Pages

Thursday, December 13, 2012

Series ini Serious

Bila Chesu cakap nak mintak tolong aku jaga baby dia.. Aku mati2 ingatkan tu sekadar main2..
Yerla~ experience aku nak mengasuh budak ni bukannya banyak sangat pun.. Jaga Dirah time dia baby dulu.. aku pun rasanya baru 9, 10 thun masa tu.. So memang kabur2 gak la macamana budak tu boleh survive di bawah pengawasan aku. *mwahaha!!!*

Tapi bila maa asyik cakap pasal tu tiap kali call Chesu, series aku memang dah yakin yg benda ni series. Series yg tahap series memang aku dah xleh lari. 

So bila dah di kow tim segala~ *bahasa mudahnya, dipendekkan cerita..* Aku terima jugak permintaan Chesu tu. Dan skang ni.. untuk rujukan semua.. *chewah!* Aku dahpun hampir sebulan kat KL ni menjaga budak tu. 
*Oh well~ just check date last post aku tu.. confirm2 yg tu tulis kat KB, yg ni tulis kat Kl. ngehh!!*

Kata mat saleh.. So far, so good. Kata Colonel Sanders.. It's finger lickin' good.
Dua2 good, so dua2 bleh pakai la kalau nak menceritakan situasi aku skang ni..

Tapi apa yg good apa yg lickin' good tu? Hurm...

Sambung next entry la ekk.. 
Skang ni jam lappy aku dah kul 2.15 am nih.. Esok pagi sebelum semua org gi kerja aku dah kena bangun.. Kang xpepasal terjejas jadual orang. Naya woo~

Buat penutup kali ni.. Korang layanla laguni okay...

James Arthur - Sweet Dream.

:
:
:
:


Ooopss.. xder link. Jadi rajin2 la korang search kat utube ok.. 
Tata titi titu!!!

p/s : Bleach dah makin hot! Hot sampai baju kat Uniqlo pun habis. Huhuhu....

Tuesday, November 6, 2012

Judika - Aku Yang Tersakiti

Yeay!!! Akhirnya Ciksu selamat bersalin!
Dan paling best... minggu lepas dia bawak balik si budak bertuah tu!!!
Cute seyh~ sebijik cam bapak dia.

Yg paling cun.... tetiba skil mengasuh budak aku yg 14 thun lepas boleh guna balik. 
Oh berkat asuhan arwah mek kan.... Hohoho!!!

Anyway... entry kali ni hanya nak share lagu jer sebenarnya. Tapi sebab dah lama berusang.. kena la buat mukadimah skit kan~
So enjoy!!!

Judika - Aku Yang Tersakiti


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

ps : lagu ni Chesu yg first cakap sedap. Dan aku plak menggatal cari dalam Utube. Layan2... sedap gak! Terus terpikir nak letak sini. Huhuhu.....

Wednesday, September 12, 2012

Puasa... Bila Nak Raya (2)

2 3 hari sebelum raya... semua ahli keluarga yg lain dahpun selamat sampai. Dan macam biasalah, bila dah ramai tu... suasana pun makin meriah. Makin banyak benda nak dicerita.. makin banyak benda nak dimakan. Adat bila berjumpa orang jauh kan...

Dan dah jadi macam adat jugakla... Bila anak menantu yg jauh ada kat rumah, tahap kerajinan maa pun makinlah bertambah.
Nak2 bila ada yg tukang kipas sikit2.. Maka dari sekecil2 hal... dia boleh besar2 kan jadi isu negara.

Aku kalau dia nak tegur pasal kucing2 yg berlambak kat rumah... Aku memang xkisahla. Lagipun take note.. I'm not the one who make the first move to take all the cats home. So mind ur words before saying anything ok. 
Bila dia ugut plak nak bagi kucing2 tu kat org lain. Aku siap angguk setuju lagi. Ambikla. Berlambak kau nak pilih. Nak yg putih ada.. hitam ada.. bulu lebat ada... Xkesah. Asal org yg dia nak bagi tu xbuat niaya kat binatang2 tu aku memang dah kira pass.

Tapi bila dia start tegur aku dengan segala benda lain... Series.. Sikit2 aku dah hilang sabar.
Kemuncaknya........ Aku meletup depan dia!

Bekeng!

Alkisahnya malam tu semua org ada kat rumah.. kat ruang tamu tgok tv. Aku pulak kat dapur sengsorang tengah mengemas sikit atas para tempat letak barang2 memasak semua.
Tetiba maa masuk. Komplen pasal segala benda kat dapur. Serba xkena bagi dia.

Aku sabar lagi... 
Pastu dia masuk campur plak kerja yg tengah aku buat. Dahla nada yg dia guna tu macam nak suruh semua org kat luar dengar. Half menjerit tau! Mau kau muka aku xberasap.

Dan bila dia start marah2 kan aku sbb benda yg aku xpernah sentuh dan buat... Hah! Aku memang xleh sabar dah. Lancar jer mulut aku menjawab.

