Pages

Saturday, June 19, 2010

Prittt!!!!! Gooooaaaaallll.......

To be honest.. aku bukanlah jenis yang suka tgok bola. Bagi aku.. Apa yang menarik sangat pasal 22 orang pemain atas padang yang sibuk kejar bola tu? Pelik gak kan? Diorang boleh habiskan sejam setengah termengah2 atas padang tu..

Paling pelik bila ada human being (mat saleh tu!!) yang terkinja2 macam orang gila kalau team diorang berjaya sumbat gol. Tu baru kes tengok kat tv. Kalau dapat chance tengok live kat stadium... Haish.. mau hilang suara menjerit!

Tapi aku taknak la cerita benda2 remeh camni (biasalah.. I ni kan reporter.. berita x sensasi, i x layan..) skang ni aku nak story pasal pengalaman aku seminggu menonton world cup tahun ni.




Kenapa aku rasa cerita ni menarik?
Ini kerana cerita ni melibatkan aku, kaki judi dan bookie. That's why I think this year World Cup is totally different for me. Daripada kosong, sekarang aku boleh dah join kalau ada orang bercakap pasal bola. Kira ada peningkatan la.. (ngko ingat Afdlin ker nak komen2 diri sdiri ni?)

Tapi aku tahu ramai orang pandang serong kalau bercakap pasal bookie kan? I don't care.. Aku bukannya berjudi pun! Aku cuma suka tengok diorang uruskan pasal game2 ni. Masa ni lah kita boleh tgok macam2 andaian keluar. Ada yang bertaruh besar atas team underdog. Ada yang meyumpah bila early prediction diorang salah. (hambik ngko! Ingat pak belalang ke boleh tilik2 ni?) dan macam2 ragam lagi lah. Kalau aku nak cerita memang panjang mak piah oi!
Moral of the story here.. (moral plak? ada ker?!) jangan merendahkan seseorang kerana sikap buruk mereka. Kita mungkin x perasan yang ada benda kita boleh belajar dengan mereka kan. Jangan jadikan fahaman kita sebagai satu halangan. Ayat mudahnyer.. Jangan la kita ni jadi bodoh sangat..^.^

p/s : Australia vs Ghana. Mana best? Kalau cakap pasal judi... Aku ambik Ghana! mwahahaha...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...