Pages

Monday, September 5, 2011

Staying Real

Mengupdate blog dari KL. Hiks! Hebat tau! Dahla status fb aku berlambak ngan post pasal jammed masa drive nak datang sini semalam. Matilaa ramai yang jeles + xpuas hati. Kan? Kan? Kan?!?!

Sampai2 jer KL terus melantak mcD. Aku dengan Cheya bukan main lagi tau~ dengan muka xbasuh... slumber rock jer breakfast ngan mcMuffin. Hohoho!!

Mesti korang ingat aku suka sangat kan datang KL ni? Maklumlaa... sebelum ni I mana pernah jejak kaki kat bandar2 bessarr ni.. Maka ayat2 jeles cam..
"Ala... pergi KL pun nak heboh~"
"Erm.. aku dah biasa aaa.."
Mestiiii akan keluar kan? Kerat rambut aku bet la...
Nasihat aku buat2 orang cam 'korang' ni.. "Tolong la.. aku datang ni sekadar menemani Cheya yang terpaksa drive sorang2 dari KB ke KL okay..  So xperlu nak terdetik kat hati mengata aku macam2... Korang ngat aku xterasakah?" Gituh... Nasihat yang terang2 nampak cam aku pun xpuas hati kat 'korang' jugak.  :P

Ikutkan hati.. Aku lebih suka duk KB sebenarnya. Sebab utamanya.. kucing2 aku tuh.
Ko ingat senang ker nak tinggal kucing2 tu semua? Mamat tu xder hal la.. Ni Si Pise tuh. Aku hilang sehari pun dia dah merajuk bagai.. Ni kan pulak berhari. Mau dibuatnya dia pun xberselera makan semua.. How?
Dahla si kecil berlima tu kena take care 24 hours. Ni aku xder.. Korang ingat orang lain nak buat ker macam aku buat kat kucing2 tuh? Xkan nya....

Tapi memikirkan Cheya berharap sangat... tahan jerla kejap. Dan Cheya pun.. selepas aku setuju nak teman dia tu~ Macam2 dia tabur janji tau! Hahaha..
Nak berjalan sini sana la kononnya. Bawak adik dia yang macam lembu naik van ni kenal bandar. Kan...

So skang ni aku akan stay KL sampai hari Selasa. Rabu aku akan naik bus balik KB dah. InsyaAllah..

Hurm.. pasal plan jenjalan Cheya plak.. Hari ni kitorang dah buat pun. 
Best! Walaupun letih sebab dari tempat parking ke tempat kitorang pergi tu agak jauh.. It's quite fun la.. nak2 lagi bila Cheya tunjuk kat aku tempat2 orang KL 'berseronok. Ahaks! You know what I mean..

Aku pun dalam letih tu.. sempatla jugak merobek poket. Sambar spek murah satu. Kikiki... sangat tak mengambil pengajaran dari peristiwa lalu katanya~ *rasanya aku xcerita lagi kut peristiwa spek hilang tuh kat sini..* Lepas tu.. satu benda yang aku memang terlampau gila2 nak, iaitu KASUT! 
Yes! Aku jumpa satu yang aku cukup berkenan. Tapi murah jerla.. Korang ingat aku ni anak orang kaya berduit ker nak beli benda mahal2?! Huh! Nyampah! Tapi macam Cheya cakap.. "Murah pun murahla.. janji ko  boleh buat berjalan dik..." Hooray!!!

Tapi dalam ketawa gembira bergambar semua... Tetap hati aku sedikit terguris. Hukhukhuk..
Kejadian tu terjadi masa aku masuk Uniqlo. Pang!! Nampak tshirt Bigbang Show. Murah! Tapi sayang.. xder saiz. Waa!! Nangess.. Terus post kat FB. Pastu sampai rumah aku merengek ngan Cheya. Ala2 kipas susah mati Bigbang yang xpuas hati sebab Uniqlo xbuat baju saiz XL untuk orang2 cam aku ni... T_T

 Waa!! Nak yang biru tuh!!! Pitamlaa kena diet kalau camni~ Haihhh..

