Pages

Wednesday, June 30, 2010

The Haunted Durian... (jeng! jeng! jeng....!)

Auw!!!!!!
Mood : shape shifter, werewolf.
Motif : nak tgok eclipse tapi dikekang oleh masalah ketiadaan panggung wayang a.k.a. tempat boleh berkepit dalam gelap kat Kelantan. Huhuhu...
Penyelesaian : download kat mana2 online torrent. Kualiti no.2. Janji aku leh tengok suda...

Aku sebenarnya bukan apa... Cuma dah lama aku x tgok wayang kat negeri sdiri. Almaklumlah.. last skali aku sempat tengok pun citer Puteri Impian. Ala.. crita yang Amy Mastura berlakon tu.
Aku still ingat suasana masa tu. Panggung yg gelap, berdiri masa lagu Negaraku tengah main, ketawa terbahak2 masa scene katil amy runtuh.. bla bla bla.. (dahla. panjang sangat! penat kukujaritangankiriku ini..)


Tapi yg aku nak story skang pasal experience aku dengan raja buah. Sebenarnya aku pun geli nak cerita. Tpi ingat2 balik.. pengalaman lampau memang best kalau nak cerita kan? Topik bengap ni terkluar bila aku tengah masyuk layan Hotfm pagi tadi. Masa tu Fara Fauzana citer pasal migrain yg dia dapat bila terbau buah durian. Aku yg at the same time ngah dalam mood 'nostalgia' terus teringat pengalaman aku masa kecik dulu.


Hehehe.. Experience yg berjaya buat aku terfikir berkali2 sebelum menjamah seulas durian sekarang
Story ni sebenarnya agak blur ckit. Budak lagi kan masa tu. Tapi masa tu aku memang hantu durian la. Seingat aku, 'jenayah' ni berlaku masa aku dalam darjah 4 la lebih kurang. 

Nak dijadikan cerita, famili aku ni memang x penah miss la musim durian. Sekali beli tu memang kitorang borong habis2an la.. Dulu2 kan durian murah. (memetik kata2 bijak pandai meniaga.."mengapa bayar lebih? belilah dgn harga borong!" sengal....) Lagipun depan rumah kakak aku kat Kuala Krai memang ada pokok durian pun. Jadi memang stok ktorg x putus la. Kenang2 balik.. ada lagi x pokok tu? Ke dah kena tebang? Kalau ada pun maybe dah menopaus kut...Pokok tua kan..
Okay!! Main story!

Hari kejadian tu.. aku sebenarnya x berapa sihat. Nak demam la katakan. Tpi memang sah2 aku ni degil. (maklumlah.. bongsu daun keladi.."t**k kucing ngko!) So aritu, aku pun join sekali la dengan famili aku melantak buah durian. Sebab xnak kalah ngan abang ipar aku, tiap kali dia kopek, aku sentap. Dia kopek, aku sentap. Memang org lain xleh lawan la aku aritu. Kakak aku yg melarang kat tepi pun aku pandang cam Statue of Liberty. Aku siap buat aksi menjilat ulas durian sambil mencangkung lagi masa tu. (Hambik ngko.. kecik2 lagi dah pandai buat aksi2 melampau tu!)

Tpi memang condition tubuh aku masa tu memang xleh tahan sangat dah. Malamnya, aku batuk2. Sakitnya memang terasa la. Panas selururuh tubuh tu! 
Dengan IQ budak2 aku masa tu, aku pikir penyelesaian terbaik adalah TIDUR. Malam tu plak ada tetamu bermalam kat umah aku. Jadi aku fikir sebelum aku dimalukan oleh kakak2 aku kat depan diorang sebab kedegilan aku, baik aku cabut! Hehehe..

Tapi aku memang xleh sorok langsung kesakitan aku. Aku batuk macam nak terkeluar anak tekak. Sesapa yg pernah rasa, tahulah camner azabnya aku masa tu. Kakak aku yg tgah sibuk berborak kat luar pun masuk la bilik nak tgok keadaan 'adik bongsu' diorang ni. Siap bawak air lagi.
 
Sayangnya, belum sempat kakak aku hulur air kat aku. Aku dah terMUNTAH. Bayangla.. muntah masa tidur, habis muka aku ni penuh ngan muntah. Yg kat atas katil ngan baju aku tu xyah cakaplah. Baunya Ya Allah... durian betul! Tengik gila!

