Pages

Monday, January 31, 2011

The Curious Case of Me [Part 1]



Flash! Flash! Flash! Flash!
Batsukara no sa
Kagayaku ashita e bakuhatsu pawaa~
Chou Shinsei~ Furrasshuman~~

><><><><><><><><><><><><><

Disebabkan lagu nilah semua kanak2 ribena yang sezaman ngan aku akan duduk mengadap tv petang2. Betul tak? Kerja sekolah malam baru buat. Nostalgia sungguh.

Lagipun dulu2 mana ada komputer bagai macam skang ni. So kalau kat rumah tu.. mengadap tv jerla kerjanya.. Kalau ada aktiviti luar rumah sekalipun.. Yang aku ingat dan suka main.. Bolasepak ngan bola kaki tiga. Hah! Jangan x percaya aku dulu main bola tau! Tapi bahagian menyebok depan pintu gol. Confirm boleh jaring gol free2 time orang kelam kabut punya. Hohoho!!!!

Tapi kenapa Flashman? 
Hak tu yang aku nak story skang ni.. Perbezaan zaman dulu dan sekarang. Tak dinafikan zaman skang ni semua dah advance. Kartun pun siap ada channel sendiri tau. Dulu2 kalau nak tengok kartun. Samada waktu pagi hujung minggu atau petang lepas balik sekolah. Iyalah.. channel pun ada 3 jer. Tv1, Tv2 ngan Tv3. So, memang tak banyak pilihan.

Tapi disebabkan tak banyak pilihan tulah, kartun2 zaman dulu orang masih ingat sampai sekarang. Sapa tak ingat Flashman.. Jetman.. Super Human Samurai.. Tomatoman.. dan banyal lagi. Even kadang2 ada mak bapak yang ikut join tengok sekali petang2. 

So sekarang ni aku nak compile beberapa citer kartun yang memang menjadi kenangan sepanjang aku membesar dulu. And one more thing, zaman dulu... semua cerita kanak2 dilabel sebagai kartun. Takder kategori2 cam sekarang ni ek! Buat sesak otak jer nak asing2 ikut kategori. Dush!!!

Kartun no. 1
Flashman, Jetman, Maskman


Kartun paling cambest zaman dulu2... Superhero kaler warna warni yang ada robot besar. Tipu la kalau tengah tengok tv ramai2 tu tak berebut kaler2 diorang ni. Paling menyampah bila time dapat hero pompuan. Cesyh!!! Paling best.. ramai2 meniru time diorang nak bertukar. Fevret aku... Maskman. Sebab diorang bertukar guna isyarat tangan. Hohoho.. dari depan tv berpanjangan la kitorang sambung episod sampai kat padang bola...

Kartun no. 2
Satria Baja Hitam a.k.a. Masked Rider a.k.also.a. Kamen Rider





Era2 tape dulu... Nilah cerita paling femes. Aku boleh duduk sampai 3 jam tengok cerita ni tiap2 hari. Terpesona gitu... Dan percayalah. Sampai sekarang aku xleh tinggal... Hahaha






Kartun no.3
Cybercop


Putaran Halilintar!!!!! Hohoho... jeritan paling popular zaman tu.. Robocop xmain la... Yang ni lagi hebat apa. Nak senjata? Masuk kad prepaid pastu tekan2 no kat public phone. Toing! Keluarlah case dari bawah tanah. Ha... Mana nak cari zaman sekarang ni.... rare gila tuh!

Kartun no. 4
Power Rangers




Adaptasi mat saleh dari siri Super Sentai. Tak silap aku first season kat Malaysia ni siar waktu petang. Dalam kul 6.30 maybe... Aku ingat lagi masa tu tv rumah aku rosak. So disebabkan taknak miss citer ni. Aku mintak ngan makcik yang ajar aku mengaji supaya alihkan waktu kitorang belajar dari belah malam ke belah petang pulak. 
Motif? Sambil2 mengaji tumpang tengok tv. Hebat kan? kecik2 otak dah bergeliga.




Kartun no. 5
Superhuman Samurai




Haa... kartun alam siber. Diorang ni tak bergocos (bergaduh) kat dunia nyata. Tapi kat alam maya. Hebat kan? 
Memori terawal aku pasal cerita ni? Diorang generate power guna gitar kut. 
Jalan cerita plak? Maap lah yer... Budak skola rendah. English pun tahap "Please teacher, may i go out?" jer.
 Ala.. janji hero dia cun dahla kan?!





Kartun no. 6
Big Bad Beetleborg


Haa.... pantang ada orang sebut perkataan metalik jer. Menatang ni wajib terlintas dalam benak aku. Walaupun versi Jepun tak berapa popular.. Tapi versi mat saleh memang boleh layan. Wira kumbang tuw!! Dahla dia buat ala2 kita baca komik. Memang gerek aaa zaman tu.....

><><><><><><><><><><><><><

Btw, kalau aku nak list kan semua kartun2 zaman tu dalam satu entry.. Sumpah panjang giler. Banyak la siot.. Ni pun aku tak taruk Gaban skali...  
Jadi sementara aku kumpul list untuk second part. Korang layan la dulu kenangan2 lama ni ek. Chow chin chau!!!

p/s : Aku doakan Zakir, Firdaus, Noniey dan seluruh rakyat Malaysia yang still terkandas kat Mesir tu supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Moga2 korang dapat balik, minum2 and share story korang ngan aku someday. InsyaAllah....



Sunday, January 30, 2011

Fuckin' Perfect



Motif aku rajin tukar lagu kat blog ni kan?
Takder kerja katakan.. Nak publish entry baru pun.. Picca semua dalam fon my sis. So pe2 hal kena tunggu dia bangun dululah gamaknya. Mamposss.....

So balik pasal lagu... Kali ni aku taruk lagu P!nk, Fuckin' Perfect. Lagu yang bagi aku cukup perfect ngan jiwa2 kacau cam aku ni. ^_^  

Asalnya aku jumpa lagu ni masa tengah cari latest MV kat Youtube. Mula2 memang hazab gak la nak tengok dia punya MV. Memang tak sesswai untuk kanak2 gitu. By the way... kalau korang nak tengok jugak, jangan dok kalut meribut nak tekan butang dislike pulak. At least try relate ngan lirik dia dulu. Nescaya korang akan menitiskan airmata cam aku nieh. *Hohoho...*

P!nk - Fuckin' Perfect

Made a wrong turn, once or twice 
Dug my way out, blood and fire 
Bad decisions, that's alright 
Welcome to my silly life 
Mistreated, misplaced, misunderstood 
Miss 'No way, it's all good', it didn't slow me down 
Mistaken, always second guessing, underestimated 
Look, I'm still around 

Pretty pretty please, don't you ever ever feel 
Like you're less than f*ckin' perfect 
Pretty pretty please, if you ever ever feel like you're nothing 
You're f*ckin' perfect to me! 

