Pages

Thursday, March 31, 2011

Let's Boogie!




I want to put on.. my my my my my Boogie Shoes. Just to boogie with you!

Maka sebok jugaklah aku terhenjut2 depan laptop~ *kata makcik la~ aku xmengaku...*

Tapi cuba korang pikirla.. sapa yang x jatuh hati kat si Lauren ni kan? Dahla cute pastu menang pulak tu! Talented teramat lah minah ni siot!! Hehehe...

Anyway~ enjoy the video. Kalau nak dengar lagu jer.. Just tekan player kat atas tu k! *motif ngko nak promote widget baru dalam blog!*

For now~ Bye2!!

Sunday, March 27, 2011

The Quiz Show Scandal (tapi saya xder skandal..)

Apa korang akan buat kalau korang ada jawapan untuk soalan terakhir dalam satu kuiz yang hadiah dia berjumlah berjuta2 ringgit?

Adakah korang akan usaha untuk masuk kuiz itu?

Macamana pulak dengan soalan2 yang korang kena jawab sebelum soalan terakhir itu?

Nak pulak soalan2 tu bukan dalam skop yang korang pernah belajar. Sanggup ke korang usaha sampai tahap boleh lawan lecturer2 kat U itu semata2 ntuk menang?



Hehehe.. amacam? Ada gaya reporter x? Aku dulu kan ada la angan2 nak bergelar reporter.. Tapi dulu la... skang ni banyak jadi pengrepot jer la.. Sangat tidak berkerjaya kerjanya...

Dahla.. Aku pun bukan nak cerita pasal aku punya pengalaman ke hapa.. Just nak share pasal movie ni jer.. *movie lagi...* And thanx again to Jie Azz Movie Collection sebab sudi bagi orang2 macam aku ni peluang tengok movie walaupun berada jauh dari arus kemodenan... *panggung maksud aku.. dulu ada sebuah kat Kelantan ni pun kena tutup.. cess...* Banyak2 kanlah guna Mediafire yer.. senang dan mudah kerja mendownload bagi diriku ini~

So... sebelum aku review sikit pasal movie ni.. Better korang layan trailer dia dulu ek? Tak rugi la 2 minit korang punya masa tu...



Okay... maybe aku silap kut~ Hahaha!! Nak wat camner. Xder orang nak sub kan, so aku letak jerla yang mana ada.. Hahaha!! Jeng coil.....

Alah.. bagi sinopsis jer la senang kan? End of the story kata Zee.


; 4 buah kereta telah terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa seorang gadis *gadiskah? tatau..* yang identitinya xdapat dikenalpasti. Di balai, dengan bantuan salah seorang pemandu yang terlibat, mereka berusaha memecah kata laluan pada USB drive yang dijumpai bersama gadis itu dengan harapan membongkar siapa dia sebenarnya.
Sebaliknya, mereka menemui pula jawapan soalan terakhir bagi sebuah gameshow yang menawarkan hadiah yang confirm buat Jamal Malik rela dinch Lathika on the spot. *sila tonton Slumdog Millionaire*
Maka bermulalah usaha berlipat kali ganda semua yang terlibat untuk turut sama compete menjawab 29 soalan untuk membolehkan mereka ke final question yang jawapannya confirm dalam tangan. Berjayakah mereka? Yok sama2 kita tonton sampai habis k! *aku dah tau dah~*


Bagi some people.. Mungkin jalan cerita dia untuk 30 minit pertama tu agak membosankan. But trust me. after that.. korang confirm akan gelak gila2. 


Bagi yang rasa berminat. Ni aku bagi download link untuk korang @ Jia Azz Movie Collection

Kalau x berminat ngan cerita2 Korea atau komedi.. Still korang boleh cari cerita2 best yang lain kat sini tau. Yang penting.. ada masa dan line internet yang mantap.. Maka indahlah dunia kan?! Hooray!

Friday, March 25, 2011

A Little Thing Called Love

Wah!! Aaron Aziz!!
Tetiba jer my sis pergi kuatkan volume tv. *=.=* Motif?!? Hehehe... memuja pelakon idamankah?

