Aku suka belek2 orang lain punya blog. Tak kira lah blogger tu cerita pasal apa sekalipun. Kekadang tu cerita pasal itik pun boleh jadi interesting kan!
Paling best bila baca profile blogger2 ni.. Ada yang sekolah rendah pun dah pandai blogging skrang. Zaman aku dulu.. berlumba basikal ngan tangkap ikan kat sungai jer la ktorang pandai. ^=^ Tenet2 ni memang xderla dalam rekod arkib simpanan kanak2 aku dulu. (ngko ingat arkib negara ke semua ngko nak rekod?)
Tapi aku terfikir gak. apa yang bagusnya pasal blog2 ni? Setakat blog 'kopa' cam aku ni lain la.. off record gituw.. Dah memang sah aku tulis sebab aku ni nak luah perasaan aku jer (cam aku cakap dalam entry dulu2..) Aku maksudkan sekarang ni jenis blog2 yang mencari populariti ni.. Aku xnak la bagi contoh just.. ngko carik la sendiri contoh korang! Kang kes naya aku mengutuk blog orang kat sini. Blog aku ni pulak ntah apa2! Senang cakap blog yang suka buat havoc semata2 nak menaikkan nama bloggernya.
Kalau tanya direct kat blogger2 ni, nasib kalau diorang nak mengaku! Sah2 diorang jawab cam ni.
"Tak..saya menulis ni dari hati. Saya cuma nak memberi perspektif berbeza kepada pelayar blog saya jer.. Bukan saya cuba meraih populariti pun.."
Ala.. cakap senang..! Aku pun kalau popular akan cakap macam ni...Maklumlah.. skang ni I x popular kan.. Mana ada org nak baca entry sengal aku ni. kalau ada pun mesti manusia tu tersadung masa naik tangga rumah mertua! (boleh pakai ka?!) I mean.. otak dia tgh BERCELARU la tu..
Okay2.. back to the lesson class!
Hehehe...
Bagi aku personally.. Benda2 cam ni.. I mean.. popularity itu perlu. Terutama sekali yang mencari makan atau sesuap nasi (kalau kes aku.. seperiuk gitu..) menggunakan blog2 ni. Aku sendiri pernah terbaca yg ada suri rumah yang mencari duit sampingan dengan berblogging. Honestly, aku x berapa tahu caranya. Tapi bagusla kan. Boleh gak ringankan beban suami.
Kalau hal begini memang aku x bantah. Aku sendiri xkan segan silu nak bagi support. Kita kan 1 Malaysia gitu.. (wah..kempen uols!!) Tapi kita juga kena ingat.. populariti bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja yang kita nak. Kita kena faham adat dan batasnya. Semata2 nak cari publisiti, kita memburuk2 kan orang lain, menokok tambah cerita yg kita sendiri x tahu hujung pangkal. Ingatlah..benda2 ni melibatkan maruah orang. X salah jika aku cakap yang kebanyakan gosip di Malaysia ni, tak kiralah dalam politik @ hiburan sebenarnya bermula dari tangan2 blogger yang gila glemer ni!
Ingat2 lah.. kalau kemaruk nak glemer pun. Fahamilah sensitiviti orang kita. Jangan main hentam jer.. Apa ngko ingat ni melodi ke nak terjah2! (cam biasa ku dengar jer ayat ni.?)
No comments:
Post a Comment