Kami bertiga mengambil tempat di meja yang disediakan pusat cucian kereta itu. Burger yang dibeli di McD sebentar tadi dihidang kemas di atas meja. My sis seperti biasa begitu rajin menyusun atur hidangan di hadapan Si Jejaka di sebelah.
Aku pula lebih senang menghabiskan aiskrim ditangan. Pandanganku sengaja dilontar jauh ke tepi. Malas menonton sinetron itu.
"Dik.. kau tahu x? Tadi Si Botak tu call. Marah2 aku sebab xjawab fon dia. Dia ingat dia siapa nak buat macam tu?" Bersunnguh my sis memulakan bicara.
"Yeker? Lepas tu?" Aku bertanya berminat.
"Dia call henset aku samapi 20 kali tau.. Last2 dia call fon rumah. Aku angkat la ingatkan siapa. Sekali dia kau tahu.. Teruk dia marah2 aku!" Tangannya mula terangkat2. Ibarat PM sedang memeberi ucapan di majlis perasmian pecah tanah stadium baru lagaknya.
"Dia tahu nombor telefon rumah ker?" Si Jejaka di sebelah mencelah.
My sis terdiam. Kelu seketika. Wajahku ditatap separuh terkejut.
"Tulah.. dari mana ek dia tahu? Hisyy.. Ker Anak Mat Saleh Pintu Geng tu yang bagitau?" My sis cuba menembak rambang. Burger ditangannya sengaja dihulur ke arah si jejaka. Cuba mengalihkan perhatian firasatku.
Otakku mula ligat berfikir. Bagaimana untuk menceritakan hal ini disini? Hurm.. Nampaknya skil olahan cerita ku perlu diguna gamaknya..
"Ingat tak? Dulu kita pernah mintak dia tolong bayar bil telefon? Ala.. yang kes kita duk KL tu...~" Muncungku sengaja dipanjangkan sedikit. Isyarat supaya my sis memahami cerita yang aku olah kurang 5 minit yang lalu itu.
"Ooo.. mesti dia ambik masa tu kan.. Patut la.." My sis mengerling ke arah Si Jejaka di sebelah. Gusar jika dia sedar permainan yang kami mulakan itu. Selamat. Si Jejaka masih leka dengan mainan ditangannya.
"Bayar bil? Kenapa mintak tolong dia?" Si Jejaka bertanya lagi. Masih memasang telinga walaupun tangan begitu asyik menekan skrin sentuh telefonnya.
Aku terus mengambil tempat menjawab.
"Aritu.. masa kitorang duk KL, orang TMNet call cakap line dah nak kena potong. So mintak la tolong dia settle sebab dia cakap kenal orang dalam." Aku berhenti seketika. Air coke ku teguk, cuba membasahkan tekak yang terasa amat kering tiba-tiba.
"Mungkin dia curi ambil no fon kat bill tu kut.."
"Hoo.. betulla.. Baru aku ingat!" My sis menepuk manja meja itu. "Hishh.. terukla Si Botak tu kan bang?" Tangan Si Jejaka sengaja dirangkul kemas. Aku mencebik di dalam hati.
"Tu adik tak tahu lagi cerita pasal siling kapur.." Kini peranan my sis pula cuba untuk mengalihkan topik. Risau jika terus berpanjangan, pelbagai versi baru akan terhasil.
"Siling kapur?" Aku sengaja bertanya dengan riak muka serba ingin tahu.
"Erm.. macamana dah bang?" My sis menarik2 tangan Si Jejaka. Minta untuk mula bercerita.
"Gini.." Si Jejaka termakan umpan. Aku pula terus dengan kepura2an. Pura2 mendengar penuh khusyuk cerita yang sebenarnya tak ubah seperti ulang tayang kali kedua buatku. Kali pertama sudah semestinya dari mulut my sis awal sebelum itu.
........................
"Yo Bro! Buat apa kat sini?" Si Jejaka berpaling ke belakang. Sekujur tubuh sebesar balak yang sudah cukup matang ditebang tersengih di belakang. Kepalanya yang botak disimbah cahaya sang suria yang memancar gah di terik tengahari itu.
"Ni.. jumpa mekanik sebentar.." Tangan dihulur bersalam.
"Ooo.. kenapa dengan kereta?"
"Xder.. bukan kereta aku. Tapi kawan aku. Rosak kat Jalan Surat Makluman tu.. Ni nak ambik dia pergi tengok la.." Si Jejaka bercekak pinggang. Matanya terarah kepada Si Mekanik yang masih berada di bawah kereta di hadapannya.
"Oh.. ingat kereta bro.. Kalau macam tu kita pergi dengan kereta gua la bro. Lagipun gua xder kerja nih!" Si Botak memberikan cadangan.
"Xmenyusahkan ker?" Si Jejaka ringkas bertanya. Riak mukanya yang kurang senang dengan perkataan gua bro oleh Si Botak jelas terlihat. Baginya.. melewati usia 40an.. tidak sesuai berlagak muda remaja lagi. Tidak sedarkah Si Botak itu?
"No hal la bro..." Si Botak tersengih.
Selesai menyiapkan kerjanya, Si Mekanik terus mengemaskan alatan apa yang patut untuk dibawa bersama. Selepas itu mereka bertiga mula berjalan beriringan menuju letaknya kancil merah Si Botak itu.
"Bos.. kita dua duk blakang la.. Biar Botak sorang duk depan. Bila lagi nak berlagak bos ngan dia kan.." Si Mekanik yang periang membisikkan cadangannya kepada Si Jejaka. Si Jejaka tersenyum lalu mengangguk bersetuju.
Gambar Hiasan.. btw~ Bald is Fierce!
Si Botak tersenyum sinis menyedari dia kini depermainkan. Egonya yang tinggi menghalangnya daripada meminta salah seorang dari mereka untuk mengambil tempat di sebelahnya. Baginya.. dia masih punya peluang untuk mengajar dua orang manusia itu. Matanya mengerling cermin pandang belakang. Tersenyum lagi...
Enjin kereta dihidupkan. Minyak sengaja ditekan2 kuat. Berderum2 bunyi menguasai suasana. Si jejaka dibelakang mula tidak senang duduk. Faham dengan situasi dihadapinya ketika itu.
Kereta kini dipandu laju memasuki jalan raya utama. Gear ditukar silih berganti cuba mencapai kelajuan tertinggi. Si pemandu mula fokus. Selekoh kiri dihadapan perlu dihadapi dengan tenang. Lagak seorang pelumba profesional gear ditukar. Tanpa menekan brek selekoh itu dilalui dengan penuh cemerlang sekali.
Penumpangnya dibelakang terperosok ke tepi. Gagal megimbangi diri dilambung kereta yang dipandu laju itu. Si Jejaka masih diam membisu. Pura2 sibuk dengan telefon bimbitnya.
Si Mekanik pula yang terlihat jelas menyampah dengan gerak laku Si Botak mula merangka2 agenda dalam fikirannya.
"Bos.. tengok macamana aku nak ajar SI Botak nih." Si Mekanik berbisik lagi kepada Si Jejaka di sebelah. Dia tekad. Si Botak perlu diberi sedikit pengajaran.
Dia mendengus perlahan....
Bersambung....