Tak kessssah bro~ Lagi best aku layan cerita Thailand ni... *biar mata tetap mengerling ke arah tv ittuw.. bini dia xlawa seyh~*





Sumpah cerita ni memang best. Lagi best dari cerita2 melayu yang tengah tayang kat panggung sekarang tau! *macam la aku tau sangat pasal movie2 nih.. panggung pun pernah jejak sekali jer dulu..*


Masa tengok trailer ni pun aku dah ketawa sampai keluar air mata. Even my sis pun pelik tau. Cerita Thailand... biasa aku ni kalau barang2 made in Korea jer yang boleh buat aku ketawa mengilai all out. Zee pulak siap cakap "Hah? Biar betul awak ni? Unbelievable!!" Menjerit siot.. Bingit jap telinga aku! 
But hey...  Unbelievable? Believe it. *walaupun aku yakin bukan tu jawapan aku semalam.. :P*


Cerita ni pasal Nam.. budak pompuan yang muka langsung xder harapan nak bercinta ngan artis.. Tapi dah cerita kan.. So dia ni jatuh la cinta ngan Shone, senior kat sekolah dia. Ditambah ngan azam nak dapat no. 1 untuk berpeluang menjenguk ayah kat oversea nu.. Bersungguh2 la si Nam ni mengevolusikan diri sepanjang 4 tahun jalan cerita ni..


Storyline dia memang sempoi.. cerita zaman budak2 skola kan. Kiranya ayat 'based on everyone true story' tu memang boleh pakai la.. Aku sendiri pun boleh connect ngan jalan cerita dia. *skit2 la.. bukan semua k..


So, kalau rasa banyak masa atau rajin buang masa.. Silalah tonton cerita ni. Confirm korang xkan kering gusi. Aku berani jamin aaa....


Download link @ Latest Movie's Store (credit untuk blog ni yang banyak movie2 best!)

Sunday, March 20, 2011

Bila Merong Berhikayat.... [Part II]

.....Sambung balik hikayat aku yang tergendala hari tu....

Pasal email tu... aku share ngan Zee sorang dahla.. Malas nak memanjangkan 'kes' gitu..




So, lepas jer baca baris terakhir email tu.. Aku terus tutup pintu bilik, duduk atas katil *tilam jer actually.. :P* dan pekup bantal kat muka.
Perasaan aku? Stress gila babi wooo..... 


Kemudian my sis pulak buat surprise terjah masuk bilik sambil nyanyi2 lagu Happy Birthday.. Damn! Dahla semua guest dia ajak skali. Mampus aku! 
Masa ni.. bantal kat muka tu memang kuat gila aku peluk. Konon2 xnak bagi orang rentap la.. Kang x pepasal my sis and the gang candid muka aku yang tengah menangis masa tu.. Huru-hara hidup aku! Hahaha...


Disebabkan aku berkeras xnak keluar... *masa ni control ngkau suara.. Xnak bagi orang tahu aku menangis..* My sis pun meneruskan 'parti' tu tanpa aku. Lagipun makanan berlambak.. Makan jerla.. Apa susah~


Aku rasa dekat 3 4 jam jugak aku dok dalam posisi tu.. *muka bawah bantal* Aku keluar pun.. sebab xleh tahan nak buang air. Masa ni sempat la menilik muka kat cermin.. Memang dasat aaa...
At that moment.. memang aku tahu sesangat yang my sis terasa hati. Tapi nak wat camnerkan? Even kalau ulang balik pun.. Dan aku baca email tu.. Benda tetap akan sama. Aku ni kan x pandai bab2 nak kawal emosi ni.. 


Tapi nasib baiklah... Kitorang x 'berperang dingin' tak lama. Thanks to Abah and budak hudoh yang bodo sombong tu... *abah banyak nasihat.. budak tu plak.. more to silly act yg buat my sis naik menyampah! hahaha..*


Overall.. malam tu memang disaster. Aku ngan Zee pun nyaris2 catfight. Nasib baiklah.. dalam kul 11 pagi.. dia reply mesej aku balik..