You're so mean, when you talk about yourself, you were wrong 
Change the voices in your head, make them like you instead 
So complicated, look happy, you'll make it! 
Filled with so much hatred...such a tired game 
It's enough! I've done all I can think of 
Chased down all my demons, I've seen you do the same 

The whole world's scared so I swallow the fear 
The only thing I should be drinking is an ice cold beer 
So cool in line, and we try try try, but we try too hard and it's a waste of my time 
Done looking for the critics, cause they're everywhere 
They dont like my jeans, they don't get my hair 
Exchange ourselves, and we do it all the time 
Why do we do that? Why do I do that? 

Waa!!! Sungguh2 aku nak nangisss................ "T_T"

screenshot [MV] Fuckin' Perfect (yang tak berapa nak menangess..)

Next! Masa untuk bluetooth lagu ni wat ringtone fon aku. Yeah!!! Pasal entry baru pulak. Malam karang baru boleh publish kut... Hadoi~


Friday, January 28, 2011

Manga Review :: Eyeshield 21 ::



Title : Eyeshield 21 (アイシールド21)

Profil Mangaka :
Riichiro Inagaki (penulis)
  - LOVE LOVE Santa
Yusuke Murata (pelukis)
  - Madofuki Park *one shot/2008*
  - Donten Prism Solar Car 
  - Murid Takeshi Obata, mangaka Death Note


Ringkasan :

Nak senang... aku boleh copy paste jer dari fanpage manga ni. Tapi biarlah aku explain skit ek. From my perspective gitu...
Manga ni actually pasal American Football (AF). Sukan yang ala2 ragbi tapi kalau nak main kena pakai helmet. *Hehehe.. bijak bijak..*

Sena Kobayakawa merupakan pelajar tahun pertama kat Deimon High School. Sebuah sekolah yang kira tahap okay2 la.. Penglibatan Sena at first dalam sukan ni actually secara kebetulan. *mungkin juga dirancang kot..* Dia yang menyertai kelab AF Deimon sebagai seorang setiausaha telah dipaksa untuk menyamar dan bermain selaku seorang pro yang digelar 'Eyeshield 21'. 
Keterpaksaan yang akhirnya bertukar kepada kecintaan, memaksa Sena terus gigih berlatih untuk menjadi seorang pemain yang cukup baik. So bermula saat itu, ditemani Yoichi Hiruma mastermind yang muka cam hantu, Ryokan Kurita si gemuk yang sentiasa ceria dan jugak Mamori Anezaki selaku kakak angkat yang overprotective, Sena mengemudi *chewah!!* team Deimon untuk meggapai Christmas Bowl yang diimpikan semua pemain remaja AF di Jepun.
Berjayakah Sena mengatasi semua halangan itu? Nak tahu silalah baca yer. Lagipun manga ni dah tamat. Jadi xperlu nak tunggu tiap2 minggu cam Bleach @ Naruto... :)

Deimon Devil Bat Team

Yang best pasal manga ni dari aku : 

Watak yang boleh relate ngan semua orang. Lawak yang kelakar gila **** + storyline yang tak boleh dijangka. Lagipun tak banyak manga pasal sukan yang betul2 outstanding. Yang aku ingat.. Prince of Tennis jer. Tu pun aku main skip2 jer baca. X minat sangat.. Tapi Slamdunk in the other hand memang best!
Lagipun bila bercakap pasal manga sukan ni, cara nak memahamkan pembaca tu paling penting. Eyeshield 21 ni penuh ngan tutorial pasal teknik2 sukan ni. Penyampaian dia pun menarik. Kalau x melalui karekter, mesti si maskot Deimon tu yang mengajar. Senang pulak tu nak paham. Aku yang zero pasal sukan ni pun skang ni dah boleh bukak sport channel sesambil jadi pengulas tak bertauliah tau! Hua3!

Yang tak best pasal manga ni dari aku :

Biasalah.. manga fiksyen. Kadang2 tu sesuatu benda tu dibuat nampak melampau2. Tapi kalau korang dah biasa ngan manga2 cam gini. Mungkin korang boleh excuse kan certain2 part tu. 
Dan kalau korang suka menonton anime pulak, part paling korang nyampah of couse time filler episodes rite? Bagi Eyeshield 21 ni.. Tak perlu korang tunggu anime dia keluar. Dalam manga pun berlambak ngan filler. Satu yang aku ingat adalah masa diorang berjudi kat kasino tu. Bukan ker diorang ni bawah umur? Mana boleh masuk main2 cam tu jer kan? Kalau korang berjudi kat Facebook tu lain la... kejap kat El Paso.. pastu terbang gi Sydney.. Rasa tak puas hati boleh gi Delhi plak.. Rasa cam millionaire plak tiba2! Kikiki...



Tuesday, January 25, 2011

Cerita Atas Rak [V] III



Sebelum aku ulas panjang2 entry ni. Mula2 sekali aku nak tekankan kat sini ek. Ini cuma sekadar SEBAHAGIAN dari minat aku sejak dulu lagi. Kalau ada yang terbaca then terasa aku ni melampau, MAAF. Aku mencarut sekadar nak share apa yang aku rasa. 
So sebelum aku ni dilabel ROSAK AKIDAH. Jangan teruskan membaca entry ni ya. Sekian.



















Skarang ni kita balik ke topik asal. Tentang link ke 2 yang makcik send kat aku. Link yang berjaya membuat aku tak tidur malam dan terlopong sampai ke pagi. Hahaha.... Ini dia!



[V]ICTORIA'S SECRET FASHION SHOW 2010

Iyup... fashion show paling hot tak hengat kat atas muka bumi ni. Pelik kan? Kenapa seorang perempuan boleh hantar link pasal benda2 ni kat lelaki? 
Cam aku cakap awal2. Ni semua MINAT. Lagipun kitorang dah besar okay... Batas lajak tu semua kitorang dah hafal. So takyah nak susah payah pikirkan untuk kitorang k!

Sambung balik pasal VSFS. Tahun ni diorang senaraikan 34 Angels yang bisa membuatkan korang terlopong dan tak habis2 mengucapkan "Fuh.. mantap siot!" sesambil mata terpaku terus kat skrin sesambil makan cukelat Halls. *Hahaha.. bercakap melalui pengalaman nih!*

Dan tahun ni diorang bahagikan show kepada 6 segmen berbeza. Tough Love, Country Girls *lagu latar dia best!*, Game On, Heavenly Bodies, Wild Things dan last sekali PINK. 
Favourite segment aku? Of course la PINK. Nak2 yang part sayap pelangi tu. Memang tabik ah ngan designer dia. Melatop tow!

