Pages

Saturday, April 30, 2011

..... Matilaaa Berangan!!!

  Encik Umar ajak saya outing sekali lagi! *outing laaa sangattt!!!*

Tapi kali ni xder dah pantai2 ke sawah bendang ni semua.. Apa ingat pakcik pandai pose mellow kat tempat cenggitu jer ker? Pleaaseee~ Tolong sikit...

For this trip.. *trip tuh! chewahh!!* kitorang naik tinggi ke puncak bangunan gitu.. Dahla xder lif.. siol jer aku kena panjat tangga sampai 5 tingkat. Lelah kojap pakcik ni eh. Apa punya Potograper la Cik Umar ni kan?! Mati ngko cair mekap model kalau hari2 kena paksa cenggini tau. Urgh!!

Tada!!! Destinasi kitorang haritu. Tapi bukan hotel itu okay~
Just bangunan carpark seberang jalan sajoss.. Sadis wuwuwu....


          
Mr. Potograper yang tengah asyik mencari ilham yang x sampai2.. haishhh..


Hasil kerja Mr. Potograper yang dicedok dari Pesbook beliau.
*berani ngko letak caption mengutuk aku kat situ?! ko pehal bro?!?!*


Ek eleh~ Candid la tu konon! Aku tau aaa ngko
berkenan kat model yang tengah potoshoot kat bawah tu kan?
Very Cik Epal u see~


Masa kitorang first sampai kat c2... kitorang xperasan pun yang at the same time ada 2 orang photographer ni tengah buat sesi photoshoot kat area sama. So, bila kitorang sedar.. maka it's quite a down moment for us la.. 
Korang pikir sdiri la.. DSLR nak lawan ngan kamera Lumix Encik Umar and my sis punya Nikon cinonet tuh.. Hadoiiii~

But no hal.. dengan gigihnya aku buat bising kat situ tau! I kan gila perhatian you.. 
Dan tengah2 sebok aku beraksi tu... Encik Umar terperasan yang salah sorang photographer tu ada snap gambar aku. Wadehel?! Nak suruh I model cakap bro~ mana boleh pakai main snap2 gitu jer. Very not gentlemen occay!! *tapi hati tetap berbunga riang masa tu.. kikiki..*

Selesai sesi, kitorang turun pow KFC pulak. Sumbangan ikhlas Sir Din kita. *gosip2 terbaru disertakan sekali katanya~*
Pastu Encik Umar singgah kejap berbuka puasa kat Tambatan DiRaja sambil2 menikmati pemandangan indah sunset. Ahhh.. heaven tau! Walaupun aku orang Kelantan, this is my first time datang tempat ni tau. Dulu setakat nama jerla I kenal You~ Hua3!!!

Next trip lepas ni? Taman Indera Petra la pulak.... Oooo Yeah!!!!

Bila Korean-Pop nak di Kuala Lumpur-Pop kan...

Kalau sesiapa bukak tv dan tengok berita hari ni.. cap ibu jari kaki kiri kanan korang akan dengar pasal perkahwinan Kate-William dan sumpah laknat Datuk Eskay tu kan? 

Yang kahwin tu toksah cakap aaa.. Liputan seluruh dunia gitu.. Over 2 billion viewers okay...
Pasal sumpah laknat tu plak.. aku xnak komen apa2.. Macam Dato' najib cakap.. itu hal peribadi diorang.. So apsal nak campur? Biarkan dia jerla~

Yang aku nak story nih.. Xderlah sampai masuk berita tv tu. Tapi kalau korang selalu baca blog2 hiburan.. Korang akan tahu kot. 
Benda ni.. bolehlah aku 'takrifkan' sebagai salah satu dari kebangangan yang teramatlah melampau untuk di ambil peduli. *tapi aku tetap pedulik okay~ sah2 aku pun bangang kan..*


"Malaysian to have their own Kpop group."

Erk?! Mula2 tu mati2 aku ingat benda ni sekadar lawak jer.. Maklumla.. skang ni ramai yang suka isi masa lapang ngan lawak haram kejadah x lucu cenggini..

Tapi tadi.. masa aku belek2 BNara punya blog. OMAIGOD!!!! It's real bebeh! Bukan angan2 mat jenin lagi.. Siap ngan konsep semua dah.. Tunggu nak buat official launh sajos..


