Pages

Tuesday, January 4, 2011

Manga Review :: Bakuman ::



Title : Bakuman (Jepun)

Profil mangaka : 
Takeshi Obata (pelukis)
   - Hikaru No Go
   - Blue Dragon
   - Death Note
Tsugumi Ohba (penulis)
   - Death Note
   - Profil dirahsiakan. Dikatakan mempunyai tabiat yang sama dengan
     karekter L dari siri Death Note.



Ringkasan : 

Mengisahkan tentang 2 orang remaja yang bercita2 untuk menjadi mangaka berjaya. Akito Takagi (pic kiri) merupakan seorang pelajar pintar yang mengenepikan keputusan ujiannya semata mata untuk meneruskan minatnya dalam dunia manga. Manakala Moritaka Mashiro (pic tengah) merupakan seorang pelukis berbakat yang mempunyai dilema untuk meneruskan keinginannya kerana dibayangi bapa saudaranya yang juga seorang mangaka berjaya tetapi akhirnya memilih untuk membunuh diri. *orang Jepun memang kuat stress kan?!* 
Kesinambungan manga ini diteruskan dengan pengenalan watak2 seperti Akira Hattori (pic kanan) sebagai editor a.k.a mamat bibir besar dan juga musuh ketat mereka Eiji Nizuma, genius yang berjaya menjadi mangaka hanya pada usia 16 tahun.
Akan tercapaikah cita2 diorang? Mashiro yang hanya akan berkahwin jika manganya berjaya diangkat sebagai anime.. atau Eiji yang memberi syarat akan menamatkan mana2 manga yang di mahukannya jika dia terus kekal sebagai yang terbaik. Hurm...



Yang best pasal citer ni dari aku

Manga berinformasi. Bagi korang yang biasa membaca manga dan teringin nak tahu macamana gerak kerja seorang mangaka. This is the best choice. A manga about manga. Plot yang x terlalu berbelit dan korang dijanjikan tiap2 minggu dengan 20 page yang berisi. Aku sendiri kalau baca manga ni confirm akan ter"ooo.." sorang2 dalam bilik. *bukan Kamen Rider OOO k. Ni "ooo.." baru faham maksudnya"

Yang xbest pasal manga ni jugak dari aku

Love story yang merepek. Takagi gila kahwin awal. Mashiro plak bercinta macam aku. *ehehe..spesies diam2 berisi la..* Dan macam aku cakap, 20 page yang berisi. Maknanya terlalu banyak dialog. Tapi kena la faham jugak kan. Ni manga tentang manga. so explanation memang ferlu. Lagipun dari pencipta death Note katakan.. Bagi yang x biasa, confirm lepas 5 chapter mesti surrender. Hohoho!!!

Sumber : wikipedia
              pembacaan sendiri :) *apa ngko ingat aku aku suka suki jer main copy paste?


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...