Aku ni dah menangis dah. Malu siot. Kakak aku pun cepat2 la tarik aku ke bilik air.Kaedahnya pulak bilik aku tu mengadap ruang tamu. So, terpaksalah aku fikir cara nak cover malu aku depan tetamu yg tgah berborak kat ruang tamu tu.

Aku pun mula la buat ala2 nak rebah sikit. Xnampak jalan la kononnya.. Muntah kat muka aku tu pulak panas sebenarnya (xcaya? cuba korang jolok mulut lepas makan durian. tengok panas x muntah tu..)  Jadi aku pun tambah la act aku sikit ngan mengibas2 muka aku. So, dengan tangan aku kiri kanan kakak2 aku papah, mata tertutup dan jari tangan aku pulak mengibas muka aku ala2 azabnya kepanasan muntah aku sdiri. Lengkaplah scene lakonan terhebat abad ni. Percayalah.. kalau masuk Oscar, wajib aku menang dah kategori Pelakon ngan Lakon Layar terbaik tau! (asal bodo.. muntah pun jadi hal kan?!)

Malam tu, memang dipenuhi ngan suara aku la. Sebijik rumah xleh tidur kes aku. Semua pakat2 dok pujuk aku. Siap berjanji nak bawak gi shopping lagi. Tpi orang Kelantan cakap.. 

"memey cari pekdoh la mg ni!"

Seminggu aku jadi bahan ketawa kat umah. Lagi teruk, sampai skrang kakak aku tiru aksi aku malam tu. Memang kes naya tol! Nasib masa tu aku bebudak lagi. Memang jadi pengajaran terbesar la kat aku. Sebab tu sekarang kalau aku rasa x confident ngan condition aku, dulu2 lagi aku x makan durian. Risau gak takut durian termuntah 2 kali.(yes! peribahasa baru ni!!)

p/s : Skang aku lebih suka jawab.."saya sebenarnya x suka sangat durian. Xleh tahan ngan bau dia la.".
       Hipokrit tol!

Sunday, June 27, 2010

Mapuh.. Jilat Cok!

Gah!!! Letihla cam ni.. 
Apsal xder idea langsung ni. Dah macam2 cara aku buat. Baca paper, mandi, merewang (apa tu?), makan, tidor, berguling.. me..(..ngarut..^.^..he3..). Senang cakap, macam2 lagilah! Still, x keluar2 jugak idea dari kepala otak aku ni. Apsal ek?! Dah penuh ngan sarang labah2 kut.. (tpi aku still x jadi spiderman gak!)

Xkesahla.. Aku cuba agak benda ni positif.
Maybe ada benda yg lagi hebat akan keluar x lama lagi kut. Sapa tahu kan? (wah.. angan2 tuh!!)
Ni semua kerja Tuhan. Aku dah usaha yang mana patut, so let us wait and see k!
(dah!! sambung tengok bola tuh!)

p/s : berkecai jugak tgok Korea kalah tadi.. Skang aku harap.. USA plak kalah! Dun know why...

Friday, June 25, 2010

Bila Aku (start) Merapu Pasal Fastfood

Hari ni aku kena attend majlis solat hajat kelab Gen2 Kelantan. Aku sebenarnya berbelah bahagi nak pergi. Maklumlah.. aku bukan ada kereta pun, just tumpang sekaki ngan akak aku aje. Habis jer majlis tu dalam kul 10 lebih, aku ngan kakak aku terus blah (mengelak cuci pinggan la tu!) Bukan aku xnak stay lama2.. biasa la kan.. aku bukan boleh duduk lama majlis org2 tua ni. Kang x pepasal mulut bodoh aku ni melaser org x tentu pasal! (jenis mulut buaya kan uols! sekali aku ngap, nahas!!)

Lepas tu ktorg gi lepak2 kat McD kejap. Sesaja nak habiskan masa menunggu bola Slovakia vs Italy habis. (sudahnya, senyap cam tenggiling aku bila Italy xleh masuk final 16. malu..) Sambil tu sempat la aku ngan kakak aku buat show 'Cik Kiah Bertenggek' kat sana. Macam2 perumpamaan aku belasah guna nak discribe org2 jakun yg lalu lalang kat dalam McD tu. Yang smata2 masuk McD sebab nak guna toilet pun aku smash berat2 tau! Aku kalau tang2 ni memang x memilih, janji aku boleh melawak suda...(nasib ah sapa kena tuw..)
 wahaha!! itik mengumpat cam aku! ker.. aku mengumpat cam itik?