  

Kiri. Kumpulan 24:7  Kanan. Kumpulan Gula Gula

Haiyo!!! Aku taula skang ni semua orang suka follow Kpop ni. Even aku pun~ Ni laptop ni~ Cakap jer lagu Korea apa ngko nak.. Semua ada tau! 

Tapi Kpop Group from Malaysia? Apakahei nyer yop?! Kering idea sangat dah ker?

Come on la.. Memalukan, memualkan + menyakitkan hati jer siol! 
Korang ni.. ikut suka letak caption ko hapo?! Kpop tu oi Kpop!! Sah2 lah benda tu Korean Pop! Apa ngko ingat 'K' tu stand for Kula Lumpur? Gila talak ko hapo korang ni hah?! Isshhh....

Apa jadah konsep diorang bawak pun aku xsure. Tgok jerla pose tu.. Very der Ultraman tahun 80-an.. Urgh!!!

Ni satu lagi. Pelancaran album single? 
Kongkong? Kingkong? Ehh....
Sah2 aku letak KANGKANG ajer.. senang baca dan senang ingat kan?

Kalau nak condemn.. sah2 esok pun xhabis~ Aku kalau benda dah menyampah tahap cipan nih, memang banyak la idea.. Nak tulis jer malas sebenarnya..

So korang pikirla sendiri. Walaupun benda ni part of marketing strategy, maybe untuk tarik perhatian muda-mudi zaman sekarang. Still diorang boleh guna pakai idea lain kan?
Ni kalau dah bulat2 nak tiru idea orang.. Pulak tu xder originaliti langsung kat situ.. Apa diorang ingat rakyat kat Malaysia ni senang2 ker nak kena sogok? 
Ingatlah... lepas Elite ngan KRU dulu.. berapa banyak group2 yang berjaya kat Malaysia ni? Xder kan? So.. kenapa nak ditambah? Adoilaaa....~

ANTM. Episode 10 with Franca Sozzani

Yezza!!! Alexandria buat balik perangai bodoh sombong dia tu.. Siyes pakcik suka. Hahaha...

So jom layan this week punya picca. 
Tema dia? Puteri tengah sesat ngan karavan dia kat tengah2 gurun sambil berangan pose untuk Vogue gitu. Boley?!?!?

First call. Molly!!!!
Fevret pakcik no. 1 again!!! 
Franca Sozzani cakap very de seswai untuk Vogue. Ada can menangkah?! Can't wait for the finale.

Brittani
Pose ala2 nampak anak raja kaya minyak kat tengah desert. Santek la tuw!

Hannah yang x berapa nak diingati..
Pose ala2 puteri tak ingat syampu rambut masa nak keluar rumah. Tapi sebab potograper dah standby, I pose jerla U.. Janji judges suka pun okay aaa~ Hihihi....

The fake Alexandria.
Padan muka! Sapa suruh ngko menjawab potograper? 
Sah2 potograper pun xder mood nak snap picca ngko seyh..

Kasia. The first one to fly back home.. :(
Walaupun pakcik xbrapa suka dia.. But still this picca is better than Alex yang pose macam tiang lampu itu..
Tapi macam Tyra cakap kan, overall performace.. Alex did better than her.
So bye2 miss plus-size model *cam aku...~*

.................................

Dan lepas pakcik riki2 next week punya final photos, confirm Molly ngan Brittani akan masuk top 3.
But if Tyra decide nak teruskan macam last season, dari 4 terus ke 2~ maybe Alex akan ada chance kut..

Anyway just wait jerla ek! Seminggu jer lagi nieyh!!!

Thursday, April 28, 2011





- Saya pernah 3 kali lari dari rumah. -

1. sebab xnak pergi mengaji.
2. sebab xnak pergi sekolah.
3. sebab saya tak suka disuruh oleh ayah.

Berlaku sekitar umur 9, 10 tahun. Dan semuanya diklasifikasikan gagal. 
Akibatnya?
Rabak belakang badan dengan parut rotan. Nasiblah x kekal sampai hari ini. Kikiki....

Kampung Boy In Action. Part II

Same kampung, same sawah, same Mr. Potograper but with a bigger adventure.. 
Why?!
Because CheYa is here!!!! Hua3!!!!



