Pages

Saturday, January 28, 2012

Muamalat Chicken Rice.

"So kita nak ke mana pulak ni?" Tanya my sis sebaik menutup pintu kereta.
"Entah. Ikut jer." Jawabku pendek.
"Kita gi pesta thai la.. Esok last dah." Ujar Kak KC menambah dari tempat duduk belakang.

Aku dan my sis bersetuju. Kereta itu meninggalkan petak tempat letak kereta Kedai Nasi Ayam Muallaf itu dengan bergaya. Biasala~ Camry... Berdebu xberbasuh pun.. Camry.. Tetappp Camry. Hehehe...

Tiba-tiba
"Adik! Tu! Tu!" My sis menunjukkan sesuatu kepadaku dari bahagian depan cermin kereta.
Aku memerhati. Kelihatan tidak jauh dihadapanku, satu mannequin lengkap memakai dress pendek bercorak Askoke sedang melambai2 penuh mesra ke arah kami. Oh tidak. Khayalanku semata-mata...

"Cantik!" Mulutku menutur ringkas.
"Mana? Mana?" Kak KC yang berada di belakang mula sibuk. Tidak mahu kiranya diri ini tidak diajak turut serta. Sekali lagi my sis menjadi GPS menunjuk ke arah mannequin itu. Kereta pula mula diperlahankan.
"Wah... cantik!" Kak KC memuji. "Eh! Berhenti sini la dulu. Ushar2 dulu~" Kak KC mula excited.
"Okay jap aku parking." My sis memberi signal lalu menghentikan kereta betul2 dihadapan tangga kedai pakaian itu. 

Nasi Ayam dia memang best!

Belum sempat mematikan enjin, telefon blackberrynya yang tidak pernah digunakan BBM itu mula berdering. Lagu pemanggil yang cukup ku kenali mula berkumandang.

"Hello~" Ala2 korperat drama melayu my sis menjawab. Aku dan Kak KC cuma diam. Enggan mengganggu.
"Baru lepas makan dengan adik and KC ni..." Jawab my sis mungkin pada pertanyaan si pemanggil. Aku mula membelek kuku. Bosan mendengarkan soalan yang hampir sama setiap kali pemanggil itu menelefon.

"Makan kat mana?" My sis mengulang pertanyaan si pemanggil.
"Erm.. ni haa.. Kat Tesco.."

Mungkin kurang berpuas hati dengan jawapan diberikan my sis itu. Si pemanggil bertanya sekali lagi. Mungkin kali ini dia mahukan jawapan yang lebih jelas fikirku.

"Ala... tempat yang kita tengok tapi xsempat try aritu....~" My sis mula menaikkan tone suaranya.. 
"Kedai tula..." My sis kelihatan tersekat-sekat pula kali ini. Mungkin juga cuba menduga IQ sang pemanggil fikirku menambah. 

Selepas hampir 1 minit 27 saat bermain tarik tali.. My sis akhirnya mengalah untuk memberikan jawapan. Lalu dengan konfidennya dia menjawab....

"Ala... Kedai Nasi Ayam Muamalat tula....."

Serentak itu aku dan Kak KC meledak dengan tawa. My sis yang terkejut mula kehairanan. Pelik dengan gelagat spontan yang ditunjukkan kami berdua saat itu.

"Apa? Apa?" My sis menggoncang-goncang bahuku minta penjelasan. Sebaik mengesat airmata yang sedikit terkeluar kerana terlalu kuat ketawa, aku terus menerangkan kepada my sis...

"Cik Kak~ Tu kedai nasi ayam muallaf.. Bukan muamalat.. Muamalat tu nama bank la~"

"Hah? Yeker? My sis terkejut mendengarkan peneranganku itu.
Aku dan Kak KC mengangguk mengiyakan lalu menyambung lagi tawa. My sis mula tersipu2 malu memikirkan kekonfidennya tadi yang akhirnya memakan diri.

Enggan terus dibahankan, my sis lalu segera keluar dari kereta meninggalkan aku dan Kak KC yang akhirnya terkejar2 mencarinya yang hilang di balik baju2 di dalam kedai itu. Peristiwa Nasi Ayam Muamalat itu pula terus menajadi duri dalam daging buat dirinya sehingga entry ini ditulis..

Sekian.

p/s : Xsabar nak kerja. Yippiee!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...