Pages

Wednesday, September 12, 2012

Puasa... Bila Nak Raya (2)

2 3 hari sebelum raya... semua ahli keluarga yg lain dahpun selamat sampai. Dan macam biasalah, bila dah ramai tu... suasana pun makin meriah. Makin banyak benda nak dicerita.. makin banyak benda nak dimakan. Adat bila berjumpa orang jauh kan...

Dan dah jadi macam adat jugakla... Bila anak menantu yg jauh ada kat rumah, tahap kerajinan maa pun makinlah bertambah.
Nak2 bila ada yg tukang kipas sikit2.. Maka dari sekecil2 hal... dia boleh besar2 kan jadi isu negara.

Aku kalau dia nak tegur pasal kucing2 yg berlambak kat rumah... Aku memang xkisahla. Lagipun take note.. I'm not the one who make the first move to take all the cats home. So mind ur words before saying anything ok. 
Bila dia ugut plak nak bagi kucing2 tu kat org lain. Aku siap angguk setuju lagi. Ambikla. Berlambak kau nak pilih. Nak yg putih ada.. hitam ada.. bulu lebat ada... Xkesah. Asal org yg dia nak bagi tu xbuat niaya kat binatang2 tu aku memang dah kira pass.

Tapi bila dia start tegur aku dengan segala benda lain... Series.. Sikit2 aku dah hilang sabar.
Kemuncaknya........ Aku meletup depan dia!

Bekeng!

Alkisahnya malam tu semua org ada kat rumah.. kat ruang tamu tgok tv. Aku pulak kat dapur sengsorang tengah mengemas sikit atas para tempat letak barang2 memasak semua.
Tetiba maa masuk. Komplen pasal segala benda kat dapur. Serba xkena bagi dia.

Aku sabar lagi... 
Pastu dia masuk campur plak kerja yg tengah aku buat. Dahla nada yg dia guna tu macam nak suruh semua org kat luar dengar. Half menjerit tau! Mau kau muka aku xberasap.

Dan bila dia start marah2 kan aku sbb benda yg aku xpernah sentuh dan buat... Hah! Aku memang xleh sabar dah. Lancar jer mulut aku menjawab.

"Maa, kenapa marahkan saya? Saya xtahu pun apa benda tu.
Sentuh pun xpernah. Tanyalah org lain. Ni asyik saya jer yg kena.
saya pun ada tahap sabar jugak. Kang xpepasal malam ni saya jadi kurang ajar plak." 

Dan mungkin sbb nada aku masa tu agak keras. Maa memang nampak terkejut. Tetiba dia berlembut ngan aku. Cakap yg dia bukan marah tapi tegur.

Tegur?! Please la~ kucing aku pun tahu beza k... 
Dan dengan muka mencuka, aku terus cabut dari dapur. Nasib my sis tengah pasang langsir. Cepat2 aku gi mengadu kat dia.

"Aku nyaris nak mengamuk dah kat dapur tadi."

Bla.. bla.. bla... aku mengadu.
My sis... kerana dah memahami keadaan, nasihatkan aku suruh biarkan ajer. Lagipun xder guna aku nak kata apa2 skrang. Xkan menangnya~ Backup dia ada k....

Dalam 5 minit kemudian, maa keluar dari dapur. Tinggalkan semua benda yg dia komplen tadi macam tu ajer. Aku yg masih dalam kemaruk nak mengamuk ni still buat muka bodo.
Maa actually try lagi nak bercakap ngan aku... tapi maafla, masa tu memang aku off gila2 dah. Jadi daripada aku melayan, aku just buat2 ignore jah.

Tapi macam aku selalu cakap.... marah anak ni xlama. Lagipun maa dah macam mak aku sendiri. Bukan sehari baru kenal.. Dah nak masuk 3 thun tau. Xkanla aku xboleh nak paham lagi perangai dia kan~


So esoknya, pagi lepas sembahyang raya... *Aku tahun ni memang tido awal. Tahun lepas 2 jam ajer. Letih...* Aku memang betul2 mintak maaf seikhlas mungkin dengan maa. Yerla~ malam raya aku mengamuk... tu xmasuk lagi yg aku pendam dalam hati setahun sudah.. 
Jadi pe2 hal...everything kena settle down pagi tu. Yg lepas... lepaslah. Tahun baru, kita bukak la buku baru. Xgitu?!

p/s : Aku rasa 'buku' aku tu kena tambah mukasurat dah ni kot... Yerla.. 2 hari lepas raya pun dah half guna. Mwahaha!!!!

Wednesday, September 5, 2012

Puasa... Bila Nak Raya

Adatlah bila nak raya semua orang nak rumah cantik segala kan.. Aku pun termasuk gak. So acara kemas mengemas rumah ni memang wajib la kiranya.

