Pages

Tuesday, September 20, 2011

The Gate. A Retro Story That Still Continue Part 3

Disedut sampai tersemput buat kali kedua dari episod lalu...

Saya yang pada asalnya rilek tetiba dikejutkan bak beruk. Janggal mendengarkan Mr. Blur menegur Si Matured. Hilang akalkah mamat disebelah saya ini? Tidak fahamkah dia yang Si Matured itu teramatlah blind jeles dengannya? Apakah makna teguran itu hanya untuk menunjukkan adab sopan? 
Tidak perlu getus hati saya...


Jip itu membelok masuk ke jalan utama. Meninggalkan drama atas pagar rumah itu terus berlangsung..


.....................


"Tu pehal ramai depan rumah tu?" Mr. Blur memulakan bicara.
"Ooo... diorang nak baiki pagar tu hah..... Ko taulah pagar tu kan~ menunggu waktu rebah ke bumi ajer.." Jawab saya sambil membetulkan rambut yang xpasal2 dah berpintal cam singh ni ha..


Telefon bimbit Mr. Blur kuat mendendangkan irama minta diangkat. Kawannya call pikir saya. Xnak menganggu, saya diam seribu bahasa di tepi.


Jip itu dipandu biasa melepasi bonggol2 yang banyak merentangi jalan di kawasan perumahan saya itu. Mengikut cerita my sis, bonggol2 itu mula wujud apabila penduduk setempat membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan tentang tindakan melampau seorang pemandu yang suka menggunakan laluan itu untuk menguji tahap kebagusan enjin keretanya. Nak diparahkan lagi.. pemandu yang dimaksudkan itu xlain xbukan adalah Si Matured rupa2nya. 


Saya tersengih sorang2. Patutlah~ Lagipun Si Matured memang sudah dikenali dengan trademark pemanduannya. 
Poooommm.. po (change gear) Poooooooooooooommmmmm!!!! Gituh.. Kalau nak tengok yang live, dialu2 kan menunggu depan 7e rumah saya nih. Confirm dapat tengok punya~ Hehehe..


Eh eh.. jauh melalut. Sambung cerita..
Tengah2 syok mengelamun, jip Mr. Blur dah pun melepasi kawasan masjid. Sebaik sahaja melepasi pintu gerbang yang menjadi tanda yang kawasan rumah saya ni termasuk dalam area orang kaya2 tinggal.. *oh please~ perumahan korang ada pintu gerbang ker~?!* saya melihat sebuah motor memberi isyarat untuk kami berhenti.


I'm Jack.. Jack Scarecrow. Orang bila pandang muka saya confirm akan muntah darah + terburai isi perut semua.
Ko hada?!?! *hahahah!!!*


Lanjut betul batu Si Matured ni ya~ Eh silap.. kelucahan melampau pulak.. Maksud sebenar saya.. Lanjut usia.. Kan.. baru jer terpikir, tup2 dah muncul depan mata. Ingatkan bawak kereta jer macam pelesit. Ni bawak motor pun dah macam mat rempit. Cepat dia memotong jip Mr. Blur tuh! Ish3...


Jip Mr. Blur memberi signal untuk berhenti. Saya mula gusar. Hairan pun ada sikit2. Apa pula natijahnya Si Matured berusaha menyekat jip kami petang itu. Cari gaduhkan? Hurm.. otak ligat berfikir~


"Ada apa bang?" Saya menghulur kepala ke luar menegur Si Matured.
"Din.. I nak tanya U sikit ni.." Mata sempat menjeling ke arah Mr. Blur yang masih bercakap dengan telefonnya. "U tahu kan yang kakak U ambil pil ostrich tu khen~" Nadanya kedengaran begitu lembut. Biasalah.. standard nak mengorek cerita~.


"Ish.. xtahulah pulak saya.. Saya xpernah campur benda2 ni semua.." Yess.. jika Si Matured pandai mengorek rahsia~xkan saya xboleh bagi jawapan standard artis kan.. I baca Blog Nara jugak okay~
"I know dia ambik benda tu semua.. Kalau x, xkan sampai 2 hari dia tak tidur kan.." 
Ha! Dah ko tahu kenapa nak tanya? Alah!!! Ko ni gila ker hapa percaya kata2 my sis tu.. X reti ke tu agenda politik semata2.. Manusia mana la boleh xtido 2 hari ni oii!! 
"Erm.. orang xtahu nak kata la abang.." Saya terus dengan trademark AF xjadi masuk saya tu.. Hai! Afundi Zaki! Xtahu!!! Hiks!