After that (wah.. cam karangan bdak darjah 6 nak ambik UPSR ngko!) kitorang sambung sesi lepak kat kedai kopi kat rumah. Yg ni kira kes nak tggu bola Denmark vs Japan plak. (Yakitate Japan!! tah menatang apa aku sebut ni? ada aku kesah?!) Ala..saja cari  alasan malas nak balik awal kan..Hu3..
 pic kedai kopi mana ntah aku sentap guna ni..

Masa ni la ada sorg budak ni bukak cerita pasal pengalaman dia bekerja dekat hotel ngan fast food rest. Cerita pasal bab2 kebersihan la. Aku pun mula la naik angin jugak. Tapi bukan aku nak marah budak ni.. Just, I truly understand how we do our job. Especially when we BREAK the rule.
Paling aku sokong bila budak ni cakap, "kalau nak makan fast food ni.. jangan gi time school break @ festive season. Sah2 produk yg diorang jual tu OUT".
Nak tahu kenapa?
Let me explain here. (aku ni memang ada gaya jdi receptionist kan?)
Fast food terutama sekali yg memang dah establish kat Malaysia ni mempunyai their own
 quality guideline. So, bagi setiap produk yg diorang jual. They have what we called step by step procedure. Kaedahnya, benda ni untuk memudahkan kerja2 kuli diorang sesambil jaga kualiti produk yg diorang jual tu.


Nanti xder la kes macam.. "apsal kau letak sayur lebih?", "woi, kau ingat cili sos tu mak bapak kau punya kilang ker?" atau "kiah! aku cakap sekali sudah. Yg pepandai kau gi shoot mayo lebih2 tu apsal? sedara ker?"


Aku cakap ni melalui pengalaman. Org lama kan.. (tpi I masih muda uols!! sweet n sour lgi..) 
Ok! Di pendekkan cerita, Malaysia ni kan mewah ngan cuti umum. Terutama yg pjg2 cam hari raya. Ha.. masa ni la kita sibuk nak ajak famili makan ayam, try pasta atau makan burger ngan jeruk. 

Tapi sebenarnya satu fakta yg kita kurang kesah sgt adalah pasal kualiti. Kenapa? Cam aku cakap awal2 tadi, it's all begin with some procedure but as a human being.. sampai bila kita boleh tahan ngan peraturan kan? Ha.. masa ni lah pluang ktorang utk skip some of the rules @ procedure.
Aku guna ayat aku dulu la.. buat contoh jer k!

"Hari ni saya x kisah macam mana pun. Apa yg saya tahu semua produk JANGAN jammed!"

Faham? Maksudnya.. manager akan tutup mata, staf boleh buat apa saja. Janji produk ADA
Korang mungkin nampak produk tu sama jer.. xder beza pun cam hari2 biasa. Tapi apa yg berlaku di belakang korang x nampak kan? Aku xnak la describe keadaan dia macam mana. Percayalah.. korang xkan jejak kaki kat fastfood lagi kalau aku cerita. Confirm 100% punya!

Aku xnak membebel panjang2 sangat. nanti lari topik plak. Aku ni bukan jenis boleh stick kat one point jer. (dia start dah..) Aku bagi soalan matematik mudah jer la ek. Cuba korang fikir. Korang makan x benda yg korg x tahu. Atau.. korang jamin ker benda yg korg makan tu selamat dalam aspek bersih, suci dan halalnya?
contoh jer k. xder kena mengena ngan yang membuat atau yg pernah termakan gituw..
 
Aku bukan la dlm saf2 ustaz. Bukan jugak cuba nak memburukkan rest2 fastfood ni.. Cuma aku nak kita semua ni sedar apa yg kita buat. Aku tahu.. bukan semua yg buat kerja tu..salah. Maybe segelintir saje (tpi tempat aku dulu.. 90% konfem!) Tapi sebagai pengguna. Kita kena tahu hak2 kita kan. Aku pun bercerita melalui pengalaman. Apa yg aku rasa perlu aku share, aku tulis. At least, kalau sesiapa terbaca boleh la dia buat peringatan untuk diri sendiri kan!

p/s : aku ni memang suka merapu kan? ada aku kesah?! japan aku dah menang pun..Yuuhuu!!!!