Kerja sendirian berhad aku dalam kul 4.30 pagi tadi. Huhuhu

And by the way, taksah kalau diorang tak include sekali koleksi Victoria's Secret Fantasy Bra untuk tahun ni. Spesel tang benda alah ni bukan la pasal keselesaannya, tapi lebih kepada berapa banyak seseorang itu sanggup melabur untuk jadikan benda ini koleksi diorang.  Dan Angel yang terpilih pulak tak lain dan tak bukan adalah Adriana Lima. Tag Price tahun ni? 5 Million.

"Encrusted with nearly 3900 precious gems, thousands of
tiny black diamond, 117 one-carat round diamond and 34 rubies"

Hambik ngko! Tu baru yang 5 Million. Tak tengok lagi yang tahun 2000, Giselle Bundchen pakai yang harga 15 Million tau. Nasib time photoshoot jer diorang berhias. Kalau tidak.. tak keluar rumah wa cakap lu! :)


Monday, January 24, 2011

Cerita Atas Rak [V] II



Makcik hantar link apa ek semalam?
Jeng jeng jeng...... Ops.. bukan jeng koil tau! Sebut reti, apakebenda ntah jeng koil tu pun aku tak tau. Haha!

Actually dua2 tu link Youtube. Tapi aku akan buat entry asing2 sebabnya
1. Dua2 aku minat
2. Link ni berkaitan ngan 2 daripada 3 perkara yang aku minat bermula ngan huruf V. *yang satu lagi tu
    Victoria Song. Bini tipu2 Nickhun dalam We Got Married*
3. Tak sure sangat sesuai ke tidak aku nak buat entry pasal link ke 2 tu... *tapi confirm takder kaitan
    dengan highway kat Johor tu ek!*

So, without further a due. I would like to call upon Mr Jibam to continue with the brainstorming session. Please welcome. *feeling tulis skrip MC zaman sekola jap. Haha*

So the first link Makcik hantar adalah...



Ahak ahak! Oyeah! Apa Makcik ingat kita tak tahu ker? Kita dah subscribe awal2 la channel diorang. Huhuhu..

Seungri a.k.a Victory ni actually member group Bigbang. Sebab tu aku letak gambar tu kat atas. Dia berlagak ala2 group member dia la. Bagi yang minat gila x hengat. Confirm cam muka sorang2 tu. 

Projek solo Seungri ni actually second stage sebelum comeback Bigbang bulan depan. Last month GD&TOP dah release projek duo hip hop diorang. Gempak wa cakap lu. Tak caya korang tengok jer video klip diorang, lagu Knock Out.
Siap diorang angkut tank tuw!!! Kalah Loboutin masa diorang perform kat konsert sebelum tu.


Stop kat situ. Aku kalau dah masuk bab TOP memang tak reti nak stop. Tetiba jer banyak benda nak cerita. 
Balik asal ek! Seungri actually dah release 2 [MV] setakat ni. Tapi selepas aku evaluate habis2an. Aku pilih lagu ni walaupun personally aku rasa lagu What Can I Do jauh lagi best.

Sebabnya senang. [MV] ni lagi banyak karekter. Tema ala2 Alice In Wonderland la ckit.. Ckit jer.. Tak banyak pun~ And of course koreografi dia memang mantap. Bab yang tak leh nak sentuh lansum! Kalau Taeyang *group member yang release projek solo tahun lepas* menari ala2 gian tak pernah ade makwe. Seungri plak more relax... Takder la kiranya moment naik meluat cam Taeyang dalam [MV] I Need A Girl. Geliss siot!

Screenshot [MV] Seungri - V.V.I.P

Tapi kan.. Entahlah.. Aku jer la kot.. Aku rasa Seungri lagi meletop ngan Strong Baby dulu. Lagu ni macam kurang ckit. Part mana tu.. Ntah.. Biarkan jerla.

Janji next month comeback Bigbang. Sure vass!!!


Sunday, January 23, 2011

Cerita Atas Rak


10pm KST

Ada idea x?
Kenapa?
Entah... rasa cam blank jer sehari dua ni.
Ooo.. blank ek~? Main poker boleh plak?
Ish.. tu lain~ Sekadar nak hilangkan stress jer.
Iyalah tu awak.. Macam la saya x kenal!
Betul apa... Tu awak xtgok lagi cip saya. Semalam kosong tau tak? Telur angsa tau!
Hahaha.. Padan muka! Sapa suh main?!

*Wah.. Makcik nak main kasar nampak~? Tukar plan B*

Ek eleh.. Nak cari pasal la ni kan? Takperlah awak~ Kata jer nak kata apa pun..
Dah.. jangan nak buat hal. Saya takder masa nak main tarik tali ngan awak.

*Cess... Rosak plan! Ni yang payah kalau dah kenal lama nih!*

Ok ok. Tapi.. xkan awak xder idea kut? 
Entahla awak.. Kepala otak saya ni penuh ngan kerja sekola jer memanjang.
Erm.. lau macam tu xperlah. Taknak ganggu. Esok plak ek!
Roger! Tapi jap saya nak send link kat awak.

*Tet tenet... (bunyi komputer zaman 80an) 2 link sekali makcik ni hantar. 
Jangan kerja sekola dia dah la..*

Ala.. saya dah tengok la awak~
Yang first kan? Yang second tu pulak? Confirm awak tak tengok agi. Huhuhu...
Jap..

*Cam bendul jer aku bukak link tu. Youtube. Tapi apa ek?*

Hah! Bila awak jumpa ni?
Ala.. kawan saya bagi. Amacam? Best tak?
Uih... confirm bestla!!! Fevret ni..
Dah.. Jangan nak ngengada. Setakat nak tengok okay. Tapi jangan nak bawak masuk mimpi sudah.
Arahan diterima! Tengkiu awak.
Sesama.. Tengok jer tau!
Hehehe... Janji. Tapi xsure boleh pegang sampai bila. 
Ish.. ni yang nyesal nih!
Ala.. jangan la cam tu. Kan dari dulu lagi saya minat ni~
Iya.. tapi x sesuai.. FAHAM~?!
Faham puan! Gi lah tido tu. Selamat malam~ Warkh!! X sabar nak tengok nih!!
Huh gatal! Nite! Bye!

*So dari kul 1 sampai 9 pagi tadi. Link tu lah aku dok mengadap. Lama kan? Salahkan tenet yang lembap cam siput! Haha!*

*Anyway, thanx dear! Lap U!! (warkh mampos kena smash pagi nih!!)*


Wednesday, January 19, 2011

It's Alright (Aaa~ Parap Parap!)



Aaa~ Parap Parap!

