Pages

Friday, December 31, 2010

Farewell '10 and Welcome '11

Aku sebenarnya xder benda nak cerita kali ni. Pasal entry Tercekik tu.. aku dah buat dah sebenarnya. Tapi ada yang kena touch up sikit. Maklumlah, try gaya baru kan..
Sebelum terlambat. Tahniah pasukan bolasepak Malaysia sebab akhirnya selepas 14 tahun berjaya jugak kita bawak pulang Piala Suzuki tu ke Malaysia. Tak sabar nak tunggu ranking terbaru FIFA. Nak jugak aku tengok Malaysia maju setapak dua. Ni xlah asyik kena kutuk jer hari2. I think... Piala ni mungkin penutup paling bermakna tahun ni kan! Tahniah sekali lagi dari aku yg sejujurnya x tengok pun bola malam tu.. :)

Apa2 pun.. kita akhirnya dah sampai penghujung tahun 2010. Xsampai beberapa jam lagi, 2011 akan menjengah tiba. *baku gila ayat* 
Yang beria2 nak berazam tu.. tekad dah bulat ke? Ker kena postpone dulu....?
Bagi aku.. mana2 tahun sama jer. Kalau berbeza pun mungkin dari segi umur aku kut. Xkan la selamanya aku nak berlagak macam bebudak kan.. Umur pun dah makin lanjut. X gitu? *reminder : bab komik jangan sentuh.. tu sensitif occay..*

And for next year..
Nak cakap yang aku akan buat anjakan paradigma.. Xkot.. Kang x pepasal orang cakap aku sewel tetiba guna ayat tu kan! 
Yang pasti.. Aku akan berubah. Tang mana.. xtau lagi. Lagipun aku xnak buat janji yang memakan diri sendiri. Sumpah aku menyesal kalau buat cam gitu.

Pasal berblogging pulak..
Thanx kepada semua yang sudi support aku dari belakang sampai la ke depan. Nak cakap nama... malu plak! Tapi gasak jer la kan.. blog aku.
Dan terima kasih jugak sebab sudi beri cadangan2 bernas untuk  dijadikan ilham aku mencarut k! And to brader G, saya menulis just untuk suka2.. But I will try your idea one day. Adik janji!

Dan lastly untuk si dia... 75 hari lagi.. 
Ingat janji awak tu tau! Hikhik..






Sunday, December 26, 2010

Tercekik

Xmas day paling menggemparkan dalam hidup aku.
Kenapa?
Nak tahu?



Tunggu...
Entahlah... xder mood lagi nak menulis.
Tunggulah.. For sure aku akan cerita punya...

Anyway
Sementara menunngu mood aku datang nanti..
Korang enjoy la ek lagu yang aku letak kat sebelah tu
Creative by Leon Jackson.
Have a nice day ahead guys!

Friday, December 24, 2010

Ho! Ho! Ho! Merry Xmas everibodi..........

Merry Xmas to everyone!
X kira lah korang melayu, cina, india or orang asli sekalipun.. Just..

MERRY XMAS

Apa? Korang x sambut? X tahu apa nak buat?
Ala... biasalah.. 
Korang ingat aku pun sambut sangat ker? Aku pun sekadar greet kawan2 jer la..
Lagipun xder ongkos nak kasik2 hadiah wei.. Dahla Mesia xder salji.
Mana masyuk woo.. (Masa nilah aku jeles sangat kat Zee. Kenapa la dia kena send pic dia main salji kat aku..=.=)

And to my new best fwen. ^^
Selamat bercuti and jangan nak eksen2 k!
Taulah awak gi Gold Coast... stay kat Palazzo Versace lagi..
Sampai hati ngko ajak2 ayam aku ni ek?!
By the way... saya tetap nak baju sehelai k! (wahaha! muka x kenal lagi, ada hati nak demand!)

Xbest kan Xmas xder pic..
Nasib baik la masa trip KL aritu aku sempat gak snap2 kat mall yang dah meriah bagai ngan decor diorang.
So jom ramai2 kita buat ribut... Ehehe... :P

sayang xder salji.... ;(

tgok la aku.. sebok nak bergambar ngan plastik beg bagai.. hehehe.. kalah cik peah tau!
ada co star plak.. sebok duk menganga.. haish...

Brigap..fotografer yg sebok mengushar awek kat tingkat atas.. huhuhu..

Oh oh x ingat..
Masa Skyping smalam, Zee ada tanya aku, "kalau Santa tu benar2 wujud.. apa awak nak mintak ek?"

Jawapan aku ada dua tau..
Pertama.
Saya nak 50 million dolar. Dikecualikan cukai. Dolar tau.. Ringgit xmo. Ckit. And then saya akan divide kepada 3 bahagian. 20 million untuk beli saham ker hapa. Another 20 million dolar untuk saving. Swiss bank of course.. Dan 10 million lagi tu untuk aku enjoy ngan semua orang yang aku sayang.
Okay x? Reaksi zee xyah cakap la.. Mencuka jer memanjang. Hahaha..

But the truth is.. 
Asalkan aku dapt tengok orang2 yang aku sayang tersenyum. Tu dah kira hadiah terbaik buat aku. Please.. jangan buat diorang suffer macam aku. It hurts me inside dear Santa.

Wah!! Tiba2 emo.. 
Baik aku main bunga api. Hohoho..
*err.. boleh guna lagi ker stok raya aritu? Ish.. xnak la ambik risiko kena check in hospital...*


Thursday, December 23, 2010

Christmas Song

Kalau korang ni kaki yang suka merayap kat shopping2 complex, for sure korang dah boleh dengar lagu2 Christmas rancak diorang pasang kan? 
Xcukup dengan tu.. decoration mak aih.. Kalah negeri mat saleh yang ada salji nuh!
Nasib baik pakai aircond. Kalau x.. Fanas dik oi.. Fanas!!



Aku pun macam biasa la.. Mesti ada benda nak menyebok kan..
Walau x sambut tapi aku still xkan lepaskan peluang untuk wish kawan2 aku. And for that, aku dah standby 4 buah lagu tau!
Hehehe...