Thursday, June 24, 2010

Life. Chapter 4

Hari ni memang xder apa yang menyeronokkan pasal hidup aku. Kaedahnya aku ni memang sekarang ni x tidur malam. Maklumlah.. tengok bola uols..(ek eleh..sah2 ngko tgk kosong jer..) paling awal aku tidur pun pukul 8 pagi. Tu pun kalau aku x tggu ulangan CSI : New York kat AXN (astro gitu! motivasi pagi x main k!) kalau x, pukul 10 jgk la aku berdengkur. Hehehe...

So, masuk balik tema hari ni yer puan2..(ala2 chef wan gituw..) Satu2 nya kerja yg aku buat adalah surf internet. Tu pun selepas berhempas pulas dengan line WiFi yg slalu buat hal. Tadi pun nyaris2 aku nak baling modem tu. Nasib x sempat! Kalau x, nahas aku nak kena baling ngan notebook kakak aku! Huhuhu...
Tpi tu kisah sampingan jer..(filem baru nak start uols! tunggu...)
Skang ni aku nak cerita pasal apa yg selalu aku buat bila surf internet. Macam orang lain gak, aku pun bolehlah dikategorikan sebagai gila ber'facebooking'. Kalau x bukak sehari memang xsah. Nikan pulak jenis cam aku ni yang taksub sgt ngan 2 3 game kat fb cam Hotel City, Nightclub, Farmville dan cam2 lagilah. Fikir2 balik, mungkin game2 ni lah yang buat ramai sangat yg surf fb hari2 kan. Kes katagihan la..
But for now, kita tggalkan kes ketagihan tu kat tepi. Skang aku nak story pasal minat aku yg satu lagi. (lah? bukan main story lgi ker?!)
"Online Manga"
As u all know, online tu membawa maksud.. online lah ngok! Dalam bahasa melayunya, dalam talian (yeay!! 100% untuk pak ki!!) Manga tu dalam bahasa mudahnya komik atau lukisan dengan dialog la..(nak yg bebetul accurate, korang cari kat Wiki. Ada aku kesah?!) Ha3.. Kita guna sifir bebudak jer lah ek! Komik!
Kan senang.. semua org paham. X gitu Mamat? (nama kucing aku..)

Memang benda ni dah jadi prioriti aku kalau boleh bukak internet. Aku akan check 2 3 webpage yg menyediakan terjemahan manga dalam BI. Maklumlah, barg Jepun beb. Yang original tu sepatah haram aku x faham!

Dulu aku cuma membaca 2 3 manga yg popular shj cam Naruto, Bleach, Kekkaishi, Fairy Tail, Kek..(stop! ni lebih dari 3 dah oi..) Tapi sekarang ni aku mula tertarik untuk membaca manga2 yg x berapa popular. Aku x tahu kenapa. Maybe sebab aku cuba cari kelainan kot. Maklumlah, asyik2 benda sama jer.. Bosan gak!
Bestnyer pasal manga ni, ia menyelami dasar imaginasi pembaca tu sendiri. Aku memang tabik la dgn mangaka2 kat Jepun ni. Manakan tidak, seminggu kurang2 kena publish 20 page manga. Ada tu yg 10 tahun run kat dalam magazine. Tapi still x kering2 idea gak! Kalau aku.. sah awal2 lgi dah surrender tau!

Memang sesetengah orang kata komik ni benda mengarut.. Ayat2 cam stupid la.. budak2 la.. kanak2 ribena la.. selalu diberikan kat org yang membaca manga ni. Bagi aku senang! Org yg melabelkan org lain ni sebenarnya x baca paper. (xder motif..)

Cuba fikir. Kalau la benda2 ni untuk bebudak, kenapa benda ni dianggap sebagai industri dan menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi Jepun. Sebuah negara dengan ekonomi antara termaju di dunia tu!
Pelik kan? Xkut bagi org yg  rajin ambil tahu hal dunia cam aku ni.. Senang cerita, bagi org2 sempit otak tu baca dulu manga2 hebat cam Naruto & Bleach. Kalau diorang x ubah fikiran jugak.. lantaklah! Xhabis duit diorang pun...

p/s : Sebab bnyak skip. Aku kena baca Katekyoushi Hitman Reborn dari 1st chapter balik. Mampos!!!!

