Pages

Saturday, July 16, 2011

Sesi Terkejut Mak Nenek

"Abang Din pandai melukis x?"

Hah? 
Melukis?
Apa kes? Baru celik mata x sampai 5 minit sekali soklan tu pulak ditanya. Aish...

Tapi aku kan.. taik mata xkesat lagi tetap nak berlagak cool~ Aiseh! So how?
Aku pun tanya la anak my sis. Lukis apa? 

"Ni hah.. poster. Tajuk dia Sekolah Dalam Taman." Selamba jer dia jawab.
Hah? *lagi sekali..* Poster? Saiz kertas mahjong yang bahagi 3 pulak tu siol! Warrh!!!!

Aiyoh dik~ Abang last sekali melukis pun 3 tahun lepas. Tu pun sekadar buat logo untuk kelab. Ni nak suh lukis gambar sekolah dalam taman? Adeh.. pengsan den!
Tapi xtau la macamana cerita, sedar2 aku dah meniarap atas lantai depan tv dengan pensil ngan kertas mahjong tu. Sekali pikir lawak gak. Hahaha..

Lukisan... poster.. sekolah.. taman..
Ish.. banyak tau detail nak kena buat. Bayangkan~ habis segala buku teks aku belek semata2 nak cari contoh gambar sekolah. Last2 dapat jugak. Selesai satu hal. Sukaaaa....
Next gambar taman pulak. Belek lagi buku teks... Xjumpa. Belek pulak majalah sekolah. Dapat. Tapi taman ya amat!!! SUSAH! Pokok buluh, keladi, semak samun.. Aish..Camner nak lukis nih?! 

Argh!! Bantai jerlah.. janji nampak ada pokok kan!

Maka selepas 3 jam meniarap, siap jugak la lukisan aku. Ohh! Series hepi!

Sori gambar x clear~

Amacam? Okayla kan bagi orang yang 3 tahun xpegang pensil melukis.. Hihihi
Tapi sayang sikit.. Pokok.. Sumpah memang aku xpandai nak susun letak. U know.. aku jenis yang melukis suka gabung idea dari 2 3 sumber so.. Kadang2 benda tu akan jadi bercelaru.
Dan disebabkan xnak nanti kawan2 anak my sis tuduh dia menipu.. sebab org lain yang lukis.. terpaksalah aku tahan diri aku daripada menjahanamkan lagi lukisan ni. Ahaks!

Esok sesi mewarna pulak. Katanya anak my sis la.. Aku esok tolong2 jer~
Mewarna okay... Part paling aku fail kalau bab seni. Haiyyya!!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...