N Sync - Merry Christmas Happy Holiday
One of my favourite Christmas song. Kiralah, dari darjah tiga lagi aku dengar lagu ni tau. Lama siot! Sapa x kenal NSync kan? Sohor zaman aku memuda dulu.. *perasan!* Tapi kan.. kalu korang tgok video klip dia.. Ya ampun.. Cam bebudak! Justin ngan Jc baru akil baligh katakan... =)

Cascada - Last Christmas (original version by George Michael)
Dua2 version pun okay sebenarnya. Tapi bagi 'jiwa muda' cam aku nih.. Of course aku prefer Cascada. Hot gila tuh! Lagipun arrangement music dia lebih upbeat so walaupun lirik dia tu agak romantik.. tapi still korang boleh menari ala2 kat disko la.. *kawan aku cakap k! aku tulis jer nie..* 

Mariah Carey - All I Want For Christmas Is You
Lagu paling popular dalam list aku. Mariah Carey tuh! Xsilap aku 8tv pernah guna lagu ni untuk promote diorang punya Christmas show. Personally, aku just suka bahagian chorus lagu ni. Tapi yang buat aku melekat nyer.. cuba korang bukak MV dia kat youtube. Then you know. *senyum sorg2 ngan niat x berapa baik*

JYP Nation - This Christmas
Mengumpulkan antara yg terhottest dan terlatest untuk nyanyikan lagu ni. Sapa xkenal Wondergirls, 2pm, 2am, Miss A and of course Mr Park Jin Young. Big name dalam Korean Ent. Industry nih!! Well.. korang x kenal pun xpa.. Janji aku minat dey all dah. *Hahaha* 



Dan kalau korang rasa bosan sesangat nanti. Boleh lah ushar2 kat youtube k!
Layan lah dulu ek! Xkesahla korang agama apa pun.. Anggap jer ini satu keraian bersama kengkawan. As long as kita tahu adab dan batas kita sudah!

So, another entry gonna be out dalam..malam Christmas (maybe?) Is Santa gonna come to town this weekend?
We'll see...^^


And by the way.. Background aku tu kan..
Kadang2 nampak menarik tpi bila aku pandang lama2..
It's quite creepy rite? Uffff...

Monday, December 20, 2010

:: An Anniversary to Celebrate ::


Xsangka! Dah setahun rupanya blog aku ni!!
Macamana boleh x ingat langsung ek!?
Wake up ZAKIYUDIN...

*Ala...*
*Bukan besar pun.. setahun baru...*
Wak lu?! Kalau x setahun.. Dia xkan jadi 2, 3 tahun tau!

Sempena ulangtahun (lewat 3 hari..) pertama blog nieyh..
Aku nak kongsi satu rahsia ngan semua orang..
Nak tahu apa dia?
*Nak!!!!*

16.03.2011
Aku plan nak sambut besday aku ngan Zee!!!
Hooray!!!


InsyaAllah kalau xder aral melintang. Awal bulan 3 dia akan balik.
And yes!!
I'm the happiest person on the planet rite now!
Hohoho!!

For this blog...
Aku harap aku akan mampu untuk terus mencarut serta mencoret kat sini.
Xnak dah jadi cam dulu2..
Bukak blog paling lama bertahan pun 6 bulan jer..
Hahaha!!!

And to those who happen to read or fall in love with me.. *eheee..*
Thank you.. Koranglah kawan TERBAIK buat aku.

Mungkin ni bukan blog paling cambest ngan macam2 template..
Honestly, this is me inside. So hope you enjoy the ride with me k!

To Infinity and Beyond!!!!!




Sunday, December 19, 2010

Love, Hype & Prank ^^

Lama sangat dah rasanya aku x buat entry pasal lagu kan? 
Dulu bukan main semangat lagi. Hehehe... Kes hangat2 tahik ayam gamaknya kot..
Well, disebabkan skang ni aku terlampau yang amatnya free. Aku rasa sempat kot nak tambah koleksi aku. Kalau nak dikira sebenarnya pun.. Aku ni jenis pantang ada lagu baru. Confirm aku cekau! Tapi part nak menambah + menulis dalam blog ni jer malas... 

Xnak mengok ngek pepanjang.. So jom kita join Dora!! *ki ki ki.. ki ki Dora. ki ki ki.. ki ki Dora.* entah betul ke x.. Ikut telinga aku dengar jer dowh...












Ahaks! xder motif.. tetiba nak upload pic Dora lam entry ni..


Part kali ni.. aku xnak upload lagu yang latest2 jer. Mana syok kan? Kadang2 bagi la peluang skit kat lagu2 lama.. Kadang2 boleh membangkitkan nostalgia gitu.. 
Disebabkan minggu depan krismas.. There's gonna be another entry dalam sehari dua lagi. So hari ni.. Aku akan divide pilihan aku kepada International, Asian & Malaysia. Kira sama rata lah.. Ni asyik2 lagu mat saleh.. X best gak kan?

So shall we begin guys? Ehehe.. perasaan cam buat skrip game show jerk.. Hik3...

International choice
Mcfly - All About You

Kalau nak diikutkan lagu ni. Aku terpaksa track balik sampai ke tahun 2005. Lagu ni pasal bercinta (again..) dan aku memang suggest sesangat kat pasangan yang baru nak bercinta.Cute seyh lagu dia. Bagi yang kaki Korean show cam aku nih, maybe diorang akan perasan yang lagu ni actually ending song for Invincible Youth, G7. Kalau xcaya, ngko search lagu ni kat youtube, tgok part comment tu. Confirm ada sebut pasal show ni. Personally.. first part lagu ni.. memang kenangan buat aku. Even tengah menaip ni aku senyum sorang2 tau!

Asian choice
GD & TOP - Knock Out

What can I say.. Korean wave is coming bebeh!!!! *bush..~ bunyi ombak hempas pantai..* 
Jangan mengaku suka Korea kalau x kenal 2 mamat ni tau! Style icon merangkap rapper group Bigbang. Lagu ni dimuatkan dalam album diorang yang merupakan projek permulaan comeback Bigbang. After this, Seungri akan release digital single dalam Januari before Bigbang full album on February. Tetiba melalut ke lain. Ehehe..
Actually diorang release lagu lain as 1st single. Tapi lagu ni adalah 1st song yg diorang perform kat YGconcert. Senang cerita, korang search pastu dengar. Aku siap download dah video dia tau! HD lagi..
One more thing.. dalam picture tuh korang perati kat kasut. Bak kata kawan aku kat youtube, "Yeah.. that's Louboutin!" 

Local choice
Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
Bak kata  Rashid "Ala dik.. lagu yang ada sorang jadi setan tuh.." and yes.. Dia maksudkan part yang Altimet rapping tu. 
Aku ni bukanlah peminat lagu2 Ana Raffali sebab bagi aku dia banyak komplen (ala.. suara ala2 mendesah tu..) kalau tgah menyanyi. Tapi sapa x kenal Suhaimi Mior Hassan kan? Top dulu tuh!! And this song.. seswai kalau nak nyanyi kat majlis2 orang bertunang. Xgitu? 
Aku pun pernah try gak skali menyindir guna lagu ni. Masa tu kitorang makan kat satu kedai makan ala2 dalam taman la.. Sekali ada satu couple ni dok meja paling hujung tersorok ckit. Aku pun hapa lagi.. Start melalak la oi!! Nak tahu apa diorang buat lepas tu? Cepat2 bayar pas tu blah! Hahaha.. sukses plan aku malam tu. Tapi korang berani tak? Try buat macam yg aku buat sekali. Nasib buruk korang kena belasah! Hahaha!!!


