Pages

Sunday, July 24, 2011

[Q] and [A]

"Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan"

::::::::::::::::::::::::::::::

Jawapan saya untuk setiap persoalan awak.

[Q] Awak okay x?
[A] Alhamdulilah.. setakat ni okay kut. Yalah.. benda dah sebulan berlalu. Saya rasa awak pun tahu kan.. Xsesuai kalau saya nak berbalada lebih2.
Just.. a lil bit lonely la kut.. Tapi biasalah. Selalu pun saya macam tu gak kan~ hehehe..
So I'm fine! OKAY!

[Q] Awak marah saya x?
[A] Marah? Xkut.. Kalau terasa tu mungkin la. 
Lagipun bagi saya soal hati perasaan ni.. Kita mencuba.. Allah yang menentukan segalanya. So kenapa nak marah2? 

[Q] Kenapa awak lama senyap?
[A] Nah.. biasalah.. Saya pun ada ego saya kan. U know that~ 
Senyap.. pinjam istilah politik saya rasa lagi seswai. 'Tempoh bertenang.' :) 

Saya bukan apa awak.. Lebih baik kita xberhubung buat sementara waktu tu.. Lagipun benda tu.. It's not an easy decision to make rite?!

[Q] Kenapa x reply mesej2 saya?
[A] Ni tengah reply la nih cik kak oi~ kikiki.....
Alah.. awak tahukan.. Bila saya berhibernasi ni.. Saya buat dunno jer semua benda. Xtengok wall fb tu ker? Lagu jer memanjang. Kalau ada satu dua post pun. Saja nak test filter tuh.. 

Lagipun masa tu.. Daripada saya berbalada irama malaysia sorang2.. Butang pangkah yang tersorok belah atas kanan kat wall post tu nampak interesting lagi kut.. :P

[Q] Awak rasa.. kita boleh jadi macam dulu tak?
[A] Problem sikit ngan soklan ni.. Dulu tu.. masa umur belas2 ker.. masa lost contact ker.. atau masa senyap2 jumpa tengah malam depan DLima kat Kubang Kerian tuh? Hurm...

Ok.. kalau masa umur belas2. Boleh kut.. Biarlah umur dah puluhan pun.. sekali sekala berlagak muda remaja okay gak kan?
Kalau masa lost contact.. lagi senang! Berlagak jer xpernah kenal. Awak2 saya2. Xperlu susah2 nak pikir.
Tapi kalau era DLima tu.. xleh kut.. Jauh wak tempat tu. Lagipun saya sengkek nak belanja awak eskrim sekarang. Huk huk huk...

[Q] Awak tahu tak saya terasa bila awak buat macam ni?
[A] Tahu.. tapi saya tak nak hipokrit. 
Awak nak ker saya bukak Skype chat ngan awak berlagak macam xder apa2 berlaku? Saya bet jari 3 batang yang lambat laun awak akan tanya saya.. "Awak okay?"
Dan masa tu.. awak nak ker saya jawab okay just sekadar nak sedapkan hati awak? Xkan.. Seikhlas jawapan yang awak mintak.. seikhlas tu jugak saya faham kehendak hati awak.

[Q] Awak... jangan buat saya macam tunggul okay!
[A] Jawapan lebih kurang ngan yang atas2.. Tak pernah sekali pun awak.. Just.. bagi saya 'tempoh bertenang' tuh...

[Q] Awak ingat lagi x gambar2 ni? 
[A] Kenangan wak.. Kenapa saya xingat.. Sejauh mana saya cuba hilangkan perasaan hati saya ni.. Kenangan tu akan tetap ada.. InsyaAllah.. Kalau xder Alzheimer.. mungkin sampai mati saya bawak kenangan kita ni.

[Q] Sebetulnya apa yang awak nak dari saya? Balasan untuk semua yang berlaku skang ni?
[A] Soklan last dari awak yang saya akan jawab.

Sama macam awak.. Saya nak kita jadi kawan. Walaupun mungkin x seerat dulu. Kawan untuk saya luahkan apa yang saya rasa pun dah cukup. Saya xmintak lebih awak..

Saya xpandai nak menulis pasal hati dan perasaan macam orang lain.. Ni kepala otak ni.. Xreti tau nak tulis bunga. Sebab tu saya buat entri cenggini jer. Senang. 
And I know.. you make an effort trying to reach me through ur blog. Tahu.. saya baca.. Komen2 pun saya layan. Tapi tu lah kan.. Baca.. baca.. dan baca jerlah...

What's gonna happen next? Ntah~ saya xreti nak ramal masa depan. Xnampak jalan dia pun..
Tapi untuk hari esok. For sure saya akan bukak skype saya macam biasa. Macam dulu2.. Menunggu awak habis dinner.. Teman awak study.. Berbincang pasal benda ntah hapa2 kat atas dunia ni.. EVERYTHING. 
Come on.. kita dah kenal terlalu lama untuk gunakan perkataan 'awkward' kan? :))

p/s : dijawab dengan selamba rock ala2 mamat mabuk lepas minum 3 tin stout yang dicampur ngan 2 tin heineken. :P hehehe..... 
xah! jawab ikhlas ni tau! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...