"Kenapa nak mintak maaf? Hari ni kan birthday kita berdua.."


Hehehe... Sumpah aku senyum lebar kejap.
Yalah.. pangkal IC kitorang kan sama... 890316-03-**** Bertuah tau! Naik dekat magnum lagi.. *nyesal aku tak tikam! dish!!*


Anyway.. pasal email tu.. One day aku akan balas jugak. Apa ingat aku x reti nak berdendam? Huh! Masa tu tengok la.. Semua orang yang pernah cantas aku confirm patah tengkuk aku kerjakan. Wasseyh!!!!!


*Saya x percayakan sesiapa even orang tu assistant saya sekalipun.* My ex boss once said.. But hey! Ini Zaki la... Orang percaya aku tau! Jangan sampai semua benda aku sebar dahla ya...~

Thursday, March 17, 2011

Bila Merong Berhikayat....

[# Sumpah xder kaitan ngan hok duk tayang kat panggung sekarang nih!]


Yes.. Aku berjaya buat hal lagi!!!
Apa pulak kali ni? Sesi tembak menembak rebah tersungkurkah? 
Hehehe....


Xder la sampai macam tu sebenarnya.. Aku ni baik what... Actually cerita ni pasal bagaimana dan macamana aku berjaya MENGHANCURKAN besday parti yang dibuat KHAS untuk diriku ini...
Hahaha... 
So melalut pepanjang pun x guna kan?! Maka arakian bermulalah hikayat mewong mawawangsa ku ini..



Malam 15.o3 tu.. My sis ajaklah kitorang keluar. Mulanya nak cari makan and barang sikit kat Guardian. Aku macam kebiasaanla.. Ikut jer. Sepatah pun bantah. Adik yang taat katakan..
Then masa sampai kat bandar tu.. Dia tiba2 berhenti depan kedai kek yang selalu kitorang beli kek tu. So aku tanyalah..


"Buat aper kat sini?" Okay..maybe part yang aku rasa dia nak beli kek tu.. Aku dah dapat agak. Tapi yang membuatkan aku still nak tanya tu.. Besday aku nya esok, so esok pun boleh beli kek tu.. And masa tu dah dekat kul 10, kang x sempat pulak nak singgah Guardian. *bagi yg kenal ngan my sis ni.. diorang tahu la macamana buruknya time management dia...*
Dia pun jawablah.. "Malam ni kita buat dulu party kecik2.. esok kita buat yg part tiup lilin pulak."


Sumpah aku terkedu. Bukan yang part majlis 2 kali. Tapi sebab malam ni aku dah plan benda lain. Dan plan aku xder kaitan langsung ngan orang luar. I mean... orang luar yg aku x masukkan dalam plan aku tu. : )


Anyway, lepas selesai urusan kat kedai kek tu.. *aku dalam keta jer.. my sis ngan si bodo kayu tu jer kluar..* bergegaslah kitorang ke Guardian pulak. Aku xyah cakaplah.. memang trauma gila babi dah! Hancur plan aku kalau nak ikutkan my sis punya kerja nih!


Disebabkan xnak dia terasa hati.. Aku pun curi2 la cakap kat dia.. " Aku ingat buat esok jer lah.. Malam ni aku dah plan benda lain la.." Dia pun tanya la aku balik. "Plan apa?" Dumm!! Aku mati ayat! Yalah.. plan nak berskype berdua2 an.. Mana orang nak terima dik non... Confirm kena utamakan yang depan mata x gitu? Tapi.. yang orang x tahu.. Benda ni tiap2 tahun aku buat.. Masa era YM lagi tau~ Hadoi...


So my sis dengan excitednya belilah sate, roti *bentuk macam bear siap!*.. then kek apa ntah.. pastu siap ajak 2 3 orang kawan datang rumah.. Nak memeriahkan besday party aku lah konon2...