I know.. melainkan part tajuk lagu tu.. benda lain aku banyak mengarut kan? Tapi biasalah.. xkan aku nak cerita semua benda kat sini. Pandai2 la korang cari kalau rasa berminat nak dengar. Aku just bagi suggestion jer. Next, aku nak upload lagu Christmas plak!
So korang tunggu...... ^^

:: New Year Celebration. Countdown Part 2 ::

Dalam masa setahun ni.. macam2 boleh terjadi kan?
Well... life. Kalau pelik sekali pun, pasal kita jugak. X gitu?

Now
Let me present to you.. Gambar2 kenangan aku sepanjang tahun ni k!


Picture pecah ofis 1
Masa kat Hostel.. I think masa ni.. aku baru beli handphone baru. Konon2 nak try camera la.. 
Tapi tengoklah muka ku itu.. 
"Muka bukan main suci + cute + sexy (?!?) tetap ada gak nak buat jahat kan?"
Kesian...






Picture pecah ofis 2
Sumpah kalau bukan ni my 'personal' blog, mampus aku x upload pic nih!
Tengok la rambut aku tuh.. Berkilat che Gayah oi... Dahla time ni kul 3 pagi!
Nak wat camner kan.. Kerja..
Tapi tang cute tu tetap hada! Hohoho!!




Picture pecah ofis 3
Masa memula berhenti kerja.. Series. Masa ni memang hensem! (ikut kepala otak aku la..)
Masa ni dalam keta my sis parking depan kedai somtam fevret aku. Sempat lagi aku pose gitu..
I miss my short haircut..  Dan kalau perasan.. Rambut aku kaler merah sikit kan? Kiranya fasa perubahan dari hitam berkilat ke merah menyala la ni..^^



Picture pecah ofis 4
Masa raya ngan my sis..
Dahla orang tengah ramai! kitorang sebok plak nak bergambar!
Hahaha!!
Ikhlas aku cakap.. raya tahun ni.. spesial ckit. Why?!
Erm... aku memang lama dah x beraya sehari suntuk.  Busy kan u olls..




Picture (2x) pecah ofis 5
Actually rambut aku skang warna Red Rose. Yang ni.. pic masa aku baru bleach..
Kaedahnya.. kalau nak warna yang korang nak tu betul2 timbul.. bleach dulu, bukan main gasak letak jer k! 
Tapi ya ampun!! Makin lama aku tengok pic ni makin nyampah! 
Nampak sangat kening aku tu hitam lebat! Hahaha! Nasib semalaman jer aku bleach. Kalau x.. sah2 sebijik cam musang!






Picture pecah ofis 6 (co star, Brader G set 'debe' pintu geng)
Haa.. Tada!!!
Nilah colour rambut yg aku aim! 
Merah gitu kan..
But hey?! Xkesahla.. janji aku happy kan?





Picture pecah (muka!) ofis 7
Pic menuju puncak... bukan AF yer.. tapi puncak Bukit Jalil gitu.. 
Damn! Pengalaman paling ngeri pernah aku alami selain daripada kena tahan masa teman kakak aku gi Pattaya 3 tahun lepas! Serik siot!!
Actually pic ni masa aku tertinggal bas ke Johor aritu. Masa majlis kahwin my sis punya sister. Nasib dapat cover line kejadian menyayat hati ini... 
Hohoho!!!!






Tapi ni cuma cebisan jer.. Aku sebenarnya x dapat nak locate semua pic2 lama aku. Berterabur kat Myspace, Hi5, Tagged, Twitter and bla2 lagilah! kat flickr pun aku x check lagi nih.
But at least this is my story rite.
Setahun penuh ngan jerit perih nak mematangkan diri. 
Dan skang ni.. my newest look.. Hohoho!!!


Sori gelap ckit. Webcam kan mangkuk.. Standard dia dah..
Pic dalam bilik sambil2 test kamera nak skype. Ehehe..
Spek tu beli masa holiday kat Penang. Cute x?
For now.. Aku just trim jambang aku. Xnak la buang terus.. Sayang..
Rambut plak aku nak colour sekali lagi. Tapi tgoklah kalau 'kerja' aku mengizinkan. xpun.. aku akan balik ke warna hitam. Pepehal.. yang sure, mesti PANJANG gitu..


Friday, December 17, 2010

:: New Year Celebration. Countdown Part 1 ::

Alamak! Dah nak habis tahun la..
Ish.. azam tahun ni dah capai target ke hah?!
Eh.. jap2.. Aku pernah buat azam ker selama ni? Erm.. skali jer kot.. yang hitam putih. Tu pun masa dapat promotion kerja kat KFC dulu...
Hehehe.. nak tahu apa aku tulis? Jap2 nak review balik otak ni..


"Saya berazam akan menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi disamping membantu pihak pengurusan untuk menyampaikan perkhidmatan paling baik kepada para pelanggan. Saya juga berjanji akan terus meningkatkan pengetahuan dalam semua bidang berkaitan demi membantu melancarkan tugas yang telah diamanahkan kepada saya."

Siap2 tulis, sekali Training Officer aku cakap "Ki, tulis dalam bahasa inggeris ek.." 
?!?!?!?!
Dey tambi! Apasal x cakap awal2? Dah la susah payah otak aku nak karang 2 ayat ni! Sekali kena translate plak.. Tapi aku pun satu hal. Dah tahu form tu dalam English, apasal la gi tulis Melayu lak. Hadoi... Korang translate la sdiri ek! Malas aku nak ketuk keyboard ni lama2. :P

Okay.. back to AZAM. Lagipun kisah tu cuma secebis pengalaman lalu diriku ini... *ting tong jap* 





Actually, aku x rasa keperluan azam untuk diri aku sendiri. Bukan maksud aku nak menidakkan azam2 hebat cam.. 'Tahun ni azam nak seberang sungai Golok seminggu sekali' atau.. 'Tahun ni saya azam nak cari kekasih halal, xmo2 dah mek2 kaki kikis ni semua. Buat habis harta jer..' Tapi dengan cara pemikiran aku yang selalu terpesong ni, mungkin azam tu akan jadi benda main2 untuk aku. Lagipun aku ni bukan jenis suka ikut plan. Setakat buat tu pandai la. Hohoho...

