"Adik.. Kak Ti nak tanya adik ni.."
"Apa?" Jawab aku yang tengah leka membaca Starz.
"Adik rasa Abang Hadi tu okay x?"
Mataku yang mulanya terlekap kemas di gambar2 seksi dalammajalh itu beralih. Wanita di seblehku dipandang kehairanan. Pelik. Kenapa tiba2 boleh terkeluar nama Hadi, rakan sekerjaku, sedangkan tadi topik kami masih pada rancangan untuk keluar 'just looking' keesokan harinya.
"Abang Hadi?"
"Erm.. Hadi. Hadi cook."
"Hurm..." Mataku turut sama memandang ke arah bangunana Kfc yang tersergam indah melalui tingkap bilik hostel tempat kami berada ketika itu. Starz yang tadi di tangan ku campak ke arah katil di belakang. Tersasar. Rosak poster Angelina Jolie ku~ Aiihhh!!
"Dia okay.. Rajin.. kerja xpernah menipu walaupun suka meroket..." Wanita di sebelahku itu tertawa mendengar petah bicaraku. Aku masih selamba. Menyambung. "Lagipun dia pandai. Budak U lagi. Perfect lah. Tu tak masuk bab hensem. Kalah Sazili! Haha..." Aku tertawa memikirkan gelagat seorang lagi rakanku yang begitu sungguh2 cuba mengorat wanita di sebelahkuitu. sayang sehingga kini dia masih gagal..
"Ye ker?" Wanita itu bertanya kembali.
"Ish.. bila orang pernah tipu miss~ betul la orang cakap nih.."
"Kalau macam tu.. Okay x kalau miss bercinta ngan dia?"
Aku terkejut. Biar betul minah ni. Xpasal2 tanya soklan cepu cemas. Hilang tebiat ker hapa?
Aku berlagak biasa. Rilekkkk...
"Kenapa? Miss berkenan? Nak suh orang rekemenkan?"Aku memancing.
Wanita itu tersenyum.
"Nak tak ni? Kalau nak orang nak panggil Mirul. Mintak nombor fon Abang Hadi." Aku berpaling ke belakang. Berpura2 ingin memanggil rakanku yang berada di bilik belakang.
"Ishh.. xyahlah.." Wanita itu menarik kerusiku.
Aku tertawa melihat reaksinya ketika itu.
.....suasana sunyi sebentar.
"Sebenarnya dik.. Kak ti nak bagitau adik ni. Adik sorang jer. orang lain tak tahu lagi nih." Dia mula merapatkan kerusi yang didudukinya dengan ku.
"Apa?" Aku separuh berbisik.
"Kak Ti ngan dia dah declare dah. Cuma kitorang rahsiakan jer. Ni adik sorang jer kak Ti bagitau."
"What?" Aku separuh menjerit. "Hadi?" Wanita itu tersenyum nakal.
"Bila?"
"Sebulan macam tu." Kerut didahinya timbul. Mungkin cuba mengingati tarikh sebenar cerita dongeng ini bermula.
Aku segera menepuk dahi. Peristiwa yang berlaku di tempat kerja beberapa minggu ini kembali ke dalam ingatan.
"Patut la...." Aku bermonolog sendirian.
Wanita itu terus menyambung ceritanya. Aku pula terus khusyuk mendengar. Di hatiku berbunga riang.
"Akhirnya dia ada jugak seseorang. Kurang sikit beban aku nak jadi tukang tadah cerita dia lepas ni~" Aku mengukir senyuman dalam diam....
................................................
Yezzzaa.... Susah tau nak lupa cerita2 macam ni. Kenangan yang menggamit memori gitu. Hahaha!! Tapi di mana dia sekarang? Wanita yang sudah ku anggap seperti seorang kakak ini? Bagaimana pula sambungan dongeng rakyat ini? Sudah berkhirkah?
Hurmmm...
..............................................
Ini dia.. wajah wanita yang pernah bertakhta di hati ini. *chewahh!!* Selepas hampir 2 tahun x bertentang mata, akhirnya sempat jugak kami face to face di Gua Musang aritu. Tengs Cik Umar!
Dan sambungan dongeng itu? Alhamdulillah.. walaupun banyak dugaan diorang lalui bersama, hubungan tu tetap utuh terjalin. Officially diorang dah bertunang.
Cuma bila aku tanya bila nak kahwin. Terus jer Cik Ct ni melenting.
"Jangan ditanya soalan itu. Gua sudah fedap beb~" Samseng sungguh dia menjawab. Hahaha!!
And as usual.. Kalau singgah Kfc.. wajib bawak balik souvenir kan. Wajib okhayy.. And for this trip. Special sikit. Sebab aku dapat......
Bag laptop nih!!! Apabenda ntah dia panggil.. sleeve bag? mobile bag? Argh!! Ikut ah. Janji aku tau aku dah dapat.
Harga dia kat Kfc adalah RM 20 satu. Dan lucky me lucky. Aritu aku dapat dua. Satu untuk aku dan satu untuk Cik Umar. Hua3!!!
And for that.. thanx Miss Ct. I will forever and ever love you!!!
p/s : ni kalau gi lagi ni.. apa pulak aku dapat ek? hehehe....
No comments:
Post a Comment