Wednesday, June 23, 2010

Blogger, Populariti & Sensitiviti (hentam jer..)

Aku suka belek2 orang lain punya blog. Tak kira lah blogger tu cerita pasal apa sekalipun. Kekadang tu cerita pasal itik pun boleh jadi interesting kan!
Paling best bila baca profile blogger2 ni.. Ada yang sekolah rendah pun dah pandai blogging skrang. Zaman aku dulu.. berlumba basikal ngan tangkap ikan kat sungai jer la ktorang pandai. ^=^  Tenet2 ni memang xderla dalam rekod arkib simpanan kanak2 aku dulu. (ngko ingat arkib negara ke semua ngko nak rekod?)
Tapi aku terfikir gak. apa yang bagusnya pasal blog2 ni? Setakat blog 'kopa' cam aku ni lain la.. off record gituw.. Dah memang sah aku tulis sebab aku ni nak luah perasaan aku jer (cam aku cakap dalam entry dulu2..) Aku maksudkan sekarang ni jenis blog2 yang mencari populariti ni.. Aku xnak la bagi contoh just.. ngko carik la sendiri contoh korang! Kang kes naya aku mengutuk blog orang kat sini. Blog aku ni pulak ntah apa2! Senang cakap blog yang suka buat havoc semata2 nak menaikkan nama bloggernya.

Kalau tanya direct kat blogger2 ni, nasib kalau diorang nak mengaku! Sah2 diorang jawab cam ni.

"Tak..saya menulis ni dari hati. Saya cuma nak memberi perspektif berbeza kepada pelayar blog saya jer.. Bukan saya cuba meraih populariti pun.."

Ala.. cakap senang..! Aku pun kalau popular akan cakap macam ni...Maklumlah.. skang ni I x popular kan.. Mana ada org nak baca entry sengal aku ni. kalau ada pun mesti manusia tu tersadung masa naik tangga rumah mertua! (boleh pakai ka?!) I mean.. otak dia tgh BERCELARU la tu..
Okay2.. back to the lesson class! 
Hehehe...
Bagi aku personally.. Benda2 cam ni.. I mean.. popularity itu perlu. Terutama sekali yang mencari makan atau sesuap nasi (kalau kes aku.. seperiuk gitu..) menggunakan blog2 ni. Aku sendiri pernah terbaca yg ada suri rumah yang mencari duit sampingan dengan berblogging. Honestly, aku x berapa tahu caranya. Tapi bagusla kan. Boleh gak ringankan beban suami.

Kalau hal begini memang aku x bantah. Aku sendiri xkan segan silu nak bagi support. Kita kan 1 Malaysia gitu.. (wah..kempen uols!!) Tapi kita juga kena ingat.. populariti bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja yang kita nak. Kita kena faham adat dan batasnya. Semata2 nak cari publisiti, kita memburuk2 kan orang lain, menokok tambah cerita yg kita sendiri x tahu hujung pangkal. Ingatlah..benda2 ni melibatkan maruah orang. X salah jika aku cakap yang kebanyakan gosip di Malaysia ni, tak kiralah dalam politik @ hiburan sebenarnya bermula dari tangan2 blogger yang gila glemer ni!
Ingat2 lah.. kalau kemaruk nak glemer pun. Fahamilah sensitiviti orang kita. Jangan main hentam jer.. Apa ngko ingat ni melodi ke nak terjah2! (cam biasa ku dengar jer ayat ni.?)

p/s : pening gak nak pilih ayat sesuai untuk entri ni.. kang x pepasal aku guna ayat kelantan made jer :)

Saturday, June 19, 2010

Prittt!!!!! Gooooaaaaallll.......

To be honest.. aku bukanlah jenis yang suka tgok bola. Bagi aku.. Apa yang menarik sangat pasal 22 orang pemain atas padang yang sibuk kejar bola tu? Pelik gak kan? Diorang boleh habiskan sejam setengah termengah2 atas padang tu..

