Pages

Friday, April 8, 2011

The Drunken Bowler

Hari Selasa pagi.. di tengah2 kesibukan ibubapa dan bas sekolah menghantar bakal2 doktor, lawyer, peguam, misi dan tidak lupa juga, penyangak ke sekolah, *panjang ngko mukadimah!* mentari menyinar mega di ufuk timur. Dari jauh kelihatan Camry 2.4 itu berusaha menyelit di celah2 kesibukan trafik pagi itu. Kelibat 2 manusia di dalamnya seperti biasa, mengundang padah gamaknya.

Si kakaknya kelihatan begitu asyik melihat pelbagai jenis kereta yang memenuhi jalan raya ketika itu. Di hatinya berdetik, "Dari manakah gerangannya kereta2 yang begitu banyak di jalan raya ini ya.. Wow! X6! Alamak~ pompuan bawak.. cancel program joranku.." Katanya.. seraya memerhati sahaja BMW X6 itu berlalu pergi.
Manakala di sebelahnya, duduk si adik yang sedang leka menjawab persoalan yang memenuhi ruang benak fikirannya. "Ish.. aku dulu xderlah besar macam budak tu kan? Seluar pun saiz 26 apa.. Sekarang ni pun dalam kategori slim lagi tau!" Jawapan yang ternyata hanya berunsur penolakan serta pura-pura. *matilaaa tulis cerita kutuk diri sendiri!*

Penghawa dingin Camry 2.4 itu nyata mampu membuatkan kedua beradik itu diam, berhibernasi lagaknya. Suasana dalam kereta itu kini hanya dipenuhi keceriaan dari lagu-lagu cina yang sebutannya tidak langsung mereka berdua fahami. Sunyi...

Ko mampoo bawak keta sambil2 tentang cahaya matahari cam gini?

"Jadi apa yang ingin kita lakukan hari ini ya adinda?" Si kakak memulakan bicara.
Si adik berpaling kearah kakaknya. Keningnya dikerutkan. Tahi mata yang bertempek di mata dikesatnya. *kau mampoo buat scene waktu pagi real macam aku? haha..* "Terangkan maksudmu itu kekanda. Arakian tidaklah difahami adinda mu ini tuturnya." Adiknya menyoal kembali. 
"Oh tiada yang tersirat di sebalik tutur bicaraku itu adinda. Cuma.. sudah beberapa purnama tidak kita menjengah pusat2 bowling yang terletak di jajahan ini. Jadi... dengan sedikit keuntungan yang telah kita perolehi dari hasil dagangan yang lalu.. Adalah baik kiranya jika kita dapat meneruskan apa yang telah kita mulakan dahulu. Tidak begitu adinda?" Kakaknya menerangkan panjang lebar. 
Si adik mengangguk. "Bagus sekali pandangan kekanda itu. Tiada yang buruk dan cela cadangannya." 
"Jikalau begitu.. selesai santapan pagi nanti.. Seeloknya selekas mungkin kita bersiap. Tidak elok membiarkan perkara yang baik-baik itu begitu lama ya adinda.." 
"Menjunjung titah kekanda." Si adik menjawab kegirangan.

Maka selama 2 hari berturut-turut, pusat bowling shopping complex itu mereka terjahi. Hari pertama dipenuhi dengan aktiviti suai kenal bersama pin serta longkang2 di sekelilingnya. Pelbagai teknik dan tips dicuba, risau jika tidak dipraktik akan berkarat jadinya.

Single pin cam ginilah yang selalu buat aku naik gila!
Guna teknik 'drunken bowler' pun xsure boleh kena tau! *matilaa buat teknik sdiri!*

Masuk hari kedua, kedengaran pin-pin mula berjaya ditumbangkan. Tetapi dari sepuluh percubaan itu.. Pangkah jarang sekali ditemui.. maka lane pula menjadi mangsa dipersalahkan. Lumrah manusia katakan.... :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...