Pages

Thursday, January 5, 2012

Pantun FB dan Aku

Aku jumpa post ni kat wall salah sorang bestfren aku. So alih2 dah terkena batang hidung sendiri neh.. jom aku ulas apa yang patut dulu. Ehehe...

Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Okay~ dulu.... awal2 bukak fb memang aku buat la.. Tapi dulu okay! Sekarang xdah.. 
Kalau aku post something pun.. mesti pasal makan ataupun benda yang aku rasa lawak ajer. 

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya....

Ayat yang 'xder agama' tu aku xsetuju. Habis2 teruk aku carut pun.. Sebab kita bayar bil tapi perkhidmatan xmemuaskan. Itu ajer. Oh dan satu lagi sebab line kena potong kes lambat bayar bil. Hiks!

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna...

This one aku setuju 100%. Lagipun suka tau bila kita share sesuatu yang berilmiah ni. Ni asyik 24jam nak bergembira bergelak ketawa xleh gak~ At least kena la muhasabah diri kan..

Yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala x baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada...

Jujur aku cakap.. Aku cuma like post kartun aku ajer. Yang kawan2.. aku cuma like benda yang aku rasa wajar dan lucu. Post bangang segala aku xder la nak like~ Buang tebiat tuhh...

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu laki dia,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira...

Ader ker? *senyum simpul mula diukir..* Dalam frenlist aku.. vice versa. Yang laki over. Nak tunjuk cintakah? Tahla..
Tapi satu yang aku peratikan.. bila dua ni start nak menunjuk rasa cinta diorang, yang lain terus lesap xmengomen ke hapa. Xtaula.. maybe xnak kacau orang tengah bercinta kut. *tapi aku yakin yang sebenarnya orang lain meluat cam aku. Ahaks!*

Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua...

Aku xleh nak komen yang ni. Sebabnya semua dalam frenlist aku skang ni aku kenal. Walaupun xpernah berjumpa face to face. Aku tetap usahakan untuk chat. Paling best bila mai2 mesej ngan fon. Pastu xpepasal tersilap send mesej bagai. Hahaha!!!

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera..(x_x)..

Yup! Semuanya bergantung kat kita. Macamana kita handle.. macam tu la kesannya. 
Aku sendiri xperfect.. Kadang2.. ada la tersalah terlebih berbahasa semua. Xyah cerita acc Jarkey Yudin, tgok post aku kat Zack.. wajib kena balun habis2an kalau tersilap sikit. Ahaks!

Tapi yang tu aku kreditkan penghargaan kat Cik Zee yang selalu ada untuk betulkan keadaan. Tq! Tq!
Tanpa awak, hari2 saya moody tau! *sekarang kurang.. 3 hari sekali sajoss..*

So itu ajer untuk entry kali ini. Untuk yang rajin baca. Tq! 
Papai!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...