Tapi kalau kita xder perancangan langsung x kena jugak kan. So, my priority rite now, to get a job. Ya.. anda x salah dengar.. Zakiyudin memerlukan pekerjaan akhirnya. Hua3!! Hapa engko ingat 24 jam mengadap tenet ni boleh buat duit juta2? Tengok kaki la dulu beb.. setakat nak mengetuk kat dalam blog ni, bolehla...

Satu yang menjadi dilema aku sampai sekarang ni. Aku xder modal. I mean... kenderaan. Susah la nak mengushar kerja ni. So, for the time being, aku nampak satu jer depan mata aku nih. 7eleven.


Tempat kerja dekat. Jalan kaki pun x sampai sepuluh minit. Lagipun grooming diorang macam ala2 supermarket punya staff. Bagi yang x paham, sila bandingkan grooming pekerja kedai makan especially fast food ngan pekerja supermarket k. Nampaklah bezanya nanti..

Jadi skang ni.. apa2 plan mesti start dengan kerja. Dan 7E tu.. InsyaAllah dalam seminggu dua ni aku akan pergi ushar. Sebetulnya.. aku xnak orang tahu yang aku nak mintak kerja kat sana. Aku takut my sis x berapa berkenan. Maklumlah.. aku ni sebenarnya WANTED gak la area ni. So xnak la nanti ada org gi kacau tempat aku kerja tu. Dahla skang ni ada budak gila tengah riki2 hal aku kat KFC. Ish.. kerja x berfaedah lansum!

Senang cerita, aku kira azam hujung tahun aku bagi permulaan tahun yang lebih GILA, GEMPAK, HAPPENING dan lagi  VOGUE *haha!!* akan bermula dengan KERJA. No work, no money, no talk. Betul x?  


Monday, December 13, 2010

:: The e(X)tra Factor ::

Dan tahun ni adalah tahun yang hebat untuk aku!
Why?
Sebab Matt Cardle menang X Factor seyh!!!



Okay... Maybe aku terlampau 'meriah'. So what?! Ada aku kesah? Hehehe..
Actually aku memang kipas susah mati show ni. Compare ngan American Idol... Aku rasa format X Factor lagi best. 4 group dengan 4 mentor berbeza. Penyingkiran pulak dibuat oleh mentor a.k.a judges berdasarkan bottom two oleh voters. So semua orang kena deliver. Xmain la guna catchphrase 'world world' nieh.. Budak kampung boleh la layan... Hohoho... 'Manggak sungguh aku hari ni..'

So, enough pasal show ni.. Kalau nak baca lebih2, sila ke X Factor UK punya website yer. Letih nak menulis.
Back to this year winner.. Matt Cardle. Mamat painter yang suara ala2 vokalis U2, Bono. I mean, 'ala2' jer ek. Mula2 aku ikut mamat ni masa dia perform untuk audition. Masa tu dia bawak lagu Amy winehouse, You know I'm No Good. Pergh!! Best siot.. Seminggu versi tu aku pasang dalam player laptop aku.

Masa dia perform Hit Me Baby (One More Time). Damn! Berhantu siot..

Terus terang la.. Kalau nak cakap pasal Matt punya performance, sah2 esok pun x habis. Memang tiap2 minggu best. Kena pulak lagu2 high note. Uish! Memang terkeluar anak tekak aku nak mengikut! Tapi bagi jenis mamat mellow.. try dengar lagu First Time Ever (I Saw Your Face), sah2 boleh mengalir air mata. Ada soul gitu.. Hohoho..

Aku sempat gak baca komen2 kat twitter. Especially kawan2 aku yang dok kat UK nu. Diorang komplen yang tahun ni punya finale nampak x meriah. Macam tahun2 lepas, finale akan buat minggu Krismas. Tapi tahun ni diorang awalkan. Format final pun diorang tukar memandangkan second night baru diorang buat elimination untuk third place. 

Tapi bagi aku. Lantaklah dia nak buat macamana pun. Janji aku kat Malaysia ni boleh tengok suda. Ala.. Strategi diorang. Tengok cam tahun lepas. Winner single kalah kat Rage Against The Machine untuk Christmas Holiday Chart. So tahun ni diorang awalkan jer la skit. Kut2 xder chance pulak next week. Ehehe.. Tapi aku tetap percaya single Matt akan tetap #1 walaupun dalam Chritmas week. Yakin nih!!!

Danii Minogue, lady in red. Memang gorgeous gila minah ni!

Pasal chart tolak tepi. For now, just wait for his full album. Walaupun aku ni jenis xkisah sangat bab2 ke'originali'tian ni.. but for Matt. Aku akan beli cd yang ori. Hohoho.. Tu pun kena tunggu duit cukup la.. Kalau idak.. bersepai aku kena bebel... For Matt, hwaiting! Eh silap.. Korea plak.. Pembetulan2.. 

For Matt, you are awesome! 
Masa nak menghafal When We Collide bermula... Aush!!!

Thursday, December 9, 2010

Bila Aku Try Jadi Bomoh... ?!?

Kutu kucing... Erm.. binatang halus yang ada kat celah bulu2 kucing. Terutama sekali kucing terbiar. Binatang ni biasanya susah nak tangkap. Maklumlah.. diorang ni expert berlari celah2 bulu kucing tu..
Bagi orang yang biasa dengan binatang ni.. terutama pemilik2 kucing yang x suka binatang ni ada kat kucing mereka. Operasi2 ops banteras kutu kucing ni memang selalu dijalankan. Ada sesetengah tu sampai terkeluar air liur sebab syok sangat. Hahaha!!

Apesal dalam mood2 tengah down ni.. Aku bercakap pasal kutu kucing plak? Sebabnya..


Haa.. nampak kat tangan aku tu? Tu lah angkara kutu kucing. Habis gatal2 tangan aku!
Sebenarnya kejadian menyayat hati ni berlaku masa aku ke KL aritu. Kitorang stay rumah adik my sis. At first memang xder masalah. Tapi masuk hari ke4, damn! Seluruh tubuh ni gatal2. Mula2 aku ingatkan gatal kena gigit semut ke hapa.. So aku buat dunno jer la..

Tapi masa hari last kitorang stay sana.. Barulah aku tahu rupanya bukan aku sorang jer yang kena. So masa ni barulah semua mengaku. Tapi aku ni jenis keras kepala. Setakat gatal2 ni.. Biasalah kan. Lagipun sekali sekala.. Kata aku lah..

Jejak jer kaki kat Kelantan, my sis ngan aku pun terus la cari klinik. Kalau nak ikutkan aku.. Tahan jer la sehari dua. Lagipun ala.. gatal jer.. Bukan boleh bawak mati pun. Eheee...

Dipendekkan cerita, malam tu sekali kena suntik daa... Dahla kat punggung. Tapi nasib doktor tu pandai main angin. Xterasa pun kena cucuk. Kalau x sah2 mulut comel aku ni menyumpah!