Paling pelik bila ada human being (mat saleh tu!!) yang terkinja2 macam orang gila kalau team diorang berjaya sumbat gol. Tu baru kes tengok kat tv. Kalau dapat chance tengok live kat stadium... Haish.. mau hilang suara menjerit!

Tapi aku taknak la cerita benda2 remeh camni (biasalah.. I ni kan reporter.. berita x sensasi, i x layan..) skang ni aku nak story pasal pengalaman aku seminggu menonton world cup tahun ni.




Kenapa aku rasa cerita ni menarik?
Ini kerana cerita ni melibatkan aku, kaki judi dan bookie. That's why I think this year World Cup is totally different for me. Daripada kosong, sekarang aku boleh dah join kalau ada orang bercakap pasal bola. Kira ada peningkatan la.. (ngko ingat Afdlin ker nak komen2 diri sdiri ni?)

Tapi aku tahu ramai orang pandang serong kalau bercakap pasal bookie kan? I don't care.. Aku bukannya berjudi pun! Aku cuma suka tengok diorang uruskan pasal game2 ni. Masa ni lah kita boleh tgok macam2 andaian keluar. Ada yang bertaruh besar atas team underdog. Ada yang meyumpah bila early prediction diorang salah. (hambik ngko! Ingat pak belalang ke boleh tilik2 ni?) dan macam2 ragam lagi lah. Kalau aku nak cerita memang panjang mak piah oi!
Moral of the story here.. (moral plak? ada ker?!) jangan merendahkan seseorang kerana sikap buruk mereka. Kita mungkin x perasan yang ada benda kita boleh belajar dengan mereka kan. Jangan jadikan fahaman kita sebagai satu halangan. Ayat mudahnyer.. Jangan la kita ni jadi bodoh sangat..^.^

p/s : Australia vs Ghana. Mana best? Kalau cakap pasal judi... Aku ambik Ghana! mwahahaha...

"Apa hobi adik2...."

BOWLING
Permainan yg kerap aku main buat masa sekarang. Maklumlah.. xkerja uols!!! Tapi to categorize this game as a hobby.. maybe not kut.. Iyalah! Permainan ni boleh dikatakan memerlukan bajet yang besar jugak.
Dari bola bowling ke kasut saja dah memerlukan beratus2 ringgit. Aku ni dahla penanam anggur berjaya. Kalau ada duit sekalipun.. benda2 ni akan jadi antara benda terakhir dalam list mampu milik aku. (hambik ngko. ada list siap!)

"Ala..benda2 tu pun ada kan ada kat tempat bowling. Setakat kasut, sewa jer. Xsampai 3 ringgit pun.."
Ha... tu kata orang yang x fikir panjang! Memang la semua benda tu diorang dah standby. Tpi kena fikir jugak. +/- semua tu.. Sekali game habis gak 15 ringgit kan? Kena jenis cam aku ni, sekali game xcukup oi.. Kurang2 3 games sekali main (perasan baagus mamat ni!).

Tapi skrang aku lebih suka jadi penonton. Why? Sebab aku suka tengok cara orang main. Dari teknik yg mudah sampailah yang susah. Memang ternganga la kalau tengok ada orang boleh buat perfect score. Aku yang jadi penonton ni turut berbangga (padahal cover line bola aku slalu masuk longkang!)

Part paling best bila ada tournament, aku memang kaki penyebok. Biasalah.. nak baju free katakan.. Mwahahaha...
Pic team kakak aku masa tournament Piala Dato' Seri Mustapha Mohammed kat Mutiara Bowl.

p/s : Orang cakap kalau nak pandai.. kena main dengan orang pandai. Tpi kalau jenis cam aku.. Alamaknya
       sapu longkang jer la... (memang spesies x konfiden lansum!)

