Pages

Thursday, September 29, 2011

ANTM All Star. 3rd Episode. "The Stilt Show."

It's getting better and better each episodes.
Specialnya pasal episod kali ni bukan kepada guest judgenya iaitu Kristin Cavallari okay~ *ooops.. what can I say.. I xlayan The Hills tau..* Tapi kepada cara penyingkiran dibuat.

For the challenge, semua contestants dibahagi kepada dua group dengan team yang menang akan dapat imuniti masa judging session. Which means... ko ambik la foto hazab pun dik.. asal ko menang challenge, ko pass.. *gituhh..* Like! Satu pembaharuan yang bagus Tyra!

The photoshoot session pulak memang gempak! Kababoom!!
Diorang digandingkan dengan the safe and the unsafe member, together. Jadi nak xnak.. semua orang kena all out. For the unsafe, diorang kena make sure yang diorang takkan termasuk dalam golongan yang tersingkir awal dan untuk yang dah safe pulak, diorang xleh biarkan yang unsafe overshadow diorang punya performance. Hohoho... interesting sekalih!
Cerita panjang pun xguna kan~ So jom layan gambar!!!!

Allison (safe) Angelea (unsafe-bottom two)
Allison first call!! Dan untuk challenge pulak, dia menang!! Yeahaa!!!

An Ancient One. *I guess~*

Entry yang aku sendri pun xsedar rupanya x-terpublish lagi. Setahun lebih kau dok dalam draft. Hahaha!!! Pedulikan ayat aku yang tah hapa2 tu okay. Lagipun aku xminat nak ubah apa2 yang dah tertulis kat sini. So.. enjoy!

.............................

Yeahaa!! Selesai jugak majlis perkahwinan Chesu dan Reza. On the surface... yes... semuanya lancar~ Alhamdulillah...
Dan macam biasa.. ni aku nak cerita sikit apa yang berlaku di sebalik tabir hari bersejarah pasangan genit berdua itu. Hiks!

Preparation majlis actually bermula sebulan lebih awal. Macam biasa.. gift semua lah kan. Sebagai ketua staf merangkap jurugegas.. *of coz perlantikan dibuat sendiri~* Akulah antara manusia paling busy.
Nak isi gift dalam plastik.. then nak kena ikat~ pastu nak masukkan dalam kotak.. Series banyak step! Tapi alhamdulillah... lancar~ *Zaki okay~ko jangan main2 ngan mak andam wannabe ini..*

Menjelang hari2 bersejarah pulak.. Arahan baru diterima.. Terutama sekali pasal aturcara majlis.
Yang ni.. memang aku pening. My sis still dengan cara dia. Yang konon2 orang xnak include dia bila buat keputusan. Chesu pulak menagis tersedu2 bila memikirkan masalah yang xder penyelesaian, dan Cheya~ sebok call sini sana ala2 wartawan majalah hiburan. Hahaha!! 
Tu xmasuk lagi bab skrip. Nasiblaa aku suggest nama Abe G untuk jadi mc. Selesai dah satu masalah.

Then kita masuk pulak hari reherseal. Huishh!!! Macam2 karenah! Ngan wedding planner yang ntah hapa2~ Matilaaa semua kena arrange sendiri oii! 
Ko bayang~ Esoknya majlis, aku pukul 5 pagi baru boleh tido dan pukul 6.30 pulak dah kena bangun. Nasiblaa badan... Banyak sangat kerja last minute. Cari lagu kompanglah, nak cut lagulah, nak gosok bajulah. And guess what? Semua baju orang yang terlibat majlis aku gosok tau! Risau takut2 diorang semua lewat ke masjid hapa... Huffff

Tengah reherseal untuk perarakan masuk kedua mempelai.
Rambut I merah kan uols! Hahaha!!

Wednesday, September 28, 2011

Rihanna - Russian Roulette

Aku sebenarnya xkesah sangat ngan lirik atau vokal Rihanna kat lagu ni. Yang special bagi aku.. melodi dia. 
Yup.. soundtrack momen2 terakhir Sir Dik. Bila aku dinafikan untuk membela diri... diberikan surat yang menandakan inilah tanda segalanya sudah tamat tanpa sempat bebuat apa2.. Scene peluk Syam kat pintu belakang.. And~ Saat2 bila aku terpaksa melangkah keluar tanpa peluang untuk sebarang ucapan selamat tinggal dari insan2 yang pernah aku susah senang bersama.... 

Berat.. tapi benda setahun lebih kan..Life must go on xkira ko suka atau x. =) And.. kalau x kerana situasi ketika tu, mungkin.. hidup aku xseceria sekang kan?


Take a breath, take it deep
Calm yourself, he says to me
If you play, you play for keeps
Take the gun, and count to three
I’m sweating now, moving slow
No time to think, my turn to go

And you can see my heart, beating
You can see it through my chest
Said I’m terrified but I’m not leaving
I know that I must pass this test
So just pull the trigger




Say a prayer, to yourself
He says close your eyes,
Sometimes it helps
And then I get, a scary thought
That he’s here, means he’s never lost

As my life flashes before my eyes
I’m wondering will I, ever see another sunrise?
So many won’t get the chance to say goodbye
But it’s too late to pick up the value of my life

And you can see my heart, beating
Oh can see it through my chest
Said I’m terrified, but I’m not leaving
Know that I must pass this test

Satisfaction Guaranteed



Aku sebetulnya bukanlah kaki gaduh.. jauh sekali kaki pukul. Bagi aku.. bila sesuatu berlaku.. baiklah duduk diam buat xreti. Kalau aku dah rasa sejuk~ aku tegurlah. Kalau x~ hurmm... tamat sudah riwayat kesan degil la  kiranya..