"Maa, kenapa marahkan saya? Saya xtahu pun apa benda tu.
Sentuh pun xpernah. Tanyalah org lain. Ni asyik saya jer yg kena.
saya pun ada tahap sabar jugak. Kang xpepasal malam ni saya jadi kurang ajar plak." 

Dan mungkin sbb nada aku masa tu agak keras. Maa memang nampak terkejut. Tetiba dia berlembut ngan aku. Cakap yg dia bukan marah tapi tegur.

Tegur?! Please la~ kucing aku pun tahu beza k... 
Dan dengan muka mencuka, aku terus cabut dari dapur. Nasib my sis tengah pasang langsir. Cepat2 aku gi mengadu kat dia.

"Aku nyaris nak mengamuk dah kat dapur tadi."

Bla.. bla.. bla... aku mengadu.
My sis... kerana dah memahami keadaan, nasihatkan aku suruh biarkan ajer. Lagipun xder guna aku nak kata apa2 skrang. Xkan menangnya~ Backup dia ada k....

Dalam 5 minit kemudian, maa keluar dari dapur. Tinggalkan semua benda yg dia komplen tadi macam tu ajer. Aku yg masih dalam kemaruk nak mengamuk ni still buat muka bodo.
Maa actually try lagi nak bercakap ngan aku... tapi maafla, masa tu memang aku off gila2 dah. Jadi daripada aku melayan, aku just buat2 ignore jah.

Tapi macam aku selalu cakap.... marah anak ni xlama. Lagipun maa dah macam mak aku sendiri. Bukan sehari baru kenal.. Dah nak masuk 3 thun tau. Xkanla aku xboleh nak paham lagi perangai dia kan~


So esoknya, pagi lepas sembahyang raya... *Aku tahun ni memang tido awal. Tahun lepas 2 jam ajer. Letih...* Aku memang betul2 mintak maaf seikhlas mungkin dengan maa. Yerla~ malam raya aku mengamuk... tu xmasuk lagi yg aku pendam dalam hati setahun sudah.. 
Jadi pe2 hal...everything kena settle down pagi tu. Yg lepas... lepaslah. Tahun baru, kita bukak la buku baru. Xgitu?!

p/s : Aku rasa 'buku' aku tu kena tambah mukasurat dah ni kot... Yerla.. 2 hari lepas raya pun dah half guna. Mwahaha!!!!

Wednesday, September 5, 2012

Puasa... Bila Nak Raya

Adatlah bila nak raya semua orang nak rumah cantik segala kan.. Aku pun termasuk gak. So acara kemas mengemas rumah ni memang wajib la kiranya.

Cuma tahun ni... Disebalik keseronokan mengemas rumah tu... Aku memang terasa sikit ngan maa. Terasa yg hampir2 membuatkan aku meletup malam raya aritu. Hui3.....


Alkisahnya.. 2 minggu nak raya tu maa dah bising2 ajak aku kemas rumah. Katanya kalau dia xstart.. xde orang nak buat. 
Aku... macam yg lain2 dalam rumah jugak.. mengangguk ajer x membantah.

Tapi kalau nak bercakap pasal hakikat sebenar... kerja mengemas rumah ni boleh dikatakan aku yg buat.
Bukan niat nak kata orang lain xbuat... Cuma memang tu kenyataannya. Even boleh dikatakan aku xpernah nampaklah org lain pegang penyapu. So how?!

So di fast forward kan ke depan sikit... Hari Jumaat. Aritu dia xkerja. Dan xder angin xder ribut tetiba dia bangun pagi terus nak mengemas rumah. Terkejut gak aku. 2 minggu nak raya tu oi. Awalnya!!!!!
Bayangkan satu pagi aritu dia mengemas ruang tamu. Macam2 bunyi keluar. Kung kang kung kang. Sampai aku yg niat nak keluar bilik pun terus cancel. My sis xyah cakapla.. siap kunci terus bilik dia. Hahaha!!

Tapi kitorang ingatkan 'morningmare' kitorang tu akan berakhir. Rupa2nya x! Even makin teruk! 
Mungkin sbb xpuas hati dengan reaksi kitorang yg lain dalam rumah.. dia start nak ajak org luar pulak tolong dia kemas rumah lepas tu. Katanya banyak lagi nak kena buat. Konon2 nak bagi nampak rumah bersinar2 la kiranya.... 

Aku.... jujur la aku cakap. Dengan kata2 yg keluar dari mulut maa.. cara dia berinteraksi dengan kitorang... memang aku xleh tahan langsung. Jadi inilah hasilnya.....


Yup. Aku siap post ok. Dasat x? Hehehe....

Anyway, sambung cerita balik.

Aku ni sebenarnya dah setkan apa yg perlu dibuat dan hari apa yg aku nak buat untuk kerja2 mengemas rumah ni semua. Bulan puasa kan~ xkan kau nak rembat buat semua dalam satu hari....agak2la... Bukannya robot ni.

Bagi yg memang kenal ngan perangai aku... aku ni jenis yg suka mengemas rumah sorang2... Aman.. Xperlu nak bagi2 tugas segala. Just buat semua... tertib.. xpayah nak rushing segala. So macam abah ngan my sis.. diorang fahamla.