Thursday, June 17, 2010

Banyak benda yang aku rasa aku dengar, lihat dan patut tulis. Tapi secara jujur aku bukanlah seorang penulis yang baik. Aku tak pandai nak coretkan sesuatu yang orang akan baca. Aku hanya menulis dari salah satu sudut gelap diri aku.
Kenapa?
Sebab disini aku akan cuba tulis sesuatu dari hati. Bukan sesuatu untuk komersil. Aku xkan teragak2 untuk mengatakan sesuatu yang mungkin tak akan pernah aku sebut dalam ucapan seharian. Sesuatu yang keluar dari hati. Jadi, jika ada yang terbaca apa yang tertulis di sini.. Jangan terasa jika apa yang tertulis disini x langsung mencerminkan diri aku di luar. Bukan apa.. byk hati yang aku kena jaga.
Biarlah org nak kata aku HIPOKRIT sekalipun. Aku tetap akan terima. Asalkan aku dapat jaga hati semua org yg aku sayang. Jujurnya.. aku dah sebati dengan kata2 kurang ajar dari mulut ramai orang.
Tapi jangan ingat yang aku xkan melawan!
 
p/s : Buruk gila muka aku masa ni!

Baru Nak Nampak MUKA?! (Busy uols!!!)

MOTIF?!
Sebenarnya aku dah lama x rasa nak menulis blog ni.. Entahlah. Aku rasa cam xder mood jer..(kalau tang masa memang berlambak! xkerja la katakan..^.^)

So, for the past 3 month ni.. banyak benda dah berlaku. Aku berhenti kerja.. (again?! x puas ke ko nak citer tang tu!), family angkat baru aku, kakak aku buat hal (sensor. xleh cakap!), buang bayi, bowling, world cup & kegilaan aku di alam maya (facebook k! bukan nama blog ek, free2 jer aku promote..)
Tapi skang aku nak cerita part yang last tu. Pasal bola pulak, malam2 nanti aku buat entry baru k!

So, kebanyakan masa aku skrang ni memang dihabiskan ngan berfacebooking. Entahlah.. Dah tahap addict dah kut aku ni. Bangun facebook, nak tidur pun facebook gak. Memang kes berat la.. Padahal kengkadang tu berjam2 aku menghadap game ajer.
Tapi part paling best adalah aku dapat kawan baru. Siap ada group lagi.. (hebat uols!) Tapi 2 group ni memang best la..

1. Kelab Pemilik Gen2 Kelantan

Kelab ni aku join sebab kakak angkat aku pakai Gen2 (hello!! xkan la engkau pakai Mitsubishi Lancer nak masuk kelab Gen2 kot? Tu bengap namanya..). Mula2 tu aku ikut jer. Ala2 bodyguard a.k.a tiang gol la. Tapi diorang lantik aku jadi timbalan s/u. At first memang aku terkejut beruk. Iyalah. Aku ni memang zero la kalu bab kete ni. Yang aku tahu jammed piston. Tu pun sbb kakak aku selalu buat lawak. (ada kaitan ker?!) Tapi aku memang have fun with this guys on the group. Kaki lawak! Memang x kering la air liur aku.. (asyik2 gusi jer. Tukar la plak!)

2. ex-Sri Suria 3 batch 2001

Yang ni pulak group batch aku masa skolah rendah. Memang best! Ktorang boleh mengumpat, mengata, mencerca, memfitnah (ada ker?) sambil2 layan kenangan lama. Aku memang bersyukur sangat dapat jumpa diorang balik walaupun sekadar dengan tulisan saja. To be honest.. masa ni lah aku paling happy (why? sebab lepas tu aku mula down sampai la aku start kerja). Mula2 tu aku sekadar suka2 jer, alih2 kawan aku letak aku jadi admin. So, skrang ni projek ktorang nak buat reunion. Dan aku memang nak sangat benda ni jadi kenyataan. Xsabar nak jumpa diorang balik.

Kadang2 kalau difikirkan balik. Bagus jugak dengan adanya benda2 cam facebook ni. It actually help people like me a lot. Pedulikan pasal minoriti yang menyalahgunakan benda2 ni untuk kepentingan peribadi mereka. Jangan kita cepat terpengaruh sudah.. Guna akal fikiran tu. Tak guna kalau Tuhan anugerahkan kita dengan akal yang sempurna tapi gagal unntuk menilai sesuatu kan? (wah.. pakar motivasi jap!). Fikir apa yang terbaik untuk kita kan!
Dahla. Kang aku melalut benda lain pulak. Nanti aku nak tulis pasal bola pulak!

p/s : kawan aku punya blog memang best. Tapi aku x kessyaa.. Aku tulis ni pun sbb aku kira benda ni reminder untuk aku. Kalau sesapa jumpa ni.. Nasib la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...