Anyway~ xnak cerita panjang. Aku rasa post tu dah cukup untuk hari ni. *walaupun sebenarnya aku nak cerita pasal ikan bakar~* Cerita penuh boleh dibaca kat blog Cik Zee di...................... wekkk!!! Kalau bagi pun xguna~ dia bukak untuk invited readers only mehh.. Eksklusif la tuw konon! :P

p/s : Aku ngan my sis dengan beraninya menjejakkan kaki tempat port fevret Si Matured semata2 sebab kempunan ikan bakar. Nasiblaaa xder spy xdi. Syukur.. syukr...

Tuesday, September 27, 2011

S.H.O.P.P.I.N.G

Kalau ikutkan hati yang tengah marah~ Memang gila2 lah aku attack balik kat fb. Ingatkan lepas kena skali... serik. Ni tak.. makin menjadi2 sial! Nasibla badan...
Well, tinggalkan kejap cerita bangang tu. Susah2 aku call Mr. Simple tolong bereskan. Senang...~
Next!!!


Disebabkan dah tertangguh beberapa kali projek nak shopping barang dapur.. hari ni, Alhamdulillah.. terlaksana jugak. Aritu gila shopping xtentu hala kan.. nasiblaa bila dapur dah kering ni barulah nak sebok mengurus semua. 

First thing first.. orang kata kalau nak shopping ni, sediakan list. Betul x? Pengguna bijak meh.. Maka tekun nyerla aku menulis setiap item yang ingin dibeli itu. Susu.. nescafe.. milo.. ribena.. Ehei!! Banyak yang air pulak! Masuk yang dapur.. mamee.. twisties.. *perlu okay buat drakula2 yang suka berjaga malam ittuw~*

Keduanya.. bajet. Haa.. bagi yang kerja kerajaan, bajet biasanya dibuat nak dekat2 gaji. Tolak kereta, rumah semua. Barulah masuk bahagian dapur. Biarlah jenis makan luar sekalipun~ janji dapur terhias indah katanya..
Tapi tu orang gaji bulanlah. Cam kitorang~ tengok keadaan calon2 yang sesuai untuk diperas ugut. Kalau jenis yang baik bak YB.. slow la sikit. Tapi kalau jenis yang.. ehemm.. berlagak lebih.. Haa.. merasala.. lumayan skalih! Hiks!

Lastly, hari shopping itu sendiri.  Hat yang ni korang kena consider semua sekali. Hari orang gaji, hari hujung minggu, promosi2 kat supermarket itu dan paling penting.. kalau nak shopping banyak, jangan hari Sabtu. Why? Sebab Sabtu dia caj setiap beg plastik yang korang guna untuk isi barang tu nanti. Xsilap aku 20 sen setiap satu. Dibuatnya 10 plastik, terbang dah 2 ringgit. Kan best ngan 2 ringgit tu singgah 7E beli roti~ Xgitu? :P

Now.. bila dah ready ngan semua tu, time orang nak gi shopping pulak bersiap. Cik Demi cam biasa~ simple.. Maknya. masa untuk cuba baju baru!! And me, atas sampai bawah kuning. Hahaha! Nasib hujan. Kalau x nahas aku all out ngan kasut skali.

Tapi disinilah langkah kami mula tersilap. Silapppp besar. Bak kata pepatah, kita hanya mampu merancang, ketentuannya nanti, tiada siapa yang tahu~

Naik jer kereta, silap pertama. List yang panjang berjela tu entah hilang kemana. Kuat berangan depan cermin lorhh.. Sekali xingat aku gi selit celah mana benda alah tu. Hishh..
Tahan lagi..

Naik supermarket, test troli duluh.. Kang boleh yang tayar cam bangang.. letih nak menolak seyh... 
Selesai buat pemilihan.. okay, jom ronda2.. Tergedik2 tiga beranak atas supermarket tu. Nasib xramai. Sempat la buat pose orang KL baru balik KB.. padahal rumah sekangkang kera jer ngan supermarket yang kitorang naik tuh! :P

5 minit mula2.. semua okay.. berjalan lancar.. Ridsect.. maggie maa.. susu.. kiub knorr abah.. okay~ mengikut list.
Tetiba ada tangan mencelah dari belakang. Eh?! Nescafe 3 in 1? Xder dalam list seingat aku! Terusmata ni menjeling, cepat Si Demi ni ambik kesempatan yaa~
Maka bermulalah shopping barang dapur ntah hapa2 tu..

Masuk belah sini, uiii!! Berkenan ngan benda alah tu. Ambik... sumbat troli. Satu.. dua.. omakau!! banyak nyer barang xder dalam list! Matilaaa.. selalu sangat shopping over budget! Xleh nak control langsung!

Dan my sis pulak~ Ada hobi suka mengumpul barang. Makin bencana. Disaster!
Tengah jenjalan tu, sempat tau mata dia tertangkap botol air cute mute tersusun cantik kat hujung belah barang plastik. Aiyohhh!!! Xnak burukkan keadaan, awal2 aku cabut tinggalkan dia ngan Demi kat situ. Mau dibuatnya aku sebagai alasan nak beli semua tu~ Oh pleaseee... xrela tau!

Lepas 2 jam berhempas pulas atas supermarket tu, my sis tanya aku soklan cepu cemas. 
"Ko agak~ over budget tak kita hari ni?"
Hah?! Soklan apakah itu?! Dah terang lagi bersuluh 70% dari barang dalam troli tu xder dalam list, ditanya lagi kita. Wadehek cukelat hacks! 
Xnak cakap banyak.. terus gi kaunter. Kang dibuatnya ada  lagi barang dia berkenan, mampuss!!

In the end, xperlu cerita. Memang over budget lah. Bukan sikit okay~ Malah lagi banyak dari biasa! Bayangkan~ Biasa kitorang habiskan RM300 untuk barang dapur. Hari ni? Double okay, DOUBLE!!  Oh sungguh xterkata aku saat itu. 