But no hal~ Aku dah tekadkan azam. Kalau dalam 2 hari lagi aku xdapat jugak yang aku nak. Tobat aku akan usaha cari mana2 t-shirt murah Kamen Rider kat sini. Kalau xder jugak... T-shirt Naruto/One Piece @ Gundam kat Uniqlo tu okay gak. Tapi merasaa la rabak poket. Mahal siol!

Pasal gambar dan cerita penuh semua... Tunggu aku balik KB dululah baru aku buat semua. Lagipun aku xbawak kamera my sis. Just berharap ngan IPhone Cheya jer.. Internet rumah Cheya ni pun xmengizinkan sangat aku punya program.. So sabarrrrrr....

For now.. jom sama2 nanges sesambil pakai spek baru mengenangkan baju yang xleh nak pakai ittuw~ Waaaa!!!!!!

p/s : Cheya cakap aku pelik. Hurm.. tang manakah? Nanti aku cerita okay!

Saturday, September 3, 2011

Reunion Aftermath

Sambung cerita pasal reunion sikit.. Erm okay~ cerita pasal lepas reunion sebenarnya. Hiks!

Macam aku cakap dalam entri reunion tu.. Aku sebenarnya ada 2 tujuan lain ke Redland tu. Satu jumpa Mr. Simple and Alhamdulillah.. lepas kena call sms bagai~ berjaya jugak aku kejut dia bangun tido. Cakap bukan main lagi nak menolong~ last2 aku jugak yang tolong kejut. Aihhh

Dan yang kedua pulak.. Jumpa mama!! Yehaa!!!
Tapi disebabkan beberapa hal.. yang ni terpaksa aku sorok dari pengetahuan umum. Yang tahu pun.. hanya orang yang terlibat, tetamu2 rumah mama masa aku sampai tu and lastly.. manusia2 yang terhegeh2 nak baca entry sengal aku nih. Hua3!!!

The Smurf posing~ Hahaha!!
Xtau kenapa aku rasa dia duorang ni lucu!

Alkisahnya.. masa reunion tu, aku dapat call dari mama.. Kredit kat Zee yang xpepasal nak kenakan aku! Aih!!!
So aku angkat cam bangang jerla.. Suara pulak sengaja dibuat ala2 mat saleh baru pandai cakap melyu gituh.. Sekali kau... pedas mama membidas..
"Hai... xkan xjumpa lama xingat dah kut suara kita ni..."
"Ginilah orang muda sekarang..."
Dan yang paling menusuk....
"Mama ni dah nak hilang anak sorang lagi kut~" Terusss jatuh terduduk. Nasib sempat melabuh punggung atas kerusi kat luar dewan tu.. Kikiki..

Nak xnak.. kenalah aku cari point untuk meloloskan diri secepat yang mungkin dari majlis reunion tuh. Xsanggup kau kena bidas kali kedua. Pitamm
So pusing punya pusing, syukur ada orang sudi menghantar aku kat stesen bas petang tu. Maka projek putar belit putar alam aku pun bermula... Hehehe..

Oh xingat. Mesti korang pelik kan kenapa aku susah2 mintak orang hantar aku ke stesen bas dan bukan rumah mama terus? Pelik! Tapi ini Zaki okay.. Maka sebab musababnya mesti ada..
No 1 nya.. Aku xnak menyusahkan kawan2. Saya bertimbang rasa tau!
No 2 pulak. Nak spend quality time ngan mama dan anaknya~ Kan... hehehe. Bila lagi ada chance katanya..
Lastly No 3. Hurm... how can I say this? Aku xnak orang kepoh2 cerita pasal aku ngan Zee. Benda dah fullstop. TAMAT. Maka xperlu dah nak kepoh2 okeyh!

Back to story mory. ^^

Lepas jer aku sampai kat stesen bas tu.. Mula2 sekali aku mesej my sis sepatah. Tanya dia kat mana masa tu. Cover line okay~ Then aku call balik mama. Mintak dia uruskan orang untuk ambik aku. Nasiblaa kedatanganku ditunggu2. Kalau x~ masuk acara menyusahkan orang lagi sekali... Herrrkkkk
Mr. Simple pun satu hal!! Kemana tah menghilang. Nak mintak tolong sikit pun susah! Haihh!!!

