Actually.. ikut planning aku.. Xkan ada entry untuk hari ni. Kaedahnya.. aku rasa yg minggu ni jer dah tiga entry aku tulis. So, just let my head rest la kiranya.
Tapi.. entahla. Aku rasa yg ada sesuatu yg terbuku dalam hati aku ni. Dan aku kena luahkan jugak sebab aku takut aku akan buat sesuatu yg aku akan menyesal sesangat lepas ni.
Cam korang tahu.. Aku ni kan sekarang menumpang di rumah my sis. Walaupun diorang dah anggap yg aku ni dah macam their own family. Tapi still dalam hati aku ni.. Aku tetap orang luar. So, adat tertib menumpang rumah orang ni.. Aku kena jaga.
Aku x kisah kalau setakat kena mengemas rumah dan bagai. Lagipun adik bongsu my sis nak kahwin bulan 10 ni. Aku ni dah kira jadi assistant tetap la. PENGURUS MAJLIS x bertauliah. Aku pun sebenarnya x kisah. Aku memang suka menyibuk hal2 kerja kahwin ni. Al maklumlah.. Dulu2 pun aku sempat gak la belajar bebenda ni semua.
Tapi aku ada satu problem ngan my sis. Dia ni.. suka nak mengajak orang. I mean.. iyalah.. Barang kerja kahwin ni.. Bukan benda boleh siap sehari. Gift saja dah beriban aku kena siapkan. Tapi terus terang. Aku lebih suka buat kerja tu sorang2 sesambil tengok tv. Bukan nak berlagak pandai, tapi memang dah perangai aku. When I'm doing something, I want it to be good as I expected from myself.
Tapi tu lah.. Skang ni.. my sis suka ajak sorang budak ni. Umur dia.. baya aku just aku ni tua bulan jer. At first aku x kisah sangat pasal dia akan in charge hal2 meja makan masa majlis resepsi nanti. Aku pulak.. more to gift and creative stuff. Yup! That's my priority. (ikut kepala otak aku la...)
Tapi, budak ni.. I don't know la.. Samada dia nak tunjuk skill dia atau sekadar nak berlagak. (same thing jer kan?!) Aku memang meyampah!
Aku ni jenis yg akan memberi pendapat bila ditanya. Dan aku hanya akan buat kerja yg aku rasa aku mampu buat. Kalau aku rasa aku xleh, aku xkan berani untuk sentuh from the very beginning. Itu style aku!
I know.. bunyi macam aku jealous dengan budak ni. It's quite true actually... Benda tu aku x nafikan. That's why skang ni aku macam dah hilang mood untuk menolong. Kalau aku buat pun. Masa aku dok sesorang. If my sis and budak ni join skali, aku mulalah nak bukak lappy.. main game.. facebooking.. skyping.. macam2 lagilah!
Aku x tahulah if my sis perasan perubahan mood aku sehari dua ni.. Dah.. asal aku keluar ngan dia. Sure aku still buat perangai gila2 aku. Tapi asal jer budak ni join or aku dapat tahu yg dia akan join, automatik aku jadi x banyak bercakap. Walhal tengah makan sekalipun aku boleh pandang belah lain. SERIOUSLY! Aku akan cari tv atau paling koman pun.. aku usaha gak tengok benda atas jalan. Kadang2 tu.. aku lebih rela bercakap ngan kucing daripada melayan diorang.
Bunyi cam bodoh jer kan? "Ak ala... benda tu pun ngko buat kes! Cam bebudak..." To be honest.. aku x kesah. Sebenarnya banyak lagi benda yg aku x reti nak explain kat sini.. I'm not a good writer k!
Tapi situasi2 cam ni.. memang MENYAKITKAN hati aku.. aku bagi satu contoh. Masa kitorang duduk kat living hall ramai2.. Maksudnya Abah, Ma, My Sis, her daugter, aku dan budak ni.. My sis pun bukak la cerita pasal ada sorang mamat yg pelik ni. Dah tua tapi still nak berlagak cam bebudak.
Aku yg selalu follow my sis just diam jer. Biar dia story kat abah. Kalau dia x ingat, aku just help out la.. Just menambahkan seri cerita tu jer.. Tapi budak ni pulak.. Entah dari mana datang, terus jer menyampuk. "Jenis ni ni bah.. (refer tu abah) kalau dia x berkenan, boleh tgok la dia buat muka kat belakang mamat tu." (pasal perangai my sis yg suka melawak kalau dia x berkenan ngan sesuatu hal)
Wak lu?! Ngko dah la x kenal rapat ngan mamat tu. Nak menyampuk orang cakap plak! X boleh ke just listen to the story? Sentap tol la!!! Aku memang x suka jenis org yg suka menilai orang TERLALU cepat. Xder adab langsung! kalau nak bercakap pun.. pilih2 la.. Bukan main masuk jer bro!
Tapi.. yalah. Itu orang lain, bukan aku. Dan aku xder kuasa nak buat orang ikut apa yg aku suka. Setakat nak luah perasaan kat blog.. tu yg paling aku berani kot.. But still.. Jika aku cukup berani.. Aku akan cakap macam ni kat my sis.
"Biar aku buat sorang la k.. X payah la nak ajak orang. Kalau aku x boleh buat, aku cakap. sementara tu.. just let me do my thing k!
Tapi aku boleh jamin ker yg benda aku cakap ni xkan buat orang terasa? Keadaan skang ni pun.. dah terlalu teruk bagi aku. Buat apa nak mencari masalah yg aku rasa aku boleh elak dari awal lagi kan?
I think.. the situation after aku siap tulis entry ni dah jadi makin teruk. Tapi nasib baik ada abah! At least, talking to someone that we respect is better than looking to someone that can make us feel down rite? :)
No comments:
Post a Comment