Orang lain.. tengok barang2 branded berjenama jer kelabu mata. Ni kitorang, shopping barang dapur pun sama gak. Haihhh!! Ohh.. dan kenapa aku xrefer 'just' my sis dalam entry ni adalah kerana.... AKU PUN 2X5 JUGAK. Pantang berkenan! Sambarrr..... Hua3!!!

p/s : Seminggu xmakan nasi. Kat luar pulak ada 2 bungkus mee tomyam. Haruskah saya mengagalkan rancangan diet pemakanan saya hari ini? Hihihi...

Monday, September 26, 2011

Pumpkin Note. The End II

Aku suka menulis ala2 gedik. Why? Sebab dengan cara tu aku rasa lawak. =) So mintak tolong jangan nak pandai2 tafsir kenapa cara aku begini. 
Ko ingat kat luar aku berani buat ker tu semua?! Mati nak makan pelempang?! Pikirla~ Walaupun derhaka.. hujung nama aku still ada nama seorang bapak okay.. Seburuk aku.. aku xkan aibkan nama dia dengan tingkah aku kat khalayak.. So please.. Mind ur own business bebeh!

Now.. Sambung balik cerita. :P

........................

Sehari sebelum hari kejadian..

"U~ esok temankan I beli perfume boley?" Si Matured menyatakan hasrat di hati.
"Boleh! Lagipun I nak beli barang dapur sikit. Kat rumah tu dah kering la.." My sis menyepak kasut saya dari bawah meja. Nasib kasut buruk umur 2 tahun tu~ Kalau yang baru.. sah2 balik nanti saya sabo dia punya almari kasut. Balas dendam gitu..
"Erm.. tapi kita pergi malam la. Boley?" My sis bertanya Si Matured.

"Why baby why? Xleh gi siang hari ker?" Muka Si Matured berkerut menampakkan garis2 usia yang memang confirm hari2 dimamah masa.
"Tak.. I hajat petang nak gi Mall yang orang selalu ambik kesempatan nak bunuh diri tu.. Ni hah.. nak baiki tali jam.." Sempat menunjuk jam berharga ratusan yang dipakai di tangan. "Lagipun kalau malam.. senang sikit. I pun lama dah xmakan ikan bakar tau!" 

Terus mata saya bersinar galak. Ikan Bakar! Ohh.. tiba2 teringat kat sotong bakar kedai tu. Hurm.. ni kena menyampuk nih!
"Erm! Kalau gi siang hari, kesian kat abah duk sorang. Malam xperla.. semua ada boleh teman dia main game." Saya redah jer apa terikir kat kepala otak masa tu. :P
Si Matured mengangguk faham walaupun memang dah terang2 dia terpaksa mengalah. 2 lawan 1 katakan~
"Okaylah. Petang lepas selesai urusan U semua. Call I. Nanti kita gi sekali."

Selesai menjamu selera. Saya dan my sis beransur pulang. Tapi dalam kereta sempat buat sesi pembentangan bajet.. Hiks!
"Okay Dik. Balik nanti list semua barang dapur nak dibeli. Air kotak jangan lupa tau.." Saya sengih bak kerang. Erm.. kerang sengih macamana ek? Hurm.. Ahhh!! Belasah jer..
Vroom vroom... jeng jeng meninggalkan Abang Bulan malam itu.

Tamat Imbas Kembali..

Sebaik menendang keluar Mr. Apai dari kereta, kami terus menuju jalanraya semula. Sibuk! Rumah sendiri pun xsempat nak masuk masa tu.
Perkara pertama perlu dilakukan. Call Si Matured. 
Tut tutt.. call xberangkat.

"Ish.. camna ni dik.. Si hitam perasan tu xangkat call pulak.." My sis yang muka fedap gila babss' memulas stereng jeng jengnya.
"Pastu? Makanan abah macamana?" Saya gelisah.
"A'ah.." My sis menganga. "Xperlah.. mula2 kita gi ambik dulu makanan tu." My sis masih lagi cuba menghubungi Si Matured.

Dia cute, saya pun cute.
So xsalah kan kalau saya nak wat rambut cenggini? Please pleaseee....~

"Ginilah dik. Ko tanya Kak Kiah tu.. Kalau2 Si Matured dah order.. Ko ambik then bayar. Kalau x.. ko order macam biasa." My sis memberikan arahan sebaik jeng2 selamat park di depan restoran itu.
Berjalanlah saya ibarat duta kecil K-pop melalui meja2 yang tersusun xikut turutan dalam kedai itu. Semua mata memandang. Suka! Suka!

D kaunter.....
"Wahai akak yang manis manja tapi sayang mekap xpandai sebab tebal semacam, ada tak lelaki yang saya gelar Si Matured datang meng-order apa2 kat sini?" Ha... saya kalau dah kekwat macam ni la.
"Oh adik yang satu set kaler striking, xder pula lelaki yang adik gelar Si Matured tu order apa2 tadi. Beli dibawa balik adalah. Baru sebentar tadi dia berlalu."
Saya diam sebentar. Cuba menganalisa keadaan. Argh!! Baik tanya my sis dulu. Senang. Maka sekali lagi saya catwalk menuju kereta.

"Weh! Tadi Si Matured dah datang. Tapi dia beli bungkus bawak balik. So how?" Saya bertanya.
"Erm.. ginilah. Ko beli jer cam yang aku arahkan. Lain2.. pasni kita sit back and talk balik."
Saya angguk faham. Sekali lagi catwalk masuk kedai.. Hiks!

"Wahai akak yang bulu mata lentik tapi palsu semata-mata.. Tolong sediakan makanan seperti berikut ya.. Pasal lelaki bergelar Si Matured tu.. kita tolak tepi dulu.. Buat menyemak jalan cerita jer.." Saya pun orderla seperti yang di arahkan.
"Oh adik yang gila berangan xsudah2.. tunggu sebentar ya~ Order adik nanti kami siapkan." Terus kakak tu berlalu ke dapur. saya pun, daripada pose xtentu hala depan counter, terus mengambil tempat di celah dinding. Nasiblaa ada kerusi. Oh.. selesa sekalih!

