Apa yang membezakan kedai kopi cina ngan kedai kopi melayu?
Jawapannya.. diorang jual NASI AYAM! Hooray!!!
Hahaha.. sebenarnya aku pun x sure jugak. Tapi kebiasaanya kedai kopi melayu ni, (kat Kelantan la..) Kita akan duduk atas bangku panjang yg membentuk U dengan kawasan tengah tu tempat tuan kedai buat air. (xtau la org paham x ngan explaination aku ni..) Paling koman pun akan ada 2 3 bijik meja dalam kawasan kedai tu tapi still dengan kerusi panjang gak. Makanan plak biasanya nasi lemak ngan nasi gulai ikan la. Tapi for sure memang nasi!
Nampak x perbezaan suasana kedai kopi melayu ngan cina. Tapi dua2 still kedai kopi kan!
Bagi spesies yg x biasa ngan kedai2 kopi camni.. (auw!!) Memang susah la sebab terpaksa berkongsi kerusi dan meja dengan orang lain. Kiranya istilah privasi memang xleh dipakai la kat kedai kopi ni. Tapi bagi aku.. suasana yang macam ni la yg best pasal kedai kopi. Korang boleh berkongsi cerita pasal apa saja. Kadang2 gosip kat kedai2 kopi ni lagi meriah uols!!! X caya cuba dengar lagu Malique tu, CERITA KEDAI KOPI. Best woo!!!
Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal pengalaman aku masuk kedai kopi cina. Bukan aku x biasa. Cuma masa tu.. aku kecik lagi. So, ingatan tu kabur la ckit.. (mengaku jer la ngko tu pelupa..) Hehehe..
Actually pagi tu abah ajak aku makan nasi ayam. So, dia angkut la aku naik jeng jeng (Gen2 la ngok!) Aku ni sebenarnya nak berdiet. So, perasan nak ikut tu memang berat la. Tapi kesiankan abah, aku follow jer la. Tapi muka still buat2 excited tau! Aku kan pandai berlakon...
Lepas park. kitorang terus cari meja kosong kat dalam kedai tu. Mula2 aku ingat abah nak tapow, sekali dia ajak makan kat situ daa!!
Sebagai anak angkat yg soleh.. (chait!!) Aku pun duduk la. Sesambil menunggu nasi ayam kitorang order tu sampai, aku sempat la ushar2 interior kedai ni. Xder yg menarik pun. Just kedai makan cina biasa. Kawasan depan tu tempat diorang masak. Kaunter pulak belah dalam. Tapi masa aku tanya abah, dia cakap kedai ni memang lama. Dulu ada 2 buah. Satu lagi bertentangan ngan kedai aku lepak ni. Tapi kedai tu dah tutup sebab tauke dia meninggal.
Yg berpin kuning tu la kedai yang aku pergi ngan abah. Ahaks!
No wonder la aku tengok kedai ni ringkas jer. Kedai orang lama kan. Bukan cam kopitiam skang! Deko jer lebih.. Makanan? Haram.. (I mean x sedap la!) Tapi ciri2 kedai cina lama tu memang terserlah la. Cawan, hiasan dinding and suasana dia... very de chinese tau!
Menu aku ngan abah aritu, Nasi Ayam (of course..) dengan air Kopi O' Beng. (beng tu maknanya ais k..) Mula2 tu pelik gak la. Sebab mas dia hidang tu ada 2 jenis ayam. Satu tu bakar dan satu lagi tu kukus. (tu pun aku tau lepas kena brief ngan abah.) Tapi sebab nak tahu rasa dia macamana.. aku gasak jugak la beb...
Tapi ayam kukus dia memang best! TERBAIK!!! Patut la cina suka makan. Daripada nak berdiet.. Licin pinggan aku pagi tu tau. Kena pulak air kopi ais. Pergh!!! Masyuk wei.... Bagi yang biasa masuk kedai kopi cina, korang akan tahu la berapa best nya air kopi diorang....
Lepas selesai melanyak makanan pagi tu. Aku ngan abah pun terus blah. Kaedahnya tengahari tu abah nak pergi ambik cucu dia sekolah pulak. Tapi yang pasti.. Kalau la abah ajak lagi gi makan kedai tu.. 100% aku x tolak! Mwahaha (gelak jahat seyh!)
Cam ni la serving masa aku makan aritu. Tapi ni aku google jer sebab kamera aku rosak lagi.. Simple kan?
Ayam Hainan.. sedapnya kalau aku boleh melantak ni...
Terima kasih kepada pemilik2 gambar diatas kerana membenarkan saya menggunakan ganbar2 anda. (cam la ngko mintak permission dulu..) Jika anda x berkenan, sila email saya k! Hehehe.... Eh terlupa.. maps tu aku susah payah aku copy paste tau! Jangan nak nengada cakap aku pow jugak yg tu ek!
No comments:
Post a Comment