Muka Mr. Potograper bila kena lanyak ngan CheYa  pasal rules to take a picca. Hahaha!!!

Muka CheYa yang pucat lesi bila kena paksa meniti atas buluh.

scene menyelamatkan diri dari digigit kerengga. Nasib tak tersungkur dalam sawah orang jer seyh~

Faceshot apekehei tengah2 bendang ni oi?!?!
Tapi model tetap gigih pose gituw.. Boley?!

Mr. potograper yang blurrr jer memanjang kata Cheya. kikiki...

CheYa sedang meneliti hasil kerja Mr. Potograper.
*Buat letih jer aku pose dalam sawah masa ni. Belubi punya orang!*

Goodbye mentari~ Esok kalau free saya kejar awak lagi occay!!


Monday, April 25, 2011



- Saya pernah tidur di atas katil di dalam bilik di hostel perempuan. -

Sebabnya? 
Saja suka-suka... Lagipun diorang x marah dan saya pun tak buat kerja bodoh kat situ.. Just TIDO
Dan benda ni pun bukan berlaku SEKALI sahaja tau. Tapi BERKALI-KALI... :P

Sebiji buah, Sebuah Syarikat dan... Se'pesen' Orang :P

Gambar 1
Ini buah Apple. Buah ini boleh didapati di kebanyakan pasar2 raya berdekatan rumah anda. Xcaya? Start kereta pergi cari sekarang! Tapi cari kat bahagian buah2an ok.. bukan bahagian pakaian dalam. Kalau anda buat jugak, nescaya anda ini memang jenis bangang tak bertempat.


Gambar 2
Ini pula.. Apple jugak. Tapi nama penuh Apple ini berakhir dengan Inc. yang bermaksud ianya sebuah syarikat. Bagi orang2 macam saya ini, *i mean.. penganggur* produk2 Apple ini memang cukup fantastik bombastik artistik kelas dia. Yalah~ harga tu pun dah beriban kan.. mana la den mampo oi!


Gambar 3
Jangan terkejut. Ini juga Apple yer.. atau lebih tepat lagi, Cik Epal. Walaupun ciri2 dia xder persamaan langsung dengan yang 2 tu.. tapi nak tak nak, dia tetapp jugak Epal okay!


Keistimewaan Epal ini? 
Periang, penulis yang baik, dan yang paling best... seorang yang cukup suka berfesyen. Or should I use the word.. PESEN maybe? Hehehe...


Why? Why? Why?


Cuba anda pikir...
Skirt bohemian + marching jacket.. apa akan jadi. Vintage style?                Maybe kot...
Now.. tambah pulak furry bag. Still vintage lagi ker? Dunno la.. setahu saya yang cetek ilmu bab2 fesyen ni.. Biasanya furry bag ni trend masa winter season jer.. Kalau off season tu.. Ikut kesesuaian la.. Ni kalau kenduri kahwin kat kampung pun nak dikepit jugak benda tu, ngko bangang ke hapa dik?! Very not suitable U see~


Dan satu lagi.. yang paaaaling saya kompius. Kenapa 'pesen' tudung tu mesti dilengkapkan reben yang besar2? Focus point time nak ambik gambar ke hapa?
Seumur hidup saya la... Tak pernah la saya tengok 'pesen' yang Cik Epal bawakan ni. Setakat belit2 tudung then pinkan dengan Brooch tu.. ader aa..


Ker Cik Epal ni suka tengok ANTM macam saya? 
Manalah tahu kan... Takut terikut2 dengan style yang diorang buat dalam tu.. Contoh macam ni hah...

                
Pose pun nampak lebih kurang dah tu...

Tapi siapalah saya nak dibandingkan dengan Cik epal tu yer... Saya ni menulis sekadar suka2 buang masa jer.. Cik Epal pulak.. menulis buat duit riban2. Ko nampak perbezaan tu Zee?!
Lagipun Cik Epal punya 'pesen' ramai gak la yang follow kan? Kalau tak~ xkanla setiap entry tu wajib ada komen yang memuji kecomelan Cik Epal kita ni.. Hik3...

Anyway~ Sebagai seorang yang tergolong dalam segelintir manusia yang agak 'berbulu' dengan pesen Cik Epal kita ni. Satu jer pesan saya....
 