Jadi bila time aku mengemas... Biasanya aku akan buat pagi. Lepas maa pergi kerja dan org lain still dalam bilik buat hal masing2. Senang. Ni x.. time nak menyapu.. yg tu nak tgok tibi. Rimaslah! Baik aku buat time xder org. Xserabut sikit.

Move! Move! Nak wat kerja nih!!

Dalam 5 hari sebelum puasa... aku dah bereskan kerja2 aku. Kalau nak listkan satu persatu yg aku buat.. memang panjangla. Tapi senang cerita... Apa yg maa buat aritu... aku terpaksa buat balik sbb timing dia yg terlalu awal. Senang pikirla... ko mampu ker nak buat rumah xberhabuk dalam tempoh 2 minggu?! Ohoo........ kerja bangang tu namanya dik~

Tapi tulah... still dia xnampak. Cerita yg dia mengemas 2 minggu lepas tu la yg dia sebok dok bercerita. Balik kerja, terus mengadap komputer sampai malam. Bukan nak tanya pun kenapa cermin rumah yg dia bising2 berhabuk tu tetiba dah licin berkilat. Abah ngan my sis laa pulak yg tolong promote kerja aku. 
Aku on the other hand, still buat macam biasa. Kerja kemas rumah jer kan... ala... Aku dari kecik lagi dah biasa buat la.. So no hal nyer.

But maa is always gonna be maa. Tutup buku pasal ni, dia bukak buku pasal lain pulak. Kali ni dia heret anak menantu dia sekali jugak. Dan aku, macam biasa tersepit dengan segala2 nya.

Nak tahu apa ceritanya?
Tunggu sambungannya nanti k! Malam ni rasanya setakat ni jer yg aku mampu tulis. Penat sial! Esok dahla planning nak jogging. So harus tido awal. Huhuhu.......

p/s : My sis bukak cerita pasal usaha. Bukan usaha dia. Tapi usaha aku untuk dapatkan laptop aku ni. Hurm~ rasanya sesuai kut nak tulis kat blog ni pasni... Hiks!

Cerita Puasa.... Puasaker?!?

Well.. well.. well....

Sebab aku dah lama tertinggal~ aku akan start cerita yg sebelum raya lagi. Maknanya bulan puasa la kan... Yang sebelum2 tu aku xberapa ingat dah... Tua katakan~ *even abah pun cakap aku ni cam org tua, pelupa. Huhuhu...* 


Kalau tahun dulu2 aku ngan my sis memang in charge bahagian menu berbuka sepanjang Ramadhan, tahun ni x dah. 90% benda yg kitorg hadap time berbuka ditentukan abah. Yea... abah dan bukannya maa. Maa banyak jadi tukang rasa dan tukang komplen makanan kat Pasar Ramadhan mahal. 
Lenlain.. still abah. Hiks!

Dan aku, atas sebab2 tertentu, memang banyak berkepit ngan abah. Yes. Berkepit yg membawa maksud tangan sebuk jer nak rangkul tangan abah sambil bisik2 terliur makanan ni makanan tu yg pantang terlintas depan mata. 
Hahaha!!! Serius perangai aku yg tu satu memang xleh nak ubah! Kekadang malu gak. Tapi still buat muka tembok. Diva ok diva! Mwahaha!!!

Menu berbuka kitorang sebenarnya xder la complicated sangat. Macam keluarga2 lain gak~ cumanya full course kitorang tu ditetapkan berdasarkan kriteria2 berikut....

1. No repeat order. Maknanya xder hidangan yg sama setiap minggu. *Kecuali sambal bilis yg jadi kemestian untuk berbuka and sahur.* Jadi boleh dikatakan tiap2 hari kitorang akan pergi ke Pasar Ramadhan berbeza untuk dapatkan lauk untuk berbuka tu.
2. Ayam mesti kemestian. Why? Sebab abah. Abah penggemar ayam No. 1 walaupun KFC xpernah jadi menu. Huhuhu.... *Nasib baik~*
3. Selera sengsorang yg susah nak paham. Termasukla aku. Tapi actually aku okay jer asal ada sambal tumis ngan sambal mangga. Lelain tu secubit pun xper dah...
4. Tahap kerajinan abah. Haa.... yg ni susah la sikit. Time rajin... stadium pun abah pergi walaupun xder teman. Tapi time xberapa rajin~ haa... jawabnya makan jerla lauk kedai depan tu. Nasib baik best. Ahaks!