Ops.. bukan JT punya song untuk McD ya. Ini lagu 60an Datuk A. Rahman Hassan, Tak Mengapa. *Aaa~ Parap Parap!*

Kalau sesapa pernah ingat. Datuk A. Rahman Hassan pernah perform lagu ni kat AIM. Tapi aku x ingat tahun bila. Yang aku ingat masa tu dia perform ngan Orkes Nirwana. Pas tu satu PWTC ikut menyanyi. *Aaa~ Parap Parap!* Happening gila suasana masa tu.

Orkes Nirwana

Dan 2 3 tahun lepas VE pulak buat remake untuk lagu ni. Best woo. Tapi takleh nak compare ngan original la.. *Aaa~ Parap Parap!* Lagipun vokal Datuk memang superb + melodi yang sempoi x hengat. Ni dah masuk 4 jam aku replay lagu ni. Korea aku lesap entah kemana dah. Haha!

Tak Mengapa

Alangkah sedihnya hati ku
Duka meliputi kalbu ku
Kekasih di hati sudah jemu pada ku
Tapi tetap ku tunggu

Kekasih yang lain di temu
Hati ku berdarah dan pilu
Namun tetap ku merayu pada mu kasih ku
Kembalilah pada ku

Duhai kekasih ku rindu pada mu
Jangan kau niaya aku
( Cinta ku kasihanlah)

Tapi tak mengapa ku derita
Nanti tiba masa kan kau rasa
Betapa hebatnya hati luka kecewa
Gagal dalam bercinta

Aaa~ Parap Parap!

Err... dengar jer la ek! Lirik dia aku takleh nak pakai. Kang tak pepasal aku Perang Teluk pagi karang. Hahaha.. *Aaa~ Parap parap!*

Monday, January 17, 2011

Malas

MALAS

Malas nak update blog tiap2 minggu
Malas nak main poker. Kalah jer memanjang
Malas disebabkan tido yang tak menentu
Malas menunggu 'dia' yang tak reti2 nak balik
MALAS

Tapi satu jer saya rajin
Hehehe

SKYPE!!!!
Kaulah hidupku kini
Hohoho~


Friday, January 14, 2011

My Happy Ending



SAYA SANGAT GEMBIRA
Kenapa?
Sebab lepas hampir 9 bulan aku berhenti kerja. Nilah hari pertama 
aku jejakkan kaki ke KFC Kubang Kerian.
Happynya!!! Rasa nak melompat pun ada sekarang ni.
So 1 2 3
~jumping jumping~ jumping out~ *KARA - Jumping*

Disebabkan happy sangat. Aku biarkan jer my sis, Ita and si Heary tu kat dining luar. Aku apalagi... masuk join budak budak ni break kat dalam la. Bukan apa.. aku takut peluang ni takkan datang lagi. Sementara diizinkan ni.. kita rembat jer la.. X gitu? Lagipun takkan xder 'cerita' dalam 9 bulan ni.. Hehehe...

Korek punya korek, dapat la aku beberapa 'cerita' yang agak best untuk aku share. So jom mula! 

1. Semua staf2 lama dah tak kerja bahagian dining *yang part cuci meja angkat pinggan tu..* tapi dialihkan ke department belakang. Tapi rate gaji tetap sama. Tak naik2... 
- kesian tau.. ada yang kerja dah hampir 3 tahun. Tapi kenapa gaji diorang xnaik jugak? Nak kata diorang tak tahu nak buat kerja. Tengkorak hang! Tiap2 bulan kena rotate department. Confirm semua benda diorang hafal la.. Takder belas punya management!

2. Sebenarnya hari ni 1st day diorang bukak lepas renovation. Nampak banyak perubahan. Tapi ada sesetengah benda tu.. still sama macam dulu dulu :)
- kalau siapa pernah makan kat dining belah dalam bawah lampu gantung. Korang akan perasan ada semacam reben di tampal antara lampu lampu tu. Yup! Itu kerja aku. Dan sampai skang benda tu ada kat situ walau banyak benda lain yang diorang dah ubah. Bangga seyh!!!

3. Diorang ingat aku dah kahwin. Hahaha. Lawak! Lawak!
- Alkisahnya bermula bila majlis persandingan Che Su *adik my sis* aritu. My sis suruh la aku jemput sesapa yang rapat ngan aku ke majlis tu. Disebabkan aku memang dah arif sesangat ngan perangai diorang ni. Aku pun auta la.. Sekali aku hantar mesej kat diorang, Korang datang la makan makan majlis kahwin aku ni. Takkan korang xnak tengok kut adik sorang ni naik pelamin. Hambik ngko! Disebabkan sorang pun tak nampak muka haritu, alih alih semalam semua sebok nak tahu sapa 'bini' aku tu! Adoi.... susah la kalau dah jenis bendul ni...

4. Meeting. Dari 20/06/2007 sampailah sekarang. Benda sama jer duk ulang. 
- Dining ~ botol cili tak lap. Cashier ~ short duit counter, pastu suka bergosip kat kaunter Drive Thru. Back up ~ Produk jammed, kerja ikut group. Dan cook ~ ayam masin, colla x cuci. *colla ni pressure cooker untuk masak ayam. Ayat standard budak2 cook..*
Dey manejer?! Takder cerita lain ker? Pasal tu la ramai apply kerja pagi kalau hari meeting. Sengaja nak elak telinga bernanah dengar cerita zaman jepun tu! Ish.. tak faham aku.. Guna la kaedah lain plak.. Takkan la benda tu pun nak tunggu TO datang tunjuk manejer2 oi...

5. And lastly! Benda yang berjaya buat aku senyum sampai ke telinga. Azma, si minah perasan lawa a.k.a setan belubi tu dah berhenti dan dah putus ngan ex aku! Hahaha!!!
- Jangan nak memandai, ex bestfren k! Takder lebih takder kurang. Sedang2 ajer.. Mula2 tu susah gak aku nak percaya. Tapi kalau dah semua orang cakap macam tu.. Kira betullah tu! Sebenarnya aku dulu pernah larang dia couple ngan minah tu. Tapi dia degil. So aku terus jer cakap, kalau ngko couple jugak ngan Azma, engkau dah tak payah tegur aku sebagai kawan. Sebagai bos okay. Hahaha!!! Memang havoc la satu KFC pasal ni.
Nak dijadikan hal, tengah sedap mengumpat mencarut tu.. Sekali dia datang la pulak. Aku mula mula buat tak layan jer. Segan la katakan... Tapi InsyaAllah.. ada peluang aku akan try call dia. Lagipun aku nak jugak tahu berita terbaru abang dia yang sebatch ngan aku kerja aritu. skang ni dengar2 dah jadi polis tapi aku tak sure kat mana. Wah.. I miss my Sham... Taksah kalau aku masuk kerja tak peluk dia dulu. Geng geng chubby la konon2 masa tu. Hahahaa...