"Tolong la jangan dirosakkan imej muslimah itu semata2 kerana fesyen. Cukup2 lah dengan apa yang ada tu ek. Awak pun bukannya x cantik, malah memang cute seyh~
Dan saya pun tahu~ Bukan mudah nak senangkan hati semua orang. Tapi trylah.. Ni jangan dok main delete jer komen2 negatif yang orang post tu.. Baca, kaji dan fahami dulu ek.
Akhir kata.. majulah Cik Epal dengan skirt2 nya sekali. Yehaaa!!!!"

TetttTtTT!!!

Saturday, April 23, 2011

:: Makluman ::


Perasan kreatif pepagi kan? Matilaa esok ada orang gelakkan aku. Hahaha...

Cik Epal~ U tunggu I tau! I'm not finish with u yet.. Muacks!!
Bye! 
*hahahah...*

Friday, April 22, 2011

Apple-licious. Entah betul ke idak aku eja. :P


Cik Epal Oh Cik Epal..

Kenapalah awak suka sangat fesyen cam gitu ya~
Fesyen sangatkah?

Apa? Trend?
OooOOOooOOO~ *panjang saya tarik tau!*
Trend rupanya..
Dari negara manakah gamaknya ya~ 
Republic of Congo? Nairobi? atau.... Bahamas?
Hurm...
Banyak benda saya nak kena hurai ni..
Okaylah Cik Epal. Saya tido dulu ek..
Esok saya cari bahan buat story pasal awak.. Gudnite!!

TetttTTTT!!!!!

Thursday, April 21, 2011

WJE .... I miss You~

Hari ni skendel saya post gambar2 dia yang tengah seronok bercuti kat Rantau Abang. Nak menyakitkan hati saya la tu gamaknya. Tapi no hal~ Saya x kisah pun.. Setakat bercuti kat tempat piyu bertelur apa kelas you~ Kikiki... Saya ketawa suka hati..

Jadi saya pun pm lah kat inbox dia.. Konon2 berlagak busy body la.. "bestker pergi tu?" "dengan sapa lagi?" dan yang paling best saya tanya dia.. "sempat ker mengorat piyu2 kat sana?" terus dia berasap. Ala.. saya gurau aje ok... Skendel2 pun.. saya sayang awak jugak.. Hehehe

By the way, jangan buat spekulasi berani mati ya.. Makcik is makcik, skendel is skendel. Maka dua2 xder kaitan antara satu sama lain walaupun saling mengenali kat atas dunia ni..

Mengikut perkiraan saya.. betullah ini Rantau Abang. *Gambar hiasan.. :P

Imbas2 balik.. saya pun teringat yang saya ada teman Encik Bieber pergi pantai haritu. Walaupun x secantik Rantau Abang, tapi okay la.. Janji tetap pantai dengan batu2 nya sekali. X gitu?

Encik Bieber yang katanya xder awek. Maka petang itu sungguh2 dia nyanyi lagu Somebody to love. Kesian...~

Tengah ambik gambar. Best!!!

Gambar ni.. Makcik cakap tengkiu. Skendel cakap nice~ 
Maklumlah.. spek tajaan diorang kan.. Kikiki...

Ombak jahat!!!!!

Saya sayang kasut ni sebb makcik pilih dan satu2nya yang lekat dengan saya sampai hari ni..
Tapi tengokkan gambar ni~ SAYA NAK KASUT BARU!!!

Mesti Tyra marah kalau tengok leher saya ni kan? Kikiki..

Buat skendel... Pergilah sejauh Tanjung Leman sekalipun. Saya tak kesah. Janji satu.. Jaga ya kereta Myvi saya tu. Kalau x saya cerai awak talak 3! :P

Wednesday, April 20, 2011

ANTM. halfway review

Who's Gonna Be On Top?
Ohoho.. I like this cycle of Top Model. Walaupun xleh compare ngan last season yang Ann menang itu. But still.. cycle ni ada impak dia yang tersendiri.

Dan nak masuk episod ke 9 ni.. macam2 drama dah berlaku. Monique yang tiba2 berlagak diva. Alexandria yang selalu dok cerita pasal dia yang selalu kena dera masa kecik.. *reminds me of Ann yang selalu dok ungkit pasal ejekan yg diterima masa dia kat sekolah dulu..* Model yang ntah hapa2.. *especially Kasia!* Dan jugak perang dunia antara Brittani ngan Alex yang nyaris buat Brittani tersingkir terus dari competition. Ohoho.. I love u girls!!!