Bercakap pasal makan ni... aku sebenarnya terpaksa kekang sikit nafsu makan aku. Terutama sekali yg pedas2. Boleh dikatakan aku memang xsentuh langsung sambal lada sepanjang sebulan tu. Even somtam yg selalu jadi fevret aku pun aku boleh tolak sebab takut pedas. Biasa kau hadap xingat dunia jer okeyh! :D

Pasal sahur plak.. kalau ada lebihan masa berbuka, tu pun dah cukup untuk kitorang. Nak2 pulak time Cik Demi ngan My Sis menghadapi 'saat2 magis' diorang. Mau tak, aku berdua ngan abah jerla bersahur. Time tu memang sadis la... Nasib baik Olympic tengah tayang kat tibi. Xderla nampak sangat macam down jer suasana tu~ 

Rutin harian plak still sama. Cuma mungkin disebabkan sorang2 takut terbabas sahur, waktu tido yg sepatutnya belah malam terpaksa kitorang alih ke waktu pagi. 
Dan aku... disbbkan jenis susah nak tido + tugas mengambik Cik Demi balik sekolah kul 2~ jawabnya memang terbabas la.... Nak2 bila lepas ambik Cik Demi tu sempat lagi sambung balik. 
Konon kejap jer.. tapi mau kau sampai ke pukul 5 baru celik. Nasib abah xbambu. Kalau x memang sah2 kow punya kena.............

Sepanjang Ramadhan kali ni jugak aku banyak buat benda2 yg aku jarang dah xpernah buat selama ni. Orang kata ambik berkat sebulan Ramadhan... so grab it as long as you could rite?


Oh aku jugak sebenarnya planning nak diet sebulan tu. Tapi biasala~ planning... sah2 xkan jadi nyer.. So last skali.. org lain sepinggan.. aku dah masuk 2. Orang lain minum air segelas... aku bantai sejug. Kau mahu xkembung?!?! :P
Mwahaha!!!!!

p/s : Lappy aku mula menunjukkan tanda2 tua macam tuan dia. Damn u libit!

Monday, September 3, 2012

Popcorn Pop-Out!

Wah!!!! Lama gila xbetul2 menulis kat blog nih! Banyak post pasal lagu jer rasanya. 
Hua3!!!
Agak bila dah tetiba rajin ni... rasanya akan panjang la tetiap entry aku lepas ni kan?!

U know la kan~ diva2 ni xmen aaa tulis pependek ciput gayat semua tu okay~ Cerita harus mau detail. Senang xpayah nak explain kemudian hari katanya. *macamlaa blog ni pageview riban2 pastu komen berlambak. hiks!*

Image source : Flickr

Erm.. tapi nak start kat mana ek? Lebih 2 bulan xbercerita kepochi segala. Agak2 mampus jugak aku mengadap laptop menaip semua nih kan! 

Hurm... *sambil golek2 libas rambut depan kipas. Jap. Aku ada rambut ker?*
Argh!!! Xyah nak pikir sangat la! Tulis jer. Janji blog terupdate. Lagipun bukannya susah pun kan.... Alphabet pun ada 26 huruf jer. *Yeker? Check jap. A.. B.. C..* Pusing tolak tarik baling kau tetap guna yang tu jugak. Confrim xkeluar sanskrit nyer nanti... 
Kan? Kan? Kan? 
:P

p/s : Tahu rahsia penting ex schoolmate aku. Perlukah dicerita? Oh tidak~ itu rahsia okey..... *Booo!!!!*

Monday, July 16, 2012

2NE1 - I Love You

Hari ni kaler rambut lagi. Tapi disebabkan aku sengal sangat... sekali kau kaler yg aku nak tak keluar. Damn! Jawabnya kena bleach lepas raya jugak la nih. Urgh...

Neway... Ni lagu terlatest 2NE1. I Love You.
Xnak melalut pepanjang sebab skang ni still ada 200 chapter lagi One Piece untuk dihambat, so layan jer la ek!

# Note. Orang kata intro dia ada ala2 Lady GaGa. Betulker? Well~ bagi aku la...CL punya suara lagi best kut~ Sexxxy!!!




p/s : One thing I love about One Piece adalah cover page dia yg sebenarnya boleh dikira lost event untuk sesetengah chapter. Kiranya semua karekter2 yg 'special' tu xmati katak aaa....

Tuesday, July 3, 2012

ALi - Hurt (Rooftop Prince OST)

Walaupun aku layan Rooftop Prince dari first eppy, ending episode ke 18 baru aku betul2 feel lagu yg satu ni. Scene Park Ha kena langgar sbb nak selamatkan Tae Yong tu memang sedih gila. 
Dan dengan berkobar2 aku terus search lagu ni kat Utube. Siap cari terjamahan lagi. Senang nak feeling2 kekdahnya. Hahaha!!!

Bagi aku lagu ni memang best. Nak2 pulak bila ALi yg nyanyi. Bagi yg biasa layan Immortal Song 2, diorang akan tahu betapa powerfulnya singer sorang ni menyanyi. Ko bagi la lagu apa pun... confirm dia akan buat korang ternganga iri hati sbb xleh nak tiru. Hohoho!!! *bercerita pasal diri sendiri sebenarnya~*

Neway..  Ni lagu dia. Berserta dengan english translation skali. So enjoy!