Cuma tahun ni... Disebalik keseronokan mengemas rumah tu... Aku memang terasa sikit ngan maa. Terasa yg hampir2 membuatkan aku meletup malam raya aritu. Hui3.....


Alkisahnya.. 2 minggu nak raya tu maa dah bising2 ajak aku kemas rumah. Katanya kalau dia xstart.. xde orang nak buat. 
Aku... macam yg lain2 dalam rumah jugak.. mengangguk ajer x membantah.

Tapi kalau nak bercakap pasal hakikat sebenar... kerja mengemas rumah ni boleh dikatakan aku yg buat.
Bukan niat nak kata orang lain xbuat... Cuma memang tu kenyataannya. Even boleh dikatakan aku xpernah nampaklah org lain pegang penyapu. So how?!

So di fast forward kan ke depan sikit... Hari Jumaat. Aritu dia xkerja. Dan xder angin xder ribut tetiba dia bangun pagi terus nak mengemas rumah. Terkejut gak aku. 2 minggu nak raya tu oi. Awalnya!!!!!
Bayangkan satu pagi aritu dia mengemas ruang tamu. Macam2 bunyi keluar. Kung kang kung kang. Sampai aku yg niat nak keluar bilik pun terus cancel. My sis xyah cakapla.. siap kunci terus bilik dia. Hahaha!!

Tapi kitorang ingatkan 'morningmare' kitorang tu akan berakhir. Rupa2nya x! Even makin teruk! 
Mungkin sbb xpuas hati dengan reaksi kitorang yg lain dalam rumah.. dia start nak ajak org luar pulak tolong dia kemas rumah lepas tu. Katanya banyak lagi nak kena buat. Konon2 nak bagi nampak rumah bersinar2 la kiranya.... 

Aku.... jujur la aku cakap. Dengan kata2 yg keluar dari mulut maa.. cara dia berinteraksi dengan kitorang... memang aku xleh tahan langsung. Jadi inilah hasilnya.....


Yup. Aku siap post ok. Dasat x? Hehehe....

Anyway, sambung cerita balik.

Aku ni sebenarnya dah setkan apa yg perlu dibuat dan hari apa yg aku nak buat untuk kerja2 mengemas rumah ni semua. Bulan puasa kan~ xkan kau nak rembat buat semua dalam satu hari....agak2la... Bukannya robot ni.

Bagi yg memang kenal ngan perangai aku... aku ni jenis yg suka mengemas rumah sorang2... Aman.. Xperlu nak bagi2 tugas segala. Just buat semua... tertib.. xpayah nak rushing segala. So macam abah ngan my sis.. diorang fahamla.

Jadi bila time aku mengemas... Biasanya aku akan buat pagi. Lepas maa pergi kerja dan org lain still dalam bilik buat hal masing2. Senang. Ni x.. time nak menyapu.. yg tu nak tgok tibi. Rimaslah! Baik aku buat time xder org. Xserabut sikit.

Move! Move! Nak wat kerja nih!!

Dalam 5 hari sebelum puasa... aku dah bereskan kerja2 aku. Kalau nak listkan satu persatu yg aku buat.. memang panjangla. Tapi senang cerita... Apa yg maa buat aritu... aku terpaksa buat balik sbb timing dia yg terlalu awal. Senang pikirla... ko mampu ker nak buat rumah xberhabuk dalam tempoh 2 minggu?! Ohoo........ kerja bangang tu namanya dik~

Tapi tulah... still dia xnampak. Cerita yg dia mengemas 2 minggu lepas tu la yg dia sebok dok bercerita. Balik kerja, terus mengadap komputer sampai malam. Bukan nak tanya pun kenapa cermin rumah yg dia bising2 berhabuk tu tetiba dah licin berkilat. Abah ngan my sis laa pulak yg tolong promote kerja aku. 
Aku on the other hand, still buat macam biasa. Kerja kemas rumah jer kan... ala... Aku dari kecik lagi dah biasa buat la.. So no hal nyer.

But maa is always gonna be maa. Tutup buku pasal ni, dia bukak buku pasal lain pulak. Kali ni dia heret anak menantu dia sekali jugak. Dan aku, macam biasa tersepit dengan segala2 nya.

Nak tahu apa ceritanya?
Tunggu sambungannya nanti k! Malam ni rasanya setakat ni jer yg aku mampu tulis. Penat sial! Esok dahla planning nak jogging. So harus tido awal. Huhuhu.......

p/s : My sis bukak cerita pasal usaha. Bukan usaha dia. Tapi usaha aku untuk dapatkan laptop aku ni. Hurm~ rasanya sesuai kut nak tulis kat blog ni pasni... Hiks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...