenyang sgt kang mengatuk plak. Time berbuka sorg2 kat hostel memang sedih woo.. nak join budak bilik sebelah.. Diorang bukannya puasa pun. Tpi kalau time kerja. Berkelah dalam store room la mak oi!!! MERIAH! Suka sangat boleh share juadah!
7.30pm - 12 mn : Rutin cam org ramai gak.. Masa tido!!! Kalau kerja plak. Ktorang akan gilir2 bagi peluang yg mana nak solat ngan nak berbuka tu.. Tpi masuk jam 9.30 pm, semua kena standby. Biasanya KFC akan penuh ngan org2 yg balik terawih. Masa ni jangan terpikir nak buat silap. Sah2 aku mengamuk! Aku ni kalau bab2 kerja memang 'bekeng' ckit.
12mn - 4am : Aku mengaku silap aku yg memang aku xreti tido malam. Kalau siang hari..memang cepat jer nampak katil! Kalau aku habis kerja kul 12 malam, aku balik hostel dulu mandi. After that, ader la xtvt x berfaedah ktorg. Kalau xmain mercun, ada la aku singgah kedai rojak kat mana2.. Tpi  kalau xder kerja sesangat pun.. lepak kat KFC la jawabnya. Puas lepak kat dalam.. dok luar atas motor pun jadi la.. Asal nama LEPAK dah..

Tapi tahun ni xkan sama lagi.. Xder dah sesi berkongsi juadah...melepak sampai pagi..cover line kawan2 x puasa.. semua tu dah jadi kenangan..
So tahun ni. Aku betul2 harap yg aku boleh concentrate dengan amal yg aku nak buat. Bukan nak berlagak baik. Tapi jauh dalam sudut hati aku.. Maybe nilah chance aku. Bukan la tahap nak join Imam Muda.. Cuma kalau boleh.. biarlah Ramadhan kali ni jadi sesuatu yg CUKUP MANIS buat aku.  :)

Pic masa parti hari raya tahun lepas. Baju tu aku beli 2 hari sebelum raya. Bukan apa... aku memang xder niat nak pakai baju baru pun tahun tu. Tapi sebab semua org nak pakai baju raya masa kerja... Aku join jer la..

jari nakal menari : Puasa tahun lepas.. aku putus kawan.. adik Faris meninggal malam raya.. and 3 hari lepas tu.. aku dapat offer promotion. walaupun 2 drpda 3 perkara tu menyedihkan... tpi aku tetap terima. Takdir kan. Next entry.. aku akan cerita pasal putus kawan plak... Hrm...

Thursday, August 5, 2010

Review

Oleh kerana aku sangat rajin disebabkan xder kerja nak buat. Tiba lah masa untuk aku me'review' beberapa lagi lagu yg aku consider sedap didengar.
Eh jap.. Hitz tayang video klip Will.I.Am Heartbreaker..
>
>
>
>
Dah.. I'm so so so so sorry~
Hebat gak aku! Boleh hafal lagu ni. Dah.. no more mengarut! Jalan!!
Hari ni aku pick 3 lagi lagu. Lagu lama but still... BEST!

 So, Korang mungkin kenal 2 daripada 3 gambar kat atas kan?! Beyonce, Lily Allen dan yang last tu.. Kangen Band. Yup! Band seberang laut itu ibu2 bapak2 sekalian.... 
* Sebelum itu.. calon2 nya adalah...* ala Ella nak present award ni!!!

1. The Fear - Lily Allen
  *I want to be rich and I want lots of money, I don't care about clever I don't care about funny..*
Catchy kan lirik dia?! Favret single aku. Lily ni jenis song writer yg jujur. Kadang2 kita boleh tersenyum dengan lirik2 dia. And don't be surprise jika ada word yg dia guna tu.. diistilahkan sebagai 'melampau'. Tapi suara dia yg soft tu.. buat ayat2 dia tu bunyi cam biasa jer...