Jeng jeng jeng!!!!

Ohhh.. apakah yang jeng jeng itu? Keretakah?
Bukan bukan~ Rupa2nya.. sebaik saya melabuhkan punggung di ceruk restoran itu, satu drama berupa telenovela telah berlangsung di dalam kereta. Nak tahu apa yang berlaku? Apa motifnya? Dan... bagaimanakah penamat hikayat ini? 

Tunggu.. satu persatu persoalan itu saya akan kupas. Tetapi dalam next entry lah yer! Untuk itu.. salam sayang, salam kecundang dari saya buat semua. Bai....~

p/s: Kalau xleh terima cara aku.. duk diam2.. remove aku.. Xperlu nak provoke camtu bahlol! Aku xkacau kau kan? So please stop doing that. 
And Cik Zee.. xyah nak jadi orang tengah. Xpepasal nampak cam kita pulak terhegeh2. And.. blog tuh. Apsal private xberjemput? =(

The Log. Chapter 1

"Hai!"
"Hai.." Senyum....
"Lama x nampak. Ke mana?"
"Takderlah.. cuma lama xsampai sini jer.."
"Ooohh.. erm aritu yang dengan beg semua tu.. Dari mana?"
Cepat perah otak Zaki.. Ko muda lagi seyh!!
"Ohhh!! Tu.. baru balik KL. Kenapa?"
"Ooohh.. patutla..." Senyum... manis sungguh!

"Kenapa? Apa yang patut tu?" Buat2 nakal sekalih!
"Patutla.. jadi orang KL dah dia.. Lainnn sangat" Kepala lentok.
Ishh.. ni yang tak tahan nih!!
"Hahaha.. 3 hari jerla~ Nak cakap luar pun xsempat tau!"
"Iyalah tuh.."
"Iya.. hahaha" Malu siol!

"Erm.. sekarang kerja kat ner?"
Damn! Soklan paling aku menyampah!
"X.. still menganggur. Why?"
"Series? Ni?" Tangan didepang dahi berkerut tengok atas bawah.
"Apa?"
"Ni? Imej ni.. bukan sebab dah dapat kerja lain ker?"
"Ha?! Imej? Imej apanya? Biasa la.." Cover line tetappp..
"Ohoho.. ni bukan the one yang I kenal dulu tau~ Lain sangat!"
Terus senyum dibibi terukir xdapat dikawal..

"Lain apanya~ Cuba cakap." Sambil meluruskan tangan minta dibuat kepastian.
"Nih.. nih semua.. Dulu mana pernah pakai ni.." Sambil jamah2 raba2. Geli tapi suka. Hiks!
"Ala.. biasa la ni.. Xkan selamanya nak sama kan.."

"Betulla.. tapi ni.. drastik sangat!"
"Aiyohhh.. drastik apanya.. Ni pun ambik masa sebulan nak drafkan semua supaya jadi real tau!" Gigih buat penerangan.
"Yeker?  Hurm.." Tangan didagu. Teringat arca The Thinker..
"Ada lagi ker...~"

"Hahah.. xder xder. Tapi suka la tengok. Lain sangat! Bagus la kan?!"
"Terima kasih.."
Senyum.. bak kawan lama yang dah bertahun xbertemu mata..

"Klah. Gerak dulu. Kesian diorang menunggu kat luar."
"Beres."
"Bye!" Sambil menonong berjalan bawak air coke yang baru di-refill. :P Buat modal jer~ Kalau x..malu jer buat2 lapar nak gi berbual tangan kosong ngan dia.. Hehehe..

Nama dan identiti penutur drama sebabak di atas *sorang lagi tu confirmlah aku~* terpakas dirahsiakan. Untuk apa dan mengapa? Biarlah rahsia....
Oh. Dan dengan tamatnya drama sebabak ini juga, aku dengan ini mengakui dengan senang hati kehebatan dua orang stylist yang duduknya jauh di mata ini. Sorang kat KL dan sorang lagi kat Korea. Tapi jangan risau.. korang tetapp dekat di hati. *tagline tv9 kan tu...*

Okay. For now, jom sambung bincang pasal style rambut pulak. Cik Zee.. please consider style Gentarou tu sekali okay... ^^

p/s : Entri ni khas ditujukan buat Cik Zee yang xpasal2 label aku "Encik Kekwat Nak Test Market" kat blog dia. Merasaala bila aku betul2 test market. Nasihat saya... Menyesal kemudian xder gunanya Cik Zee oiii!!! Hahahaha!!!

Sunday, September 25, 2011

One Republic - Everybody Loves Me

Lagu yang berjaya membuatkan abah bukak pintu bilik dan kemudian dengan ikhlasnya mengeluarkan kata2 ini... "Ko menyanyi ke melalak? Sampai nak terkeluar anak tekak aku dengar. Ko hafal lagu ek?" 
Hehehe.. sori bah! Bukan niat nak buat kecoh. Tapi lagu ni terlampau best untuk dihafal liriknya. So enjoy!!

Well hail Caesar, shadow on my backseat
And her friends all standin' right in front of me
Worldwide from the Cimmaron to Turkey
Open up, said everybody loves me
And you don't have to make a sound
'Cause they got what you need, what you need..

Oh, oh, oh, oh, oh

Got love for the people that have warned you
God love all your sentimental virtue
Eight balls with the takers that'll make you
Lay cards with the lovers that'll hate you
And you don't have to make a sound
They got what you need
What you need



Make ya say oh my, feels just like I don't try,
Looks so good, I might die,
All I know is everybody loves me
Head down, swayin' to my own sound, flashes in my face now
All I know is everybody loves me
Everybody loves me

Well I pray the music don't stop till I turn grey
Stars forever like John Sousa never fade
He had a beautiful child, named her Desirée
Hope I'm remembered for the things that I never made
'Cause you don't have to make a sound
When they got what you need

Everybody, everybody, oh, everybody, everybody

Don't need my health
Got my name and got my wealth,
I stare at the sun
Just for kicks all by myself,
I lose track of time
So I might be past my prime,
but I'm feelin' oh so good, yeah!!

