Pages

Wednesday, June 30, 2010

The Haunted Durian... (jeng! jeng! jeng....!)

Auw!!!!!!
Mood : shape shifter, werewolf.
Motif : nak tgok eclipse tapi dikekang oleh masalah ketiadaan panggung wayang a.k.a. tempat boleh berkepit dalam gelap kat Kelantan. Huhuhu...
Penyelesaian : download kat mana2 online torrent. Kualiti no.2. Janji aku leh tengok suda...

Aku sebenarnya bukan apa... Cuma dah lama aku x tgok wayang kat negeri sdiri. Almaklumlah.. last skali aku sempat tengok pun citer Puteri Impian. Ala.. crita yang Amy Mastura berlakon tu.
Aku still ingat suasana masa tu. Panggung yg gelap, berdiri masa lagu Negaraku tengah main, ketawa terbahak2 masa scene katil amy runtuh.. bla bla bla.. (dahla. panjang sangat! penat kukujaritangankiriku ini..)


Tapi yg aku nak story skang pasal experience aku dengan raja buah. Sebenarnya aku pun geli nak cerita. Tpi ingat2 balik.. pengalaman lampau memang best kalau nak cerita kan? Topik bengap ni terkluar bila aku tengah masyuk layan Hotfm pagi tadi. Masa tu Fara Fauzana citer pasal migrain yg dia dapat bila terbau buah durian. Aku yg at the same time ngah dalam mood 'nostalgia' terus teringat pengalaman aku masa kecik dulu.


Hehehe.. Experience yg berjaya buat aku terfikir berkali2 sebelum menjamah seulas durian sekarang
Story ni sebenarnya agak blur ckit. Budak lagi kan masa tu. Tapi masa tu aku memang hantu durian la. Seingat aku, 'jenayah' ni berlaku masa aku dalam darjah 4 la lebih kurang. 

Nak dijadikan cerita, famili aku ni memang x penah miss la musim durian. Sekali beli tu memang kitorang borong habis2an la.. Dulu2 kan durian murah. (memetik kata2 bijak pandai meniaga.."mengapa bayar lebih? belilah dgn harga borong!" sengal....) Lagipun depan rumah kakak aku kat Kuala Krai memang ada pokok durian pun. Jadi memang stok ktorg x putus la. Kenang2 balik.. ada lagi x pokok tu? Ke dah kena tebang? Kalau ada pun maybe dah menopaus kut...Pokok tua kan..
Okay!! Main story!

Hari kejadian tu.. aku sebenarnya x berapa sihat. Nak demam la katakan. Tpi memang sah2 aku ni degil. (maklumlah.. bongsu daun keladi.."t**k kucing ngko!) So aritu, aku pun join sekali la dengan famili aku melantak buah durian. Sebab xnak kalah ngan abang ipar aku, tiap kali dia kopek, aku sentap. Dia kopek, aku sentap. Memang org lain xleh lawan la aku aritu. Kakak aku yg melarang kat tepi pun aku pandang cam Statue of Liberty. Aku siap buat aksi menjilat ulas durian sambil mencangkung lagi masa tu. (Hambik ngko.. kecik2 lagi dah pandai buat aksi2 melampau tu!)

Tpi memang condition tubuh aku masa tu memang xleh tahan sangat dah. Malamnya, aku batuk2. Sakitnya memang terasa la. Panas selururuh tubuh tu! 
Dengan IQ budak2 aku masa tu, aku pikir penyelesaian terbaik adalah TIDUR. Malam tu plak ada tetamu bermalam kat umah aku. Jadi aku fikir sebelum aku dimalukan oleh kakak2 aku kat depan diorang sebab kedegilan aku, baik aku cabut! Hehehe..

Tapi aku memang xleh sorok langsung kesakitan aku. Aku batuk macam nak terkeluar anak tekak. Sesapa yg pernah rasa, tahulah camner azabnya aku masa tu. Kakak aku yg tgah sibuk berborak kat luar pun masuk la bilik nak tgok keadaan 'adik bongsu' diorang ni. Siap bawak air lagi.
 
Sayangnya, belum sempat kakak aku hulur air kat aku. Aku dah terMUNTAH. Bayangla.. muntah masa tidur, habis muka aku ni penuh ngan muntah. Yg kat atas katil ngan baju aku tu xyah cakaplah. Baunya Ya Allah... durian betul! Tengik gila!

Aku ni dah menangis dah. Malu siot. Kakak aku pun cepat2 la tarik aku ke bilik air.Kaedahnya pulak bilik aku tu mengadap ruang tamu. So, terpaksalah aku fikir cara nak cover malu aku depan tetamu yg tgah berborak kat ruang tamu tu.

Aku pun mula la buat ala2 nak rebah sikit. Xnampak jalan la kononnya.. Muntah kat muka aku tu pulak panas sebenarnya (xcaya? cuba korang jolok mulut lepas makan durian. tengok panas x muntah tu..)  Jadi aku pun tambah la act aku sikit ngan mengibas2 muka aku. So, dengan tangan aku kiri kanan kakak2 aku papah, mata tertutup dan jari tangan aku pulak mengibas muka aku ala2 azabnya kepanasan muntah aku sdiri. Lengkaplah scene lakonan terhebat abad ni. Percayalah.. kalau masuk Oscar, wajib aku menang dah kategori Pelakon ngan Lakon Layar terbaik tau! (asal bodo.. muntah pun jadi hal kan?!)

Malam tu, memang dipenuhi ngan suara aku la. Sebijik rumah xleh tidur kes aku. Semua pakat2 dok pujuk aku. Siap berjanji nak bawak gi shopping lagi. Tpi orang Kelantan cakap.. 

"memey cari pekdoh la mg ni!"

Seminggu aku jadi bahan ketawa kat umah. Lagi teruk, sampai skrang kakak aku tiru aksi aku malam tu. Memang kes naya tol! Nasib masa tu aku bebudak lagi. Memang jadi pengajaran terbesar la kat aku. Sebab tu sekarang kalau aku rasa x confident ngan condition aku, dulu2 lagi aku x makan durian. Risau gak takut durian termuntah 2 kali.(yes! peribahasa baru ni!!)

p/s : Skang aku lebih suka jawab.."saya sebenarnya x suka sangat durian. Xleh tahan ngan bau dia la.".
       Hipokrit tol!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...