Lepas tu kitorang usaha pulak cari sejenis daun ni, daun laksamana. Orang tua2 cakap, daun ni memang mujarab nak menghilangkan gatal2 kat badan. Aku pun usahalah cari. Dahla masa tu kul 2 pagi. Gila jadah terhendap2 dalam gelap. Sekali tengok macam toyol plak aku aritu. Hahaha!!!

Tengok yer anak2.. Macam ni  la procedure nak mandi bunga... Hahaha!!


Sekarang ni dah hampir 2 minggu berlalu dan gatal2 tu pun dah hilang. Tapi yang menyampahnya, parut tu.. sakitnya hati..
Nasib la aku jarang keluar rumah. Malu siot! Tangan macam orang kena AIDS! Xpun mesti orang cakap aku kena gigit hantu! Damn!

Skang ni.. Adik my sis memang giat buat operasi kat rumah dia. Setakat ni dah 2 kali diorang buat fogging kat rumah tu. Kesian jugak la kat dia.. sampai terbatuk2 skang ni. Dahla semua jenis sofa. bantal, kusyen dia buang. Banyak la nak guna duit lepas ni... Maa pulak plan nak sambut Krismas kat sana. Alahai... kena tahan lagi la aku......

ketuk2 : Damn! Banyak sangat artikel serius sehari dua ni. I need a joke please!! Argh!!!

Wednesday, December 8, 2010

Make Way For Noddy.. (Noddy!!)

Belek2 balik blog aku ni..

Rasanya entry aku sehari dua ni memang lari dari motif asal aku.
Tapi xbanyak la.. Kiranya kalau buat jalan tu..

'LENCONGAN DI HADAPAN'

Hahaha!!
Wahai jiwa kembalilah engkau..
Ceh!!!
Mintak jiwa konon! 

Thanx to my 'juwita'. Walaupun last sekali aku jumpa dia masa form 3. Tetap x berubah.. Selalu jer menyenangkan hati aku.

Thanx my friend!

Dun wori..
Kali ni xmo dah sedih2! Semua entry aku mesti bab2 hepi jerk k!

Kalau x hepi.. Aku buat lawak bodoh guling2 ker hapa.. Kasi hidup sikit gitu...

Bagi yang terasa.. Maaf.
Mampus gi ah! At least kat depan.. SENYUM SOKMO!

Hehehe...
Jenis aku ni.. x reti nak berdendam. Sekali curah air.. Padam la..

Motif aku tulis besar2 ni pun just sekadar nak jimatkan masa. Kalu x mesti panjang aku nak membebel. Kang x pepasal x siap 2 3 entry yg kena submit tu plak!

Skang ni.. Aku cuma nak ucap
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH SEMUA!

Gambar lepas habis kerja. Dahla minyak ayam melekat lagi kat baju tu. Hahaha!!

Tukar lagu balik! Hooray!!!!

Tuesday, December 7, 2010

(Tear)Drops Of Jupiter

Apa korang akan buat bila dapat mesej macam ni.

"Aku keluar dengan diorang ni. Ngko xpayah ikut lah. Lagipun engkau x ngam ngan diorang kan."

?!
Kena pulak masa tu korang  dah bersiap2 nak join sekali. Dan.. jarak korang dengan penghantar mesej tu cuma 5 kaki jer.
?!?!?!



Kalau aku?
Berdiri depan cermin.. senyum sorang2 sambil menitis air mata. Lepas tu tampar pipi bebanyak kali.. sesambil otak mengeluarkan cas berbunyi.. 

"sabarlah ki.. kau patut dah jangka benda macam ni akan jadi jugak. Ala.. nasib badan. Be happy k! Lagipun bertimbun lagi kerja kat rumah ni.."

Hahaha.. Betul... dan tu la yang aku buat. Kemas rumah.
Lagipun adat menumpang.. terima jer lah..

Dan kalau x memikirkan nak jaga hati orang. Aku lebih rela x makan. Biarlah aku berlapar. At least aku akan tidur. Dan waktu tidur tu.. xperlu aku nak pikir pasal benda2 ni.

Tapi lain orang lain cara dia handle keadaan macam ni kan? Tapi ingatlah..
Sebijak mana ngko berlakon pun. Rasa janggal tu tetap akan wujud. 
Mungkin korang akan cakap cam.. "xnak la ikut.. aku nak tengok cerita best ni.. sayang kalau terlepas.." Tapi rasa kekosongan ditinggalkan tu tetap akan ada kan?

Xnak cakap orang la.. Aku sendiri pun xreti nak handle bila benda dah jadi macam ni.
Sebab tu aku lebih suka duduk diam dalam bilik bila hal2 macam ni berlaku. Buat apa aku nak pergi tayang muka kalau setakat hati aku bernanah menahan airmata kan? 

Masa ni.. aku x mengharapkan orang memahami aku. Tapi aku mintak tolong satu jer.. JANGAN PARAHKAN LAGI KEADAAN. 

Aku dah xder tempat nak tuju. Mana tempat aku boleh menumpang kasih sayang. Aku cuba masuk. Kalau aku merengek satu dua perkara tu.. Bukan bermaksud yang aku xpuas hati or what. Cuma.. I need somebody to share my story. If in case benda tu melampau. Tegur jer aku ni.. Xperlu la cerita aku disampaikan kat orang lain plak.. Bukan aku xsuka.. Tapi.. pikirla.. Kalau ngko xboleh tahan dengan cerita aku.. Kau fikir orang lain boleh ke?



Skang ni.. memang semua keputusan yang aku buat aku fikir pendek jer. Aku xnak beban dalam kepala otak aku ni bertambah.. To be honest here.. Kalau x memikirkan yang bunuh diri tu satu dosa besar, percayalah. Itu sahaja pilihan pertama aku sekarang.

JibamJaduya. August 2005
Last edited 101207/2.16AM

Monday, December 6, 2010

:: Trust Can Take Years To Build, But Only A Second To Break ::

Pernah x korang rasa dikhianati?

Xkira la ngan sesiapa pun.. Family ker.. binatang peliharaan korang ker.. Kawan2 ker.. Apa jerlah. Asal dalam fikiran korang.."Aku dikhianati".

Aku sebenarnya nak ketawa.. Iyalah.. fikir2 balik.. Bukan first time kena pun.. Tapi bila dah family sendiri pun buang dan dah xder sesiapa lagi yang boleh bergantung.. Impak dia tu terAMATlah hebat. Bukan aku nak mereka cerita.. Tapi memang tu realitinya!

Imbas2 balik.. Kebanyakan kes aku ni.. melibatkan kawan. Ya... KAWAN. 


