Pages

Thursday, April 7, 2011

Slot Iklan Sebelum Citer Maskman...

Bagaimana untuk mengekalkan hubungan (cinta) jarak jauh? *motip ngko letak perkataan tu dalam kurungan?* Saya ada tips2 nya.. *feeling2 jadi kaunselor x bertauliah..*

Tips2 ni pulak bukan aku main tulis ajer ek. Ni yang aku copy dari majalah okay~ Tapi disebabkan ini AKU punya blog.. So biar AKU, buat versi AKU, sendiri plak. Hahaha....

Tips nombor 1. Usahakan untuk berjumpa walau sekejap.
Ulasan dia - Tunjukkkan sedikit pengorbanan untuk pasangan kamu dengan berusaha untuk berjumpa dengannya. Luangkan masa yang terhad itu dengan aktiviti berfaedah sebagai tanda rasa cinta kamu.
Ulasan aku - Ya.. kalau dah jauh dan perlu beli tiket flight bagai.. Toksah mimpi aaa.. So bila si dia tu balik bercuti.. Carilah peluang walau 5 minit sekalipun untuk berjumpa. Even kat tangga kecemasan shopping mall pun okay what. Tapi setakat nak bertukar2 hadiah jer ya.. Benda lain jangan nak dicuba plak..

Tiba2 teringat lagu Feminin.
Angin bayu membawa diriku. Sepintas lalu ku terkenangkanmu~~

Tips nombor 2. Sentiasa mengingatkan diri untuk setia pada pasangan.
Ulasan dia - Kesetiaan merupakan kunci utama sesebuah hubungan dan ia akan sentiasa diuji. Segalanya perlulah ditepis demi mempertahankan sesebuah hubungan itu. Jika kamu tidak mampu, janganlah terus melukai hati si dia.
Ulasan aku - Pasang spy bagi kedua2 belah pihak. Lagi senang! Tapi pastikan spy korang tu adalah jenis yang setia pada kawan. Kang xpasal2 jadi kes kawan makan kawan. Naya....

Tips nombor 3. Beri kejutan kepada pasangan.
Ulasan dia - Berikan kejutan seperti bunga atau coklat. Nescaya si dia akan tersenyum riang!
Ulasan aku - Xder bajet? No hal... Aiskrim kon kat McD baru 1.50 xsilap aku.. Kalau rasa xboleh jugak.. Just jerit perkatan.. SURPRISE!!! Confirm boleh diterima pakai.. Cop ibu jari aku jamin!

Tips nombor 4. Sentiasa berhubung.
Ulasan dia - Kini segalanya di hujung jari. Jadi jangan bagi alasan yang korang sibuk untuk menghubungi si dia!
Ulasan aku - Ala... share jer akaun fb korang.. Disamping mengeratkan lagi hubungan, korang juga boleh menggunakan cara ini untuk monitor gerak geri si dia. Hebat tak? Idea aku sendiri nih.. Tapi make sure yang secret2 tu.. Korang xcampur sekali la..~

Tips nombor 5 (akhir). Percaya pada pasangan.
Ulasan dia - Jangan bertindak melulu semata2 kerana kamu cemburu buta.  Jika curiga, cubalah bertanya dengan cara yang rasional.
Ulasan aku - Yang ni susah sikit. Kalau xpercaya.. Dikatanya kita ni saja nak cari gaduh. Kalau percaya kang.. dia kata kita ni xreti langsung nak cemburu. Susah susah~ Baik menjanda jer la dik oi....

Itu sahaja tips2 yang dapat aku kongsi kali ini..
Tapi jangan risau....  Confirm aku akan buat lagi banyak entri macam gini selepas ini. So stay tune occay!!! Chow bedah! Pakcik nak sambung tengok Hikari Sentai Maskman pulok. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...