Terus terang, bila sesekali berpeluang duduk semeja berbual ngan diorang ni. Aku memang gembira. Even, masa aku nak berangkat, one of them sempat cakap kat aku. "Kalau lepas ni kita jumpa kat luar, Sir tegur la kitorang. Jangan nak buat sombong pulak! Kawan tetap kawan walau tak kerja sekali pun kan?"

Thanks.. Firstly sebab still anggap aku Sir diorang walaupun dah 9 bulan aku pajak title tu kat pajak gadai. Secondly, lepas apa yang berlaku masa aku kerja dulu. Still ada yang anggap aku sebagai kawan diorang. Terima kasih semua. I LOVE YOU MY FRIENDS.

T/tangan semua staff. Tapi aku xingat motif kitorang buat benda ni. ?!?!?


Thursday, January 13, 2011

IKAN





"Ikan adalah spesies hidupan akuatik yang mempunyai sepasang sirip yang sama dengan beberapa sirip yang berlainan. Kebanyakan ikan adalah berdarah sejuk. Hidupan ini boleh ditemui dalam pelbagai jenis persekitaran akuatik tidak kira di puncak gunung ataupun sejauh lautan dalam."

Itu mengikut wikipedia la. Sekarang ni aku nak bercerita pasal satu lagi spesies ikan. Tapi ciri2 dia.. way too far dari yang dinyatakan dalam wikipedia.

Spesies ikan ni actually pelbagai jugak. For sure xkan sama la antara satu sama lain. Ikan ni jugak boleh hidup dalam pelbagai jenis persekitaran. Kiranya tahap survival diorang ni memang tinggi la. Kalah spesies salmon u..

Ikan ikan ini memang menjadi pilihan ramai orang untuk dipelihara. Biasanya antara kriteria utama pemilihan ikan peliharaan ini adalah perlulah mempunyai sisik yang chantek. Kalau x cantik.. xleh la nak buat masuk bertanding. Kalau kalah malu la tuan dia.. x gitu?

Colourful camni confirm pass.

Ikan ikan ini juga perlulah dipelihara dari usia muda lagi. Bukan apa.. kalau yang tua ni..jangka hayat dia pendek sikit. Jika tuan mereka memelihara lebih dari seekor ikan dalam satu2 masa pula, maka ikan yang tercantik dan pandai mengambil hati akan diberi tinggal di dalam akuarium besar dengan hiasan2 indah. And of course dibekalkan oksigen 24/7. Bagi yang x bernasib baik, mereka akan diletakkan di dalam kolam atau telaga tinggal kat belakang rumah. Sadis sungguh nasib spesies2 ini...

Ikan di dalam akuarium akan dibekalkan dengan makanan yang dibeli khas dari kedai haiwan peliharaan. Bagi yang tinggal dalam telaga pula, mereka hanya akan makan mengikut kemampuan. Kalau tuan diorang teringat, nasib baik la.. Kalau tak... makan jentik2 la jawabnyer...

Ha...special kan ikan ni?
Memang la.... Kalau tak orang tak panggil la pulak 'anak ikan' oooo....

Sebenarnya topik ni tiba2 terkeluar masa aku, my sis, Ita dan Heary keluar lepak2 kat McD tadi. Masa tu, si Heary ni nampak sorang budak yang dia rasa pakwe baru ex dia dulu. So aku ngan Ita pun otomatik la memalingkan muka nak tengok empunya diri tu.

McD yang paling kuat cari pasal ngan aku. Nasib ada sebijik ni jer kat Kelantan!

Sumpah x hensem! Beribu2 kali hensem si Heary ni lagi. So aku ngan Ita pun direct jer cakap, "Tak hilangkan loya kalau muka setakat tu nak buat anak ikan." Daripada situ, kitorang memang terus melalut entah kemana...
Yang lawaknya, si Heary yang asyik duk mendengar ni rupa2 nya langsung tak faham apa yang kitorang sibuk duk gosipkan tu. Remind me of someone actually. Hahaha

Tapi bila bercakap pasal anak ikan ni kan, otomatik akan timbul macam macam persepsi negatif. Positif? Kerat jari xkan ada nyer..

Personally.. aku kenal beberapa orang yang pernah dan still lagi menjadi anak ikan orang sekarang ni. Tak dinafikan yang hidup diorang ni senang. Life pun simple jer.. Takder la complicated sangat cam aku ni.. Tapi sampai bila diorang boleh hidup macam tu kan?

One of my best friend, jadi anak ikan dari umur dia 16 lagi. Bukan lah dia ni jenis mata duitan..tapi dia terhutang budi sangat ngan sponsor dia ni. Adik-adik dia berjaya masuk U pun jasa sponsor dia lah. Sebab aku curious sangat, aku pernah tanya dia soalan ni. "Engkau rasa berapa jauh engkau boleh pergi bila jadi anak ikan ni?"

Memang dia termenung panjang.. Aku pun asalnya memang menyesal bila tanya soalan ni. Aku tak nak hilang kawan jasa ayat bodoh aku. Tapi nasib dia still jawab.
"Dalam 6 tahun ni.. aku x pernah lagi buat benda2 yang  boleh menjatuhkan maruah dan air muka mak bapak aku. Aku orang susah Din.. Nasib ada Mami. *title aku bagi kat sponsor dia* Tak pernah sekelumit pun dia mengungkit pasal pertolongan dia selama ni pada aku. Lagipun aku temankan dia keluar makan2 ajer. Ke bilik langsung tak pernah. Aku hormat dia dan dia jugak hormat pilihan aku. Kemudian hari aku tak tahu. Kalau Allah tetapkan jodoh aku ngan dia.. Aku terima. Masa tu aku nak kau jadi pengapit aku boleh?"

Aku hanya senyum mengangguk. Kata kata dia aku pegang sebagai seorang kawan. Hal lain, tu antara dia dengan Tuhan. Dalam fikiran aku.. bermacam2 benda ada. Yang buruk, yang baik even yang xder kaitan sekalipun berserabut sekali. But in the end, you make your own decision how to run your life. But always remember, be responsible with every decision you make rite.

Oh, by the way. Kawasan rumah aku ni kena fogging balik dah. Pagi ni jer dah lebih 5 kali jip kesihatan tu lalu. Nampak gaya kalau nyamuk tu xnak surrender.. aku dulu la kot. Dahla sehari dua ni asma aku datang balik! Adui.....

Tuesday, January 11, 2011

Me? Salesman? Pengsan.....



2 hari lepas Maa ada tanya aku... "Adik nak tak buat part time sales Dashing untuk 2 minggu?"

Ha?! Sales?! 2 minggu?! 



Mama... it's over..... *pinjam ayat just for laugh jap*

So orang pertama yang aku cerita pasal kejadian ni.. of course la Zee. Then aku mesej plak kat abang angkat aku kat USM tu. Dua2 bagi reaksi yang sama. KETAWA. Cess.. menyakitkan hati tol la...