So dalam kul 2.30 gitu.. Aku selamat sampai rumah mama. Sambutan besar2an okay.. Makan ikut nak. Nasib xkena suap jer! Hahaha!!
Paling best.. mama sporting gila suh aku stay rumah dia sampai esok. Katanya malam nanti dia nak masak semua makanan fevret aku. Kes pancing la ni..

Tapi disebabkan ada satu hal lagi.. Aku terpaksa tolak permintaan mama. Nasib ramai tukang pujuk masa tu. Kalau x memang sah dia xlepas aa... Kan~ Love U maa!

Selesai reunion ngan mama.. Again menuju ke stesen bas. Latar tempat paling banyak aku guna untuk entry ni katakan...
Masa ni.. my sis call. Tanya aku kat mana. Jawabnya~ auta la..
"Oh.. aku atas bas lagi ni.. Jammed kat Pasir Mas. Sampai nanti aku call la. Bye!"
Cecepat tutup fon. Takut tertangkap. Ko mau duduk atas bus tapi bunyi macam duk tepi pasar? Ko ingat my sis bebal ke hapa?!?

Selesai menipu.. bajet2 pulak rancangan seterusnya. Susah tau bila banyak benda kena buat dalam satu hari nih! Haihh!! Jam dalam kul 3 ++..
Hurm~ sempat kot.. Pikir aku la. Terus tangan cepat2 taip mesej. 
'Adik baru naik bas ni. Nak sampai KB adik call.' 
Sms xberbalas. Terus otak aku keluarkan arahan untuk mulut mencarut. 
"&^%$#$%^&!! Lantak ah! Xnak jumpa aku balik terus." Gituh.. korang mampooo?!

Sampai KB aku call la dia, which is Abang Naz jer actually.. Hehehe.. Nasib aku mencarut belakang.. Kalau depan~ mau ko kena hempuk ngan file dia bawak tuh.. Kikiki..
Rupa2 nya.. lepas jer aku sms, dia terus tunggu aku kat Parkson. So masa aku call dia bila sampai KB tu.. Dia terus suh aku gi Paraiso. Maka dengan muka kena lambung bas aku naik Parkson tau! Nasib ada tandas.. sempat grooming.. *nampak 2 gay desperate tengah cari mangsa area tu~ Xcaya cuba gi tandas Parkson yang belakang mengadap PSI tu. Confirmm ada... Thanx internet!*

Macam biasa.. sebelum sampai tujuan asal kitorang dating tu.. Terpaksalah aku tahan telinga sebab xgi appointment 23 hb aritu. Nasibla Zaki.. ko xnak mengalah sangat aritu kan?! Hiks!

Bla bla bla basuh baju... Terus aku potong.
"Kak Mas dah otw ni. Adik mintak diri dulu ek?!" Cabott!!! Kah3!!!
Tapi tetap dapat mesej~ 
'Adik. Nak mengelak pun.. agak2 la.. Ubat nih?' Ooops lupa. Patah balik. Kali ni xlama dah. Salam then terus cabot balik.

Terus dengan acara cover line. Call my sis untuk confirm ketibaan aku petang tu..
"Aku kat mcD ni. Datang ambik sini ah." Cecepat melangkah masuk mcD. Order eskrim, air milo ngan fries, terbang duit poket 11 ringgit. Naya tau! Argh!! 

Sekarang ni.. confirm dah selesai semua acara tipu menipu, cover mengcover. Haiyyooo!!! Very letih! But berbaloi bagi aku. Dapat jumpa mama, dapat jumpa.. tettt!!, dapat jumpa abang yang 24 jam monitor adik dia.. And lastly, dapat bekal ubat untuk 3 bulan seterusnya. Hooray!!!!

p/s : "makan ubat ikut arahan. bukan main telan time nak jer. apa ingat ubat ni macam biskut tart ker boleh suka2 hati nak makan?" Abang Naz dalam mood raya yang xhabis2... ahaks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...