Pages

Monday, January 31, 2011

The Curious Case of Me [Part 1]



Flash! Flash! Flash! Flash!
Batsukara no sa
Kagayaku ashita e bakuhatsu pawaa~
Chou Shinsei~ Furrasshuman~~

><><><><><><><><><><><><><

Disebabkan lagu nilah semua kanak2 ribena yang sezaman ngan aku akan duduk mengadap tv petang2. Betul tak? Kerja sekolah malam baru buat. Nostalgia sungguh.

Lagipun dulu2 mana ada komputer bagai macam skang ni. So kalau kat rumah tu.. mengadap tv jerla kerjanya.. Kalau ada aktiviti luar rumah sekalipun.. Yang aku ingat dan suka main.. Bolasepak ngan bola kaki tiga. Hah! Jangan x percaya aku dulu main bola tau! Tapi bahagian menyebok depan pintu gol. Confirm boleh jaring gol free2 time orang kelam kabut punya. Hohoho!!!!

Tapi kenapa Flashman? 
Hak tu yang aku nak story skang ni.. Perbezaan zaman dulu dan sekarang. Tak dinafikan zaman skang ni semua dah advance. Kartun pun siap ada channel sendiri tau. Dulu2 kalau nak tengok kartun. Samada waktu pagi hujung minggu atau petang lepas balik sekolah. Iyalah.. channel pun ada 3 jer. Tv1, Tv2 ngan Tv3. So, memang tak banyak pilihan.

Tapi disebabkan tak banyak pilihan tulah, kartun2 zaman dulu orang masih ingat sampai sekarang. Sapa tak ingat Flashman.. Jetman.. Super Human Samurai.. Tomatoman.. dan banyal lagi. Even kadang2 ada mak bapak yang ikut join tengok sekali petang2. 

So sekarang ni aku nak compile beberapa citer kartun yang memang menjadi kenangan sepanjang aku membesar dulu. And one more thing, zaman dulu... semua cerita kanak2 dilabel sebagai kartun. Takder kategori2 cam sekarang ni ek! Buat sesak otak jer nak asing2 ikut kategori. Dush!!!

Kartun no. 1
Flashman, Jetman, Maskman


Kartun paling cambest zaman dulu2... Superhero kaler warna warni yang ada robot besar. Tipu la kalau tengah tengok tv ramai2 tu tak berebut kaler2 diorang ni. Paling menyampah bila time dapat hero pompuan. Cesyh!!! Paling best.. ramai2 meniru time diorang nak bertukar. Fevret aku... Maskman. Sebab diorang bertukar guna isyarat tangan. Hohoho.. dari depan tv berpanjangan la kitorang sambung episod sampai kat padang bola...

Kartun no. 2
Satria Baja Hitam a.k.a. Masked Rider a.k.also.a. Kamen Rider





Era2 tape dulu... Nilah cerita paling femes. Aku boleh duduk sampai 3 jam tengok cerita ni tiap2 hari. Terpesona gitu... Dan percayalah. Sampai sekarang aku xleh tinggal... Hahaha






Kartun no.3
Cybercop


Putaran Halilintar!!!!! Hohoho... jeritan paling popular zaman tu.. Robocop xmain la... Yang ni lagi hebat apa. Nak senjata? Masuk kad prepaid pastu tekan2 no kat public phone. Toing! Keluarlah case dari bawah tanah. Ha... Mana nak cari zaman sekarang ni.... rare gila tuh!

Kartun no. 4
Power Rangers




Adaptasi mat saleh dari siri Super Sentai. Tak silap aku first season kat Malaysia ni siar waktu petang. Dalam kul 6.30 maybe... Aku ingat lagi masa tu tv rumah aku rosak. So disebabkan taknak miss citer ni. Aku mintak ngan makcik yang ajar aku mengaji supaya alihkan waktu kitorang belajar dari belah malam ke belah petang pulak. 
Motif? Sambil2 mengaji tumpang tengok tv. Hebat kan? kecik2 otak dah bergeliga.




Kartun no. 5
Superhuman Samurai




Haa... kartun alam siber. Diorang ni tak bergocos (bergaduh) kat dunia nyata. Tapi kat alam maya. Hebat kan? 
Memori terawal aku pasal cerita ni? Diorang generate power guna gitar kut. 
Jalan cerita plak? Maap lah yer... Budak skola rendah. English pun tahap "Please teacher, may i go out?" jer.
 Ala.. janji hero dia cun dahla kan?!





Kartun no. 6
Big Bad Beetleborg


Haa.... pantang ada orang sebut perkataan metalik jer. Menatang ni wajib terlintas dalam benak aku. Walaupun versi Jepun tak berapa popular.. Tapi versi mat saleh memang boleh layan. Wira kumbang tuw!! Dahla dia buat ala2 kita baca komik. Memang gerek aaa zaman tu.....

><><><><><><><><><><><><><

Btw, kalau aku nak list kan semua kartun2 zaman tu dalam satu entry.. Sumpah panjang giler. Banyak la siot.. Ni pun aku tak taruk Gaban skali...  
Jadi sementara aku kumpul list untuk second part. Korang layan la dulu kenangan2 lama ni ek. Chow chin chau!!!

p/s : Aku doakan Zakir, Firdaus, Noniey dan seluruh rakyat Malaysia yang still terkandas kat Mesir tu supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Moga2 korang dapat balik, minum2 and share story korang ngan aku someday. InsyaAllah....



1 comment:

Anonymous said...

Hmm is anyone else encountering problems with the pictures
on this blog loading? I'm trying to find out if its a problem on my end or if it's the blog.
Any feedback would be greatly appreciated.

My website: just click the next webpage

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...