Disebabkan nak mengcover kekurengan diri aku ini. Aku pun soal la diorang balik, "Apasal ketawa? Lawak ker" Konon2 naik angin la.. Zee pun balas balik, "Awak ingat x masa awak kena jual tiket untuk program KFC dulu? Berapa hari awak round KB dari pagi sampai malam? Ingat x berapa tiket yang awak dapat jual masa tu?" 

Terus aku terdiam. Kemudian mesej abang angkat aku pulak masuk. "Adik confirm ker x jadi macam dulu? Adik kena ingat... Dashing xder maskot cam Chicky tau... hehehe.." 
Argh!!! Tensen gua. Hampeh punya tali barut! Nasib jauh. Kalau x lama dah aku mengamuk satu USM tu tau!

Tapi apa yang berlaku dulu? Kenapa diorang beria-ia nak refresh balik memori aku pasal kejadian tu?
Hurm... nak story ker xnak? Story kang.. malu muka sendiri. Tak story kan.. xsyok pulak. Argh!! Story jerlah. Yang lain belakang punya hal. Senang cerita.

Kisahnya macam ni.. Dulu masa aku still kerja ngan KFC, aku terlibat dengan satu program ni. Nama dia Chicky and Friends Fun Zone. Event ni actually karnival untuk kanak-kanak. 
Disebabkan tahun tu Kubang Kerian akan jadi tuan rumah. Aku yang selaku coolcat *ala2 event coordinator untuk store la..* terpaksa la memikul beberapa tugas penting sempena karnival tersebut. Salah satu yang menjadi tugas utama aku sebulan sebelum acara berlangsung adalah menjual tiket. *Apa engko ingat KFC free2 ajer nak bagi engko join? Dey... diorang pun nak cari profit gak la..*

Jadi ditemani Kak Maria, otai aku dalam bab2 event dan party ni. Bertungkus lumuslah aku ngan dia ke hulu ke hilir menjual tiket. sebut jer kat mana ada orang, nescaya akan sampailah kami berdua. Even kedai emas pun kitorang terjah semata2 nak habiskan tiket2 itu.

Yang duduk bertudung hitam tu la Kak Maria. Kalau dia masuk ofis confirm ader jer
benda dia nak mengadu ngan aku. I miss her....uhuk uhuk...

Tapi.. to be honest. Aku just jadi peneman sahaja. Bab2 bercakap dan memujuk, aku serahkan kepada Kak Maria. Ingat senang ker nak approach orang untuk beli barang kita? Muka kena kasi tebal maa.. Kalau orang berminat xperla.. Kalau dibuatnyer dia berjalan straight x tengok kiri kanan. Malu dik oi...

Dan dek kerana itu.. Saham aku nak naik manager turun 70%. Hambik ngko! Paling best bila Kak Maria puji2 sindir aku.. "Xsangka ek. Tuan hensem tapi pemalu orangnya.." Aduss... Bangga dalam terpana diriku ini.

Disebabkan itu jugalah sepanjang 3 hari kitorang berkampung untuk menjayakan event ni, aku memang berkerja all out. Di samping nak menebus kegagalan aku kepada Kak Maria, aku jugak berusaha nak menaikkan balik saham aku. Dari jadi peniup belon, penari sampailah jadi Chicky. Semua aku balun! Nak tunjuk yang terbaik depan bos kan...

Percubaan mantap dari aku untuk menaikkan saham. Hohoho..

Alhamdulillah.. karnival tu berjalan lancar. Tapi part jadi salesman tu.. tetap xleh nak buang. Asal aku berperang ngan Kak Maria wajib dia bawak keluar topik ni. Memang x menang la oi.. Bermula dari saat itulah aku cukup mengagumi orang2 yang bergelar salesman. Tapi for me to be one of them? Simpang 4 KB Mall aku xkan buat. Malu siot...

Berbalik pulak kepada keadaan aku sekarang. Patut ker aku terima job buat sales ni? Kalau nak difikirkan pasal bayaran.. dah kira bagus apa. Lagipun untuk 2 minggu. Kira setimpal la.

Nak nak pulak Maa sendiri yang offer. Nak tolak... iyalah. Aku terhutang budi banyak dengan dia selama ni. Tapi kalau aku terima dan aku fail nak impress dia, deep inside aku akan balik jadi macam aku dengan Kak Maria dulu. Lagilah x best. Lama tau nak hilangkan ingatan yang x baik pasal kita dalam kepala otak orang ni.

Taknak menyerabutkan otak, aku cakap kat Maa. "Maa cari dulu sapa2 yang nak buat kerja ni. Kalau xder, okay saya masuk." Dan sumpah tiap2 kali lepas sembahyang, itulah doa aku. Mintak2 la Maa jumpa orang yang sesuai untuk kerja tu. Aku? Tak sanggup....


Monday, January 10, 2011

AJL 25. Antara Ana, Yuna & Ziana



I know... Prediction awal aku salah. Nak wat camner? Dah aku xjadi juri malam semalam. Kalau x lainla.....

Senarai penuh pemenang

Vokal Terbaik              : Yuna- Cinta Sempurna Hafiz - Noktah Cinta
Persembahan Terbaik  : Bunkface - Ekstravaganza Faizal Tahir - Hanyut
Tempat ke 3               : Meet Uncle Hussain - Drama King Hafiz - Noktah Cinta
Tempat ke 2               : Faizal Tahir - Selamat Malam Meet Uncle Hussain - Drama King
Juara                          : Yuna -Cinta Sempurna Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Dan kerana keputusan ini, secara rasminya aku xkan dengar HotFm selama seminggu. Bukan kes boikot atau apa, just xnak mendengar versi live Tolong Ingatkan Aku. Langsung x best! 

Tapi aku ni nak kondem lebih-lebih xleh gak. Maklumlah I xder degree pasal muzik2 ni... Tapi overall show semalam (tolak part Ana Raffali menang) memang best! Senang cerita, meh aku list down sikit apa yang menarik semalam.

