Pages

Tuesday, August 2, 2011

The Curse of The Plaster Ceilling. Part 4

Si Gadis begitu lena diulit mimpi. Dengkurannya kedengaran indah mengisi kesunyian bilik itu.

Brrr... brrr...brrr....

Getar telefon mengejutkannya dari mimpi indah bermain dengan Ipad 2 sebentar tadi. Air liur dipipi diseka lemah. Telefon yang masih kuat dengan getaran itu dicapai. Matanya segera mengamati gerangan nama penganggu mimpi indahnya yang tertera di skrin Blackberry itu.

Si Botak? Apahal dia cari aku pagi2 nih? Xder kerja berfaedah lainkah? Jogging ker.. kurang2 boleh jugak buat modal hilang berat badan tuh..
Si Gadis mengomel seorang diri. Telefon itu masih bergetar pinta diangkat.

"Hello?"
"Hello. U buat apa tu?"
"Tido." 
"Tido? Ni dah pukul 11 tau! Orang tak tido la masa ni.." Si Botak mula dengan perangainya. Si Gadis mula menyampah.
"Eh! Kalau awak telefon just setakat nak bersyarah. Xpayah!" bentak Si Gadis keras. 

"Sori.. sori..." Si Botak cuba memujuk. Risau jika tujuan asalnya menelefon tidak kesampaian.
"You..." Si Botak bernada manja. Geli!
"Haha! Apa?!" Si Gadis masih dengan nada Queen Controlnya.
"I nak mintak tolong ni. Boleh x?" Si Botak meluahkan tujuan asalnya menelefon itu.

Mintak tolong? Pelik~ Bisik Si Gadis.
"Mintak tolong? Tengokla macam mana. Kalau saya boleh tolong.. saya tolong. Kalau x maaf. Kalau berkaitan ngan duit. Biar saya cakap awal2.. Saya memang xder." Si Gadis tetap dengan peraturan panjang lebarnya.
"Alah! Xkan I pun xboleh?!" Si Botak tidak puas hati.
"Saya cakap dah kan.. kalau boleh.. saya tolong~ Tapi bab2 duit.. Saya sendiri pun xada. Xkerja. Xfaham ker?!?!" Huh! Ko sapa nak aku tolong senang2? Hello... sedar diri tu sikit okay...
"Okay.. okay.." si Botak cuba menenangkan sengketa yang dimulakannya itu. "Saya sebenarnya nak mintak awak siasat cerita pasal cerita siling kapur yang sekarang dah melarat sampai ke KL sana.."

Si Gadis terkejut. Bagaimana cerita itu boleh sampai ke telinga Si Botak? Siapa yang teringin menjadi wartawan tidak berbyar itu? KL? Kenapa dengan KL? Kedai Lalatkah? Tidak mungkin fikir Si Gadis.

Si Gadis berkira2 untuk menggunakan langkah selamat yakni berupa penafian semata2.
"Cerita siling kapur? Ish.. xfahamlah saya..." Si Gadis mereka jawapannya sendiri.
"Aih? Xkan awak tak tahu kot~" Si Botak kembali dengan sindirannya.
"Alah.. cerita apa ni..? Tah tahulah saya..." otak Si Gadis terus ligat berfikir. Kepada siapa lagi cerita itu pernah diceritakannya? Mungkin anak Mat Saleh Pintu Geng kah yang menjadi penyamapai berita terkini hiburan sensasi ini? 

"Betul ker awak tak tahu?"
"Betul.. tak tahulah saya.. cerita apa nih?!" Si Gadis masih dengan lakunya.

"Tanya zakiyudin. Si Perahsia dah bagitahu saya semua." yakin sekali jawapannya.
Si Gadis tersentak. Adik? Dia ceritakan hal ni kepada Si Perahsia? Hancur....

"Tak tahulah saya.. Dia xder pernah bagitahu saya  apa2 pun.." masih dengan dalihnya.
"Huh.. berani diorang semua bercerita macam tu pasal saya.. Apa ingat saya xmampu ker?!" sedikit marah nada Si botak.

Si Gadis di hujung talian tersengih sinis.
Dah kalau kau mampu.. kenapa xbuat? Ni cakap pandai.. Habuk pun xder.. apakes?!

"Kalau awak rasa xpuas hati sangat.. Apakata awak datang sini dan tanya dia sendiri." Si Gadis memberikan cadangan.
"Okay xper. nanti saya datang." Si Botak kini dengan nada mengugut pula.

Si Gadis terus meletak telefonnya. Malas untuk memanjangkan perbualan dengan Si Botak. Otaknya seperti biasa terus ligat berfikir. Bagaimana untuk menyelamatkan keadaan? Yang penting.. bagaimana untuk menutup cerita ini?

Kalau dia datang.. mesti adik akan beritahu semua. Tentang Si Jejaka. Tentang aku. Dan tentang semua ini. Argh!! Ipad ku! Jika cerita ini pecah tentu hadiah itu akan ditarik balik. Tidak!!


Ipad terbaru limited edition.
Dariku...khas untukmu~ kan....

Si Gadis mundar mandir di dalam biliknya. Jarinya ditumbuk2 ke mulut. Dia perlu segera merangka pelan untuk menyelamatkan keadaan.
Langkahnya diatur ke luar bilik menuju ke ruang tamu. Langkah awalnya perlu melibatkan lelaki ini, Abah. 

Seperti biasa, dengan lagak seorang pemidato hebat dia mula bercerita. Setiap butir ayatnya diucap terang. Ceritanya diolah sehabis indah. Sebarang kaitan dengannya ditutup kemas. Motifnya? Biar nampak salah orang jangan dibocor salah sendiri.
Abah hanya mampu mengangguk. Mendengar penuh khusyuk.....

Bersambung........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...