Dan next week, oversea trip. Yeay!!!!
But this time around.. Only top 5 will get the oppurtunity. Why? Tyra xder bajetkah? Hahaha...

Anyway~ Jom layan photoshoot from last week episode.

First call. Alexandria. Walaupun dia terbaik in terms of her picca.. Damn!! This girl is fake!

Hannah. Macam xwujud jer throughout the competition. Aku pun x paham!

Kasia. Plus size model yang ntah hapa2.. No. 3?!? Minah ni reti pose bukak mulut jer occay~

Brittani. Do or die. Rela kau dia pose macam tu atas sampah. Favorite aku untuk top 3

Molly. Lack of personality tapi tetap pilihan aku untuk menang. Why? Sebab portfolio dia throughout the competition adalah yang terbaek!!

Jaclyn. Out sebab sesat masa go-sees. Contestant yang akan paling diingati sebab suara dia. Auw!!! I like!

Next week. Morocco baby!!!! So jom sama2 tunggu orang upload kat Youtube. Kalau nak harapkan tv~ Matilaa tahun depan dah basi baru dapat tengok! Hahaha..

Entri Kekenyangan

Hari ni aku keluar rumah dengan x mandi. Tettt!!! 
Tapi tetap maintain vogue dengan semburan doedoran Axe itu occay..*tapi hidung aku gila ngko bersin!!*

Dan mungkin disebabkan aku yang dah macam 'kambing' itu.. Dinch aku tolak peluang main bowling hari ni. Biarlah xbuat malu depan orang ramai nokss.. I vogue U..

After that bila sampai rumah.. Boleh plak aku buat2 lupa yang aku ni still xmandi. Selamba rock jer salin baju. Kikiki.. Nasibla sebab xtahan bau ikan kering yang abah tengah goreng tu.. Macam kilat aku lari masuk bilik air. 

Hah! Bila badan pun dah berbau wangi sabun, rambut pun ala2 Miss Universe.. *ko mampoo?!* Terus aku cari si Pise ajak teman tido. Mujur ada kucing yang menurut perintah tu sekor. Tapi part yang xbestnya.. Confirm dia berebut bantal ngan aku. Entah apa jenis kucing pun aku xfaham! Damn u cute little kitty!

Tapi citer ni xhabis lagi tau! Masuk second part pulak..














Bangun jer tido aku terus tekan lappy yang sedia ter-on tepi katil tu.. 
Berlambak ngko mesej kat inbox FB. And again.. Damn! I hate wednesday. Urgh.. 
Disebabkan perut pun memang dah lapar gila, aku pilih2 jer yang perlu reply. Lagipun otak aku ni penuh ngan cadangan2 untuk mengisi perut jer masa tu. Antara cadangan2 awalnya;
  1. Burger *tapi semalam dah makan...*:(
  2. Helmet (kata aku..) hamlet (kata orang..) *tapi jauh sangat seh..*
  3. Roti Canai. Yang ni best sebab murah and maa pun suka. *tapi aku la malas nak jalan sorang2.. Kang kena kejar hanjeng xpasal2 aku jadi The Flash pulekkk*
So what's left? Abah la jawabnya~

Maka aku pun gi lah senduk nasik dalam periuk tu untuk makan sama2 ngan abah.. Pasal lauk xkira dah.. Apa ada atas meja tu aku sebat makan jer. Janji kenyang! Hahaha

Manis jer senyum bila perut kenyang kan? Matillaaa koya! Hahaha...

So masa entri ni ditulis, aku dah pun kembali bertapa depan laptop dalam bilik. Sebabnya? Ramai sangat kat ruang tamu tu eksyelli.. 
Abah ngan game dia, anak my sis dengan kerja sekolah yang aku sendiri pun xfaham kenapa 'benda' tu dipanggil kerja sekolah, si tauke warung yang free jer memanjang dan jugak Kamal, hero hindustan yang suka bercakap dengan angin. Tettt!!!

For now.. better bukak skype and youtube sambil2 layan blue.. Eh eh silap.. ANTM okay~ Chow. Adios!