"U dengan your sis okay ker?" Aku terkedu. Ni masa mana timbul cerita lain pulak?
"Macam biasa jer.. Kenapa bang?" Ehehe.. terus saya guna teknik kepochi blur untuk mengorek cerita baru tu.. Lagipun saya tahu memang Si Matured nak cerita punya~ Dia pun kaki jaga ampaian orang jugak...
"Aritu.. your sis keluar minum ngan I.. then bila I tanya you mana.. terus dijawabnya "pergi mampus lah budak tuh!" I pun tergamam la~ Kenapa sampai perlu dia sumpah U kan.. Xder adab sopan langsung!" Terang Si Matured panjang lebar. 
Saya tergamam xterkata kejap. Dunia dirasakan berputar laju umpama roller coaster saat itu. Tapi untuk mengelakkan masalah dari berpanjangan, saya gagahkan diri menjawab...
"Xderlah.. macam biasa. Kat rumah pun okay la.. Cuma skang ni orang banyak temankan Mr Blur ni hah.. Dia tengah cuti kan~ Lagipun my sis boleh ajak Mr. Smoker keluar kan.." Panjang saya reka cerita.


"Tapi tulah! I menyampah tau dengan Mr Smoker tu. Disebabkan pengaruh dialah your sis jadi camtu. Xsuka! Xsuka! Xsuka!!" Si Matured membentak. Mata sempat lagi menjeling Mr. Blur yang masih xhabis bergayut.
Memahami maksud jelingan itu, saya menjawab selamba. "Tengah fon dengan kawan dia.. Ni kitorang dah lewat pun nak jumpa dia ha.." Xnak berlengah. saya sambung lagi.. "Ginilah bang~ Orang xreti hal benda2 ni semua. Pasal dia mengata orang tu.. Biarlah. Lagipun kitorang duk satu rumah kan~ So xkan nak bermasam muka pulak. Setakat salah cakap tu.. Biasalah.. Erm.. Lain kali lah pulak yer. Kitorang dah lewat ni."


Si Matured angguk faham.
"Eh.. U jangan story kat ur sis pasal I jumpa U ni tau!" Sempat dia berpesan.
Saya senyum manja lagi. Selepas mengucapkan selamat tinggal, jip itu kembali bergerak di atas jalan. Sekali lagi saya termenung.


"Pehal pulak?" Mr. Blur bertanya.
"Xder ah.. Si Matured.. tanya pasal my sis. Tanya berapa banyak dia telan pil ostrich semua.." Saya menarik nafas panjang. "Aku cakaplah xtahu~ Lagipun macamana rupa pil tu pun aku xkenal tau! Ni kan pulak nak tahu berapa banyak dia ambik. Macam2 sengoti! Hahaha!!!"
Ketawa kami berdua meledak. Sedikit sambungan cerita saya teruskan di dalam jip itu. 


Kurang 5 minit kemudian. Cerita itu sudah hilang entah kemana~ Kami kembali dengan tujuan asal, ke tempat perjumpaan yang sudah dijanjikan bersama rakan Mr. Blur.


Tamat imbas semula. 


Bersambung.... 


p/s : Sial! Flashback pun makan 2 entri. Sebab tu blog satu lagi aku reka cerita ikut sedap jer. Kang dibuatnya based on true story~ Panjang xhabis2 la jawabnya.. Hua3!!
Oh.. disebabkan entri sebelum ni xder picca. Aku pun search dalam fb aku untuk cari gambar2 yang seswai untuk entri ni. Ahaks!

The Gate. A Retro Story That Still Continue Part 2

Disedut sampai tersemput dari episod lalu...

Dalam renyai2 hujan dan ditemani suara dj radio, saya bermonolog seorang diri.
"Huh! Nak mati kalau ko tahu pasal apa dia sekat aku haritu?! Kang xpepasal jadi kes lain pulak."
Minda saya terus mengingati memori2 saat kejadian tempohari. Satu demi satu kembali jelas terang untuk dianalisa...