Dulu.. tpi xnak la sebut nama.. Aku ada seorang kawan yang memang 24 jam berkepit. Kadang2 sampaikan orang pikir aku bercinta pulak ngan dia. Wak lu! Dahla dua2 jantan!

Kitorang boleh ngam pun sebab dia banyak bantu aku. Kalau aku short staff ker hapa.. Dialah antara bantuan pertama aku. Aku pun kalau tengah2 bulan memang selalu la hulur bantuan kat dia. Maklumlah aku ni kan pemurah.. Hohoho!!!

Tapi semua tu berubah bila dia dah pandai bercinta. Makwe dia plak kamceng aku jugak. Aku rasa aku pernah tulis entry pasal diorang. Tapi x ingat kat blog mana satu.. Hadoi.. 
So, bila dia dah start pandai bercouple ni.. Semua benda dia dah start buat acuh x acuh. Sampai satu tahap.. Aku pernah sound dia sebab dia mintak emergency leave. Kononnya ada masalah keluarga. Tapi aku jadi berangin satu badan bila aku dapat tahu yang sebenarnya dia pergi berkelah dengan makwe dia! Dahla aku short staff. Boleh dia buat benda2 begini kat aku!?



Start hari tu.. memang aku xtegur langsung diorang. Kalau biasa dia panggil aku ngan nama 'adik'. No more after that bebeh! Dalam kerja.. panggil saya 'Sir', kalau kat luar... mampus aku x pernah tegur!

Tapi tu kes dulu... Dan lepas aku berhenti kerja, memang xpernah pun aku terserempak dengan diorang. Benda yang amat aku bersyukur sampai sekarang.

Tapi tu cerita dulu.. cerita masa aku still ada keluarga untuk aku share story aku ni..
Erm.. mungkin Tuhan nak bagi peringatan kat aku kut.. It happen again baby! 

Dan perasaan aku skang ni.. Bercampur aduk! Nak menangis.. nak marah.. buntu.. nak ketawa pun ada tau!



Iyalah.. dah selalu kena.. Nak menangis tu sebab orang yang aku percaya gagal nak pegang amanah aku. Nak marah tu sebab rasa tertipu! Buntu pulak sebab aku dah xder sesapa yang aku boleh nak berkongsi perasaan aku masa ni.. And part yang nak ketawa tu.. Hello?! Kena lagi? Xserik ker Zakiyudin... 

Skang ni aku cuma boleh menitiskan airmata dalam hati jer... Kalau nak bercerita pun.. Mungkin kat Naz ngan Abng Ajib. Tapi mesti orang cakap.. "Xserik2 jugak budah nih..".

Tapi dalam fikirang aku sekarang.. Benda ni dah jadi beban and I need to share it with someone. Bagi 2 insan ni.. To be honest.. aku xpernah lagi bertentang mata ngan diorang but what can I say. Lebih baik percayakan seseorang yang x dikenali daripada orang yang duduk di sebelah, tersenyum tpi menikam kita dari belakang kan?

All I want to do is kick your ass. But my mom raised me better!


Monday/12.10 am

Saturday, December 4, 2010

The Girly (geli) Show...

Sebelum mood aku bungkus.. Baik aku start menulis apa2. Kang x pepasal kena layan Ulek Mayang semata2 nak cari ilham. Tapi sori ek.. Aku x tgok cerita sengal kat tv3 tu.. Baik aku layan the original story. Masyuk woo...

So first stop. America's Next Top Model cycle 15.

Cycle yang bagi aku biasa2 jer.. Okay, maybe diorang upgrade prizes daripada jadi covergirl untuk Seventeen ke Vogue Italia. Tapi tu jer ke? Yang lain2? Kenapa still kontrak ngan IMG Model? Apsal x Elite Model Management balik? Maybe diorang takut nanti x nampak sangat Amerika kot. Ala.. lagipun Elite dah ada Giselle.. Setakat ngko menang ANTM, xheran la....

Aku ni kiranya die hard fan jugak la.. Tiap2 cycle aku tengok. Kat mana aku boleh kutuk, aku masuk. Kena plak tang2 contestant yang aku menyampah out. Ha... bertambah2 rajin la tangan aku menaip. Habis semua benda aku kutuk! Hohoho...

For my love, Ann. (Chewah!!!) Congrats sebab menang. Xsia2 aku bergaduh kat forum. Hehehe..
Dan disebabkan tu jugak lah aku melekat tengok cycle kali ni. Kalau cam dulu2.. aku skip la jugak! Nak2 pulak time my favorite contestant struggle. Oh no.. xsanggup den nak tengok! Hehehe...

Kiranya kali ni dendam aku terbalas jugak la.. Dari cycle 12 sampai 15.. 2 jer favorite contestant aku menang,  Ann ngan Nicole from cycle 13. Tapi dua2 yang kalah tu.. nak wat camner.. Maybe Tyra bias sebab finale diorang ngan contestant kulit hitam kot.. Sapa tahu kan! Me? Aku serkap jarang pandai ler...

My Ann!!
Sumpah kalau aku ade makwe hot camni.. Hari2 aku naik KBMall! Hahaha!!

Makwe aku from cycle 12, Allison. Mulut dia cam tweety. Seswai ngan aku, Garfield. Hehehe..Aum!!

Wallpaper laptop aku untuk 3 bulan. Nicole cycle 13. And yes.. dia menang!!!!

Raina.. Kalah dalam previous cycle. Bibir Angelina Jolie + muka Liv Tyler. Perfect!

Next cycle? Apa pulak Tyra nak letak ek?! Maybe... covergirl Majalah Ujang kot... xpun Gila-Gila. Tapi.. ada lagi ker Gila-Gila skang ni ek?! Ahh.. xkesahlah... Xsabar nak tunggu Ann punya cover for Vogue Italia. Nasib x jual kat Mesia. Kalau x.. aku beli buat collection. Hohoho.. Iyalah! Dah nak baca x pandai! 

:: I'll Be Back ::

Leave me and Zee alone! 
Enough with the comment! 
Macam la aku mintak semua ni.. 
Stop sebelum aku delete nama korang dari friendlist aku!

Konon2 nak tulis macam ni la kat fb ngan twitter. Kasi tunjuk taring sikit.. Tapi iyalah.. Jahat2 aku.. ada benda aku kena mengalah jugak kan...
Xkan 24 jam aku nak menang... Bagi peluang kat orang lain jugak kan.. Hehehe..

Cukup ngan drama 'Dingin malam bersyahdu sepi' itu.. Lama gila aku xmecarut balik kat blog ni. (Bagi aku.. 3 hari tu pun lama dah k..) Iyalah.. susah gak kalau jadi regular contributor blog orang ni kan! Yang sendiri serabai jer memanjang! Hahaha....