  • Opening performance yang memang cambest! Standing ovation untuk Nash yang memang rilek giler dengan Pada Syurga Di Wajahmu. Nasib aku tgok ngan family. Kalau sorang2... sah2 aku ikut melalak!
  • Dulu2.. orchestra biasa diletakkan di belakang atau belah tepi. Tapi tahun ni diorang letak kat atas. Ko ingat artis jer nak popular? Wei... kalau xder orchestra... for sure x menjadik nyer korang punya performance...
  • Banyak aksi tembak menembak. First dengan A.P.I, then Hafiz iku join sekaki. Mati2 aku ingat Hafiz betul2 pengsan dowh masa tu.. Nasib dia keluar balik sambung dia punya performance. Hadui!! Sesak nafas gua benter.. Bagi yang x tahu.. Hafiz actually kemalangan beberapa hari lepas. So, aku pikir dia rebah semalam effect dari kes aritu la.. *nak tahu lanjut? sila baca blog BeautifulNara ek.*
  • Banyak nama2 besar naik pentas semalam. Dari Nasha Aziz, Fatimah Abu Bakar sehinggalah Aziz Satar. Tapi ramai2 tu.. Penampilan NorKhiriah untuk lagu Selamat Malam paling best. For sure ramai mak2 akan nyanyi lagu tu untuk anak2 diorang lepas ni.
  • Walaupun xmenang vokal terbaik, Black cukup menyengat semalam dengan Drama King dan Sofea Jane. X terkucil tu! 
  • Faizal Tahir yang betul2 hanyut! Okay... maybe ada la tangki kecik bawah 'kotak penjara' tu. Tapi still ada yang tertipu ingat Faizal betul2 menyelam semalam. Come on la... Gimik jer cik kak oi!!!!
  • Lawak hos di saat2 akhir yang berjaya menyelamatkan keadaan. Hidup FBI!
  • 3 Diva hebat. Dato' Sharifah Aini, Ziana Zain & Dato' Siti Nurhaliza. Kak Pah memang best dengan 1st song. 2nd song pulak agak fail sebab bridge yang terlampau panjang. Nasib Ziana menyengat semalam.Ambik kau Madah Berhelah ngan Anggapanmu. Key dia cukup2 perfect semalam! Siti pulak.. xperlu nak dipertikai. As always... bagi jer lagu apa pun. Confirm sedap punya...
Tahniah sekali lagi buat tv3 dan semua yang terlibat semalam *ayat reporter...* Walaupun aku yakin ramai yang x berpuas hati dengan result semalam. adat bertanding.. Lagipun banyak lagi award2 sepanjang tahun ni. Ambik contoh Yuna *tetap nak Yuna. Motif x puas hati.* AJL tahun lepas dia kalah tapi dia still menang kat AIM tau. Kategori Lagu Terbaik lagi... 

So xperlu la nak menjadi pahat yer sekalian. Terima ajer keputusan tu. Lain kali for sure boleh try lagi.. Xgitu? Go Yuna!



Saturday, January 8, 2011

Manga Review :: Bleach ::



Title : Bleach 
         - disirikan bermula Ogos 2001 dalam Weekly Shonen Jump
         - Pemenang kategori Shonen dalam Shogakukan Manga Award 2004


Profil mangaka :
Tite Kubo
         - Zombiepowder
         - Bleach
             - manuskrip asal Bleach pernah ditolak. Tetapi dengan
           dorongan Akira Toriyama (Dragon Ball), Tite meneruskan 
           percubaan untuk menjayakan siri ini.




Ringkasan :

Berkisar tentang Ichigo Kurosaki, seorang remaja berusia 15 tahun *gila muda engkau!* yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang Shinigami (dewa maut/soul reaper).

Tindakan yang pada mulanya dilakukan demi menyelamatkan keluarga dan rakan2 nya mula berubah apabila tanpa disedari, Ichigo telah terjebak di dalam rancangan Aizen Sousuke untuk menghancurkan Soul Society serta memporak perandakan seluruh alam semesta. *xpasal2 aku teringat wira tunggal plak.*

Dengan ditemani rakan2 nya serta bantuan dari pihak Soul Society, kini Ichigo meneruskan misinya untuk menyelamatkan dunia pula... Berjayakah Ichigo menghalang Aizen yang kekwat nak mampus itu? Atau.. berjayakah pula Aizen mempengaruhi pemikiran budak tingkatan 3 ini daripada terus membusykan body menghalang tujuan jahatnya? Bak kata Zee.. "Ala... komik jer pun.. Buat apa nak pikir2.. U jadi pembaca dahla.. Buat serabut otak jerla nak buat soklan camni.." ceh, xnak bagi support langsung!




Yang best pasal manga ni dari aku :

Tite Kubo (TK) pernah sebut yang dia nak menzahirkan *ambik ngko perkataan aku guna hari ni!* 'suatu perasaan berupa pengalaman yang hanya dapat diperolehi dengan hanya membaca manga'. Tengok jer ngan setiap battle scene yang ada dalam manga ni. Meletop beb!! Kalau buat filem confirm xleh wat syot macam dalam Bleach tau!  Kalah Matrix. *bagi aku la..*
Setiap page pulak memang cukup simple, less dialog dengan art yang x crowded. Jadi xperlu la korang tenung lama2 nak paham setiap inci lukisan tu. Tapi kalau dah tahu awal2 korang ni rabun..erm... xreti2 nak cari spek ker? *Hehehe...*


Siri awal Bleach.

Terbaru. Nampak perbezaan gaya lukisan TK kan?

Yang x best pasal manga ni.. jugak dari aku :

Okay... Timeline manga ni actually baru dalam lingkungan 5 bulan. 5 bulan yang bersamaan dengan 9 tahun manga ni disirikan. Macam x percaya jer kan? Kalau nak dikira dari perkembangan karekter.. Sumpah aku ingat Ichigo umur 20++. Damn!! X logik langsung!
Kadang2 disebabkan ketelitian TK dalam dia punya art, dia kurang menggunakan dialog. So, paham2 jer la.. NEXT PAGE PLEASE!! Lagipun buat apa nak tilik page kosong kan? Tup2..  sampai kat page TO BE CONTINUED. Masa ni okay lagi.. Tapi tengok kat bawah belah kanan tu ada note kecik tertulis, NEXT WEEK BLEACH IS ON HIATUS. Ha! Mau x berapi kepala otak aku!

Wednesday, January 5, 2011

Debaran Anugerah Juara Lagu 25












Aku memang tabik ngan juri2 separuh akhir Anugerah Juara Lagu tahun ni. Lineup yang terpilih memang mantap siot! Tabik spring plak ngan kedegilan tv3 untuk tetap tidak menggunakan format kategori pada tahun ni. Bukan apa.. baru adil kan?

So, daripada 14 yang tercalon. Lagu mana yang tersemat di hati korang?
Ha?! X tahu? Kalau cam tu.. Jom kita review skit lineup final tahun ni k!










Tuesday, January 4, 2011

Manga Review :: Bakuman ::



Title : Bakuman (Jepun)

Profil mangaka : 
Takeshi Obata (pelukis)
   - Hikaru No Go
   - Blue Dragon
   - Death Note
Tsugumi Ohba (penulis)
   - Death Note
   - Profil dirahsiakan. Dikatakan mempunyai tabiat yang sama dengan
     karekter L dari siri Death Note.



