Pages

Thursday, August 26, 2010

Casa Impian (versi xlulus masuk tv..)

Semalam..hari paling busy dalam hidup penganggur cam aku ni. Iyalah.. dah istilah penganggur ni..kerja dia makan, tido n main game jer la kan? Hua3!!!

So, kenapa tetiba aku boleh jadi busy ni? Jemputan kenduri kahwinkah?  Ngoks!! Hanya samdol dan konco2 nya ajer yg sengal nak buat majlis makan2 bulan puasa ni kan!

Erk?! Motif? Ntahla... maybe aku rasa benda ni kiut cam aku kut.. kui3...

Actually.. rumah my sis nak tukar perabot baru sempena hari raya ni. Aku ni yang merangkap  tukang kipas n tukang cuci part time pun terpaksa la terlibat sama dalam acara tersebut.. Malam semalam lagi kitorang dah start jajah kedai perabot untuk cari apa2 yg seswai.. Tema.. kitorang x confirm lagi mula2 tu.. tapi after kitorang discuss dengan mak my sis yg merangkap GM dalam rumah.. kitorang agree konsep tahun ni adalah modern style. Simple. Xmo crowded2 ni.. 

So bermula la kerja2 kitorang.. At first kitorang plan supaya semua furniture tu deliver lepas berbuka sebab org yg nak datang ambik perabot lama janji nak datang kul 8. Tup2, kedai perabot tu call nak hantar sebelum berbuka. Jahanam!!! Mana sempat nak kemas! Aku dah la tgah beli juadah kat pasar Ramadhan Kubang Kerian. Jauh woo.... Memang kurang asam gelugor la kedai perabot tu.. X menyempat!
Senang cerita, we just ask them to put the furniture outside, kat garaj. Dahla petang tu hujan. Cuak gak aku tgok muka GM. Kang mengamok x pepasal. Mampus aku!

Kaedahnya, kitorang berbuka tadi pun dah macam bas. Ekspres terus! *Bas henti2 xmain tau.. Xder aircond seh..* Dah.. GM mencanak suruh simpan siap2 perabot dia. Bertungkus lumus la aku ngan my sis buat kerja. Xkena cam gini.. pusing belah situ. Kalau x berkenan pulak.. pusing pulak. Dua tiga jam jugak la aku terbongkok2 buat kerja semalam.. Nasib pinggang ori lagi.. kalau x.. dah patah cam batang tebu dah kot..

Hasilnya semalam.. memang cun! X sangka colour yg kitorang pilih tu masuk ngan warna cat rumah. Sampaikan my sis cakap "Cukup aku ngan adik jer..xyah nak panggil Eric Leong datang.. cantik kan.." Hehehe.. memang pun.. x dinafikan Che Mas oi!!!

hehehe.. Hasil xseberapa nak dibandingkan ngan peluh aku yg menitik x habis2.

Semangat merdeka.. Putih meja makan, merah sofa, kuning kotak tisu (erk?), biru pic model ituw..

Selain daripada letih terlampau, nak tahu apalagi yang aku dapat malam tu? Colek buah ngan duit RM 25 baki beli perabot! Kahkahkah!!!!

Aku berangan nak ada rumah sendiri.. Japanese style.. ala.. yg ada buluh buat alir air tu.. Tenang, aman, damai.. jer rasa ni... Tapi still angan2 la...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...