Pages

Friday, December 17, 2010

:: New Year Celebration. Countdown Part 1 ::

Alamak! Dah nak habis tahun la..
Ish.. azam tahun ni dah capai target ke hah?!
Eh.. jap2.. Aku pernah buat azam ker selama ni? Erm.. skali jer kot.. yang hitam putih. Tu pun masa dapat promotion kerja kat KFC dulu...
Hehehe.. nak tahu apa aku tulis? Jap2 nak review balik otak ni..


"Saya berazam akan menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi disamping membantu pihak pengurusan untuk menyampaikan perkhidmatan paling baik kepada para pelanggan. Saya juga berjanji akan terus meningkatkan pengetahuan dalam semua bidang berkaitan demi membantu melancarkan tugas yang telah diamanahkan kepada saya."

Siap2 tulis, sekali Training Officer aku cakap "Ki, tulis dalam bahasa inggeris ek.." 
?!?!?!?!
Dey tambi! Apasal x cakap awal2? Dah la susah payah otak aku nak karang 2 ayat ni! Sekali kena translate plak.. Tapi aku pun satu hal. Dah tahu form tu dalam English, apasal la gi tulis Melayu lak. Hadoi... Korang translate la sdiri ek! Malas aku nak ketuk keyboard ni lama2. :P

Okay.. back to AZAM. Lagipun kisah tu cuma secebis pengalaman lalu diriku ini... *ting tong jap* 





Actually, aku x rasa keperluan azam untuk diri aku sendiri. Bukan maksud aku nak menidakkan azam2 hebat cam.. 'Tahun ni azam nak seberang sungai Golok seminggu sekali' atau.. 'Tahun ni saya azam nak cari kekasih halal, xmo2 dah mek2 kaki kikis ni semua. Buat habis harta jer..' Tapi dengan cara pemikiran aku yang selalu terpesong ni, mungkin azam tu akan jadi benda main2 untuk aku. Lagipun aku ni bukan jenis suka ikut plan. Setakat buat tu pandai la. Hohoho...

Tapi kalau kita xder perancangan langsung x kena jugak kan. So, my priority rite now, to get a job. Ya.. anda x salah dengar.. Zakiyudin memerlukan pekerjaan akhirnya. Hua3!! Hapa engko ingat 24 jam mengadap tenet ni boleh buat duit juta2? Tengok kaki la dulu beb.. setakat nak mengetuk kat dalam blog ni, bolehla...

Satu yang menjadi dilema aku sampai sekarang ni. Aku xder modal. I mean... kenderaan. Susah la nak mengushar kerja ni. So, for the time being, aku nampak satu jer depan mata aku nih. 7eleven.


Tempat kerja dekat. Jalan kaki pun x sampai sepuluh minit. Lagipun grooming diorang macam ala2 supermarket punya staff. Bagi yang x paham, sila bandingkan grooming pekerja kedai makan especially fast food ngan pekerja supermarket k. Nampaklah bezanya nanti..

Jadi skang ni.. apa2 plan mesti start dengan kerja. Dan 7E tu.. InsyaAllah dalam seminggu dua ni aku akan pergi ushar. Sebetulnya.. aku xnak orang tahu yang aku nak mintak kerja kat sana. Aku takut my sis x berapa berkenan. Maklumlah.. aku ni sebenarnya WANTED gak la area ni. So xnak la nanti ada org gi kacau tempat aku kerja tu. Dahla skang ni ada budak gila tengah riki2 hal aku kat KFC. Ish.. kerja x berfaedah lansum!

Senang cerita, aku kira azam hujung tahun aku bagi permulaan tahun yang lebih GILA, GEMPAK, HAPPENING dan lagi  VOGUE *haha!!* akan bermula dengan KERJA. No work, no money, no talk. Betul x?  


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...