Because the reason I live is you,
With my heart, I hope the remaining,
flickering memories will be sent to you

At the end of this road I walk on,
At this road that was allowed to me,
I, who used to love and love you more,
Remain here alone

My love has all burned up and
the only thing remaining
Are the exhausted scars from waiting
I cannot forget a person like you
Only tears fall

When my love has all washed away
Only the longing scars remain
Only the words, “good bye” remain
So I cannot forget you

Following the flower petals
that yield to the sky
When I meet you,
I can tell you now that I longed for you
I long for you so I couldn’t forget you

p/s :Yang kuning tu korus. Bukan hilite sebab ada maksud tertentu ke hapa. Sila paham. :)

Sunday, July 1, 2012

Phillip Phillips - Volcano

Atas sebab2 tertentu *atau lebih tepat lagi.. aku sendiri pun xtahu~* aku dah delete semua lagu2 yg ada dalam lappy ngan henpon aku. Bosan seh asyik dok replay lagu sama jer. *walhal lagu ada 500++.*
Jadi bersempena dengan itu.. aku pun feeling2 la nak download lagu2 yg betul2 aku nak ajer. Xder dah main bias sbb artis fevret ker hapa.. Just song gituh...

Fakta #1 : Ada semua lagu Rihanna dari 1st album sampai skang. Tapi sayang cuma hafal xsampai 10 lagu pun. Ahaks


Lupa nak cakap. Itu apa yg berlaku 2 bulan lepas. Dan kalau nak dikira.... sepatutnya koleksi aku dahpun boleh dikira berlambak la kan. But sad to say... skang ni aku cuma ada xsampai 20 lagu pun sebenarnya. Kikiki.... 

Fakta #2 : Lagu dalam henpon + lappy. Campur tolak ada 18. Dan currently lagu yg paling banyak di replay adalah Wondergirls Like This. Catchy sangat lagu tu. Terus feeling buat chicky dance sengsorang. :)

Oh aku bukanlah strict sangat dalam pemilihan lagu ni sebenarnya. Just kekadang tu time nak download, file plak xjumpa. Then bila jumpa, file plak terlalu besar. Damn sial lagu 4 minit makan sampai 12mb. Apakes?! Urgh...

So untuk menenangkan jiwa, ni aku letak one of my fav dari Phillip Phillips masa dia join AI aritu. Enjoy!




Fakta #3 : Lagu asal Damien Rice. Xfamiliar? Cer google Blower's Daughter. Lagu tu cun! Terbaik.

Aku bukanlah layan sangat AI. Tapi bila kadang2 tengok tu... berbaloi gak la~ Remember Didi Benami? Rhiannon yg dia cover masa top 24 memang sempoi gila. One of Idol best performance for me. And of coz la lagu ni masuk list gak kan~Kalau x sia2 aku embed dari Utube okeyh! :P

p/s : Next aku nak introduce my fav OST from Korean Drama untuk tahun ni. Huhuhu....

Saturday, June 30, 2012

Bila Mimpi DiRealitikan

"Abah mimpi kau pukul Si Pise sampai kucing tu nyawa2 ikan."

Ayat yg berjaya menyakinkan aku untuk balik dan peluk kucing tu erat2 sampai kucing tu last sekali rimas ngan tuannya yg sorang nih. Hiks!


Entahla.. aku sebenarnya malas nak fikir pasal apa yg abah mimpikan tu.. Bagi aku, jika tertulis benda tu sebagai petanda untuk aku... aku terima. Mungkin ada salah silap yg perlu aku tanggung(?) Cuma pesan abah tadi.. Beringatlah sehari dua ni. Mungkin ada sesuatu yg kurang baik/enak akan berlaku. Katanya at least baik bersedia. 
Haip! Misi diterima bah! :)

p/s : Actually aku memang selalu pukul kucing sekor nih.. Tapi sampai ke tahap nyawa2 ikan... xpernahlah...
Even bila dengar abah cakap macam tu pun dah buat mata aku berair tau. I just love all my cat. Xkira la kau kampung ke bandar sekalipun~ ;)

Saturday, June 9, 2012

Is It REALLY Me?


"Duk dalam bilik. Kalau xlayan porn.. Mesti download cerita. Pastu habis semua org xleh pakai line."

Tu antara ayat yg AKU TAHU orang selalu tuju kat aku. And frankly speaking, aku xpelik dan tak terkejut pun.

Sebagai seorang manusia yg gemar online dalam gelap... Aku memang expect org akan kata aku macam2... Lagipun bila dah gelap ni... macam2 hal akan terlintas di benak org yg serba pandai nih. Sempurna kan kekdahnya~ :P

Tapi bila masuk pasal line yg buat hal sbb aku download cerita tu.. sebetulnya aku sedikit tersentap. Yup. Part tu memang aku terasa.

Kalau sebelum laptop aku rosak aritu.. Aku memang xkan kata apa2..
Aku mengaku.. masa tu aku memang gila download cerita. RunningMan.. Dream Team.. Invincible Youth.. Night After Night.. semua cerita aku nak tengok aku download.
Bagi aku kenapa nak susah2 tunggu loading kat utube kalau kau boleh download dan tgok bila2 masa kau nak kan? I mean... logiknya bagi aku ada di situ.

Tapi sekarang ni lain. 
Kenapa lain?

