Pages

Friday, December 31, 2010

Farewell '10 and Welcome '11

Aku sebenarnya xder benda nak cerita kali ni. Pasal entry Tercekik tu.. aku dah buat dah sebenarnya. Tapi ada yang kena touch up sikit. Maklumlah, try gaya baru kan..
Sebelum terlambat. Tahniah pasukan bolasepak Malaysia sebab akhirnya selepas 14 tahun berjaya jugak kita bawak pulang Piala Suzuki tu ke Malaysia. Tak sabar nak tunggu ranking terbaru FIFA. Nak jugak aku tengok Malaysia maju setapak dua. Ni xlah asyik kena kutuk jer hari2. I think... Piala ni mungkin penutup paling bermakna tahun ni kan! Tahniah sekali lagi dari aku yg sejujurnya x tengok pun bola malam tu.. :)

Apa2 pun.. kita akhirnya dah sampai penghujung tahun 2010. Xsampai beberapa jam lagi, 2011 akan menjengah tiba. *baku gila ayat* 
Yang beria2 nak berazam tu.. tekad dah bulat ke? Ker kena postpone dulu....?
Bagi aku.. mana2 tahun sama jer. Kalau berbeza pun mungkin dari segi umur aku kut. Xkan la selamanya aku nak berlagak macam bebudak kan.. Umur pun dah makin lanjut. X gitu? *reminder : bab komik jangan sentuh.. tu sensitif occay..*

And for next year..
Nak cakap yang aku akan buat anjakan paradigma.. Xkot.. Kang x pepasal orang cakap aku sewel tetiba guna ayat tu kan! 
Yang pasti.. Aku akan berubah. Tang mana.. xtau lagi. Lagipun aku xnak buat janji yang memakan diri sendiri. Sumpah aku menyesal kalau buat cam gitu.

Pasal berblogging pulak..
Thanx kepada semua yang sudi support aku dari belakang sampai la ke depan. Nak cakap nama... malu plak! Tapi gasak jer la kan.. blog aku.
Dan terima kasih jugak sebab sudi beri cadangan2 bernas untuk  dijadikan ilham aku mencarut k! And to brader G, saya menulis just untuk suka2.. But I will try your idea one day. Adik janji!

Dan lastly untuk si dia... 75 hari lagi.. 
Ingat janji awak tu tau! Hikhik..






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...