Aku pulak.. daripada mati ayat, terus mati katak. Teruk kena lenyek ngan tayar kereta kekdahnya. Sebabnya....
1. Aku ni jenis yg x suka memungkiri janji. Terutama ngan orang yg aku sayang.
2. Bila aku xsukakan sesuatu. Confirm aku akan buat muka. Quasimodo pun kalah tau!
3. Benda sama mungkin akan berulang antara aku ngan my sis.. 
4. Aku suka sambut besday orang lain.. but not for myself. Aku sendiri pun tatau kenapa. Tapi benda tu macam mimpi ngeri kalau dalam kes aku ni~


So daripada bandar, then pusing airport sampailah ke rumah. Macam2 hal dalam kepala aku ni. Macamana nak selesai ni ek? Kiranya win2 situation untuk semua orang. At least aku seksa sikit pun xperlah.. Janji orang lain x tersangkut sama.. X gitu?


Nak tahu apa penyelesaian aku?
1. Okay.. postpone projek skype. Lagipun timezone kat tempat dia awal sikit. Subuh pun okaylah~
2 3 & 4. Alah.. aku kan pro bab2 berlakon ni.. Setahun sekali katakan.. Tahan jer la..


Maka sesampainya di rumah.. dalam kul 11 lebih gitu.. Aku pun bergegas lah masuk bilik. Nak mesej awal2 bagi alasan xleh skype nih.. Kang x pepasal ada orang mengamuk kan~ Huhuhu..


Te..ta..pi.. Tabiat aku kan.. Benda pertama yang aku check kalau online adalah e-mail. So masa aku tengah tunggu FB aku dok tengah load tu.. Aku pun bacalah email2 aku tu..
And.. ada satu email ni.. Berjaya buat mood aku 100% hilang. Yup! Dah bermulalah ke'disaster'an program malam itu.


Apakah kandungan email itu? Erm... Aku pun xtau patut ker tak aku masukkan sekali dalam entry aku ni. So.. better aku berhenti kat sini dulu. 
Next entry aku akan habiskan hikayat xseindah rupa ku ini. For now.. tarik nafas dalam2.. buat2 pening.. then TIDO! Bye!

Monday, March 14, 2011

Besday Datang Lagi!!



Malas nak tulis panjang... Sebabnya? Aku x berapa suka pun sebenarnya~

Hahaha!!! Kek ni dah jadi macam official cake untuk semua birthday party yang kitorang buat. Nak kata xder pilihan lain.. berlambak padahal kat kedai kek tu. Nasib baik la ngko sedap kan!

 Tetamu yang pantang tengok orang kat meja makan. Dia pun confirm sebookkk nak menolong! Haishh...

Disebabkan my sis kena pergi jemput si besday boy, aku terpaksa la berkejar ke KFC beli ayam. Siol tol!!! Nasib la aku ni ramai orang kenal.. So daripada semua yg diorder ituw.. Aku hanya perlu bayar untuk ayam sajoss.. Hebat kan? Sayang U abang Zurin! Muacks!

Muka besday boy yang 'koya' malu. Bukan suruh tiup lilin pun! Nasib aku x mintak coleslaw expired kat KFC. Aku mandikan ngan benda tu baru tau!
And one more thing pasal besday boy ni.. Baru ku tahu rupanya dia ni tua 3 tahun dari aku. Tapi sayang kan.. IQ ku jauh keterhadapan.. Hua3!!!!!

So daripada melayan karenah besday boy tu.. Lagi baik aku kenyangkan perut maa ngan abah. Hahaha.. Lagipun dia orang tuan rumah what~ kan kan kan!

Next! besday aku plak hari Rabu ni. Plan asal aku xnak sambut, nak tido jer actually. Tapi kalau ngan my sis nih... Jangan harap la...... Tu nasib che ya xder kat cni. Kalau x mampus diorang plan program bagai.
Hadoi~~


:: My Cute Little Banana ::

Dulu ada Koko... Sekarang ada Princess!!! Well... nama bandar jerla.. Kampungnya.. 'Pise' sajosss...