Saturday, September 24, 2011

ANTM All Star. 2nd Episode. "Hot Dog Chicks!"

Second eppy. Hurmm~ Baik kut sikit dari yang first tuh...
Lagipun every picca ada theme masing2.. Oh.. diorang kena jual hot dog! Buat sendiri pulak tuw.. Kelazz...

So again.. enjoy!!

Lisa. Daring
First call bebeh!

Bianca. Candid
Hurm.. kalaulah my sis faham makna candid melalui gambar ni~

'Gong' Session

Ni nih... meh rapat2.. Ada gosip nih uolss!!! Xsempat nak cerita smalam. Hiks!

Semalam kan... Masa on the way nak gi mcD tu kan~ iolss nampak sesuatu sangat.. 

Apakah? Nak tahu? Hehehe...

Ni hahh...


Iolss nampak kuda uols!!!
*sebut cam budak cina dalam iklan appeton tu~ KUUUU.. DAAAA...*

Sesuatu sangat okay..
Siap sebelah menyebelah masa kat traffic light lagi.
Petanda nak menang nombor kah?
Ohoo... shopping lagilah ni uolss!!

Hua3!!!!

p/s: nantikan penamat cerita labu itu okeyh! Kalau iols rajin, hari ni pun iols post tau.. Tapi tu pun kalaula.... hehehe

:: MukaBuku ::

Saya benci Facebook baru!!!!

Korang perasan tak yang ada wall feed kawan2 korang belah kiri tuh? 
Very annoying U see!

Aku xkisah kalau dia kluar kat situ apa yang kita buat among friends. Maksud aku.. Apa yang Si A mencarut kat wall Si B.. yang dua2 nya kawan kita. Xkisah la.. Bagus lagi.. At least kalau kita terlepas pandang apa2 yang kengkawan tengah buat.. Kira ter-update la jugak kan..
Mana tau Si A ngan Si B tengah mencarut ko ker hapa... Gituh.. 

Tapi ni x.. semua ada tau! Even yang kita classified private and confidential pun ada.

Bayangkan~ tengah syok2 mengayat awek muka bak model ternama, skali ada malaun dapat tahu pula.. Kalau dibaginya semangat xperla. Ni dahla ber-kepochi kat wall dia, pastu dicarasnya pulak awek tuh.. Haaa.. xpasal2 menyesal. *contoh jer~ xterjadi kat aku pun...*
 Tu pasal la skang ni aku xbrapa nak mengomen kat wall atau status orang~ Risau.. Kang xpepasal jadi kontroversi. Lagipun I punya ayat kadang2 hazab nak dibaca okay! Hahaha...

Dan tadi pulak.. masa aku tengah berhooray2 kat McD, ada sorang kawan tertag picca yang xsepatutnya pulak.. Aiyohhh!!! Nasibla xder orang prasan lagi!
Zee pun satu hal! Time aku bukak fb dia menyeboklah. Time aku log out, xpulak dia menggatal nak surf. Hisyyy!! 
Kang tertangkap dek orang picca tu apakes? I lebih rela kena panah petir tau! 

Dahla nak buang tag tu pun satu hal! Ade ker dia gi letak button remove tag ngan report picca tu skali. Nyaris dah aku terr-report gambar tu tau! Adoiyaaaa!!

So for now~ nampaknya aku xleh nak wat ape2 ah ngan acc Zach tu. Semua benda kena removed ke second acc. Walaupun lebih kurang jer sebenarnya.. at least friend list aku kat situ xramai. Dan kalau perlu perubahan, just add jerla beberapa nama yang perlu tuh. Hiks! Bijak x? ^^

p/s: Mr. N sombong nak mampus! Tapi xper.. I report kat makwe U nanti. Hohoho!!!

ANTM All Star. 1st Episode. "Disaster In The Making"

Xnak tulis pepanjang. Just enjoy the picca okay! 


First call. Isis King
First minah operate dalam ANTM. 
First try dalam cycle 11. Tapi sayang kecundang~

Favret aku!!!
Allison Harvard. Cycle 12. 
Runner up okeyh~

Thursday, September 22, 2011

Pumpkin Note. The End

Okay Zaki! Stick to what U do best. MENCARUT! Hahaha!!
Okay okay~ Tahla kan. Bila emosi mengusai diri, ubat terumbang ambing xingat nak telan.. Memang masalah! So teruskan dengan ending cerita retro tuh. 
Hurm~ Boleh buat penamatkah? .......memang sah ada penamatkah?! Entah.. Tapi setakat entry ni ditulis. Yes.. it's all over. Noktah! 

So let's begin bebeh!!! Yeahaa!!!

..................................

"U~ I kat shopping mall lagi ni.. So I nak mintak tolong U sikit ni..." My sis dengan ayat standardnya. Propa? Bukan... Tapi cover line sebab Mr. Apai Kuyup tengah mencuri dengar di sebelah..
"Boleh tak U orderkan I nasi goreng 4 bungkus.. then lepas ni I gi ambik. Lagipun I takut xsempat ni.." My sis melirik ke arah I. Pandang2 jeling2 jauh jer... Ahaks!


Habis buat agreement, kitorang bergegas turun menuju parking. Sesambil lalu booth baju2 kat level bawah tu, my sis sempat tarik saya ke tepi.
"Eh camner nih? Si Matured dah menunggu tu. Ni.. Apai ni~ kita nak wat camner?!" My sis memaksa saya bersama mencari penyelesaian.
"Lah.. kita balik rumah dululah.. Hantar dia. Then kita kluar ambik nasik tu... Buat cam biasa sudah.." Saya menjawab malas memerah otak. 