Tuesday, April 19, 2011

...Urghhhh...

MALAS!

MALAS nak makan. MALAS nak keluar. MALAS nak tengok tv. MALAS nak kemas dapur and meja makan. MALAS nak bercakap *menulis no hal~*. MALAS nak duduk *meniarap jer memanjang..:P*. MALAS nak baca buku. MALAS nak chatting. MALAS nak belai rambut *auwww!!*. MALAS nak MALAS. MALAS... MALAS.. MALAS...........

Urgh!! Tapi malas macam mana pun.. tetap ada yang kena settle dulu. Malas aaaa... Dahla sepetang aku main bowling hari ni. Letih woo..


Maka bertemankan laptop buruk, headphone, notepad dan sehelai kertas. Tekunlah aku mengadap kerja yang confirm xboleh bagi duit beli nasi melainkan sakit mata semata2... 
Tapi benda dah minatkan~ So tahan jerla kejap. Lagipun aku dah janji ngan orang nak siapkan benda tu hari ni.. Jadi nak x nak, mesti siap la. No matter what happen. Promise is still a promise rite? 

And now.. masa untuk bungkus semua sekali. *tapi ada lagi yang xsiapnya~ sambung esok plak aaa...* Mata pun dah kuyu~ peluh pun dah menitik sebab panas~ Maka sebaik2nya, kita pasang kipas kuat2.. ada aircond pun okay jugak. Lagi best! 
Tepuk2 bantal tu... then rebahkan badan..~ JOM TIDO!!!

Monday, April 18, 2011

Kampung Boy In Action.

Tempat Outing : *outingkah? kataaanya potograper la.. aku motip nak jalan2 sajos..* Kampung Takang.

Sejarah Tempat Outing : Suatu ketika dahulu di kampung ini tinggallah 2 orang petani yang cukup berjaya. Seorangnya tauke padi, manakala seorang lagi pula adalah penternak itik, ayam kambing dan segala jenis binatang yang boleh dimeniagakan. *xsure tokke dah ada belum masa ni..*
Walaupun sektor yang diceburi mereka berbeza, *ahaks!* mereka tetap sering bertelagah. Kadang2 mereka ini diibaratkan seperti politician oleh orang2 kampung itu.
Maka.. Pada suatu hari nak dijadikan story. Si tauke padi itu telah melenting apabila tanamannya telah habis dirosakkan oleh peliharaan si tauke haiwan itu. Dengan dikuasai amarahnya, beliau telah bertindak mengurung haiwan2 peliharaan musuh beliau itu dengan tujuan mengajar si tauke haiwan tentang cara2 betul menguruskan haiwan ternakannya.
Malangnya, lain yang diplan lain pula yang jadi. *macam kes aku aa..* Si tauke padi telah dicabar untuk berlawan parang oleh si tauke haiwan. Lagak mereka tak ubah seperti scene cerita Hang Tuah yang cabar mencabar Hang Jebat kekdahnya.
Bermula dari saat itu.. Kampung itu mula dikenali sebagai Kampung Takir *bakunya tetak* bagi mengenang peristiwa tetak menetak yang berlaku ketika itu. Tetapi selepas arus kemodenan mula menjalar ke kampung ini, perkataan takir itu telah diubah kepada Takang  dan ia terus kekal begitu sehingga ke hari ini...

Tujuan Outing : Penulis - Jalan2. Potograper - Ambik gambar.

Hasil Outing : Diupload di FB oleh potograper. Penulis hanya dapat menyediakan gambar behind-the-scene di sini. :P

Me at kampung. Yeay!!!

Potograper tengah setting kamura. Rabun la sangattt

   
Kiri. Puting beliung a.k.a Dragonfly sesat. Kanan. Sarang burung apa ntah penulis tatau.

Penulis jadi model kejap. Habis jahanam pokok padi orang penulis pijak sebab nak pose bagai.

Anyway, it was fun actually. Meniti atas buluh.. main kat bendang.. Berkaki ayam tengah2 sawah.. Ohhh... HEAVEN! I bet budak2 zaman sekarang tak tahu nak appreciate benda2 camni kan? Huhuhu...

*matilaa hepi sampai xingat nak sambung story yang Cursing At The Wind tuw...*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...