2 Flaws and All - Beyonce
mungkin ramai orang kenal Beyonce and her single Halo. Tapi ramai x tahu pasal lagu ni kan? Ala.. mv dia pun setakat live performance dia masa jelajah The Beyonce Experience jer.. Tapi lagu ni memang tangkap jiwang. Kalau perhati btul2.. macam Beyonce tuju kat Jay Z pun ada. Romantik woo... *Catch me when i fall, accept me flaws and all. And that's why I love you..* Ah... rebah terduduk aku!

3. Jangan Menangis Lagi - Kangen Band
Aku sebenarnya bukan la nak melebih2 band dari seberang. Tapi diorang memang cun loo... Aku mula2 dengar lagu ni masa aku kat tempat kerja. Masa tu.. 'musuh' yg masih lagi kawan aku beria2 suruh aku dengar lagu ni. Aku sebenarnya memang dah familiar ngan lagu2 diorang cam Doi, Kembali Pulang, Cinta sempurna dan 2 3 buah lagu lagi. Tapi masa 1st time aku dengar lagu ni, terus lentok wa cakap lu!!! Lagu ni x berapa popular kat Mesia ni pun maybe sebab storyline dia yg berkisar pasal pelacur kut. Tapi aku xnak judge.  Pepehal.. dengar dlu kat sini k!

Jadi judge sdiri. Lagu2 ni memang peneman setia tidur aku. So, dengan share kat cni, maybe ada orang pun akan buat sama cam aku gak kan? X tau la...

jari nakal menari : Suka dengar Fara Fauzana gelak pepagi. Memang aku tersenyum jer dalam keta.

Wednesday, August 4, 2010

9 Awan...

Aku sebenarnya teringin sangat nak makan Cloud 9. Lama dah aku cari. I think.. last sekali aku makan masa aku form 2, 7 years ago. Lama tuh!

I think.. ni packaging dia yg lama kut.. Aku google jer. Dulu2 mana ada terpikir nak take pic benda2 cam gini..

Masa tu setiap kali rehat memang benda ni jadi barang keperluan yg aku beli kat koperasi. Dulu cikgu x marah kalau setakat nak mengunyah dalam kelas. Janji jaga kebersihan dan x mengganggu. Kalau sekarang xtaula.. lama dah x sekolah ni! 
Tapi sebab lama x makan dah x pernah tengok orang makan, I guess diorang dah x produce kut chocolate bar ni. Aku pun confuse gak pasal masa zaman aku dulu.. walaupun cokelat ni dikira 'mahal'. Tapi still ramai orang beli apa.. Xsilap aku 50 sen satu. Ala.. zaman bebudak. Duit ni bukan benda kena pikir pun. Leave it to adult! Kita buat kerja kita dah....
Tapi tadi masa aku singgah kat 7e kat depan rumah ni. Kakak aku tunjuk kat aku benda yg memang aku xsangka ada lagi skang. CLOUD 9!

 Alhamdulillah.... lepas hajat! Next!!! Aku beli 3 nih!!

Aku terus sambar 3. Xsempat sampai rumah aku sebat. Memang best giler! Mengimbau kenangan gitu. 
Rasa dia memang sama jer. X berubah langsung. Kalau yg different pun.. packaging dia jer la. Tapi aku memang xkisah benda2 cam tu. Janji aku dapat apa yg aku cari sudah.
Memang la sekarang ni banyak cokelat bar lain.. Cam Snicker, Hershey.. Tapi taste dia x sama. Kata orang kalau kita dah sangkut ngan sesuatu benda tu, sogok la apa pun. Xkan sama punya.
Masa dok tulis entry ni pun aku sempat lagi mengunyah. Thanks JACK' n JILL sebab still produce choc ni. Kalau x sampai ke tua aku kempunan gamaknya.. 
Chow! Aku nak mengunyah sesambil layan lagu Usher lu.. Adios!!


jari nakal menari : Aku ingat JACK' n JILL ni jenama jajan jer.. Cloud 9 pun dia yg produce gak rupanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...