1. Skang ni banyak file sharing website kena tutup. Bagi yg belum pulak... rules dia lebih ketat. Hanya uploader yg boleh akses file sendiri. Org lain xleh.
2. Banyak show2 best dah tamat. Yg baru pulak xramai subber yg nak buat. *terutama sekali citer Korea.*
3. Xnak dah beratkan lappy aku cam dulu. *Running Man ajer satu file dekat 400mb ++. Kalau 80 episode? Aku ni pulak  jenis yg suka menyimpan~*
4. Kipas lapik lappy aku rosak. Malas nak ambik risiko overheat.
5. Skang ni aku lebih suka membaca. Xkiralah gosip ataupun fakta. Janji menarik.

Jadi skang ni kalau bercerita bab download... Hanya 2 show jer yg aku still buat. Gobuster dan Kamen Rider. Tu pun cuma sekali seminggu. Hari Selasa malam. *subber biasanya dah release video time ni.*
Dan untuk rekod... Dua2 show tu aku pakai torrent. Dan bagi yg xreti dan xtau... torrent ni memang pakai line tenet yg kuat. Tapi disebabkan tu jugak~ Kepantasan untuk mendownload file tu lebih cepat.

Jadi kalau nak dihitung... dua2 show tu hanya ambik masa dalam 2 jam untuk didownload. Dan tu pun hanya seminggu sekali! Bukan HARI-HARI! Kena faham la!

Huuu....... Aku sebetulnya xmarah kalau org yg pandai ni mempunyai SIFAT dan CARA KERJA yg betul.. Ni x... main tuduh jer pandai.

Ada sekali my sis mesej aku. Tanya aku ada download cerita tak sebb line tenet slow. Series aku gelak time tu. 
Oh~ jadinya bila aku bukak lappy.. kerja mendownload jerla? Ahahaha!!!!

Aku xsalahkan dia.. Aku tahu.. pemahaman dia tentang benda2 ni agak kurang. Jadi apa yg org bagitahu.. itu yg dia pakai...

So bagi yg TAHU tu... adakah diorang tahu yg sekiranya aku menDOWNLOAD sesuatu.. Maka aku sendiri pun akan terkena effectnya? 
Ingat org yg download file besar2 ni boleh buat kerja lain ker? Come on... nak loading fb pun makan hari tau! Jenis macam aku ni.. agak2 penyabar ke dengan tu semua?

Sebab tu kebanyakan org yg mendownload cerita ni dia suka tinggalkan komputer diorang on tanpa buat apa2... Ni aku? Still mengadap ni apakes? Tengok butang loading tu berpusing2 xhabis? Xder kerja tu namanya~

Terus terang aku cakap kat sini la... Skang ni kalau bercerita pasal show2 yg selalu aku tgok.. Aku lebih suka layan online la... 
Kalau video tu banyak part.. Ni cara aku selalu buat.

Bukak satu tab.. Pause. Biar video tu loading sampai separuh. *aku xsuka tgok cerita sekat2..* Lepas tu layan... sambil2 tu perhati loading bar. Bila dah penuh. Bukak part kedua dalam tab lain. Tekan pause. Biar video tu load sendiri. Sementara tu layan la perabih video yg 1st tu. 
Senangkan?

So forthose yg suka menyalahkan org sebab line tenet yg buat hal.. Fikir dulu. Tah yer ke tidak salah dia tu. Kang kena internet provider yg punca problem sebenarnya.. xpepasal kau dosa mengata orang. Huhuhu...

p/s : Lepas mesej my sis tu.. Aku terus call internet provider. Terang2 dia cakap kerja naik taraf sedang dibuat. Mwahaha!!!!

King of Pirates.


Ini gambar lepas raya tahun lepas masa aku temankan Cheya balik KL. Shopping~
Dan tentulah baju tu yg aku grab. Tapi pembayaran dibuat sendiri menggunakan duit raya aku yaa~ Xder sponsor2.. Musim rebah menyungkur bumi belaka. *lepas raya = ciput*

Sebenarnya masa aku dok gila bergambar ngan baju kat atas tu.. Aku actually terberkenan ngan selai baju lain ni.. Dan atas sebab2 yg xdapat aku nak ingat.. Aku terr-bagitau Cheya camni..
"Org kalau xdapat benda lain pun xper. Asal dapat yg tu selai pun ok." Lebih kurangla.. Choy mau nak mengingat kejadian setahun lepas!

Then semuanya terhenti disitu. Aku balik Kelantan, Cheya terus kerja. Pasal baju tu pulak, hilang lesap entah kemana. Huhuhu...

Then around two weeks ago, masa Abah, Maa and Cik Demi balik dari Kl, satu peristiwa yg ntah hapa2 dan xpernah aku jangka pun terjadi....


Aku masa tu tengah syok2 duk pasang Astro maa and tetiba Cik Demi masuk. 
"Nah. Cheya cakap hadiah besday awak. Lewat sikit." Dia menghulur sehelai baju yg terlipat kat aku. "Yg ni Cheya pilih tapi popo bayar."

Aku pun tersengihla sambil ucap terima kasih kat maa. Suka tau! Nak2 bila kita tak expect org nak bagi sesuatu/hadiah selewat ni. Hiks! *besday bulan 3. Hadiah dapat bulan 5.*

Mula2 aku tilikla.. Kuning. Lawa siol kaler baju ni.
Tapi bila bukak jer...... PANG!! Terus mata aku terbeliak!