Teringin nak try wat rambut camni pulak. =)
Jom cuba sesambil menghabiskan wax ittuw!!!!


"Emmm.. Okay2.. Aku tau dah nak wat camner. Jom!" My sis penuh konfiden. Saya malas nak melayan, sengihhh jer memanjang.


Sebaik keluar dari kawasan parking shopping complex itu, kereta dipandu laju untuk segera pulang. Sambil2 itu.. my sis sempat bermain drama.
"I hantar U dulu la k.. Takut mama U marah lewat sangat ni. Pastu I nak kluar ambik nasi yang I order tu pulak. Nanti lapar rakyat2 kat rumah tu.." Yang ni confirm xpropa. Abah dah call bertanya pasal makan dah tadi. Biasala... 
Malas saya nak cerita panjang. Yang perlu di-mention disini. Mr. Apai akur ajer. Menurut perintah puan!


Oh.. disebabkan kereta Mr. Apai di park kat rumah saya.. Terpaksalah kitorang hantar dia ke situ. Tak sempat masuk rumah, kitorang terus berlalu. Takut lewat nih.. Maklumla~ program mencari rezeki xhabis lagi.


Now... untuk menyedapkan sikit cerita ni.. Apakata kita flashback sikit program asal kitorang hari tu. The one yang sepatutnya kitorang utamakan instead of keluar jenjalan menghabiskan duit kat shopping mall tuh. Hiks!


IMBAS KEMBALI... a day before~


p/s : .......bersambung ke next entry. Malas seyh~ Lagipun I nak layan ANTM All Star epi 2 dulu. Chow uols! :P



Untuk kesekian kalinya...

SAYA MEMANG ADA TATTOO

So no need to bother me again with those stupid questions ANYMORE okay!
Kalau dah benda tu aku tulis, kat sini, BLOG AKU
Maknanya betullah tu!

And one more thing,
Kalau orang fikir yang aku buat semua tu untuk menunjuk-nunjuk..
SORRY. YOU'RE TOTALLY WRONG.

Cuba dengar lagu Pink - Fucking Perfect and Simple Plan - Perfect.
Bagi yang memahami.. diorang akan faham.
Bagi yang tak.. maaf. I'm not as perfect as U can be darling. =)

p/s : Dahla xleh tido. Skali masuk forum ada orang sabo plak. Camna la diorang boleh dapat picca aku kat kedai masa kejadian tu ha? Lagipun acc tagged tu pun dah lama aku delete. Problem~ problem...

Wednesday, September 21, 2011

The Gate. A Retro Story That Still Continue Part 4

Tak sempat sedut tapi tetap tersemput-semput dari episod lalu.

Okay.. aku cuba nak habiskan drama ni dalam entry ni jer. Tapi disebabkan perkembangan tertentu~ :P tengoklah dulu camner ek! Tapi memang rasa at least akan ada satu spin-off kut... Hiks!


...............................

Jeng jeng itu terkial2 mencari parking. Kalau xkerana konfrontasi yang sengaja diada2kan Si Matured sebentar tadi, sudah pasti awal2 lagi kami sudah meronggeng rokiah dalam Watson malam tu.

"Aah!! Parking jer belakang kereta ni. Kalau dia nak keluar.. kita alih jerla. Lagipun aku rasa ni kereta staf2 Watson gak kut.." My sis seperti biasa membuat spekulasi.
Melihatkan jam yang menghampiri jam 10.15 malam,  saya cuma mengikut. Bukan apa.. dah alang2 datang.. Biarlah boleh masuk.. Ni dibuatnya my sis ajak datang pulak esok.. Nahas!

Ibarat ayam bertelur riuh sekampung kami tiga beranak dalam Watson malam tu. Semua benda dijamah, dipegang, diraba dan kalau xdibeli.. dibuat derkkkk jer. 
Jam terus berlalu. Sebaik mendengar tetingkap besi mula ditarik. Kami bergegas membuat pembayaran. Ting! Tertera di skrin jumlah perlu dibayar. Rm 100++
Hurm.. nasibla kami shopping 15 minit ajer. Kalau 2 jam~ Matilaaaa...

"So kita nak makan kat mana ni?" My sis memulakan kata sebaik kami semua selamat melabuhkan kembali punggung di dalam kereta.
"Entah... nak makan apa ek?" saya buat2 bertanya balik. Padahal dalam hati xhenti2 berdoa my sis suggest gi McD saja. :P
"Hurm.. kita gi makan Abang Bulan nak?"
"Ha? Ko xrisau Si Matured tetiba munculkah nanti?" Saya kehairanan. My sis ni nak mencari nahas ke apa?!
"Ahhh!! Persetankan mamat haram jadah tu! Aku teringin nak makan megi kosong la.." My sis menerangkan maksudnya.
"Okayla. Ikut ko jerlah." Saya mengalah. Punah hasrat nak menjamah eskrim malam itu.

Jeng2 itu terus memecut laju melalui Jalan PC yang dengar2 dah tukar nama ke Jalan Tok Guru. Saya seperti biasa, melayan cakera padat cetak rompak yang dimuatkan lagu2 siam yang saya sendiri tak faham petah sebutannya. Tapi dek kerana muzik itu universal, saya layankan juga. Sebut salah pun xder halla.. Lagipun yang perlu menadah telinga cuma anak my sis dan my sis sahaja saat itu.

"Cuba ko intai~ Si Matured aa tak dalam kedai tu?" My sis memberikan arahan sebaik selesai meletak  kereta di hadapan restoran Abang Bulan itu.
"Tett tett... Xder. Line clear!" Jawab saya yakin
"Okay.. Jom serang!!!" 

