Pages

Monday, September 5, 2011

Staying Real

Mengupdate blog dari KL. Hiks! Hebat tau! Dahla status fb aku berlambak ngan post pasal jammed masa drive nak datang sini semalam. Matilaa ramai yang jeles + xpuas hati. Kan? Kan? Kan?!?!

Sampai2 jer KL terus melantak mcD. Aku dengan Cheya bukan main lagi tau~ dengan muka xbasuh... slumber rock jer breakfast ngan mcMuffin. Hohoho!!

Mesti korang ingat aku suka sangat kan datang KL ni? Maklumlaa... sebelum ni I mana pernah jejak kaki kat bandar2 bessarr ni.. Maka ayat2 jeles cam..
"Ala... pergi KL pun nak heboh~"
"Erm.. aku dah biasa aaa.."
Mestiiii akan keluar kan? Kerat rambut aku bet la...
Nasihat aku buat2 orang cam 'korang' ni.. "Tolong la.. aku datang ni sekadar menemani Cheya yang terpaksa drive sorang2 dari KB ke KL okay..  So xperlu nak terdetik kat hati mengata aku macam2... Korang ngat aku xterasakah?" Gituh... Nasihat yang terang2 nampak cam aku pun xpuas hati kat 'korang' jugak.  :P

Ikutkan hati.. Aku lebih suka duk KB sebenarnya. Sebab utamanya.. kucing2 aku tuh.
Ko ingat senang ker nak tinggal kucing2 tu semua? Mamat tu xder hal la.. Ni Si Pise tuh. Aku hilang sehari pun dia dah merajuk bagai.. Ni kan pulak berhari. Mau dibuatnya dia pun xberselera makan semua.. How?
Dahla si kecil berlima tu kena take care 24 hours. Ni aku xder.. Korang ingat orang lain nak buat ker macam aku buat kat kucing2 tuh? Xkan nya....

Tapi memikirkan Cheya berharap sangat... tahan jerla kejap. Dan Cheya pun.. selepas aku setuju nak teman dia tu~ Macam2 dia tabur janji tau! Hahaha..
Nak berjalan sini sana la kononnya. Bawak adik dia yang macam lembu naik van ni kenal bandar. Kan...

So skang ni aku akan stay KL sampai hari Selasa. Rabu aku akan naik bus balik KB dah. InsyaAllah..

Hurm.. pasal plan jenjalan Cheya plak.. Hari ni kitorang dah buat pun. 
Best! Walaupun letih sebab dari tempat parking ke tempat kitorang pergi tu agak jauh.. It's quite fun la.. nak2 lagi bila Cheya tunjuk kat aku tempat2 orang KL 'berseronok. Ahaks! You know what I mean..

Aku pun dalam letih tu.. sempatla jugak merobek poket. Sambar spek murah satu. Kikiki... sangat tak mengambil pengajaran dari peristiwa lalu katanya~ *rasanya aku xcerita lagi kut peristiwa spek hilang tuh kat sini..* Lepas tu.. satu benda yang aku memang terlampau gila2 nak, iaitu KASUT! 
Yes! Aku jumpa satu yang aku cukup berkenan. Tapi murah jerla.. Korang ingat aku ni anak orang kaya berduit ker nak beli benda mahal2?! Huh! Nyampah! Tapi macam Cheya cakap.. "Murah pun murahla.. janji ko  boleh buat berjalan dik..." Hooray!!!

Tapi dalam ketawa gembira bergambar semua... Tetap hati aku sedikit terguris. Hukhukhuk..
Kejadian tu terjadi masa aku masuk Uniqlo. Pang!! Nampak tshirt Bigbang Show. Murah! Tapi sayang.. xder saiz. Waa!! Nangess.. Terus post kat FB. Pastu sampai rumah aku merengek ngan Cheya. Ala2 kipas susah mati Bigbang yang xpuas hati sebab Uniqlo xbuat baju saiz XL untuk orang2 cam aku ni... T_T

 Waa!! Nak yang biru tuh!!! Pitamlaa kena diet kalau camni~ Haihhh..

But no hal~ Aku dah tekadkan azam. Kalau dalam 2 hari lagi aku xdapat jugak yang aku nak. Tobat aku akan usaha cari mana2 t-shirt murah Kamen Rider kat sini. Kalau xder jugak... T-shirt Naruto/One Piece @ Gundam kat Uniqlo tu okay gak. Tapi merasaa la rabak poket. Mahal siol!

Pasal gambar dan cerita penuh semua... Tunggu aku balik KB dululah baru aku buat semua. Lagipun aku xbawak kamera my sis. Just berharap ngan IPhone Cheya jer.. Internet rumah Cheya ni pun xmengizinkan sangat aku punya program.. So sabarrrrrr....

For now.. jom sama2 nanges sesambil pakai spek baru mengenangkan baju yang xleh nak pakai ittuw~ Waaaa!!!!!!

p/s : Cheya cakap aku pelik. Hurm.. tang manakah? Nanti aku cerita okay!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...