So.. cam biasa.. Rutin harian pun xbanyak berubah melainkan waktu memerap kat bilik yang lebih panjang. Ala.. sekali sekala. Lagipun lama dah xmoody cenggini. U know me...

Kepala aku ni sebenarnya sarat ngan benda2 mengarut nak mencarut ni. Tapi maybe next time kot. Tapi sebab xnak lupa.. Antara benda2 best minggu ni..

  • ANTM tamat dan Ann menang! Yuhuuu!!!

  • Matt Cardle ke separuh akhir Xfactor UK. Xmacam tahun lepas. Semua favorite aku bungkus kain baju awal..

  • Naruto ngan perang ninja ke-3, Bleach ngan new arc and Reborn ngan Tsunayoshi battle. Damn. Its hot!
  • Kamen Rider OOO third combo! GataKiriBa, RaToraTa, and SaGoZo. Next stop ShaUTa and TaJadoRu. Dengar2 ada 2 special combo lagi. Uhuhuhu... excited gila nak tunggu!

    Tapi tu bahagian senamrobik. Pemanas badan kata trainer tu. Part poco-poco dia plak..

    • Minyak naik?! Waa... sentap mak minah rumah belakang. Tetengah malam membebel suh laki dia gi isi minyak penuh2. Apa engko ingat setangki tu boleh tahan setahun ker hapa?! 
    • Penyakit gatal and sakit tekak yang xreti2 nak hilang! Urgh!! dahla lekat parut. Gatal tu toksah cakap... Mengasyikkan....
    • Mood aku yang dah macam choppy sea bagai! Hahaha.. biasala. You know me.. Kalau happy, sekali imbas cam orang gila. Tapi kalau dah moody... cakap pun ikut keluar jer. Emo kan.?!
    • Muka awak macam garfield. Ha?! Muka aku sama ngan kucing tu?! Eh hello.. ni original k... Garfield tu tiru I. Lagipun I ni 150% lagi cute dari benda oren tu tau! Wah.. Bangga bagai mamat nih!

    • Terliur ngan sneaker Christian Louboutin. Ada aku pedulik tu only for girl? Kalau dah muat.. Engkau cakap plak designer shoes.. Ha.. mau rabak mulut tu terkedu. Hehehe...

    • My sis life yang semakin complicated. Selaku assistant merangkap tukang tulis skrip dan tukang lakon bersama.. Aku pun terheret jugak la.. Argh!! I need to run bebeh! * sesambil nyanyi lagu Run Devil Run by SNSD. Hohoho...


    So? Cukup ker 2 minggu nak mengarang ni? Kalau tulis tangan.. Esok dah siap kut. Biasalah kan. Kalau menaip ni, 3 patah perkatan, cepat jer tangann aku tekan backspace. Dah lekat habit plak skang. Tapi pe2 hal, I promise..

     'I’ll be back.. nuhn dashi nareur chajeul guya. Geuddae dashi naega ool guya. Geu nugudo nureur naboda sarang uhbtgee-eh.'

    Kalau xreti nyanyi, dok diam2! Aku boh kat sebelah tu k! Layan...

    That's all for now! Adios bebeh!

    Tuesday, November 30, 2010

    Bukan salah saya diorang nak kenakan saya dengan dia. Awak ingat saya mintak ker?
    Come on la... Awak dah kenal saya hampir 9 tahun. Bukan sebulan dua.. 
    Kalau saya nak main2 pun.. Xkan baru sekarang?! Terus terang saya cakap... peluang terbuka luas! Tapi saya tetap bertenggek tiap2 malam depan laptop kerana awak. 

    Dari dulu lagi saya cakap... Saya percayakan awak.. Dan itu jugak yg saya mintak dari awak.. Kalau betul saya nak tipu awak.. Kenapa saya bagi awak akses ke fb ngan email saya? 

    Hanya disebabkan satu ayat... Macam2 awak kata kat saya. Awak ingat saya x terasa ker? Hati saya ni bukan batu la.. Jangan ingat sebab saya senyap... saya salah. Saya cuma xnak berperang pasal benda2 yg x perlu. 

    Mulut manusia saya xleh nak tutup zee... Kalau x.. dah lama saya gam mulut pakcu tu. 

    Saya tahu yang awak akan marah sebab saya tulis semua ni kat sini. Tapi.. kalau dah saya call pun awak xnak jawab... apa lagi saya boleh buat kan? 

    Lastly.. saya nak awak fikiir baik2... saya xnak kita jadi macam 5 tahun lepas... Saya dah cukup serik awak... Kalau awak fikir saya tetap salah.. Saya mintak maaf. Saya dah x mampu nak jadi yang terbaik buat awak. Tapi zee kena tahu yang Ibam akan tetap support zee walaupun dari jauh. Maaf ek...

    *macam yang zee mintak... ibam dah tutup akaun fb yg satu lagi tu. sekali lagi Ibam mintak maaf ek...

    Monday, November 29, 2010

    Saya cuma nak MENULIS.....

    Orang tua dulu2 selalu pesan... 

    "Salah pilih kawan.. kelak makan diri.."

    Betul x?
    Aku sendiri pun pernah experience benda2 cam gini.. Biasalah.. dah adat lumrah manusia atas dunia ni. Bukan semua keputusan kita buat tu tepat kan? Yang salah tu... akan jadi pengajaran supaya kita x buat lagi. Tapi kalau kes aku... 2 3 kali kena.. camner ek? Aku yang bebal atau orang yang x reti nak berkawan elok2? Erm... entahlah dik non oi... Pasrah jer lah...

    Tapi skang ni aku bukan nak bukak cerita pasal salah pilih kawan. Tapi more to how you manage your life around people that u.. so called 'friend'. ( BI tuh!!! Setahun 1/2 sekali jer aku guna beb... entah betul ke tidak grammar..)

    Bagi aku.. lantaklah aku nak kawan ngan sapa pun. Mat drug ker.. mat rempit ker.. mat si kucing ker... janji aku tahu batas aku setakat mana. Terus terang aku cakap.. aku pernah duduk satu bilik dengan 2 3 empat orang kaki pil. Tapi ada aku sentuh benda tu? Xder... Sebabnya aku xnak. Kawan still kawan. Benda lain aku x campur. Korang pandai makan, pandai2 la korang simpan k! 

    Tapi yang menjadi masalahnya... ada di kalangan 'kita2 ni' yang suka sangat bercerita. I mean.. come on la.. Perlu ker korang bercerita pasal kawan2 korang yang jadi drug dealer.. mafia.. along ker kat orang lain? I mean... itu life yang diorang pilih.. kenapa perlu kita sebok2 nak campur?