"Argh!!! Cheya pilih baju yg saya nak!!!" Tetiba aku menjerit. 
Maa yg masa tu ada kat belakang aku pun cakapla.. "A'ah. Cheya cakap awak nak baju tu lama dah. Tu dia pilih."

Aku pun apalagi~ Terus buat sesi menayang. Kat hati memang bertaman bunga la kekdahnya. Ko kira nak dekat setahun tau. Tapi Cheya xpernah lupa. Hihihi...
Oh dan ini bajunya.


I'm gonna be King of the Pirates!!!!

Hepi? Of coz~ berapa kali mau cerita haa..

Impian untuk memiliki sehelai baju T-shirt One Piece akhirnya terlaksana jugak. Hohoho!!
And for this.. aku kena terima kasih kat banyak orang terutama sekali Cheya. Tq! Tq! Ur truly a sister to me. :)

Tag paling penting nih!!!!

Skang ni dalam kepala otak cuma pikir bila nak melaram jer. Maklumla jarang keluar skrang nih. Sekali aku dapat~ Jaga lah!!!!! Hua3!!!

p/s : Ko jeles? Belajar untuk mengosongkan fikiran ya. Hiks!

Loader? Apakah?! Argh!!!!

Tengah syok2 aku mengelamun sengsorang sambil layan lagu kat lappy semalam, tetiba jer aku rasa skrin aku jadi blank. Hitam.
Dek kerana tuannya yg tengah gila bengap malas... Aku pun buat dunno jerlah kan. Cari balik gambar yg aku guna untuk wallpaper tu.. then setkan ajer balik. So problem selesai. *katanyaa...*

TETAPI. Again it happen.
2 kali dalam tempoh xsampai 2 jam.. Mau xmengamuk!
Aku pun rikilah apa yg sebab musabab berlakunya kejadian ngeri ini. Kut2 kena virus ker hapa kan~ Tengah2 sengkek ni.. problem oo.. problem.

Cari punya cari... barulah aku perasan~ *ko memang lama aku ambik masa nak perasan tau!* yg kat notification belah bawah kanan tu ada satu mesej yg berbunyi ala2 cenggini..

"Your copy of windows is not genuine"

Hah? Not genuine? Adakah keadian itu akan berulang kembali? Oh tidak!!!!!!

fakta #1 : Pernah terjadi sekali dulu. Terus hantar kedai dengan muka bengis gila. Laptop baru pakai sebulan okeyh! Apehal skrin blank. Urgh...

Muka time ni xyah cakaplah. Pucat lesi. Risau nih risau. Nak mintak tolong kawan2 yg expert pasal komputer... jam baru kul 4.30 pagi. Ko gila nak kena sergah kejut org pepagi camtu?
Mata yg tadi mengantuk, terus segar. Perut yg tadinya melantak nasi goreng, tetiba terasa lapar balik. Adeii... *part ni memang selalu. asal stress, lapar.

Nak xnak... aku kena tahan lapar tu dulu and riki apa2 yg boleh bantu aku untuk selesaikan problem tu. So google time!!!!

fakta #2 : Disebabkan xtahu dan xfaham dengan permasalah itu. Semua kata kunci yg terlintas dalam benak ditaip. Nasibla....

Mula2 tu aku dapatlah sedikit harapan kat satu blog ni. Alhamdulillah syukur.... Tapi bila check date post ngan komen segala, terus hatiku hancur luluh. Date post tahun 2010 tau! Ni boleh pakai ke tak solution dia ni? Dahla tutorial dia banyak guna istilah2 komputer. Susah gila nak baca. Terus harapanku kabur kembali....


Cari lagi.
Jumpala satu blog dari seberang ni.. Erm... date pun baru bulan May tahun ni. So kira boleh try la kan. *masa ni hati berbunga riang.*

Step 1. Buat itu ini.. selesai. "Heh~ senang jer... Kejap lagi ko xder dah message oii... (merujuk kepada mesej kat atas)" Bentak hati aku. Riak nih riak..

Masuk step ke 2 pulak... Terus senyum kat bibir ni hilang. Apakah? Satu haram pun aku xfaham. Sekali lagi guna istilah2 yg aku tatau apakebenda maksudnya. Nasiblaa bukan aku sorang jer xfaham. Kat komen tu beratus org tanya. *saya bukan paling bengap di dunia. Peace y'all!*
Tapi disebabkan aku rasa writer blog tu pun kurg faham dengan teknik2 org yg bertanya.. Terus jawapan yg dia bagi xmenepati piawaian. Even makin ramai org bertanya adalah. Hahaha!!!

So dari jam 6 pagi... aku stuck kat step 2 tu sampai kul 8.25 am. Ko kira berapa lama? Ni perut still lapar nih...

Bila dah hampir aku ditahap nak berputus asa, masa nilah baru aku boleh terperasan satu trick yg terdapat dalam satu link kat entry tu....

fakta #3 : Sebelum memulakan proses di step ke 2. Diharuskan untuk ada/download satu perisian yg dicipta khas untuk menyelesaikan masalah ini.

