Pages

Tuesday, January 4, 2011

Manga Review :: Bakuman ::



Title : Bakuman (Jepun)

Profil mangaka : 
Takeshi Obata (pelukis)
   - Hikaru No Go
   - Blue Dragon
   - Death Note
Tsugumi Ohba (penulis)
   - Death Note
   - Profil dirahsiakan. Dikatakan mempunyai tabiat yang sama dengan
     karekter L dari siri Death Note.



Ringkasan : 

Mengisahkan tentang 2 orang remaja yang bercita2 untuk menjadi mangaka berjaya. Akito Takagi (pic kiri) merupakan seorang pelajar pintar yang mengenepikan keputusan ujiannya semata mata untuk meneruskan minatnya dalam dunia manga. Manakala Moritaka Mashiro (pic tengah) merupakan seorang pelukis berbakat yang mempunyai dilema untuk meneruskan keinginannya kerana dibayangi bapa saudaranya yang juga seorang mangaka berjaya tetapi akhirnya memilih untuk membunuh diri. *orang Jepun memang kuat stress kan?!* 
Kesinambungan manga ini diteruskan dengan pengenalan watak2 seperti Akira Hattori (pic kanan) sebagai editor a.k.a mamat bibir besar dan juga musuh ketat mereka Eiji Nizuma, genius yang berjaya menjadi mangaka hanya pada usia 16 tahun.
Akan tercapaikah cita2 diorang? Mashiro yang hanya akan berkahwin jika manganya berjaya diangkat sebagai anime.. atau Eiji yang memberi syarat akan menamatkan mana2 manga yang di mahukannya jika dia terus kekal sebagai yang terbaik. Hurm...



Yang best pasal citer ni dari aku

Manga berinformasi. Bagi korang yang biasa membaca manga dan teringin nak tahu macamana gerak kerja seorang mangaka. This is the best choice. A manga about manga. Plot yang x terlalu berbelit dan korang dijanjikan tiap2 minggu dengan 20 page yang berisi. Aku sendiri kalau baca manga ni confirm akan ter"ooo.." sorang2 dalam bilik. *bukan Kamen Rider OOO k. Ni "ooo.." baru faham maksudnya"

Yang xbest pasal manga ni jugak dari aku

Love story yang merepek. Takagi gila kahwin awal. Mashiro plak bercinta macam aku. *ehehe..spesies diam2 berisi la..* Dan macam aku cakap, 20 page yang berisi. Maknanya terlalu banyak dialog. Tapi kena la faham jugak kan. Ni manga tentang manga. so explanation memang ferlu. Lagipun dari pencipta death Note katakan.. Bagi yang x biasa, confirm lepas 5 chapter mesti surrender. Hohoho!!!

Sumber : wikipedia
              pembacaan sendiri :) *apa ngko ingat aku aku suka suki jer main copy paste?


Monday, January 3, 2011

Buang Tebiat vs Porn. Hurm....




Aku mengaku yang aku ni terlalu taksub dengan internet. Even orang keliling aku pun naik pelik tengok perangai aku. Apa la gamaknya budak ni buat ek? Dahla dengan lampu dalam bilik x pernah reti nak pasang, mata tu plak macam dah terbeliak aje mengadap skrin laptop. Buang tebiat ke apa? 

Mungkin bab yang x pasang lampu tu salah aku. Tapi mentaliti orang Malaysia ni sebenarnya cukup simple. *warning : ayat2 seterusnya akan memanaskan punggung sesetengah pihak.* Kalau dah duk dalam gelap tu, confirm mesti tengah layan porn. Lagipun bukan aku xtahu yang orang selalu mengata aku bab2 ni. Berlambak komen kat fb. Tu x masuk lagi yang siap PM semata2 nak suruh aku share cerita ngan diorang. Yang ni x dicop buang tebiat plak! Musykil aku..

But anyway tinggalkan masalah porn tu kat situ. Lagipun kalau korang nak, berlambak korang boleh cari kat internet. Bukan niat aku nak mengajar. But well.. PENGETAHUAN AM katakan.. *hahaha.. mampus aku kena caras lepas ni.*

Jadi apa sebenarnya insan yang bernama Zakiyudin a.k.a Jibam ni buat ngan laptop hari2 ek?

Firstly, of course la facebooking. Tapi kadang2 aku on jer.. Tapi tuan mengadap benda lain..

Apa pulak benda lain tu?

Macam aku cerita dulu2.. Aku memang kipas susah mati Korean culture. So, kebanyakan masa aku dihabiskan ngan mengadap show2 Korea cam Invincible Youth, Dream Team, Happy Together dan jugak Star King.

Bukan ker kat tv ada tayang jugak kan? Channel 391 KBS World *habik ngko! Promote siap!!*

Macam aku cakap dalam previous entry. Anak my sis kan cita2 nak jadi minah indon. So, daripada aku berebut remote control ngan dia. Baik aku lepak dalam bilik sesambil download cerita aku. Nak tengok 16 kali sehari pun xder hal tau!

Khuntoria from We Got Married. 
Gabungan nama Nickhun and Victoria *dia hot!!* Xder kena mengena ngan Maria Ozawa atau sepupu sepapatnya...

Dan macam korang semua tahu. *bagi yang tahu.. shhh.. aku nak bukak panggung nieyh..* Aku sekarang ni pemegang ijazah sarjana muda kepengangguran dari Universiti BTSS. Singkatan kepada Bengom Tok Sudoh Sudoh. *pakat2 gelak..hahaha* So bajet nak berjoli aku automatik jadi ciput seciput2 nya. Bajet bulanan komik aku jer dah kena cut 3/4 tau! Sebab tu sekarang aku beralih terus ke dunia online. Bagi yang biasa membaca secara online ni.. Korang faham la betapa susahnya nak mencari bahan bacaan kegemaran korang. Nak2 pulak manga Jepun. Banyak kena block sebab masalah hakcipta. Memang makan masa la nak mencari yang percuma uolls..

Apa kejadah enkau nak cerita semua benda ni? Buang tebiat ker hapa? *entah kenapa aku rasa best plak guna ayat buang tebiat tu..*

Aku kan planning nak buat pembaharuan kat blog ni. Pembaharuan yang sebetulnya aku sendiri x tahu nak start kat mana. Nasib baik la aku ramai kawan2 yang bijak laksana kucing mencari makanan. *sumpah otak aku blank masa nak cari perumpamaan yang sesuai masa tulis entry ni.* Diorang pun cadangkan aku, "why not ngko tulis pasal benda2 yang ngko minat ni. Lagipun bukannya rugi kalau ngko share dengan orang lain. aku confirm ada orang baca punya.."

Berbekalkan semangat yang ditiupkan kawan2 aku serta misi untuk melakukan transformasi ke arah yang lebih gempak. Aku terus setuju. Jadi bermula tahun ini, aku akan menambah beberapa lagi kategori dalam blog aku ni *macam nak umum award pun hada..*  Lagipun asyik2 dengan S.O.N.G. jer kan. Puas gak la aku.. Tentang gaya penulisan budak darjah enam yang aku pakai sekarang.. xperlu nak ubah kot... Ramai orang pakai apa...

Yang sure, tahun ni aku akan buat yang terbaik untuk survival blog sengal aku ni. Hohoho... *padah telan actifast 4 bijik. skema gila ayat!* Tapi jangan nak mengharap aku letak porn k.. Xder masa aku nak buang tebiat ngan benda2 tu! Bye!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...