Ringkasan : 

Mengisahkan tentang 2 orang remaja yang bercita2 untuk menjadi mangaka berjaya. Akito Takagi (pic kiri) merupakan seorang pelajar pintar yang mengenepikan keputusan ujiannya semata mata untuk meneruskan minatnya dalam dunia manga. Manakala Moritaka Mashiro (pic tengah) merupakan seorang pelukis berbakat yang mempunyai dilema untuk meneruskan keinginannya kerana dibayangi bapa saudaranya yang juga seorang mangaka berjaya tetapi akhirnya memilih untuk membunuh diri. *orang Jepun memang kuat stress kan?!* 
Kesinambungan manga ini diteruskan dengan pengenalan watak2 seperti Akira Hattori (pic kanan) sebagai editor a.k.a mamat bibir besar dan juga musuh ketat mereka Eiji Nizuma, genius yang berjaya menjadi mangaka hanya pada usia 16 tahun.
Akan tercapaikah cita2 diorang? Mashiro yang hanya akan berkahwin jika manganya berjaya diangkat sebagai anime.. atau Eiji yang memberi syarat akan menamatkan mana2 manga yang di mahukannya jika dia terus kekal sebagai yang terbaik. Hurm...



Yang best pasal citer ni dari aku

Manga berinformasi. Bagi korang yang biasa membaca manga dan teringin nak tahu macamana gerak kerja seorang mangaka. This is the best choice. A manga about manga. Plot yang x terlalu berbelit dan korang dijanjikan tiap2 minggu dengan 20 page yang berisi. Aku sendiri kalau baca manga ni confirm akan ter"ooo.." sorang2 dalam bilik. *bukan Kamen Rider OOO k. Ni "ooo.." baru faham maksudnya"

Yang xbest pasal manga ni jugak dari aku

Love story yang merepek. Takagi gila kahwin awal. Mashiro plak bercinta macam aku. *ehehe..spesies diam2 berisi la..* Dan macam aku cakap, 20 page yang berisi. Maknanya terlalu banyak dialog. Tapi kena la faham jugak kan. Ni manga tentang manga. so explanation memang ferlu. Lagipun dari pencipta death Note katakan.. Bagi yang x biasa, confirm lepas 5 chapter mesti surrender. Hohoho!!!

Sumber : wikipedia
              pembacaan sendiri :) *apa ngko ingat aku aku suka suki jer main copy paste?


Monday, January 3, 2011

Buang Tebiat vs Porn. Hurm....




Aku mengaku yang aku ni terlalu taksub dengan internet. Even orang keliling aku pun naik pelik tengok perangai aku. Apa la gamaknya budak ni buat ek? Dahla dengan lampu dalam bilik x pernah reti nak pasang, mata tu plak macam dah terbeliak aje mengadap skrin laptop. Buang tebiat ke apa? 

Mungkin bab yang x pasang lampu tu salah aku. Tapi mentaliti orang Malaysia ni sebenarnya cukup simple. *warning : ayat2 seterusnya akan memanaskan punggung sesetengah pihak.* Kalau dah duk dalam gelap tu, confirm mesti tengah layan porn. Lagipun bukan aku xtahu yang orang selalu mengata aku bab2 ni. Berlambak komen kat fb. Tu x masuk lagi yang siap PM semata2 nak suruh aku share cerita ngan diorang. Yang ni x dicop buang tebiat plak! Musykil aku..

But anyway tinggalkan masalah porn tu kat situ. Lagipun kalau korang nak, berlambak korang boleh cari kat internet. Bukan niat aku nak mengajar. But well.. PENGETAHUAN AM katakan.. *hahaha.. mampus aku kena caras lepas ni.*

Jadi apa sebenarnya insan yang bernama Zakiyudin a.k.a Jibam ni buat ngan laptop hari2 ek?

Firstly, of course la facebooking. Tapi kadang2 aku on jer.. Tapi tuan mengadap benda lain..

Apa pulak benda lain tu?

Macam aku cerita dulu2.. Aku memang kipas susah mati Korean culture. So, kebanyakan masa aku dihabiskan ngan mengadap show2 Korea cam Invincible Youth, Dream Team, Happy Together dan jugak Star King.

Bukan ker kat tv ada tayang jugak kan? Channel 391 KBS World *habik ngko! Promote siap!!*

Macam aku cakap dalam previous entry. Anak my sis kan cita2 nak jadi minah indon. So, daripada aku berebut remote control ngan dia. Baik aku lepak dalam bilik sesambil download cerita aku. Nak tengok 16 kali sehari pun xder hal tau!

Khuntoria from We Got Married. 
Gabungan nama Nickhun and Victoria *dia hot!!* Xder kena mengena ngan Maria Ozawa atau sepupu sepapatnya...

Dan macam korang semua tahu. *bagi yang tahu.. shhh.. aku nak bukak panggung nieyh..* Aku sekarang ni pemegang ijazah sarjana muda kepengangguran dari Universiti BTSS. Singkatan kepada Bengom Tok Sudoh Sudoh. *pakat2 gelak..hahaha* So bajet nak berjoli aku automatik jadi ciput seciput2 nya. Bajet bulanan komik aku jer dah kena cut 3/4 tau! Sebab tu sekarang aku beralih terus ke dunia online. Bagi yang biasa membaca secara online ni.. Korang faham la betapa susahnya nak mencari bahan bacaan kegemaran korang. Nak2 pulak manga Jepun. Banyak kena block sebab masalah hakcipta. Memang makan masa la nak mencari yang percuma uolls..

Apa kejadah enkau nak cerita semua benda ni? Buang tebiat ker hapa? *entah kenapa aku rasa best plak guna ayat buang tebiat tu..*

Aku kan planning nak buat pembaharuan kat blog ni. Pembaharuan yang sebetulnya aku sendiri x tahu nak start kat mana. Nasib baik la aku ramai kawan2 yang bijak laksana kucing mencari makanan. *sumpah otak aku blank masa nak cari perumpamaan yang sesuai masa tulis entry ni.* Diorang pun cadangkan aku, "why not ngko tulis pasal benda2 yang ngko minat ni. Lagipun bukannya rugi kalau ngko share dengan orang lain. aku confirm ada orang baca punya.."

Berbekalkan semangat yang ditiupkan kawan2 aku serta misi untuk melakukan transformasi ke arah yang lebih gempak. Aku terus setuju. Jadi bermula tahun ini, aku akan menambah beberapa lagi kategori dalam blog aku ni *macam nak umum award pun hada..*  Lagipun asyik2 dengan S.O.N.G. jer kan. Puas gak la aku.. Tentang gaya penulisan budak darjah enam yang aku pakai sekarang.. xperlu nak ubah kot... Ramai orang pakai apa...

Yang sure, tahun ni aku akan buat yang terbaik untuk survival blog sengal aku ni. Hohoho... *padah telan actifast 4 bijik. skema gila ayat!* Tapi jangan nak mengharap aku letak porn k.. Xder masa aku nak buang tebiat ngan benda2 tu! Bye!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...