    Pikirla... ingat semua orang nak dengar ker cerita korang tu? Yang mendengar tu pulak... aku x yakin yang diorang akan pandang tinggi kat orang yang suka bercerita pasal benda2 cam gini. Kang x pasal2 kita plak jadi bahan umpat keji orang lain. 

    That's why benda2 cam gini.. aku anggap personal. Kalau nak bercerita pun.. cukup sekadar berkongsi, xperlu la sampai ke detail tu.. apa engko ingat nak buat rekod mahkamah ke hapa?

    Aku tahu ramai yang xkan setuju ngan statement aku ni... Malah dalam forum pun aku selalu berperang pasal benda2 cam gini. Tapi aku memang selalu pikir nak senang. Cukup sekadar aku guna lirik lagu Kamen Rider OOO..

    " You count the medals 1, 2 and 3! Life goes on Anything goes Coming up OOO!

    Amacam? Masuk x? Hehehe...  
    Dahlah! Kang x pepasal aku mengarut panjang2 kat sini plak!
    Easy strory... U choose which one suits you the best. A listener. A story teller. a comedian or... sapa2 jer lah! Malas aku nak tulis bebanyak.. Ha... aku bagi peluang korang nak asah kepala otak berkarat tu! :)

    Chow y'all!!!



    Thursday, November 25, 2010

    19:32 - 25/11/2010

    Disebabkan aku still tengah 'berperang' ngan penyakit kulit aku ni..
    Malas la nak wat entry baru. So, aku just copy paste lirik lagu fevret aku jer la kali ni..

    ONE REPUBLIC - SECRET

    I need another story 
    Something to get off my chest 
    My life gets kinda boring 
    Need something that I can confess 

    'Til all my sleeves are stained red 
    From all the truth that I've said 
    Come by it honestly I swear 
    Thought you saw me wink, no 
    I've been on the brink, so 

    Tell me what you want to hear 
    Something that were like those years 
    I'm sick of all the insincere 
    So I'm gonna give all my secrets away 

    This time, don't need another perfect lie 
    Don't care if critics never jump in line 
    I'm gonna give all my secrets away 

    My God, amazing how we got this far 
    It's like we're chasing all those stars 
    Who's driving shiny big black cars 
    And everyday I see the news 
    All the problems that we could solve 

    And when a situation rises 
    Just write it into an album 
    Singing straight, too cold 
    I don't really like my flow, no, so 

    Tell me what you want to hear 
    Something that were like those years 
    I'm sick of all the insincere 
    So I'm gonna give all my secrets away 

    This time, don't need another perfect lie 
    Don't care if critics never jump in line 
    I'm gonna give all my secrets away 

    Oh, got no reason, got not shame 
    Got no family I can blame 
    Just don't let me disappear 
    I'ma tell you everything 

    Tell me what you want to hear 
    Something that were like those years 
    I'm sick of all the insincere 
    So I'm gonna give all my secrets away 

    This time, don't need another perfect lie 
    Don't care if critics never jump in line 
    I'm gonna give all my secrets away 

    Manusia2 tertentu jer tahu kenapa aku hilite tang 'tu' dan kenapa aku attach sangat ngan lagu ni.. :)

    Wednesday, November 24, 2010

    Hippie!! Yuhuu!!! Hihiiii!!!!



    At last!!!
    My one week vacation is gonna be over!!!

    Wah!! Sentap... Apa engko ingat hri2 'biasa' tu bukan holiday ker?! Padahal ngko holiday memanjang gak kat Taman Uda tu... Banyak cantik!!!

    Hehehe..
    Motif aku bukan la nak berlagak atau komplen ker apa.. Tapi aku memang xsuka trip jejauh ni. Rugi masa tidur apa!? Bagi aku, masa tidur tu la saat terbaik hidup aku. Hahaha!!! Sangap gila! Meroyan sekejap....

    Tapi biasala kan... Dah adat.. Kena pulak holiday kat tempat baru. Ha.. masa ni, mulalah. Semua benda nak buat.. Shopping la.. bergambar la.. main bowling la... buat2 sesat la... Well.. walaupun yg last sekali tu bukan dalam list wajib  buat, but still.. Xkan la ngko nak jaja cerita ngko sesat xjumpa lorong rumah sendiri kat kedai kopi kan? APA KELAS!! At least.. kalau orang tanya.. "Macamana boleh sesat tu?!?" "Aku sebenarnya cari jamban kat KLCC tu... Punyu gedabak besar bangunan tu, samapi 3 jam aku cari. Tapi still x jumpa2 gak! Last2 aku tahan, lepas hajat kat rumah jer der...." Ha.. kan ekslusif skit bunyi dia tu.. 

    Menipu la kalau aku tulis yang aku x enjoy langsung trip ni.. Jujur aku cakap... 2 3 hari memula tu.. Memang aku okay.. Masa ni.. lantaklah korang nak ajak aku gi mana pun. Wajib aku ikut! Tapi masuk hari ke-4.. Aku surrender! Lantaklah aku x sempat nak jajak Bukit Bintang pun... yang penting aku NAK TIDUR! Full stop!

    I know.. People around me selalu cakap.. "Ala.. engko x sporting la.." 
    Ah!! Lantaklah... Bukan aku nak bersukan pun nak sport sport cam korang! Aku ikut datang sekali ni pun dah kira okay. Kalau kat rumah.. confirm aku henyak bantal cukup2! 

    But for some reason.. Trip kali ni.. Aku kena banyak berterima kasih kat keluarga angkat aku. Kalau x kerana diorang.. maybe lama lagi aku baru berpeluang menjenguk kubur arwah mak aku. Makumlah.. nak harapkan sen sendiri.. Sengkek jer memanjang.. Hehehe...

    Kesimpulannya... Kalau ada orang berhajat nak ajak aku bercuti lagi lepas ni.. Mintak ampun mintak maaf! Baik aku stay kat rumah main ngan kucing. Xsanggup den kalau x cukup tidor oi!!! Aku ni.. Kalau 3 hari x cukup tidur.. Angin sepoi2 Laut China Selatan aku boleh jadi ribut tropika tau! Masa tu kalau nak hantar bantuan penyelamat pun dah xguna... Sah2 semua aku tiup! Hohoho,...

    Hari mula2 sampai... Jalan2 jer memanjang...

    Perkenalkan.. anak mat saleh celup dari Timor Leste. Hahaha... apsal la diorang upload pic ni kat fb.. hadoi...

    :) Tapi kalau tawaran ke Korea tu di'buka' lagi... Ibam nak ikut boleh x?! Ibam nak sangat ambik gambar ngan Kyuhyun. Jangan mara...Hehehe...






    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...