Tu yg aku ter-miss tu.. Aihh...
Dan bila dah tahu ni... Senang la kerja aku~ Terus benda yg memakan masa berjam2 tadi selesai dalam tempoh xsampai 5 minit. Even command prompt pun aku adjust sambil tutup mata sebelah tau! Hohoho!!!! 

Dan Alhamdulillah... AKHIRNYA laptop aku kembali berfungsi seperti biasa. No more blank screen. No more stupid notification. Hooray!
Oh! Yang paling best sekali~ aku dah boleh guna wallpapaer fevret aku. Hooyeahhh!!!! *sambil buat post doublemint gum.*

Skrin lappy aku lepas kejadian berjaya diselesaikan. Hepi~ :)

Untuk blogger yg buat entry tu. Trima kasih bebanyak. Lo udah nyelesain problem gue. Trimas bro! Hehehe....

p/s : Lepas Jumaat, balik makan pastu sambung berdengkur. Letih siol! Sepagi cari cara nak solve problem tu semua. Huff...

Monday, June 4, 2012

One World. Survivor.

Hah?! Survivor dah habis? Biar betik?
Baru jer feeling2 nak check latest episode, sekali tgok kat wiki dah ada pemenang pulak~ Aiyohh... spoil pakcik pelupa. Mwahaha!!!


The cast.

Twist yg diorang buat untuk season ni adalah untuk pecahkan contestant kepada tribe pompuan dan laki. But at the same time, diorang diletakkan kat camp yg sebenarnya sebelah menyebelah ajer. 
Kiranya program tikam menikam tu stil jalan.. but hidup rukun berjiran tetap kena jaga. Ahaks!

Dan yg menangnya~


Kimberly Spradlin!!!!

Well~ aku memang expect pompuan akan menang season ni. Diorang punya strategi memang A aaa... Even Christina yg nyaris2 out pun boleh lepas final 4. Ko gila hebat diorang punya plan kan? 

And for the next season... erm... pakcik tatau. Lagipun aku bukannya follow ngat benda ni. 24 season dah wei.. Basi tau basi. Hahahah!!!!

p/s : Kalau aku masuk survivor... konfem aku akan jadi peserta paling dibenci. Wh? Because pakcik Diva yg BERLAGAK okay~ Hua3!!!

Sunday, June 3, 2012

ANTM Britsh Invasion.

Aku sebenarnya malas nak buat weekly review cycle kali ni. Sebabnya...


1. Aku ter-miss first episode. Pastu bila dah tengok, ter-off pulak video time judging.  Ko terus malas nak sambung...
2. 7 Brits yg compete tu... Sekor pun aku xkenal. Mwahaha!!! I'm more to Australian Next Top Model okeyh!
3. Dan disebabkan 7 Brits tu jugak~ xpepasal aku rasa yg semua judges tu bias. Oh ini pendapat aku saja..
4. I dun like Kelly Cutrone. Yup! Bagi aku dia tak peramah langsung.
And lastly....
5. Masih sakit hati sebb Lisa yg menang Cycle All Star. I want Allison!!!!! 
Hehehe..


Boleh pakai xalasan? Ahaks! 
So xnak melalut panjang.Ni aku try google photo2 fevret aku dari season ni. Frankly speaking... xder satu sesi potoshut pun yg aku betul2 layan. Semua biasa2 jer.....
:)
*Oh dan macam biasa. Komen bodo aku akan menyusul jugak. Hiks!*


The contestonnn!!!!!!!

Seriously! Kenapa kena singkirkan dia sbb satu hal kecik? *bagi aku la~*
Bagi aku dia satu2nya contestant yg deliver every week dalam cycle ni. Go Azmarie!


Satu lagi gambar dia yg aku sempat guna wat wallpaper laptop aku.
Oh my god! Love her pose. Very der high fashion. *sambil tepis tangan kucing kat sebelah.*


My favret pick from this cycle.
Walaupun aku pilih satu jer.. actually pic Laura ngan Annaliese pun lawa gak.
But I'm totally amazed by this one. *mata nampak bintang2..*


And lastly pic Sophie untuk Covergirl ads.
Seriau cun! Mwahaha...


Oh! Satu yg paling aku suka tentang cycle ni adalah pasal Runway Challenge. Kalau dalam previous cycle diorang cuma terlibat time finale, but not in this cycle.
Xsilap aku termasuk ngan final, ada 3 semua runway challenge yg diorang kena participate. And without a doubt, Sophie nailed every one of it. Huhuhu...

Maka lepas berhempas pulas menonton berminggu2.. Akhirnya down to final two.
Between Laura and Sophie. And of coz la pemenangnya Sophie kan~ Eh hello?! I bagi hint banyak dah tu okay! :P

And the next cycle... Katanya Tyra College Edition plak. Dan detailnya... nanti aku story dalam entry lain. So papai!

Go Sophie Go!

p/s : Please Tyra~ xnak dah motion editorial a.k.a MV yg ntah hapa2 tu.... Buat penat jer bersengkang mata tengok hasil yang tah hapa2.... :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...