Diculik masa sedang sebok bermain kat stesen minyak area rumah aku sekor2 dia...

'Pise & Pisang'
Pise tu eksyelli sebab maa xleh nak sebut princess.. Hahaha!!!

Berkongsi minat yang sama ngan aku... Pantang tengok aku pasang lagu Korea.. wajib dia menyebok sekaki!

Orang nak tengok Final Badminton pun.. dia sebok! Tahniah Datuk Lee Chong Wei sebab menang! Hooray!!! Malaysia Boleh!

Yaaa~ saya memang 'mesra alam...' Ceh~

Disebabkan apa yang pernah berlaku pada Koko dulu. Aku ngan my sis memang xlepas langsung dia main kat luar. Taknak benda sama berulang katakan. Pasal berak kencing semua.. Take turn la.. Janji maa x bising suda...

Tapi nilah pulak jadinya~ Dia pegi buat aksi panjat memanjat jaring pintu belakang rumah plak~ Nasib la kau kucing.....

Series main kucing memang best! Nak pulak jenis yang macam aku ni.. Berbual siap tau! Err.. tapi of course la aku sorang jer yang bercakap.. kucing tu mengiau jer looo....:)


Saturday, March 5, 2011

Aku, Angan2 dan... MADASS 125.

Aku ni bukanlah berminat sangat bab2 motor kenderaan ni semua. Tapi sekali sekala tu kan... perasaan ingin 'memiliki' tu membuak2 jugak la.. Come on.. aku pun manusia biasa what.. So lumrah la kan?! 

Sebenarnya aku dah berkenan ngan motor ni dah lama jugak la.. Tapi berkenan pun.. sekadar tengok jer la.. Nak beli? Akaun maybank ku 10.22 ajo.. berangan pun tak lepas gituss..

Motor ni actually bukan Ahmad Albab yang punya ya.. Hahaha!! *ops! wrong turn.* Pemilik dia.. bolehla kita kenal2 sebagai BOY ajer.. kalau aku bagi nama penuh pun xder gunakan? So hadap jerla apa yang ada ni..
Dia ni skang actually stay kat KL. Tapi semalam dia balik Kelantan ngan motor ni..  So sebelum sampai rumah dia tu.. dia singgah la kejap rumah kitorang ni. Nak tau reaksi aku mula2 tengok motor ni? 

Huh! Wow! Bombastik! Yariba yariba! Semua ada lah senang! Masyuk siot! Tak pernah lagi aku tengok live motor cam gini tau. Kalau tengok kan rupa.. Mesti orang pelik. Tapi bila dah start enjin dia.. Ohoho.. terlopong sambil tersenyum seyyyhh...

Inilah rupa motor bertuah itu.. Owner dia besfren aku seyy.. Sumpah bangga!

Yang aku tahu.. motor ni nama dia MADASS 125. Lelain sila google sendiri. Terima kasih. ^^

Ya.. itu dia.. MADASS merahku.. Opss.. Perasan jadi owner jap!

Oh cinta hatiku... Hehehe.. kenapa aku terasa ada orang sedang menjeling manja ni yer..

Kalau lah aku dapat bawak.. Sumpah aku kasi gegar satu KB tau! Pinjam topi Arai si Mat Boy tu.. then sarung seluar jeans 13 hinggit bersama baju putih yang my sis beli kat KL dulu..
Hehehe... maka akan berdirilah mat2 rempit yang sedang leka mengurat awek2 kat kedai makan. Jeles? Of course la beb... 
Masa ni hatiku pasti berbunga riang + gusar sikit2.. Maklumlah.. motor pinjam.. Dibuatnya aku salah teknik.. Terus jer terbaring atas jalan tu.. Susah ler oi... Hahaha...


Friday, March 4, 2011

Confessions of A Shopaholic

2 hari lepas.. aku temankan my sis ke hypermarket untuk shopping barang2 dapur sikit. Maklumlah.. lama gila tak penuhkan stok2 makanan kat dapur tu. Dah tu ada orang nak sponsor pulak, maka bertamabah2 rajinlah kitorang bershopping. Hohoho...

