Pages

Thursday, July 28, 2011

Little Big Cat

Skang ni kat umah ada 2 ekor kucing. Official la.. Mamat ngan 'pise'. Sekor tua sekor anak dara. Tapi perangai serupa. Kalau sekor naik menyebok atas meja time orang makan, sekor lagi pun xnak kalah. Aish.. Nasiblaa dua2 ekor ni jarang berbunyik. Kadang2 aku pun heran. Nak kata bisu.. time menenyeh kat kaki reti pulak mengiau. Hurmm~

Mamat

Aku pun xsure kenapa abah kena letak nama tu. Nasibla kucing kampong jer kan~
Kucing no 2 samseng area ni. Ingat lagi masa mula2 dia nampak aku dulu. First dia datang menenyeh. Last2 dicakarnya kaki aku berdarah. Dalam siol.
Geram punya pasal aku tenyeh balik darah segala tu kat muka dia. Hah! Padan muka! Ko eksen kan.. Tanggung ah! Nasib sampai skang ni dia okay ngan aku...

Pise.. or nama asal dia Princess. Blame maa. Haha!

Kucingku.. Malam2 confirm berbelit kat leher time tido. Cute. Xreti nak mengiau bagai. Pernah sekali maa sound dia.. "pise mum ni ke.. kepoh la!" Terkebil2 kucing tu tengok maa. Kalaulaa dia reti bercakap.. Confirm dia cakap kat maa.. "Aku kepoh? What?!?!" Sambil2 terbeliak biji mata tenung maa. Kikiki....
Ya.. aku ingat kes aku tinggal dia.. teman Cik Umar gi Lipis aritu. Balik2 abah cerita yang pise mencari. Masuk bilik tidur atas katil la.. Then petang tu.. bila dia nampak jer muka aku trus dia wat dunno. Merajuk. Tidur bilik my sis. Hish kucing.. Time aku manjakan ko.. ko gigit muka aku nih. Time xder reti pulak ber-miss2 bagai..

Enough pasal official. Now.. Yang xofficial. BANYAK! So lets start..

Nama.. xder. Tapi aku ngan Abah panggil 'bapak kelabu' sebab jantan

Samseng no 1. Disebabkan dia Mamat hilang bisa.. *matilaa ala2 survival lam hutan gituh..* Selalu kejar pise. Aritu dicakarnya berdarah hidung anak dara tu. Ohoho.. nak cari gaduh kan. Aku xmain la macam auntie sebelah.. simbah2 air. Sekali aku dapat ko.. haa.. Aku baling terus ngan slipper my sis yang tebal 4 inci tuh. 
Berdezup ko lari balik umah dia. Ko ingat aku heran ngan tuan ko? Hello?!?! Ko xnak cari pasal~ Jangan buat hal ngan kucing aku okay...

Kat belakang rumah pulak ada sekor kucing betina. 2 actually. satu lagi anak dia.. pun dah jadi ibu. Setakat hari ni.. Keluarga diorang ada 5 ekor. Ibu.. yang abah panggil 'Ibu Minah' ada 2 ekor anak.. then si anak.. 'Minah' sdiri pulak ada sekor. Seragam.. semua kaler hitam putih. Kalau letak mamat sekali.. cukup satu frame. Happy family gituh..

Dan yang mencetuskan idea aku nak menulis pasal binatang2 ni actually.. Sekor lagi ibu ni hah.. Minah conquer area belakang rumah.. dia conquer bahagian depan. Dah 3 kali buat anak. Yang 2 awal tu.. semua hilang tah kemana. Biawak makan or auntie sebelah buang. Entah..

So skang ni dia tengah berkhemah atas bumbung bilik store. Beranak kat situ. Berapa ekor dinch xtau. Xkuasa nak jadi bidan tau! Rimasnya.. bila anak2 dia dah besar sikit.. Ibu ni gila lah nak menggatal. Maklumlah bapak jantan kelabu tu kan kendoo.. Mantap segala.
Aku xkisah pun.. Lantak ko lah nak jadi GRO xberlesen pun.. Tapi anak2 tuh.. Jagalah elok2 sikit.. Ni anak lapar.. Ko cakar. Anak nak susu.. Ko cakar. Apakes? Kang aku sepak naya.. Tapi bodoh ya amat ibu kucing tu sekor. 
Cuba ikut contoh ibu minah kat blakang.. Pantang nampak muka orang, terus kembang bulu ekor. Siap srgah kita pulak tu. Aku kadang2 terperanjat tau! Nasibla ko cute kucing kan.. Hihihi..

That's all for now.. Nanti si ibu kurang ajar tu dah sedia nak expose anak2 dia.. Aku update lah yer.. Skang.. nak ulit si pise ni tido dulu.. 

~Do do do.. kucing nak tido..~ Ahaks! Cium skalih! :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...