Saya disebabkan kempunan nak makan eskrim xhabis lagi, hanya order air jer. My sis dan anaknya sedapp jer melantak. Tapi layankan~ saya lagi syok mencuci mata melihat keadaan sekeliling.
Kami terus bergelak ketawa bergurau senda disitu tanpa gusar dengan pandangan orang sekeliling. Lagipun kami regular customer.. makan xbayar pun xder hallah!

Tengah2 syok mengumpat keji semua, mata saya terpandang satu susuk tubuh manusia sedang catwalk dengan machonya di dalam gelap semak samun bersebelahan kedai itu. 
Saya terus memerhati.... memerhati... dan memerhati.....

Omakau cik kiah!!!!!  Terus mode saya bertukar. Henshin!! Kepochi time!!
Saya pun ketuk2 lah meja memberi isyarat kepada my sis yang sedang asyik menghirup kuah meginya. 
"Apa?" My sis kehairanan melihatkan gaya kepochi saya tuh.
"Ko jangan pusing!! Si Matured tengah berjalan ke sini tuh!!" 
"Hah? Yoko?!" My sis terus menghirup kuah meginya sekaligus. Licin. "Buat2 biasa jer." Ucap my sis sambil mengelap mulut.

Here I come bebeh!

"U dah lama sampai sini?" Si Matured menegur my sis seraya menarik kerusi untuk duduk disebelahnya. Bau tengik minyak hitam menusuk hidung saya.
"Ermm.. lapar~" My sis pendek.
"Laa.. why U don't tell me?! Nasib ada orang call cakap U ada kat sini.. Kalau x I xtau pownn.."

Puk!! Kaki saya disepak dari bawah meja. Saya menjegil mata ke arah my sis seraya mebuat isyarat orang rabun.. "Mana aku tau ada kepochi kat kedai ni merepot! Dah yang ko nak sangat datang sini tu apasal? Tanggunglah!" Gitu.. lebih kurang. Tapi my sis xfahamla.. Masuk kereta kemudian baru saya terangkan semua. But for now.. stick to the story okeh!

"Ermh.. saja jer~ Lagipun anak I xmakan lagi. So tu yang singgah terus sini tu..." My sis still dengan mood menyampahnya.
"Ala.. U din? Xmakan ker?" Si Matured memanjangkan pertanyaannya ke arah saya.
"X.. kenyang dah.." Tengok drama! Kalaulah saya tambah terus ayat tu masa tu kan best~

Si Matured terus berbual berbicara, berbangga seperti yang sering dilakukannya. Saya sesekali memandang my sis. Cuba mengesahkan kehadiran Si Matured ketika itu.

"Ni apakes? Tadi ko buat speku konfro semua~ Skang ko datang, buat cam benda xder hapa? Wadehel cukelat hacks are U doing Si Matured? Xmalukah ko? Xnampakkah yang aku dah naik meluat nih?" Lagi2 saya bermonolog.

Malam itu kami akhiri drama dengan cerita rekaan Si Matured tentang motor baru serta kereta yang akan dibelinya. Sesekali saya mencebik. Sesekali pula bermain angin. Biarlah fikir saya.
Lagipun jenis orang camni.. Dari muda sampai ke tua beruban nak mati pun dia xkan berubah. So layankan saja la...
Saya terus tenggelam tak timbul2 berfikir....

TAMAT.

p/s : Ni baru tamat drama ni jer. Yang betul2 penutup.. InsyaAllah aku akan sambung terus lepas ni. Tapi xleh nak janji la bila publish. Hehehe..
Oh.. dan FB dah jadi makin bangang! Dahla semalam aku nak masuk website fevret aku pun kena upgrade. Eh hello?!?! I barang free okay~ Kalau bayar.. dinch aku cari yang lain terus.. Bajet ok bajet!

Tuesday, September 20, 2011

The Gate. A Retro Story That Still Continue Part 3

Disedut sampai tersemput buat kali kedua dari episod lalu...

Saya yang pada asalnya rilek tetiba dikejutkan bak beruk. Janggal mendengarkan Mr. Blur menegur Si Matured. Hilang akalkah mamat disebelah saya ini? Tidak fahamkah dia yang Si Matured itu teramatlah blind jeles dengannya? Apakah makna teguran itu hanya untuk menunjukkan adab sopan? 
Tidak perlu getus hati saya...


Jip itu membelok masuk ke jalan utama. Meninggalkan drama atas pagar rumah itu terus berlangsung..


.....................


"Tu pehal ramai depan rumah tu?" Mr. Blur memulakan bicara.
"Ooo... diorang nak baiki pagar tu hah..... Ko taulah pagar tu kan~ menunggu waktu rebah ke bumi ajer.." Jawab saya sambil membetulkan rambut yang xpasal2 dah berpintal cam singh ni ha..


Telefon bimbit Mr. Blur kuat mendendangkan irama minta diangkat. Kawannya call pikir saya. Xnak menganggu, saya diam seribu bahasa di tepi.


Jip itu dipandu biasa melepasi bonggol2 yang banyak merentangi jalan di kawasan perumahan saya itu. Mengikut cerita my sis, bonggol2 itu mula wujud apabila penduduk setempat membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan tentang tindakan melampau seorang pemandu yang suka menggunakan laluan itu untuk menguji tahap kebagusan enjin keretanya. Nak diparahkan lagi.. pemandu yang dimaksudkan itu xlain xbukan adalah Si Matured rupa2nya. 


Saya tersengih sorang2. Patutlah~ Lagipun Si Matured memang sudah dikenali dengan trademark pemanduannya. 
Poooommm.. po (change gear) Poooooooooooooommmmmm!!!! Gituh.. Kalau nak tengok yang live, dialu2 kan menunggu depan 7e rumah saya nih. Confirm dapat tengok punya~ Hehehe..