At first tu memang niat nak shopping barang dapur jer.. Memang xder motif waima udang di sebalik batu sekalipun. Tapi kan.. Mulut cakap boleh la kan... Tapi mata kan.. Kalau dah nampak barang murah ni kan.. Maka wajiblah rajin membelek2 kan.. *hohoho..*

Nak tahu apa yang buat kitorang menjerit serta bikin havoc aritu? Ini dia...


ya.. itu dia.. seluar jeans yang tidak termasuk dalam list barang dapur aritu..

Honestly.. aku memang x teringin pun nak beli. Nombor 1.. duit yang memang dah sedia ada xder.. dan keduanya, jeans longgok. Dahla harga tu xleh diterima pakai. Confirm kalau aku sorang2.. wajib aku lalu buat bodo jer tau!

Tapi disebabkan my sis ni jenis yang teramatlah mudah kelabu mata, maka aku pun terpaksalah jugak 'menyepa' jap kat area tu.. Tapi lumrah manusia kan.. mula2 tu serba tak kenalah.. Tapi lama2... aku pulak yang bersungguh mengorek longgokan jeans ittuw..

Mulanya aku nak rembat ada sehelai jeans warna hitam ni. Tapi sayang xder saiz. *nasib la.. I kan saiz balak sepemeluk gittuw..* So aku terpaksalah berpuas hati ngan pilihan my sis.. *that one yang belah kiri tu..* nasib harga runtuh seruntuh2 nya. Tu pasal la aku berani nak rembat plak sehelai lagi ni.. 

Nak tahu berapa harga untuk sehelai ittuw? Hanya 13 hinggit tau! 13! Jauh lagi murah dari shampoo yang my sis beli aritu. So memang patut la aku rembat sampai 2 helai kan? Hahaha... Dahla orang bayar.. Aku main ambik jer k..

Ni buktinya kalau korang still x caya. Tagprice dia aku x buang lagi tau!

Okay.. mungkin la jeans ni jenis yang xder brand.. Tapi setakat nak pakai hari2.. Aku rasa xder masalah kan? Ni beli yang beratus2.. Tapi dok buat koleksi dalam almari. Apa kes? Kaya sangatkah? Wa x kessah aa beb.. Hehehe....


Thursday, March 3, 2011

BIGBANG - Tonight

Lupakan Ct Nurhaliza.. Shahir.. Zizan Raja Lawak.. Tj Armstrong.. *oops.. siapakah?!* mahupun masalah saman yang x habis2 itu.. Sekarang ni just sit back and relax. Why? Because BIGBANG is back!!!

Dan disebabkan diorang dah release [MV] untuk titletrack diorang, which is Tonight. I think.. nilah masa terbaik untuk aku menyebok untuk mendapatkan hit lebih untuk blog aku... *mwahaha!! ada hati nampakkk!!!* 

# Disebabkan YG Entertainment hanya membenarkan certain2 site jer untuk view [MV] ni.. So aku just boleh share link dari youtube jer.. Tapi dun wori! Disebabkan aku still ada rasa kerajinan yang extra.. aku tetap akan taruk screenhot untuk [MV] ni ya!


(link Youtube)

Screenshot for BIGBANG - Tonight [MV]

Nak story lebih2 pasal [MV] ni pun.. aku sendiri pun x berapa paham sebenarnya. Even kalau korang google sekalipun.. Macam2 versi ada tau! 
And u know what.. Aku dah beratus kali dok refresh youtube page tu.. Kekdahnya? Nak pastikan yang [MV] ni berjaya lepas 1M views in one day? So berjayakah misi itu? Of course! Hidup VIP's!!!!






Kiri ke kanan. Seungri, GD, Taeyang, Daesung & TOP




FPK : Album ni actually termasuk dalam wishlist birthday tahun ni. Nak wat camnerkan? Redha jerla~ hehehe...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...