Pages

Saturday, January 1, 2011

Monolog Dari Sofa





Hari ni aku berpeluang menonton berita ngan abah and my sis. Kalau hari2 lain tu aku lebih suka memerap kat dalam bilik. Malas nak join anak my sis tengok cerita indon. Aku pun kadang2 xpaham ngan budak tu.. Kalau nak dikira, hari2 Astro tayang cerita Indon tu dari pagi sampai malam. Xjenuh2 dia tunggu tau!

Tapi hari ni spesel kes. Satu haribulan uols!! Lagipun kitorang sebenarnya sebok nak tahu pasal banjir kat Rantau Panjang nun. Biasalah.. Nak jugak tahu line clear x nak menyeberang tu. *huhuhu*

Anyway, tengah2 sebok kitorang dok mereview pasal banjir dan beberapa hal negara yang lain. *kitorang memang.. mesti nak menyelit buah fikiran gitu..* Keluar pulak pasal pemergian Allahyarham Faizal Yusop, yakni pelakon drama Adamaya dan juga bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana.
Arwah dikatakan rebah semasa berada di rumah sebelum dikejarkan ke hospital dan menghembuskan nafas terakhirnya di sana. Sebab kematian pula dikatakan kegagalan jantung berfungsi.

Allahyarham Faizal Yusop
Al-Fatihah

Terus jer otak aku ligat berfikir. Tak sangka arwah pergi macam tu kan? Masalah jantung yang bagi aku terlalu muda untuk arwah hidapi. Pikir2 balik, ajal maut takdir nasib semua di tangan Tuhan. Setiap yang tertulis tu tentu ada hikmah tersendiri kan?

Dan sebenarnya yang menarik perhatian aku semasa menonton berita tadi adalah lebih kepada perbualan antara kami bertiga. Abah, my sis and me. Topik? For sure lah pasal penyakit kan.. Tang banjir tu dah setengah jam habis..

My Sis : Sekarang ni.. Macam2 penyakit ada. Kadang2 budak lagi dah ada penyakit kronik. Urgh... ( mengeluh sesambil melipat kaki atas sofa.) Dahla tak tahu apa jenis penyakit. Kencing manis.. darah tinggi.. jantung.. (my sis standard la.. wakil bercerita zaman sekolah rendah. Ngan tangan2 dia hayun.)

Abah     : Dah x pernah check. Cuba pergi check sekali kat hospital. (sesambil memandang ke arah my sis. Ala.. abah. Taktik tu.. Nampak sangat dia nak suruh my sis gi buat medical checkup.) Nanti baru tahu kita ni betul2 sihat ke x. (pandang aku plak. Aku mengangguk setuju, xnak panjang kes.)

My sis  : Oooh.. biarlah.. (membeliakkan mata ke siling. Tu la, engkau jugak gatal nak start!)

Aku     : Tapi bah.. ada orang ni. Kalau dah check tu, bila doktor dah cakap awak ada penyakit ni penyakit tu. ha.. mulalah nak pitam. X pasal2 benda yang x kronik sekali kena masuk wad pulak!

Abah    : Ha.. erm... Selalunya macam tu la.. (ikut aku gelak sekali)

My sis  : Urgh... (dengan mata yang tetap terbeliak...)

Betul kan?
Kita rakyat Malaysia ni memang cukup prihatin bab2 kesihatan ni. Kalau kat kedai kopi tu, ada yang siap berkempen. Tu x masuk lagi herba-herbis yang habis gunung didaki semata2 nak cari.
Tapi pernah terfikir x untuk korang buat medical checkup? Terutama sekali bab2 penyakit kronik ni. Aku berani kerat jari bagi yang pernah buat tu.. mesti sebab korang pernah ada masalah kesihatan kan? Ada yang pernah buat sebab sukarela? Maksud aku disebabkan prihatin ngan kesihatan sendiri? 1 dalam 100 orang maybe? 

"Ala.. no hal la. Lagipun bukan penting sangat. Aku hari2 makan jaga. Exercise lagi. Xkan ada penyakitnya.."
Menyampah kan ngan ayat tu? Tapi nak wat camner. Memang tu la yang selalu kita dengar.

Aku sendiri pun kalau x disebabkan abang angkat aku yang busy body.. maybe sampai sekarang x buat lagi kut.. Tapi thanks to him, sekarang ni aku dah tahu apa problem dengan tubuh badan aku. 

Nasihat aku.. Jangan sampai sesuatu benda tu dah terlambat baru nak sebok. Masa tu xguna korang salahkan takdir. Tuhan dah bagi banyak masa untuk korang risaukan pasal benda2 ni semua. Bila hati dah rasa tergerak nak check, korang carilah maklumat2 berkenaan kat internet kalau rasa malu nak bertanya kat sesapa. Maklumat skang ni kat ibu jari jer uols.. Aku dulu pun masa mula2 dapat tahu pasal penyakit aku, hari2 aku mengadap komputer kat cyber cafe tau!

Last word from me,
It's not someone or something that can change you. It's you, yourself from within.
*Mana ntah aku jumpa ayat ni. Copy paste siap! Bye!*




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...