Eh eh.. jauh melalut. Sambung cerita..
Tengah2 syok mengelamun, jip Mr. Blur dah pun melepasi kawasan masjid. Sebaik sahaja melepasi pintu gerbang yang menjadi tanda yang kawasan rumah saya ni termasuk dalam area orang kaya2 tinggal.. *oh please~ perumahan korang ada pintu gerbang ker~?!* saya melihat sebuah motor memberi isyarat untuk kami berhenti.


I'm Jack.. Jack Scarecrow. Orang bila pandang muka saya confirm akan muntah darah + terburai isi perut semua.
Ko hada?!?! *hahahah!!!*


Lanjut betul batu Si Matured ni ya~ Eh silap.. kelucahan melampau pulak.. Maksud sebenar saya.. Lanjut usia.. Kan.. baru jer terpikir, tup2 dah muncul depan mata. Ingatkan bawak kereta jer macam pelesit. Ni bawak motor pun dah macam mat rempit. Cepat dia memotong jip Mr. Blur tuh! Ish3...


Jip Mr. Blur memberi signal untuk berhenti. Saya mula gusar. Hairan pun ada sikit2. Apa pula natijahnya Si Matured berusaha menyekat jip kami petang itu. Cari gaduhkan? Hurm.. otak ligat berfikir~


"Ada apa bang?" Saya menghulur kepala ke luar menegur Si Matured.
"Din.. I nak tanya U sikit ni.." Mata sempat menjeling ke arah Mr. Blur yang masih bercakap dengan telefonnya. "U tahu kan yang kakak U ambil pil ostrich tu khen~" Nadanya kedengaran begitu lembut. Biasalah.. standard nak mengorek cerita~.


"Ish.. xtahulah pulak saya.. Saya xpernah campur benda2 ni semua.." Yess.. jika Si Matured pandai mengorek rahsia~xkan saya xboleh bagi jawapan standard artis kan.. I baca Blog Nara jugak okay~
"I know dia ambik benda tu semua.. Kalau x, xkan sampai 2 hari dia tak tidur kan.." 
Ha! Dah ko tahu kenapa nak tanya? Alah!!! Ko ni gila ker hapa percaya kata2 my sis tu.. X reti ke tu agenda politik semata2.. Manusia mana la boleh xtido 2 hari ni oii!! 
"Erm.. orang xtahu nak kata la abang.." Saya terus dengan trademark AF xjadi masuk saya tu.. Hai! Afundi Zaki! Xtahu!!! Hiks!


"U dengan your sis okay ker?" Aku terkedu. Ni masa mana timbul cerita lain pulak?
"Macam biasa jer.. Kenapa bang?" Ehehe.. terus saya guna teknik kepochi blur untuk mengorek cerita baru tu.. Lagipun saya tahu memang Si Matured nak cerita punya~ Dia pun kaki jaga ampaian orang jugak...
"Aritu.. your sis keluar minum ngan I.. then bila I tanya you mana.. terus dijawabnya "pergi mampus lah budak tuh!" I pun tergamam la~ Kenapa sampai perlu dia sumpah U kan.. Xder adab sopan langsung!" Terang Si Matured panjang lebar. 
Saya tergamam xterkata kejap. Dunia dirasakan berputar laju umpama roller coaster saat itu. Tapi untuk mengelakkan masalah dari berpanjangan, saya gagahkan diri menjawab...
"Xderlah.. macam biasa. Kat rumah pun okay la.. Cuma skang ni orang banyak temankan Mr Blur ni hah.. Dia tengah cuti kan~ Lagipun my sis boleh ajak Mr. Smoker keluar kan.." Panjang saya reka cerita.


"Tapi tulah! I menyampah tau dengan Mr Smoker tu. Disebabkan pengaruh dialah your sis jadi camtu. Xsuka! Xsuka! Xsuka!!" Si Matured membentak. Mata sempat lagi menjeling Mr. Blur yang masih xhabis bergayut.
Memahami maksud jelingan itu, saya menjawab selamba. "Tengah fon dengan kawan dia.. Ni kitorang dah lewat pun nak jumpa dia ha.." Xnak berlengah. saya sambung lagi.. "Ginilah bang~ Orang xreti hal benda2 ni semua. Pasal dia mengata orang tu.. Biarlah. Lagipun kitorang duk satu rumah kan~ So xkan nak bermasam muka pulak. Setakat salah cakap tu.. Biasalah.. Erm.. Lain kali lah pulak yer. Kitorang dah lewat ni."


Si Matured angguk faham.
"Eh.. U jangan story kat ur sis pasal I jumpa U ni tau!" Sempat dia berpesan.
Saya senyum manja lagi. Selepas mengucapkan selamat tinggal, jip itu kembali bergerak di atas jalan. Sekali lagi saya termenung.


"Pehal pulak?" Mr. Blur bertanya.
"Xder ah.. Si Matured.. tanya pasal my sis. Tanya berapa banyak dia telan pil ostrich semua.." Saya menarik nafas panjang. "Aku cakaplah xtahu~ Lagipun macamana rupa pil tu pun aku xkenal tau! Ni kan pulak nak tahu berapa banyak dia ambik. Macam2 sengoti! Hahaha!!!"
Ketawa kami berdua meledak. Sedikit sambungan cerita saya teruskan di dalam jip itu. 


Kurang 5 minit kemudian. Cerita itu sudah hilang entah kemana~ Kami kembali dengan tujuan asal, ke tempat perjumpaan yang sudah dijanjikan bersama rakan Mr. Blur.


Tamat imbas semula. 


Bersambung.... 


p/s : Sial! Flashback pun makan 2 entri. Sebab tu blog satu lagi aku reka cerita ikut sedap jer. Kang dibuatnya based on true story~ Panjang xhabis2 la jawabnya.. Hua3!!
Oh.. disebabkan entri sebelum ni xder picca. Aku pun search dalam fb aku untuk cari gambar2 yang seswai untuk entri ni. Ahaks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...