...........................

Saya terpaksa menahan diri untuk lebih lama membelai diri di dalam bilik air petang itu. Risau jika Mr. Blur sampai sebelum saya sempat bersiap getus hati.
Langkah saya seperti biasa, kalut tak bertempat lagaknya.

Selesai menempek bedak bagai, :P saya keluar menuju arah meja makan. Telinga saya menangkap suara2 lelaki sedang berbual di luar rumah. Ibarat angsa lapar, saya terus menjenguk untuk melihat.
Kelihatan di pandangan Mr. Smoker sedang berbual2 sesuatu dengan 2 orang pemuda serta Si Matured di luar. Melihat gerak tangan mereka yang persis sedang berbicara hal politik negara itu, saya yakin yang mereka sedang merancang untuk membaiki pagar yang sudah berkarat itu.

"Aiyoh! Apsal la Mr. Smoker gi buat2 bangang bercakap ngan Si Matured tu? Ko xreti ker orang tu xsuka ko? Susah la kalau otak benak cam siput sedut nih!"
Saya bermonolog dalam diam. Risau jika Si Matured menggunakan situasi petang itu untuk mengurangkan bajet dapur rumah yang tiap-tiap bulan xpernah cukup itu.

Tiba2...
"Din!" Saya tersentak. Kuih jemput2 yang disumbat ke mulut nyaris tersekat di kerongkong. 
"Yo!" Saya menjulang tinggi tangan ke angkasa. Si Matured juga turut sama mengulang aksi saya itu. Mesraa... katanya.
"Buat apa?" Saya bertanya walhal benak sudah awal lagi dapat meneka.
Nih... baiki pagar ni.. Tu smart2 nak kemana?"

"Smart? Ko tahukah aku tengah 'semak' skang ni? Kalau ko hulur seratus dua betul gakla aku nak smart pon..." Sempat saya bermonolog.

"Xderlah.. Biasa jer.. Nak kluar ni~ Janji ngan orang.." Saya menjawab manja. Manjakah? Hahaha!!!
"Oohhh..." Si Matured mengangguk faham sebelum terus menyambung perbualan bersama pemuda2 terbabit. Saya pula terus menuju ke bilik untuk terus merenung cermin panjang. Xpuas memuji diri sendiri rasanya. ^^

10 minit kemudian Mr. Blur sampai dengan jipnya. Saya bergegas keluar. 
"Pergi dulu abang~" Saya menyapa Si Matured semasa menyarungkan kasut.
"Mana?" Si Matured sekali lagi bertanya.
Bangangkah? Tadi kan aku dah cakap~ keluar.... Alangkah bestnya kalau ayat itu dapat saya luahkan.

"Janji ngan saem Mr. Blur nak keluar. Xperlah. Orang gi dulu abang ek!" Saya berjalan laju ke arah jip Mr. Blur. Ibarat lipas dikejar kucing, cepat saya melangkahkan kaki naik ke atas jip itu.
Mulut saya terkumat-kamit mengarahkan Mr. Blur untuk segera berlalu pergi. Risau juga jika terus berlama2 disitu, makin panjang sinetron 300 episod yang tidak perlu itu disambung.


"Gi dulu Abang #$%" Ucap Mr. Blur sebelum berlalu meninggalkan perkarangan rumah petang itu.
Saya yang pada asalnya rilek tetiba dikejutkan bak beruk. Janggal mendengarkan Mr. Blur menegur Si Matured. Hilang akalkah mamat disebelah saya ini? Tidak fahamkah dia yang Si Matured itu teramatlah blind jeles dengannya? Apakah makna teguran itu hanya untuk menunjukkan adab sopan? 
Tidak perlu getus hati saya...


Jip itu membelok masuk ke jalan utama. Meninggalkan drama atas pagar rumah itu terus berlangsung..


Bersambung... lagi~ 


p/s : semalam tengah2 syok aku karang drama nih, sekali internet kena potong pulak~ Sial! Dahla aku siap bukak 3 draf sekali. Konon2 nak siapkan semua sekali ah. Alih2 2 tu xsempat save pulakk..
Maka mamposlah aku harini nak habiskan semua sekali. Aiyohhh!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...